"Can i?"

"Hmmm....."

"Thank you brother." Qayyum mengukir senyuman manis pada Blade.

Blade mencebik menyampah.

"Whatever, just go. Take care yourself." Pesan Blade. Mahu di hantar tapi Qayyum menegah memandangkan motornya berada di sini.

"You too, bye. See you at home." Balas Qayyum lalu turun ke bawah sambil menyanyi kecil. Suka apabila dia akan kembali bekerja setelah sekian lamanya berehat panjang.

Sampai je di bawah Qayyum mengorak langkahnya menuju ke pintu ruang tamu markas. Seketika dia teringat sesuatu terus langkahnya mati. Matanya melihat ke arah tangga yang menuju ke tingkat bawah tanah.

Sejak malam itu, dia sudah tidak melawat Afrina lagi tetapi setiap pagi dia akan melawat Mardhiah hanya sekadar untuk memeriksa keadaan perempuan itu memandangkan Aisyah tidak dapat datang ke sini setiap masa memandangkan Aisyah mempunyai anak-anak untuk di uruskan.

Entah mengapa dia terdetik mahu melawat Mardhiah malam ini sebelum dia pulang ke rumah. Dia tahu yang berjaga pada waktu ini adalah Afrina bukannya Mardhiah.

Menurut apa yang Elan kata, selepas dia berjumpa dengan Afrina pada malam itu Afrina berkelakuan pasif. Tidak agresif seperti biasa. Bunyi besi berlaga turut tidak di dengari.

Tanpa melengahkan masa, dia terus mengorak langkah menuju ke tangga bawah tanah. Bilik yang ditempatkan Afrina di tuju. Tiada siapa yang menjaga bilik itu memudahkan dirinya untuk masuk ke dalam.

Memandangkan pintu itu di reka khas di mana hanya boleh di buka melalui luar, dia buka pintu itu lalu dia masuk tanpa menutupnya semula. Kalau dia tutup pintu semula terkurung dia dalam bilik ini bersama Afrina nanti.

Afrina mendongakkan kepalanya apabila merasakan ada seseorang datang menghampirinya. Matanya tajam melihat Qayyum yang segak berkemeja itu berdiri di hadapannya. Dia mengalihkan pandangannya semula apabila dirinya seakan-akan terpukau dengan Qayyum.

"Buat apa datang sini?" Soalnya dengan kasar. Wajah Qayyum langsung tidak di pandang.

Seperti malam haritu, Qayyum duduk menghadap Afrina yang langsung tidak mahu memandang ke arahnya. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Kau masih marah aku tentang malam tempoh hari ke?" Tanya Qayyum dengan lembut.

Namun Afrina hanya diam membisu tidak mahu menjawab pertanyaan Qayyum itu.

"Aku minta maaf sangat-sangat pasal malam tu, aku tak ada niat nak sakitkan kau cuma aku tak nak kau terus cederakan tangan kau sendiri. Aku minta maaf okey?" Tutur Qayyum lagi cuba menarik perhatian Afrina.

Dia cuba mencari wajah Afrina agar perempuan itu memandang wajahnya. Tapi masih sama Afrina langsung tidak mahu memandang dirinya.

Qayyum mengemam bibirnya seketika. Fuhh sakit siot kena palau.

"Takpe lah kau tak nak cakap dengan aku, aku tak boleh lama dekat sini sebab aku dah nak balik rumah aku sendiri. Take care, jaga kesihatan. Ingat jangan cuba cederakan diri sendiri. Kau tak rasa sakit tapi Mardhiah rasa sakit yang telah kau tinggalkan pada tubuh dia. Aku pergi dulu." Pesan Qayyum sebelum bangun lalu beredar keluar.

Afrina tersentak mendengar kata-kata Qayyum itu. Kenapa dia tidak suka lelaki itu pergi tinggalkan dirinya? Kenapa dia tersentuh dengan apa yang di ucapkan oleh lelaki itu? Kenapa? Kenapa dia berasa pelik dalam dirinya? Perasaan apakah ini?

Perlahan-lahan dia menoleh melihat Qayyum yang mula menutup pintu bilik yang menjadi tempat tahanannya. Matanya sempat menangkap senyuman nipis yang terukir di bibir lelaki itu. Matanya terasa hangat.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now