"Dia tidur dah ke kak?" Soal Airin dengan nada yang perlahan tidak mahu menganggu lena Mardhiah.

Aisyah mengukir senyuman lalu mengangguk kecil. Dia membuat isyarat agar mereka berdua berbual di luar saja.

Airin mengangguk faham. Dia dan Aisyah keluar daripada bilik itu. Elan, James, Chann dan Qayyum masih setia berada di depan bilik itu. Bukannya mereka tak dengar apa yang berlaku dan perkara itu amat menyentuh perasaan mereka terutama Qayyum.

"Kalau boleh jangan ikat tangan dan kaki dia buat sementara waktu boleh? Saya kasihan tengok Mardhiah terseksa macam tu. Lagi pula ini bukan kemahuannya sendiri. Dirinya sendiri luka teruk, saya tak nak lukanya bertambah teruk." Pinta Aisyah pada Elan memandangkan Blade tiada bersama mereka.

"But madam saya tak berani nak buat keputusan tanpa arahan daripada Sir Steve." Serba salah Elan ingin menolak permintaan Aisyah. Dia tahu niat Aisyah itu baik dan dia puji tentang itu.

Tapi memang dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara tanpa arahan Steve sendiri. Walaupun Aisyah adik Steve tapi dia tetap taat dan patuh pada arahan Steve saja.

Aisyah berfikir sejenak.

"Takpe nanti saya call abang saya." Jawab Aisyah dengan senyuman.

Dia yakin Mardhiah baik-baik saja sebelum menjelang waktu maghrib. Lagi pula keadaan Mardhiah yang cedera teruk itu menyukarkan untuk dia keluar secara bebas.

"Okay then, sorry madam." Balas Elan.

"Takpe saya faham." Ujar Aisyah.

Ammar pun ketua mafia juga sebab tu dia faham bertapa pentingnya arahan daripada seorang ketua. Kalau Ammar kata tak boleh memang tak boleh walaupun hanya untuk perkara yang kecil. Mungkin kecil untuk dia tapi bukan pada Ammar. Kadang kala perkara yang kecil itu lah yang boleh menimbulkan masalah yang sangat besar.

Aisyah naik ke atas menuju ke ruang tamu di mana begnya berada. Dia mahu membuat panggilan pada Steve agar abangnya itu melepaskan Mardhiah untuk bebas seketika. Dia yakin Steve akan setuju memandangkan lelaki itu sendiri yang menyuruhnya datang ke sini.

"Mama mama...."

Aisyah melihat Dania yang berlari ke arahnya.

"Iya sayang, kenapa?" Dia mencangkung di hadapan Dania yang sudah berpeluh-peluh itu.

"Mama pergi mana? Puas Nia cari mama." Soal Dania dengan nafas mengah.

"Mama ada dekat bawah buat kerja sikit. Kenapa Nia cari mama? Nia nak apa-apa ke? Nak makan?"

Dania menggeleng dengan sengihan.

"Saja je cari mama hehehe...."

Aisyah tergelak. Ada saja lah anak perempuannya ini.










"Khalif!"

Khalif yang baru saja selesai menjalankan pembedahan berhenti daripada berjalan menuju ke pintu lif untuk menuju ke aras bawah.

Terangkat keningnya melihat Jannah memanggil namanya. Pelik apabila doktor perempuan itu berlari anak ke arahnya. Tak pernah-pernah Jannah memanggilnya.

"Ada apa? Aku nak turun ni." Tanyanya sebaik saja Jannah berada di depannya. Dah lah dia tengah lapar. Haih...

"Weh, Qayyum tak datang ke? Daripada semalam aku tak nampak dia. Dia sakit ke?" Soal Jannah tanpa selindung.

Memang itu yang dia mahu tahu daripada Khalif. Lagi pula bukannya Khalif tak tahu yang dia ada hati dengan sahabatnya, Qayyum itu. Sudah dua hari dia tidak nampak Qayyum, jadi tidak mahu menyesakkan fikirannya terus dia mencari Khalif apabila dia sudah tidak ada pesakit yang perlu dia jumpa.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now