Kebetulan pada masa yang sama Elan keluar daripada biliknya dan ternampak kelibat Mardhiah yang berlari anak menuruni anak tangga.

"Mardhiah, kenapa nampak macam kalut?" Tegur Elan dengan tertanya-tanya.

Langkah Mardhiah terus terhenti. Dia mencari suara Elan yang menegur dirinya.

"Elan!" Terus dia berlari mendapatkan Elan.

Makin berkerut Elan jadinya. Kenapa ni?

"Ada apa-apa yang berlaku ke?"

"Qayyum demam panas. Awak tolong papah Qayyum turun ke bawah boleh? Asyraf nak bawa Qayyum pergi klinik." Jawab Mardhiah sedikit mengah.

"What? Okay, i go there." Elan terus bergegas menuju ke bilik Qayyum.

"Let's go Asy."

Asyraf mengangguk.

Qayyum di dudukkan lalu dia mengangkat lengan kanan Qayyum dan di sangkutkan ke lehernya supaya mudah untuk dia memapah Qayyum. Manakala lengan kiri Qayyum di sangkutkan ke leher Elan.

Mereka berdua memapah Qayyum untuk turun ke bawah. Dapat mereka rasakan bahang panas yang keluar daripada tubuh badan Qayyum. Sangat-sangat panas.

Mardhiah mengikuti langkah mereka berdua daripada belakang. Dalam masa yang sama dia turut berasa risau dengan keadaan Qayyum. Lemah longlai dan sangat pucat.

"Mardhiah, minta tolong ambilkan wallet dan kunci kereta saya dekat atas meja ruang tamu tu." Pinta Asyraf lagi. Serba salah pula kerana asyik mengarah Mardhiah.

Mardhiah akur saja.

"Thank you Mardhiah, sorry susahkan awak." Kata Asyraf apabila Mardhiah menyerahkan wallet dan kunci kereta kepadanya.

"Tak apa, lagi pun awak tengah papah Qayyum kan? Elan, awak ikut Asyraf sekali ke? Nak saya ambilkan wallet awak?" Soal Mardhiah pada Elan.

"Tak menyusahkan kau ke?"

Mardhiah menggeleng kecil.

Sikit pun tak menyusahkan dia. Matanya mengerling ke arah Qayyum yang sudah pun berada dalam kereta di bahagian sebelah pemandu.

"Kau masuk je bilik aku tu atas meja tepi lampu tidur ada wallet, handphone dengan kunci kereta. Kau ambil je tiga benda tu." Terang Elan.

Mardhiah angguk faham terus dia masuk ke dalam markas dan melangkah naik ke bilik Elan untuk ambil apa yang di pinta oleh Elan.

Sementara menunggu Mardhiah, Asyraf memanaskan enjin keretanya terlebih dahulu. Qayyum yang lena di dalam keretanya di pandang.

"Takpe ke kau ikut aku pergi klinik ni? Sir tak marah?"

"Nanti aku bagitahu sir aku lambat masuk kerja. Seingat aku pagi ni takde apa-apa yang penting melainkan beri laporan kerja Blade pada sir."

Asyraf hanya mengangguk saja.

Tak lama kemudian Mardhiah pun muncul.

"Ni barang awak."

"Thank you, kau tak nak ikut?"

Mardhiah menggeleng kecil.

"Takpe, saya tunggu dekat sini je." Jawab Mardhiah.

"Hurmm okay. Asy jom gerak."

Mereka berdua masuk ke dalam kereta Asyraf. Asyraf terus memandu keluar daripada markas dan memecut laju menuju ke klinik yang berdekatan.













OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now