Ren :
- Okay

Ren memasukkan Iphonenya ke dalam poket seluarnya sambil bersiul kecil. Nampaknya tugasnya hampir selesai. Dia mengukir senyuman kecil.

Aaaaa tak sabar nak rest!

Seperti yang di pinta oleh Sam Smith, mereka berjumpa di sebuah lorong yang sunyi tidak jauh daripada club Star Night. Memandangkan waktu itu tengah hari jadi orang tiada di kawasan itu untuk mundar mandir.

Ren melihat Sam Smith sedang bersandar pada kereta sambil menghisap vape. Terus dia melangkah ke arah lelaki itu.

"Yow, whatsapp man? Ada apa kau nak jumpa aku?" Sapanya dengan nada yang ceria.

Sam Smith menghembuskan asap vapenya sebelum membalas sapaan Ren itu.

"I want you kidnap someone." Arahnya mendatar.

Ren menyungging senyuman sinis. Dia dah agak.

"Who?" Ren berpeluk tubuh dengan wajah yang tenang.

"Qaisha Izzati, perempuan yang kerja dekat club malam. Pelayan bar."

"Tch, nekad betul kau nak perempuan tu. Apa yang kau nampak dekat perempuan tu? Biasa je aku tengok. Low class." Sengaja Ren berkata sebegitu untuk mendengar balasan daripada Sam Smith.

"Dia ada aura dia sendiri sampai buat aku tertarik dengannya. Well, apa yang aku nak akan aku pastikan aku akan dapat walau apa cara sekali pun." Balas Sam Smith dengan sinis. Peduli apa dia kalau dia terpaksa membunuh sekali pun. Asalkan dia dapat apa yang dia nak.

"Okay, no problem."

"Aku nak kau bunuh sekali lelaki yang rampas perempuan tu daripada aku."

Ren mengangguk kecil. Namun dalam hatinya mahu saja dia menghamburkan tawanya. Bunuh Blade? Are you kidding me? Pffttt....

"I see, small matter." Balas Ren dengan senyuman misteri.

Sam Smith mengukir senyuman. Berpuas hati dengan jawapan Michael. Dia tahu Michael tidak akan menghampakan dirinya.

"Okay that's all, thank you for coming."

"Wait."

Sam Smith yang baru saja mahu masuk ke dalam kereta terus terhenti.

"Why-..." Tak dempat dia bertanya dia jatuh rebah ke atas jalan tar setelah kepalanya di pukul dengan kayu.

Ren tersengih kecil.

"Opsss sorry dude...." Kayu yang berada di tangannya di campak ke tepi longkang. Segera tubuh Sam Smith di angkat dan di masukkan ke dalam keretanya.

Tanpa membuang masa Ren segera masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduannya. Markas Eagle Eyes di tuju.

Sampai sahaja di depan pagar, Ren menurunkan tingkap keretanya. Memandangkan sudah beberapa kali dia datang ke markas itu jadi dengan senang untuk dia di beri izin masuk ke dalam oleh orang-orang yang berkawal di situ.

Ren keluar daripada keretanya setelah melihat Blade datang menghampirinya.

"Mana dia?" Tanya Blade.

"Dalam, pengsan." Jawab Ren dengan sengihan.

Blade mengukir senyuman sinis. Dia amat senang bekerjasama dengan Ren dalam hal ini. Sangat cepat dan cekap dalam melakukan kerja. Malah lagi cekap daripada dirinya. Untung Master Ammar kerana memiliki orang yang hebat seperti Ren.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now