"Mardhiah, awak nak makan dulu ke sebelum masuk ke dalam hospital?" Tanya Qayyum sekadar ingin memecahkan kejanggalan yang mengelilingi mereka berdua.

Mardhiah tersentak apabila Qayyum bertanya pada dirinya. Teragak-agak dia mahu membalas.

"Erkk urmmm takpe nanti saya makan dengan Sha tengah hari nanti. Kenapa? Awak belum makan lagi ke?" Serba salah pula dia kalau Qayyum belum makan dan dia pula mahu makan bersama Qaisha.

"Saya dah makan dekat rumah tadi. Qaisha masak hari ni. Dia masak nasi goreng daging. Awak nak? Saya selalu bawa bekal pergi kerja. Nanti kita makan sama-sama." Kata Qayyum dengan senyuman kacak.

"Sha masak? Waaaa untungnya awak dengan abang awak. Rindu pula saya dengan masakan Sha. Selalu pagi-pagi dia mesti masak nasi goreng tak pun nasi lemak. Nasi lemak Sha buat memang sedap! Asyraf, Fahri, Chann dan James mesti tambah dua kali. Diorang cakap sedap, macam orang yang meniaga dekat luar tu tapi Sha masak lagi sedap daripada diorang yang meniaga." Cerita Mardhiah dengan bersungguh-sungguh.

Sedar dirinya yang banyak bercakap, terus dia menggigit bibirnya. Wajahnya membahang malu. Terus terhenti mulutnya daripada bercakap.

Ternaik kening Qayyum.

"Aik, kenapa diam? Cerita lah lagi, saya suka dengar awak bercerita." Tegurnya. Memandangkan lampu traffic light berwarna merah, dia mengambil kesempatan menoleh ke arah Mardhiah yang mula berdiam diri itu.

"Saya takut awak tak selesa bila saya cakap banyak macam ni. Lagi pun saya tak sengaja cakap banyak macam ni." Tutur Mardhiah perlahan.

Qayyum tergelak. Entah kenapa dia lihat Mardhiah sangat comel seperti ini. Cuba kalau Afrina macam ni. Fuhhhh, lambert lagi.... Ahahahaha....

"Ishhh apa cakap macam tu. Saya okey je lah. Lagi saya suka dengar awak bercakap ada lah. Yelah, kita ni jarang jumpa, biasa saya jumpa Afrina je. Kesian awak tak berkesempatan nak jumpa saya yang hensem ni. Asyik Afrina je." Gurau Qayyum.

Mardhiah ketawa kecil.

"Kan manis bila awak macam ni. Ketawa pun comel belum lagi senyum. Mau cair hati saya tengok awak senyum hari-hari. Silap haribulan saya ni cair seperti ais batu. Kesian awak tak dapat kahwin dengan saya sebab saya dah cair." Suka pula Qayyum menyakat Mardhiah yang malu-malu dengan dirinya.

"Eiiii awak ni, merepek je." Makin merah wajah Mardhiah apabila di usik sebegitu. Rasa nak nyorok bawah kerusi je.

Qayyum ketawa mengekek. Comelnya anak orang ni. Tak sangka pula Mardhiah berperwatakan seperti ini. Dia mula rasa selesa dengan kehadiran Mardhiah mahu pun Afrina dalam hidupnya.

Melihat Qayyum ketawa, Mardhiah mengukir senyuman kecil. Perlahan-lahan dia mula selesa dengan Qayyum.

Sampai sahaja di perkarangan hospital, Qayyum memakirkan keretanya di ruang khas pekerja hospital.

"Okey, dah sampai. Jom turun." Kata Qayyum sebaik sahaja mematikan enjin keretanya. Dia pun keluar lalu menuju ke pintu belakang bahagian pemandu untuk mengambil beg sandangnya.

Mardhiah menanggalkan seatbelt lalu membuka pintu kereta dan terus keluar. Entah mengapa dia berasa sangat gementar.

"Awak okey tak ni? Gementar?" Tegur Qayyum apabila sedar perubahan pada wajah Mardhiah yang kelihatan gementar itu.

"Saya takut lah." Jujur Mardhiah. Dia mula rasa tidak yakin. Melihat orang keluar masuk dalam hospital membuatkan dia berasa tidak selesa dan takut.

Melihat Mardhiah seperti itu, Qayyum memegang lengan Mardhiah yang berlapik itu dengan lembut. Dapat dia rasakan bertapa menggigilnya perempuan ini.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now