"Hey, little boy."

Zahin mengukir sengihan kecil. Antara dia dan dua pasang kembar, hanya dia saja yang berani mendekati Blade dengan selamba. Manakala empat adik-adiknya takut untuk mendekati Blade kerana wajah Blade yang sentiasa beriak serius dan tidak mengukir senyuman.

"Uncle okay?" Soalnya dengan prihatin tatkala matanya melihat lengan Blade berbalut.

"I'm fine. Where twins?" Balas Blade ramah. Dia bertinggung menyamai ketinggian si kecil.

"Twins with ibu and Uncle Qay. I want hug you but dad said your hand get hurt so i decide want kiss your hand." Jawab Zahin dengan petah.

Blade mengerut dahinya. Dah kenapa nak cium tangan dia yang sakit?

"Why you want kiss my hand?" Soalnya tidak faham.

"I always see dad kiss ibu when ibu get hurt. Then ibu smile after that." Jawab Zahin dengan polos.

Blade tertawa kecil. Alahai tuannya. Nak sweet-sweet pun tak tengok sekeliling. Habis rosak pemikiran budak kecil ni. Mujur lah Zahin berfikiran positif kalau negatif? Ah, sudah hahaha...

Tidak mahu mengecilkan hati Zahin, dia menghulurkan lengannya yang berbalut itu untuk Zahin cium. Terus saja Zahin pegang lengannya dan menguncup untuk beberapa saat.

"Get well soon, uncle..." Ucap Zahin dengan senyuman manisnya. Terserlah kedua-dua lesung pipitnya yang menawan itu.

"Thank you little boy." Blade mengusap lembut rambut perang Zahin.

Zahin tersenyum lebar apabila Blade mengusap rambutnya. Dia memang gemar bermanja dengan Blade. Baginya Blade ada auranya tersendiri hingga mampu menarik perhatiannya untuk rapat dengan lelaki itu.

Tak lama kemudian, bunyi deruan enjin kereta yang masuk ke dalam kawasan markas mereka menarik perhatian Blade. Pasti Aisyah yang datang bersama Ammar.

Seperti sangkaannya Aisyah muncul di pintu utama dengan senyuman. Di belakangnya pula kelihatan Andrew dan Lay yang sedang memimpin tangan Damien dan Dania memandangkan Aisyah sedang mendukung Darwin.

"Damien!" Zahin berlari anak menuju ke arah Damien sebaik saja melihat sepupu lelakinya itu.

Damien yang melihat Zahin berlari ke arahnya terus melepaskan pegangannya dengan Andrew. Bibirnya menguntum senyuman sebaik saja Zahin berada di hadapannya.

"Kenapa lama tak datang rumah? Boleh main bola sama-sama." Tanya Damien.

Zahin hanya tersengih.

"Sorry lah ayah sibuk kerja tapi ibu kata ada masa nanti kami datang rumah kau." Jawab Zahin dengan petah.

Damien mengangguk faham. Dia faham tentang itu. Papanya, Ammar juga sering kali sibuk bekerja nasib baik lah mamanya, Aisyah sentiasa ada masa untuk mereka.

Mereka berdua berborak macam-macam perkara. Ada saja yang mahu di borak. Apa lagi kalau bukan tentang mainan. Dania pula bermain dengan Zahiyah dan Zahirah yang sedang bermain anak patung arnab milik mereka berdua. Zahid dan Zahil pula leka menonton televisyen yang sedang menyiarkan rancangan kartun.

Meriah sungguh ruang tamu markas Steve dengan kehadiran anak-anak kecil. Anak-anak buah Steve yang lain senang melihat telatah si kecil yang pelbagai ragam itu. Dah lah kecik, comel pula tu. Geram je tengok.

Aisyah hanya menunduk hormat saja pada Blade sebaik saja dia nampak lelaki itu. Nak beri salam tapi majoriti orang dalam markas Steve bukan beragama Islam.

Kemudian, matanya tertacap pada kelibat Airin dan Qayyum yang sedang berbual di ruang tamu markas tersebut.

"Kak Aisyah!" Airin segera memanggil Aisyah apabila dia terperasan kehadiran wanita itu. Tangannya menggamit agar Aisyah datang menghampiri mereka.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now