"Tak payah lah ingatkan semula. Sir tu memang sengaja nak kenakan aku." Cebik James. Memang dia geram je bila sedar dirinya di buli oleh Steve.

Macam mana dia tahu dia kena buli?

Blade yang bagitahu dirinya.

Sebab apa?

Sebab Blade berterima kasih pada dirinya kerana telah menyiapkan kerjanya untuk tiga hari. Memang tiga hari Blade goyang kaki takde buat apa-apa selain semak laporan bersama Steve. Itu je.

Bila ingat semula eeeiiyyyy rasa nak menjerit je tapi dia tak gila lagi nak buat perkara bodoh macam tu. Gila ke apa nak jerit dekat Steve? Mahu kena humban keluar daripada tingkap tingkat paling atas.

Dia hanya mampu bersabar dan bertabah dapat tuan yang kadang kala kuat membuli pekerja-pekerjanya.

Chann dan Elan ketawa berdekah apabila mengingati peristiwa itu. Seharian masam mencuka je wajah James.

Qayyum yang tidak tahu apa-apa hanya diam melihat saja mereka ketawa. Manakala James pula sudah cemberut.

"Hah Qay bilik untuk kau aku dah siapkan! Naik lah rehat dulu petang nanti kau masuk kerja pula." Laung Fahri daripada tingkat dua.

"Thank you Fahri, susahkan kau pula. Kejap lagi aku naik." Balas Qayyum dengan nada yang agak kuat supaya dapat di dengari oleh Fahri.

"No hal bro!"

"Uishhh sejak bila Fahri jadi bibik kau ni Qayyum? Siapkan bilik untuk kau bagai, berapa kau bayar budak tu?" Gurau Chann.

Qayyum tergelak.

Bibik aeee....

"Mana ada aku bayar dia ke apa. Dia sendiri yang offer untuk siapkan bilik aku. Aku tak kisah asalkan ada tempat untuk aku tidur dekat sini. Sinikan banyak bilik kosong." Buang duit dia je nak bayar Fahri semata-mata nak siapkan bilik untuk dirinya.

"Nampak je kosong tapi ada penghuni yang menghuni dalam bilik-bilik kosong tu." Ulas Elan.

"Yeke? Bukan bilik-bilik tu kosong ke?" Kerut Qayyum dengan hairan. Seingatnya di tingkat dua memang banyak bilik kosong tidak berpenghuni. Macam mana dia tahu? Sebab dia sendiri explore markas Eagle Eyes ini semasa kali pertama dia datang ke sini.

Bukan dia seorang tetapi Fariz turut ada bersama dengannya. Mereka berdua ingin memastikan tempat Airin ingin belajar menembak selamat dan tiada apa-apa yang mencurigakan dalam markas ini. Ketika itu pun hubungan dia dan Blade masih dingin lagi.

Percaya atau tak dalam markas ni macam-macam makhluk yang Fariz nampak. Ada yang tinggi, pendek, panjang, muka lonjong, takde kepala dan banyak lagi terutama di bilik kurungan bawah tanah.

Kata Fariz, sepanjang laluan di bilik bawah tanah pelbagai makhluk ngeri yang dia lihat sampai satu tahap Fariz minta mereka berpatah balik kerana tak sanggup untuk explore lebih dalam lagi. Sudahnya mereka kembali melihat Airin berlatih menembak bersama Steve.

Tiada siapa yang tahu tentang perkara itu walaupun Airin sendiri. Hanya mereka berdua saja yang tahu memandangkan mereka explore markas ini tanpa pengawasan daripada sesiapa pun. Begitu lah kisahnya.

"Kosong sebab kebanyakkan bilik-bilik tu cuma tempat singgah budak-budak yang buat kerja luar untuk berehat. Macam kau, tumpang duduk sini seminggu lepas tu balik rumah sendiri semula." Terang Elan.

"Ohhhh macam tu tapi tak pernah aku nampak orang lain selain korang."

Elan tersenyum sinis mendengar kata-kata Qayyum itu.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang