Perlahan-lahan aku membuka pintu. Muncul susuk tubuh seseorang. Aku luaskan bukaan pintu, biarkan dia masuk.

"Ada apa?" Aku bertanya.

"Awak bosan ke duduk sini?" Soalan berbalas soalan. Dia lansung tak bagitahu tujuan dia kesini.

"Tak adalah, Jaehyun. Saya just tak biasa lagi kot. Itu yang tak tahu nak buat apa." Jawabku.

Mungkin melihat aku yang terperuk dalam bilik tak keluar-keluar buat dia fikir yang aku bosan. Walaupun 60% nya betul. Sirius aku bosan. Tapi dengan adanya tingkap dengan permandangan yang indah ini, bosan aku kurang sedikit. Fikiran juga jadi tenang.

"Sebenarnya, Tuan Muda suruh saya tanya awak. Kalau awak bosan, awak nak ikut dia keluar tak?" Kata Jaehyun.

"Pergi mana?" Sebelum aku setuju sebab bosan, aku kena tahu dulu kemana dia nak bawa aku pergi. Kot-kot dia nak pergi perang dengan mafia lain, habis lah aku. Dah la aku tak kuasai mana-mana ilmu pertahankan diri.

"Tempat kerja dia." Jawab Jaehyun.

Wow..tak aku sangka itu jawapan yang bakal aku dapat.

Aku angguk setuju. Bukan senang nak jenguk tempat kerja orang ni. Lagipun aku lama tak keluar.

Setelah hampir setengah jam perjalanan, kami tiba di destinasi yang nak ditujui. Aku pun tak tahu apa pekerjaan si Jisung tu. Jaehyun kata dia tak boleh beritahu. Aku yang kena tanya Jisung sendiri.

Dia buat aku fikir bukan-bukan. Macam mana kalau tanggapan aku betul? Jisung nak pergi berunding dengan mafia lain.

Aku pandang luar tingkap.

Beberapa meter dari sini, aku dapat lihat sebuah bagunan yang boleh dikatakan memang besar dan luas. Seluruh kawasan itu tertutup. Cerminnya pula gelap dari luar. Tapi aku pasti orang dapat melihat permandangan luar dari dalam sana.

Cakap pasal permandangan... Kawasan luar disini dipenuhi alam semulajadi. Banyak pokok dari pelbagai jenis tertanam di sekeliling. Ada juga kolam ikan bersama air pancut terletak di tepi.

Aku ikut Jisung turun dari kereta Range Rover miliknya. Ramai juga yang keluar masuk. Tak tahulah pekerja atau bukan. Pakaian mereka memang tampak eksklusif.

Kemudian, kami jalan di laluan yang berbumbungkan kayu yang disusun jarang.

Aku jadi kagum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku jadi kagum. Apa pekerjaan dia ni. Landskap design ke?

Kami kemudian masuk kedalam. Pintu ditolak Jaehyun lalu membiarkan aku dan Jisung masuk terlebih dahulu.

Terus aku pegun. Semua tanggapan salah belaka. Ini tempat kerja dia atau dia saja je nak singgah. Maklumlah dah tengahari.

"Kenapa kau berhenti? Nak aku dukung kau ke?" Tiba-tiba aku terdengar Jisung bersuara. Dia berdiri agak jauh dihadapanku.

"Mana ada." Nafi aku. Terus aku melangkah pergi kearahnya. Dia meneruskan perjalanan setelah aku tiba di sebelahnya.

"Awak kerja disini ke Jisung?" Soalku.

"Ni restoran aku." Jawabnya. Masih meneruskan perjalanan dengan penuh yakin.

"Really?" Soalku terkejut. Walaupun dia tak jawab, tapi aku tahu dia mengiyakan.

Dalam usia muda pun dah boleh buka restoran sendiri. Park Jisung ini memang bukan calang-calang orang lah. Oh, lupa. Dia mafia kan? Mestilah ramai support dia. Duit pun keluarganya boleh taja.

Jisung duduk di sebuah meja yang agak tersembunyi dari orang lain. Mungkin disebabkan mahukan privasi.

"Awak nak buat apa disini? Tak pergi masuk ofis?" Soalku lagi.

Dia sepatutnya masuk ke bilik kerjanya. Lagipun waktu sekarang memang masa bekerja. Dan apa yang dia buat disini? Nak jumpa klien atau apa. Tak kesah, dia kan bos!

"Kita makan dulu. Kau kan tak makan lagi dari tadi." Jawabnya.

Walaupun kami tak membuat apa-apa pesanan, tetapi ada dua orang pelayan datang dan letak beberapa jenis makanan di atas meja.

Terkebil-kebil aku melihat mereka sehingga mereka pergi dari situ.

Baru saja ingin buka mulut, ada suara lain yang terlebih dahulu memintas.

"Makan lah. It's free for you." Katanya sebelum dia turut mengambil chopstick besi yang terletak elok di sebelah pinggan.

Aku ambil tindakan sama. Dah ada rezeki jangan ditolak. Aku pun memang lapar ni. Dari pagi tak makan. Makanan kat sini pun nampak sedap semacam. Habis kecur air liur aku.

"Jisung, bila awak buka restoran ni?" Sambil-sambil makan aku soal. Perhatiannya pada makanan tadi kini teralih kepada aku.

"Omma aku yang tubuhkan restoran ni. Aku cuma teruskan saja perniagaan dia."

"Oh... Omma awak pergi mana?" Tanya aku lagi. Namun, aku dapat lihat tangannya yang sibuk menyuap makanan tadi berhenti. Riak mukanya juga lari sedikit sebelum cepat-cepat dia kawal

"Dia dah tak ada. Omma aku meninggal empat tahun lepas." Suaranya tetap dingin tetapi aku dapat tangkap getaran dalam nada suaranya.

Kalaulah aku boleh putar balik masa! Kenapa aku tanya soalan ni? Macam tak ada perkara lain yang boleh dibualkan. Han Iseul!!!

"Sorry. Saya betul-betul ...."

"It's okay. Kau tak tahu sebab tu kau tanya. Lagipun benda dan lepas." Jawabnya selamba.

Syukur dia tak marah. Tapi aku rasa bersalah. Jelas di mukanya, dia terkesan dengan pertanyaan aku. Tapi aku hanya diam. Sebelum mulut aku cakap yang bukan-bukan baik aku makan.


-nc-
💚

Cardiac Arrest (SCA) = suatu keadaan dimana jantung seseorang tiba-tiba berhenti.

Harus difahami ia bukanlah serangan jantung jenis sumbatan atau blockage. SCA ialah dimana detak elektrik jantung tidak berfungsi dan membuatkan jantung berhenti mengepam darah keseluruh badan dan boleh menyebabkan kematian.

[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•Where stories live. Discover now