"Actually 5 tahun dulu, dia dah pernah kena kanser. Sembuh, tapi kali ni datang balik." Ada rasa takut pada suaranya. "And I didn't know that." Dia menggeleng laju, ada kekesalan yang terasa.

Puan Suhaila bungkam. Jadi tidak hairanlah dengan perubahan pada Dhiya yang dia perasan selama ini. Ingatkan semua itu sekadar factor kerja dan usia.

"Habis tu macam mana? Siapa yang tengok kan dekat dia dekat Kuantan? Tak bawa di ke sini ke?" pelbagai soalan yang ditanya, jantungnya mulai resah mengetahui keadaan insan yang sudah dianggap seperti seorang anak.

"Dina dengan Kasyaf dah bawa dia ke KL, duduk sekali. Apa-apa rawatan semua, teruskan dekat sini. Takkan nak biar dekat sana kan?"

Dia mengangguk setuju.

"Doktor cakap apa? Teruk ke keadaan dia?"

Mengingatkan penjelasan yang diberikan oleh Doktor Amina sudah cukup membuatkan fikiran Medina bercelaru. "Not that good."

Diam lagi. Dia tidak mahu bertanya lagi, melihatkan Medina yang sepertinya berat memikirkan hal ini. "Dia seorang ke dekat rumah?"

"Buat masa ni. Nanti Dina ingat nak cari pembantu seorang. Tak harap kalau nak biarkan Dhiya seorang dekat rumah kalau apa-apa jadi."

Kepalanya ligat berfikir cara untuk membantu Medina. Takkan mahu membiarkan Medina runsing seorang diri.

"Macam ni, apa kata kalau Dina ambil bibik mak tok, mak tok pula tinggal dengan ibu untuk sementara waktu ni." Puan Suhaila memberikan cadangan.

Teringat akan neneknya yang tinggal di Bentong bersama seorang pemantu rumah. Dia setuju sahaja tetapi, "Ibu okay ke?"

"Apanya yang tak okay? Ibu okay je. Lagipun pembantu mak tok memang ibu ambil yang pandai jaga orang sakit."

Lama dia pandang Puan Suhaila sebelum akhirnya mengangguk setuju.

"Kalau macam tu, hujung minggu ni ibu datang rumah bawa dia."

"Okay."

Air kosong diteguk beberapa kali. "Oh ya, bu. Ada benda yang Dhiya nak bagitahu." Nyaris dia terlupa.

"Dina mengandung, lagi." Sebenarnya tidak sempat Medina memberitahu sesiapa akan khabar berita ini disebabkan oleh perkara yang terjadi sekarang.

Puan Suhaila senyum. Dia senyum saja, tidak menunjukkan reaksi yang berlebihan walhal sebenarnya dia gembira dalam hati, tidak mahu Medina rasa terbeban dengan reaksinya. "Alhamdulillah."

Tangan anaknya yang berada di atas meja diraih. "Ibu doakan kandungan Dina kali sihat walafiat. Insyallah kali ni rezeki milik Dina."

Dia juga seorang wanita dan dia sendiri pernah mengalami keguguran waktu dulu-dulu jadi dia faham benar dengan perasaan Medina.

"Terima kasih, bu."


"TAK apa ke?" Kasyaf letakkan kopiah putih ke atas meja solek sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Medina sangkut sejadah dan kain telekungnya. Getah rambut diambil lalu rambutnya yang separas dada diikat rapi. "Tak apa, lagi pun ibu nak bawa mak tok tinggal sekali dengan ibu."

"Sementara kita nak cari orang yang boleh uruskan dia, kita ambil lah pembantu mak tok untuk sementara. Lagipun I nak cari orang yang betul-betul boleh uruskan Dhiya, tak nak main ambil je," jelasnya panjang.

Kasyaf fahamkan sahaja sebelum anak mata melihat Medina yang masuk ke bilik air sekilas. Dia lihat jarum jam, sudah mengampiri pukul 10 malam.

Agak lama mereka berada di bilik Dhiya tadi. Usai solat isyak, biasanya mereka akan mengaji bersama-sama.

Kedengaran daun pintu bilik air dibuka. Medina sudah mencuci mukanya dan merebahkan punggung ke atas kerusi berhadapan dengan meja solek.

Telefon yang sedang dicas ditarik lalu suiz dimatikan. Bateri masih belum penuh, tapi sudah 98%. Kasyaf tidak berapa suka menggunakan telefon ketika dicas. Aplikasi Facebook dibuka.

Toner disapukan hingga rata pada seluruh wajah. "You."

"Hmm."

Medina pandang pantulan mukanya pada cermin. Seolah-olah termenung tetapi tidak. "I ingat I nak belikan Dhiya wheelchair. Dia tak bagitahu pun tapi kadang-kadang I tengok dia macam mengah bila berjalan."

"Also, I dah settle kan pasal medical Dhiya. I dah bagi number dia for any appointment. Nanti you tanya kan lah Dhiya bila chemo semua. Kalau you free, you temankan lah dia."

Mukanya diangkat memandang Medina. "Tak apa, yang tu biar I uruskan." Telefon di tangan disimpan ke dalam poket baju melayu yang dipakai.

Kasyaf berjalan mendekati Medina. "You fokus je dengan kerja you, kesihatan you, kandungan you. Pasal Dhiya semua tu, I yang akan tengokkan dia."

Bibirnya ukir senyum nipis memandang Kasyaf yang berada di sebelah. Penat yang terasa cuba untuk dinafikan. Tiada masa untuk semua nafikan.

"Oh ya, I ingat hujung minggu ni nak buat makan-makan and doa selamat kecil-kecilan for baby and Dhiya. Ajak yang mana dekat je, family you, family I." Tidak mahu buat secara besar-besaran, habiskan duit sahaja.

"Okay," Kasyaf setuju sahaja.

Medina bangun dari duduknya. Dia menyentuh lembut hujung tangan Kasyaf. "Pergi lah bilik Dhiya, lama pula dia tunggu." Dia mendekati katil lalu duduk di birai.

Kepala dianggukkan. "Goodnight, love you."

"Love you too."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now