“Hmm okey.” Jawab Jisung. Pandangan lansung tak teralih dari televisyen. Nampak macam dah terlebih minat tu.
Aku bangun dari kerusi dan berjalan ke arah pintu. Tombol dipulas. Sebelum keluar, aku tolehkan badan kembali.
“Awak jangan turun dari katil eh!” sempat aku memberi peringatan.
Pandangannya teralih kepada aku.
“Okay, aku tunggu kau atas katil tau.” Ujarnya sambil mengenyit sebelah mata kepada aku. Entah kenapa, aku dengar suaranya lain…seperti menggoda?
Sah! Dia tak betul. Janganlah nak kotorkan otak aku yang bersih ni. Tetapi muka aku tetap merah. Boleh dikatakan aku malu dan segan.
Aku hanya hiraukan dia dan beredar pergi. Aku basuh muka dan minum segelas air kosong. Ingin segarkan minda. Lagipun aku rasa masih berbaki 1jam lebih untuk movie tu tamat. Setelah itu aku kembali di dalam bilik Jisung. Duduk di single sofa seperti tadi..
“Iseul, tolong tuang air tu dalam gelas kejap.” Pinta Jisung. Haus la tu. Dari tadi tak berganjak dari tempatnya. Kalau aku tahu dia diam masa tengok movie, dari awal lagi aku pasang .
“Awak haus ke. Nak minum air apa-apa tak? Saya nak buatkan.” soalku. Mana tahu dia teringin nak minum air lain, aku nak pergi buatkan.
“Air kosong aje” katanya.
Aku hanya akur. Aku capai gelas yang diterbalikkan itu. Kemudian menuangkan air ke dalamnya. Aku berikan kepada Jisung.
“Thanks” ujarnya.
“Hmm” aku letakkan gelas kembali ke meja setelah dia habis meneguknya.
Kemudian kami kembali fokus pada televisyen.
Aku tongkatkan kepala lagi. Sekarang dah sampai ke kemuncak jalan cerita. Tapi entah kenapa aku rasa tak tertarik dengannya. Aku mengubah posisi kepala kepada baring sambil berlapikkan tangan di atas katil. Mata aku kembali memberat. Aku cuba menahan sehinggalah semuanya menjadi gelap dan aku dah tak sedar dengan keadaan sekeliling.
✯
Sedang ralit Jisung menonton, pandangan teralih lagi ke arah Iseul. Usah tanya kali keberapa, dia pun tak tahu.
“Iseul kau tak lenguh ke duduk macam tu?” soal Jisung. Dari tadi Iseul duduk tak lenguh tengkuk ke. Tak pun sakit belakang sebab dia tak bersandar sekarang.
“Iseul?” Jisung memanggil sekali lagi
Jisung bergerak kehadapan, menjadikannya tidak bersandar lagi. Teragak-agak tangannya naik untuk menyelak rambut hadapan Iseul yang separa menutup muka.
“Dah tidur?” Jisung jadi tergelak sendiri.
Kepala Iseul diusap sedikit.
“Masa-masa macam ni pun kau boleh tidur.”
“Hmmm” Iseul membenamkan muka di celah-celah tangannya akibat merasakan tidurnya diganggu.
Jisung masih melihat. Senyuman di bibirnya juga tidak hilang-hilang. Namun dia betulkan riak mukanya.
“No, aku ni dah kenapa.” Jisung melarikan pandangan. Tiba-tiba pintu diketuk dari luar.
“Tuan Mu-“ Jaehyun yang baru masuk itu jadi terdiam
“Shhh..” Jisung meletakkan telunjuk di mulut.
“Jisung, kenapa ni?” soal Jaehyun.
Terus hilang panggilan Tuan Muda tadi. Selalu dia panggil Tuan Muda apabila ada orang lain bersama. Kalau hanya dia dan Jisung, dia gunakan nama saja.
“Dia tertidur. Kau tolong angkatkan dia masuk bilik.” Arah Jisung. Dia nak angkat tetapi luka di badannya menyukarkan pergerakan.
“okay” Jaehyun hanya ikut. Perlahan-lahan dia mengangkat Iseul yang sedang diulit mimpi.
Jaehyun berjalan menuju ke bilik yang didiami Iseul, iaitu bilik omma Jisung. Selepas masuk dia letakkan Iseul di atas katil dan menyelimutkannya.
Nasib jarak bilik mereka berdua dekat sahaja. Iseul pun boleh dikatakan ringan .
Setelah itu, Jaehyun kembali ke bilik Jisung.
“Ada apa hyung?” soal Jisung. Tadi rasanya macam ada sesuatu yang Jaehyun nak katakan.
“Aku nak bagitahu, Rubin datang. Dia nak jumpa kau.” Terang Jaehyun.
“Rubin?” Soal Jisung minta kepastian. Rasa ini kali pertama sepupunya itu datang kesini.
“Iya.”
“Tolong aku bangun.” Pinta Jisung. Dia kemaskan pakaiannya sebelum turun ke bawah.
Jisung mengambil duduk di sofa ruang tamunya. Rubin telah duduk disitu sambil bersandar selesa.
“Rubin!” sapa Jisung. Rubin masih belum perasaan kehadiran Jisung disebabkan asyik dengan telefon di tangan.
“Weh, Jisung!” Rubin membetulkan duduknya.
“Kenapa kau datang sini? Ada something ke?” soal Jisung dengan muka seriusnya. Tak pernah-pernah muncul diri depannya. Sebelum ni, terserempak dengan dia pun tak nak!
“Saja nak tengok kau hidup lagi ke tak. Kau kan degil tak nak pergi hospital.” Kata Rubin. Jelas dia hanya bergurau kasar.
“Nampaknya aku hidup lagi.” Selamba Jisung membalas.
Rubin tersenyum senget.
“Sebab perempuan tu yang tolong rawat kan?” Soal Rubin. Suara saja diperlahankan sedikit.
Jisung terkesima. Akalnya hanya fikirkan seseorang, iaitu Han Iseul. Macam mana Rubin boleh tahu Iseul ada sini? Dia tahu Rubin tolongnya malam itu tapi Rubin tak datang sini pun.
“Macam mana kau tahu dia ada sini?” Tajam anak mata Jisung menikam orang dihadapannya.
Rubin juga tak mengalah. Dia naikkan muka untuk lawan mata Jisung.
“Jisung, aku tak berniat apa. Aku dah tahu Samchon Park tipu aku…” Rubin menarik nafas sebelum sambung pembicaraan.
“Tapi aku nak bagitahu yang, Samchon Park tengah aim perempuan tu untuk jatuhkan kau.” Jujur Rubin berkata. Nada suaranya juga bertukar 180 darjah menjadi serius.
Jisung menghela nafas. Mukanya dikawal supaya kelihatan tenang.
“Kenapa?”
“Kenapa apa?” soal Rubin kembali.
“Kenapa perempuan tu? “
“Mungkin kau nampak rapat dengan dia. Samchon Park pernah bagitahu aku yang dia tu, perempuan simpanan kau.” Jelas Rubin lagi.
“Kau orang salah faham.” Ujar Jisung
Rubin mengerutkan dahi. Mahu lebih penjelasan.
“Dia bukan perempuan simpanan aku. Dia Cuma terpaksa terlibat dalam kes ni sebab pernah selamatkan aku dulu.” Jisung menyambung lagi.
“Really? Jadi kau tak suka pun lah dekat dia. Dan dia pun tak ada hati dekat kau?” Rubin membuat muka confuse macam tengah hadap soalan add math.
Jisung hanya diam tak menjawab apa. Atau sebenarnya, dia sendiri pun tak tahu. Mustahil Iseul ada hati dekat dia. Dia kan mafia! Dan bagi orang biasa yang hidup normal seperti Iseul, mafia adalah jahat dan kejam.
✯
-nc-
Sorry sbb lambat Updated 🙏🏻 huhu makin merapu ka cita ni🏃♀️
ESTÁS LEYENDO
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
Chapter 24
Comenzar desde el principio
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)