Sinopsis

8.1K 360 70
                                    

Blade Da Erol

Lelaki Turki yang tiada agama dan hanya setia pada Steve, tuannya. Cinta? Perempuan? Langsung tiada dalam hidupnya. Baginya dia tidak ada keperluan untuk jatuh cinta atau berkenalan dengan perempuan.

Tapi dia lupa setiap makhluk yang di ciptakan di bumi ada pasangan yang telah di tetapkan oleh Tuhan.

Seorang perempuan yang tidak di ketahui asal usulnya menarik perhatiannya saat pertama kali mereka bertemu di hadapan sebuah masjid.

"You're not muslim? So, buat apa dekat sini?" Soal perempuan itu.

"Adik aku muslim, tengah solat dekat dalam. Kau muslim kenapa tak masuk solat?" Soalan berbalas soalan.

"Aku tak layak." Jawapan perempuan itu membuatkan Blade berkerut tidak faham. Mahu bertanya lebih, perempuan itu telah pun pergi saat orang ramai mula keluar daripada masjid tersebut.

Hatinya mula rasa pelik apabila dia asyik memikirkan perihal perempuan itu. Walaupun dia tidak nampak keseluruhan wajah perempuan itu tapi dia masih dapat mengecam wajah tidak berperasaan perempuan itu.

Qayyum Da Enver

Kejadian pada waktu senja yang tidak di duganya membuatkan dia bertekad mahu menjaga gadis misteri yang mempunyai split personaliti yang amat berbahaya.

Kali pertama bertembung dengan gadis itu yang pada mulanya kelihatan amat teruk dengan darah pada tubuhnya di kala senja membuatkan dia sebagai seorang doktor terus mendapatkan gadis itu untuk menawarkan bantuan.

Tapi sebaliknya berlaku gadis itu tidak mahu di bantu lantas terus berlari masuk ke dalam hutan. Apabila malam menjelma gadis itu berubah mendadak menjadi seorang gadis yang amat menakutkan.

"Aku tak percaya lelaki! Kaum kau seorang yang pemusnah!" Dengus gadis itu dengan mata yang tajam.

"Aku akan buktikan yang kau salah. Tak semua lelaki jahat, masih ada yang baik." Balas Qayyum tanpa gentar.

"Kau ingat aku bodoh? Tch!"

"Kita kahwin."











Assalamualaikum, hye guys

Bertemu kita kembali dalam story Blade dan Qayyum yeayyyyyy

~\(≧▽≦)/~

Story sebelum ni tajuk dia NUR ISLAM tapi aku tukar sebab macam kurang kena kalau nak gabung dua ketuii adik beradik ni

Siapa yang dah baca story tu sebelum di delete takpe kan kalau kena baca balik? Hehehe tapi ada perubahan sikittttt la sikittttt jeee tak banyak pun huhuhu

Okey lah itu je lah nak bagitahu

So stay tuned ( ˘ ³˘)♥

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now