Satu beg kertas yang diletakkan di tepi meja diambil oleh Mak Su Nora kemudiannya dihulurkan pada Dhiya. "Ini mak su ada masak sikit. Nanti makan lah dengan Kasyaf dan Medina."

Beg bertukar tangan. "Terima kasih, mak su."

Melihatkan dua pasangan isteri yang menunggu di luar seperti memberi isyarat untuk Dhiya keluar, mereka bertiga menuju ke pintu.

"Jaga diri elok-elok ya, Dhiya." Pak Su Razlan yang dari tadi hanya diam menitip pesan dan Dhiya hanya angguk faham.

Dhiya peluk tubuh mak su. Sedikit sebak tapi dia tahan sedaya upaya sebelum berganti memeluk pak su kemudiannya dileraikan.

"Dhiya pergi dulu ya."

Mereka berdua angguk dan sesudahnya Dhiya masuk ke perut kereta.

Medina mendekati Mak Su Nora. "Pergi dulu ya, mak su."

"Elok-elok."

Dia yang berdiri di hadapan kereta menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bapa saudara Dhiya. Dapat dia rasakan tangannya erat digenggam.

"Kasyaf."

"Ya."

"Jaga Dhiya elok-elok. Kalau ada apa-apa bagitahu kami, kalau boleh sentiasa ada dengan Dhiya," pesannya bukanlah sebagai seorang bapa saudara kepada anak saudara. Tapi sebagai seorang ayah kepada Dhiya.

Kasyaf hanya angguk kepala tanda faham. "Kami pergi dulu."

"Ya. Baik-baik memandu."

Pintu bahagian pemandu dibuka dengan Medina di sebelahnya manakala Dhiya di belakang.

Dengan mak su dan pak su yang masih berdiri di hadapan pintu, kereta diundur keluar ke belakang. Satu hon ditekan ditekan oleh Kasyaf menandakan mereka beransur pergi.

HUJAN renyai membasahi Kuala Lumpur. Perjalan yang sepatutnya 3 jam lebih memakan masa lebih 4 jam kerana faktor jalan yang licin ditambah pula dengan kesesakan jalan.

Brek tangan ditarik apabila keretanya memasuki perkarangan rumah lalu berhenti di sebelah kereta Medina.

Medina yang tersedar sebaik sahaja kereta berhenti mencelik mata. "Dah sampai ke?" dia pandang jam kereta. Pukul 4.30 petang.

"Ya." Soalannya dijawab oleh Kasyaf yang sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan.

Tubuhnya menggeliat kecil. Baru tadi rasanya seperti melepasi Tol Gambang. Mungkin tubuhnya penat kerana malam tadi tidurnya tidak lena.

Kepalanya dipusingkan ke belakang, memandang Dhiya yang masih lagi tidur.

Kasyaf keluar dari kereta, "You kejut lah Dhiya, I buka pintu kejap."

"No, no, no," Medina menghalang. "I buka pintu, you angkat Dhiya masuk bilik."

Kedua-dua pasang mata melirik ke arah Dhiya yang ada di belakang. Tidurnya lena membuatkan Medina tidak sampai hati untuk mengejutkan dia.

"Okay." Kunci rumah diberikan kepada Medina.

Dia berjalan laju menyaingi Kasyaf yang sedang membuka pintu kereta belakang. Laju tangannya membuka pintu dan apabila Kasyaf sudah mencempung tubuh Dhiya, pintu ditahan untuk memberi laluan.

Mereka sama-sama ke bilik tetamu yang pernah Dhiya guna sewaktu melawat mereka dahulu.

Apabila selimut ditarik, Kasyaf meletakkan tubuh Dhiya ke atas katil dengan berhemah untuk tidak mengganggu lenanya.

USAI menunaikan solat isyak secara berjemaah, Kasyaf dan Medina ke bilik mereka manakala Dhiya berada di biliknya.

Waktu itu jarum sudah mendekati pukul 10 malam. Solatnya agak lambat kerana selesai solat maghrib, mereka menjamu makan malam terlebih dahulu kerana waktu siang langsung tidak menyentuh makanan.

Telekung ditanggalkan lalu disangkut pada penyidai yang berada di sebelah almari. Dia pandang Kasyaf yang sedang menanggalkan kopiah.

Bibirnya dikemam menandakan ada sesuatu yang ingin dia katakan. "You."

"Ya."

Pandangan mereka bertemu.

Sedang Kasyaf menunggu Medina meneruskan kata, dia didekati oleh Kasyaf yang kemudiannya mengambil kopiah di tangan.

Dilipat kecil lalu dibawa ke penyangkut untuk disidai bersama kopiah yang lain. "Untuk beberapa malam ni, you tidur lah dengan Dhiya."

"Takut dia tak selesa, takut apa-apa jadi."

Diam dan Kasyaf hanya pandang ke lantai. "Okay."

Medina senyum tipis, Kasyaf membalas juga.

"I pergi dulu."

"Okay."

Apabila Kasyaf melangkah pergi, Medina hanya memandang dan dia menuju ke pintu sliding door. Kasyaf yang sedang memasuki bilik Dhiya dilihat.

Bilik mereka bertentangan, dan dipisahkan dengan kolam dan laluan koridor, masing-masing mempunyai sliding door jadi Medina dapat melihat mereka di sebalik langsi yang nipis.

Dia lihat Kasyaf yang duduk di tepi katil, bersebelahan dengan Dhiya. Apabila tangan Kasyaf menyentuh kepala Dhiya, Medina melarikan pandangan.

Dia tarik nafas dalam-dalam menangkan hati. Entah kenapa, entah mengapa ada getar di hati.

Perasaan itu dihiraukan dan cepat-cepat dia menarik langsir biliknya dan menutup lampu untuk tidur.

PINTU diketuk dan perlahan-lahan pintu ditolak. Dhiya yang baru sahaja duduk di birai katil dipandang. Melihatkan mukanya yang basah, Kasyaf agak Dhiya baru keluar dari bilik air.

"Awak tidur sini ke?" Dhiya tanya.

"Ya. Tak apa kan?" Kasyaf tanya kembali.

Dhiya senyum kecil. Selendang hitam yang dipakainya yang serasa licing menampakkan sedikit kepala ditarik kembali kemudiannya dia angguk kecil.

Kelihatan Kasyaf melangkah mendekati Dhiya lalu duduk di sebelahnya. "Kalau awak tak selesa, buka je tudung tu. Tak ada apa yang perlu awak segankan."

Tangan digenggam kecil. Ya, sebetulnya dia segan untuk menampakkan kepalanya yang tidak berambut kepada sesiapa apatah lagi Kasyaf.

Namun, tiba-tiba Kasyaf bertindak menurunkan selendang yang dipakainya. Kepalanya dihelus kecil. "Cantik je," puji Kasyaf lembut.

Kepalanya tertunduk ke bawah, masih ada rasa insecure. Sebetulnya, kepalanya tidak lah botak yang licin kerana ada rambut yang sudah tumbuh.

Mungkin, 1 daripada 3 dari keseluruhan. Rambutnya masih nipis dan majoriti kulit kepala masih lagi jelas. Jadi sebab itu Dhiya masih segan.

"Awak isteri saya, jadi saya terima awak seadanya."

Dhiya tahan air mata. Selalunya Dhiya selalu merasakan bahawa semua kesan dari rawatannya adalah satu kelemahan diri.

Memang dia selalu menyembunyikannya dan tidak ramai yang melihat tapi, apabila Kasyaf mengatakannya, sedikit sebanyak menyejukkan hati.

"Terima kasih." Dia pandang Kasyaf yang tersenyum kecil padanya kemudian Dhiya membalas dengan senyuman juga.

" Dia pandang Kasyaf yang tersenyum kecil padanya kemudian Dhiya membalas dengan senyuman juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now