Bang!
Automatik mata Iseul tertutup. Jantung terasa seperti berhenti seketika. Air mata yang bertakung dari tadi akhirnya tumpah juga.
Mata dibuka kembali, dapat dilihat pasu dia atas meja bersebelahan dengan katil ini berderai akibat terkena tembakan.
"Jisung, kenapa awak macam ni? Kalau saya ada buat salah sebelum ni, saya minta maaf sangat." Ternaik suara Iseul. Dia rasa marah. Dalam banyak-banyak soalan dalam dunia ni kenapa nak tanya tentang itu?
Jisung hanya pandang dengan mata kosongnya. Dia tak tahu.. dia rasa bersalah tapi Iseul yang berdegil!
"Saya memang ada appa. Tapi dia dah lama berpisah dengan omma saya. Sekarang pun saya tak tahu dia di mana." Jujur Iseul
Dia tak tahu apa kaitan appanya dengan Jisung. Tapi nampak macam perkara yang serius sehingga Jisung boleh naik marah sebegini.
"Jadi, betullah kau anak perempuan dia dan satu-satunya anak dia?" Soal Jisung.
Iseul angguk. Betul apa yang Jisung nyatakan. Dia anak tunggal keluarga itu.
"Mestilah dia sayangkan kau kan?"
Iseul angkat muka untuk pandang Jisung.
"Tak! Dia benci saya. Tak pernah sesaat pun dia sayangkan saya. Dia dera saya dengan omma saya setiap hari. Awak tak ada masa tu, jadi jangan nak tuduh saya ikut suka hati awak saja!" Jelas Iseul. Cakap pasal appanya buatkan dia teringat kisah silamnya. Sakit hati hanya dia yang rasa.
Jisung terdiam.
"Awak tak percaya? Biar saya call omma saya. Awak cakap dengan dia." Iseul bergerak-gerak untuk turun dari katil. Dia ingin mencari telefonnya yang entah dimana dia letak. Dia sudah lupa.
Setelah kakinya mencecah lantai, dia berdiri dan berjalan beberapa langkah. Kemudian dia jatuh semula. Kakinya masih terketar-ketar akibat terkejut dengan tembakan tadi. Sendi-sendi kaki terasa masih lembut seperti jeli.
"Iseul!" Jisung berlari mendapatkan Iseul yang ada hampir dengannya.
"Lepaskan saya." Iseul menarik kasar tangannya yang dipegang Jisung.
Nafas berat dilepaskan. Dah sah-sah ini salahnya. Tuduh ikut suka hati. Disebabkan dendamnya, orang lain jadi mangsa.
"Iseul, aku... minta maaf." Jisung bersuara. Dia cuba tenangkan keadaan.
Suasana hening seketika
Iseul menundukkan kepala. Pandang lantai. Dia cuba tenangkan hatinya. Luka lama terasa kembali hanya disebabkan pertanyaan Jisung tadi.
Mati-mati dia tak nak mengaku yang dia ada seorang lelaki bergelar appa. Appanya itu terlalu kejam terhadap dia dan omma dia. Dan bila dia dah dapat kebebasan, Jisung nak ungkit balik?
Jisung meraih tangan Iseul. Ikatan yang mengikat pergerakan tangan Iseul dibuka semula.
Dapat dilihat dengan jelas kesan merah pecah darah yang ada di pergelangan tangan.
"Iseul, aku betul-betul minta maaf. Aku terlalu marah sampai lupa kau masih sakit." Disebabkan tidak mendapat apa-apa reaksi dari Iseul Jisung ambil keputusan untuk bangun.
"Kau tunggu sini. Biar aku pergi ambilkan first aid kit." Jisung ingin berlalu keluar namun ada suara yang menghalangnya.
"Kenapa awak tolong saya? Sepatutnya awak biarkan saja anak kepada musuh awak ini mati." Jelas kedengaran suara Iseul yang tidak puas hati.
"Aku just nak balas budi kau. Dulu kau dah tolong aku, sekarang aku pula tolong kau" Terang Jisung.
"Tapi awak sendiri kata, itu pertemuan pertama dan terakhir kita kan. Dan saya tak faham, macam mana awak boleh tahu saya ada di situ?" Iseul jadi beremosi.
"Aku...aku terpaksa tarik balik kata-kata tu." Jawab Jisung pendek.
"Apa maksud awak?" Iseul menyoal
"Aku rasa, ini takkan jadi perjumpaan terakhir kita. Musuh aku nakkan kau."
Meremang bulu roma Iseul dibuatnya. Matanya tertala kepada Jisung. Nakkan lebih penjelasan.
"Mereka fikir kau perempuan simpanan aku. Maybe." Sambung Jisung.
"Kenapa mereka fikir macam tu?"
Nafas berat dilepaskan Iseul. Terasa rendah maruah diri dia. Siapa ja tak marah kan?
"Kau tak tahu hidup aku macam mana. Dan kau tak perlu tahu pun." Jelas Jisung.
Jisung diam sejenak sebelum kembali bercakap.
Otaknya tepu. Masalah sendiri pun belum selesai. Ni nak selesaikan masalah orang lain pula.
"Aku minta maaf sebab kau terpaksa terlibat sekali dalam masalah aku. Aku akan cuba selesaikan, kau cuma perlu bagi aku masa."
"Macam mana?" Soal Iseul
"Aku akan bagitahu mereka yang kau memang tak ada kena mengena dengan aku. Lansung tidak."
Iseul hanya diam. Otaknya tak boleh berfikir. Apa yang jadi sebenarnya? Siapa Jisung ni? Tapi malas dia nak tanya. Siapa dia untuk tanya soalan itu.
"Jisung... Saya nak balik." Pinta Iseul. Dia teringatkan Mieka. Dah berapa hari rasanya dia disini?
"Kau masih lemah, Iseul. Tunggulah sihat dulu."
Iseul tetap menggeleng.
"Tak nak." Suara Iseul bertukar serak.
"Baiklah. Biar aku hantarkan kau balik. Tapi sebelum itu, kau kena makan. Dah empat hari kau tidur." Kata Jisung.
"Empat hari?" Hairan Iseul. Ingatkan hanya sehari dua sahaja dia disini.
"Hmm" Jisung mengeyakan.
✯
-nc-
💚⭕
YOU ARE READING
[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•
RomanceD.🅞.🅝.'T 🅒.O.🅟.🅨 RIGHT !! Written by nazAutrice💫 Dengar saja nama Family Park. Kenallah diaorang. Mafia yang terkemuka. Hendak kata kejam, tak tahulah. Hanya orang tertentu tahu perangai sebenar mereka. Ya, Family Park. Semestinya kaya dan b...
Chapter 11
Start from the beginning
![[C] WᎬᏞᏟᎾmᎬ TᎾ MᎽ NᎥᎶh7mᎪᏒᎬ •PARK JISUNG•](https://img.wattpad.com/cover/273211943-64-k405570.jpg)