"Awak nak apa-apa lagi?" untuk pertama kalinya dalam hari ini, suara Kasyaf kedengaran di telinga Dhiya.

"Air."

Laju sahaja tangangannya bergerak menuangkan air mineral yang dibelinya tadi walaupun pihak hospital sudah menyediakan air di dalam jag.

Kehausan, Dhiya mengabiskan air itu kemudiannya cawan kosong itu diletakkan ke atas meja.

Sepi.

"Awak nak apa-apa lagi?" dia tanya lagi.

Dhiya menggeleng kepala.

Sepi lagi.

Dia cuba untuk tidur tapi Kasyaf yang masih ada di tepi katil membuatkan dia tidak lena.

"Dhiya."

Dia pandang Kasyaf yang semangnya melihatnya. Sepertinya dia dapat mengagak apa yang akan ditanya oleh lelaki itu.

"Kenapa awak rahsiakan semua ni?"

Tidak dijawab. Jawapannya akan menyadi terlalu klise seperti mana drama-drama melayu di mana pada akhirnya jawapan itu adalah kerana tidak mahu mereka tahu.

"Sakit awak yang 5 tahun lepas pun awak rahsiakan. Setidak-tidaknya, Medina perlu tahu." Mungkin kerana 5 tahun dahulu mereka bukan siapa-siapa seperti sekarang.

Bungkam. Menjadi tabiat apabila kelu, dia mengigit bawah bibirnya. Dhiya mencari jawapan. "Mungkin..."

"...mungkin sebab masa tu saya yakin yang saya akan hidup." Katanya terhenti. Sedikit ada memori lama menyinggah di ingatan.

"Jadi saya tak nak ada orang yang menangis untuk saya." seperti sekarang, Dhiya tidak mahu.

Kasyaf hanya mengangguk kosong. Itu memang hak Dhiya jika memang diam ahu merahsiakannya. Cuma, "Kalau saya tanya boleh?"

Entah lah, mungkin kerana memang ada jika ada pertanyaan seperti itu, siapa sahaja yang tidak berdebar. "Apa dia?"

"Kenapa.."

Berdebar.

"...awak kahwin dengan saya?" tidak masuk akal jika hanya menurutkan kata Medina sedangkan Dhiya tahu akan keadaannya yang tidak mampu.

Jika ingin dijawab dengan jujur, jawapannya adalah kerana dia bahagia dengan rasa cinta yang tidak mungkin akan dia miliki.

Ini tubuhnya, dia tahu dan faham akan bahasa yang diberikan bahawa dia tidak mampu untuk bertahan lebih lama. Semakin dia melawan, semakin dia kepenatan. Dhiya tahu ini mungkin pertarungan terakhirnya, dia sudah tidak kuat.

Jadi memang dia mementingkan diri dengan ingin memiliki lelaki yang bukan haknya, yang pada mata orang lain, Dhiya adalah watak antagonis.

"Sebab..." sungguh Dhiya tidak mahu menjatuhkan air mata tetapi dia dan air mata seperti isi dan kulit yang tidak boleh dipisahkan.

Patutkah dia jujur?

"...sebab saya ada simpan hati pada awak." Pendosa bukan, mencintai lelaki yang menjadi hak milik orang lain?

Kasyaf mendengar, dia cuba untuk menyembunyikan reaksinya. Sebenarnya dalam perkahwinan mereka, dia tahu yang Dhiya memang ada hati padanya, cuma sebelum perkahwinan dia tidak tahu.

"Selama perkahwinan kita, awak bahagia?" dia tanya lagi.

"Kalau awak tanya saya, saya bahagia." Dhiya semakin berani untuk memberikan jawapan.

Kasyaf dengan sambil mengangguk. Sejujurnya, dia juga. Cuma selama ini dia menafikan dan mengelak dari mengiyakannya kerana tidak mahu memberikan harapan palsu.

Memang Kasyaf akui perkahwinannya dengan Dhiya sedikit sebanyak membuatkan dia senang, tetapi untuk membalas rasa Dhiya, itu luar dari kemampuannya.

Nafas ditarik dalam-dalam. Seketika dia memandang Medina yang lena dibuai mimpi. Tidurnya nyenyak mungkin kerana seharian keletihan dan tidak berehat. Ditambah lagi dengan berbadan dua.

"Medina mengandung." Mereka masih belum sempat memberitahu hal ini kepada sesiapa usai kejadian pagi tadi.

Sama seperti Kasyaf, Dhiya turut memandang Medina. Cemburu? Iya. Dia tidak mampu memberiakan Kasyaf zuriat sepertimana Medina.

"Dan dia juga sudah tahu pasal peceraian kita."

Jantungnya berdegup laju. "How?"

Kasyaf bersandar pada kerusi. "Dia jumpa dokumen kita dalam laci."

Diam. "Jadi?" Dhiya tunggu kata lanjut. "Dia kata apa?"

Kepalanya menggeleng. "She won't let us. Dia dah koyak kertas tu."

Hatinya terusik, seperti ada kekecewaan dalam suara Kasyaf. "It's okay, nanti saya cakap dekat dia. Percer..."

"No."

Dhiya angkat muka memandang Kasyaf. Dalam kelam malam yang ditemani dengan lampu koridor dan jalan, dia boleh melihat air muka lelaki itu.

"Saya takkan ceraikan awak."

Apa yang patut dia rasa sekarang? Melonjak kegembiraan? Tidak, dia tidak merasakannya. Sedih? Ada, ada terjentik di hati.

"Awak isteri saya. Kalua saya membahagiakan awak, jadi saya akan tetap membahagiakan awak."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now