Baru sahaja Iseul ingin masuk ke dalam, panggilan dari Jaehyun mematikan langkahnya.

“Cik Iseul duduklah depan.” Pelawanya.

Iseul tak terus setuju, dia melihat ke arah Mieka yang sudah berada di dalam kereta terlebih dahulu. Mieka hanya angguk dan membuat isyarat supaya Iseul ikut sahaja.

“Okay” ujar Iseul

Jisung pula masuk di bahagian pemandu. Setelah mendapat tempat masing-masing, perjalanan dimulakan.

Iseul duduk dibahagian depan bersama Jisung. Mieka pula duduk di tengah-tengah, antara Jaehyun dan Taeyong. Nasib kereta ini luas dan dia dapat ruang yang cukup.

“Boleh kau setkan alamat rumah omma kau kat sini.” Pinta Jisung sambil menunjukkan kepada GPS tracker yang ada dalam kereta itu.

“Hmmm okay.” Pantas Iseul menjawab.

Thanks.” Balas Jisung di sebelah.

Mieka yang duduk di tempat duduk tengah hanya memerhati sebelum dia bersuara.

“Iseul, kau dengan Jisung ada apa-apa ke? Sweet lain macam je aku tengok.” Tegur Mieka.

Agak tertanya-tanya sebenarnya. Jisung tak nampak bertegas pun dengan Iseul. Iseul pula nampak macam tak kesah dan layan saja si Jisung ni.

Sebelum ni, Mieka pernah kenalkan Iseul dengan kawan lelakinya dan Iseul memberi layanan yang teramatlah ketara. Boleh dia buat tak tahu, lepas tu bila bercakap tu ada je benda nak diperlinya. Malu Mieka nak mengaku kawan. Tapi nak buat macam mana, Iseul dah memang begitu. Kalau dia tak suka tu tak boleh kata apa!

“Err...mana ada!” balas Iseul.

“Weh, jangan marah. Aku tanya je.” Kata Mieka dia belakang. Dalam diam dia mengejek, yelah tu tak ada, entah-entah dalam hati ada taman.

Don’t get jealous, sweetie. Aku boleh layan kau lebih baik dari Jisung layan Iseul tahu.” Tiba-tiba suara lain menyampuk.

Mieka rasa tercekik udara. Kata-katanya juga mati disitu. Keadaan dalam kereta bertukar sunyi sepi disebabkan kata-kata Taeyong tadi.

“Yang kau libatkan aku ni kenapa?” Jisung bersuara. Tak pasal-pasal nama dia dipetik.

“Eh dah dah. Hormat orang yang single ni sama.” Sampuk Jaehyun. Percakapannya lebih tertuju kepada Jisung dan Taeyong yang dah berura-ura nak bertikam lidah itu.

“Awak single ke Jaehyun.” Soal Mieka. Dia kini menolehkan badannya menghadap Jaehyun sidikit.

“Iya, saya masih menunggu seseorang muncul dalam hidup saya.” Jawab Jaehyun dengan dramatiknya.

“lah iya ke. Kesian awak, lawa macam ni tapi single lagi.”

“Kenapa pula nak kesian, awakkan ada.” Sakat Jaehyun. Dia curi-curi pandang Taeyong di seberang. Nampak macam tak puas hati dah tu.

“Eii, stop stop! Korang ni kenapa. Menyampah aku.” Lantang Taeyong bersuara.

“Kau jealous kan.” Soal Jaehyun sambil tersengih-sengih.

Mieka toleh pula untuk melihat Taeyong. Taeyong jealous? Kenapa pula. Mieka hanya tayang muka tak tahu apa-apa. Taeyong melihat muka tersebut. Kemudian bersuara.

“Tak ada lah!” katanya. Pandangan dilemparkan keluar tingkap pula.

“Macam budak-budak la mereka ni.” Ujar Iseul sambil ketawa perlahan. Tak mahu orang belakang dengar.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now