07: Sick

176 32 61
                                    




"San?" Yeosang memanggil San yang sedang duduk dihadapannya. Wooyoung yang disebelah Yeosang itu hanya memerhati tingkah laku kawannya.

Dari tadi San tidak menjamah makanannya. Dia tidak berhenti bermain dengan makanannya sambil termenung. Seperti sedang melamun sesuatu.


"Your face reminds me of someone.."

"Someone that I hate so much."

"I'm sorry."


Sudah tiga minggu berlalu tetapi entah mengapa ayatnya itu mengingatkan ia pada seseorang. Rasa seperti familiar sahaja. Suaranya, cara percakapannya, seperti pernah dia dengari suatu ketika dulu.

Semenjak peristiwa dia pergi ke kelab tiga minggu lalu. Tiga minggu itu juga ingatannya sayup-sayup kembali. Sikit demi sedikit dia ingat apa yang berlaku, tetapi tidak semua yang dia dapat.

Dia cuma ingat di mana dia melihat seorang gadis berfoya-foya, gadis itu hampir jatuh tersungkur namun sempat dia tangkap. Selepas itu, dia teringat yang dia membawa gadis itu ke apartmentnya dan dari situ ingatannya samar-samar.

Dia tahu, perbualan kecil yang dia fikirkan beberapa hari lalu bukanlah mimpi. Dia pasti yang dia telah tidur bersama seorang perempuan pada malam itu.

Siapakah gadis itu? Membuatkan dirinya tertanya-tanya. Sudahlah itu kali pertama dia 'tidur' bersama perempuan. Pelik, bagaimana gadis itu menarik perhatiannya dan tidur bersama.

Dia tidak peduli jika dia tidur bersama dengannya, cuma dia risau jikalau gadis itu...


"San!" San tersentak. Dia mengangkat kepalanya memandang dua rakan karibnya lalu menjungkitkan keningnya. "Apa?"

"Berulang kali panggil tak dengar. Makanan kau tu tak usik pun. Kau kenapa? Okey ke tak ni?" Tanya Wooyoung pada San. Terbit wajah risau di muka Wooyoung melihat kawannya dari tadi tidak berhenti mengelamun.

"Oh...sorry, teringat kerja dekat pejabat hehe. Um, aku rasa tak ada seleralah nak makan." Lalu dia menolak pinggannya sambil tersenyum nipis. Tiba-tiba dia tidak ada selera, entah mengapa.

"Kau ni tiba-tiba je? Okey ke tak ni? Nak demam ke?" Baru Yeosang mahu menyentuh dahi San, tetapi lelaki itu menjauhkan dirinya. Dia bangun sambil menutup mulutnya, rasa seperti tekaknya berasa loya. Tanpa berkata apa, dia memecut lari mencari tandas.

Wooyoung dan Yeosang memandang sesama sendiri. Tidak tahu apa yang terjadi dengan kawannya itu. Tiba-tiba Wooyoung membuka mulut. "Jarang-jarang aku tengok dia sakit weh. Tengok tu, tiba-tiba dia loya tekak– kau tak rasa apa yang aku rasa ke, Sang?"

"Ha, kau jangan nak start cakap benda merepek eh–"

"Bukan macam tu, tapi tak mustahilkan kalau aku cakap dia pregna–" terus Yeosang menumbuk lengan Wooyoung.

"Woi! Aku cakap jangan gila!"

"Aw! Gurau je!"


━━━


San merengus sambil memicit kepalanya. Harini sudah kali ke-tiga dia pergi ke tandas kerana tekaknya berasa loya. Harini juga dia mengambil cuti kerana kepalanya sakit.

Bukan kali pertama dia berasa loya dan sakit badan, beberapa hari lalu dia telah hadapi benda yang sama. Tidak tahu mengapa. Kalau disebabkan arak yang diminum tiga minggu lalu, mustahil lah. Takkan sehingga kini dia muntah kerana arak yang diminum tiga minggu lalu?

Dia baring di atas katil sambil menghadap siling biliknya. Dia memejamkan matanya, berharap supaya sakit kepalanya berkurang. Sudah tidur pun dia tidak boleh, lelap mata sahajalah dia mampu.

Pejam sahaja mata, pasti dia akan gambarkan seseorang di dalam kepalanya. Seorang gadis yang pernah membuatkan hatinya berbunga suatu ketika dahulu,


Sehingga sekarang.


Jujur dia kata, dia masih lagi tidak dapat melupakan tentang gadis itu. Cara percakapannya, tingkah lakunya, tidak berhenti membuatkan dia menyukai gadis itu. Walaupun gadis itu sering berkasar dengannya ketika di bangku sekolah, tetapi dia tidak peduli.

Entah apa yang membuatkan hatinya terpikat dengan gadis itu.


Teringat dengan kata-kata Yeosang beberapa hari lalu. Pada mulanya, hatinya berbunga apabila mendengar gadis itu kembali semula. Tetapi hancur terus hatinya apabila mengetahui gadis itu datang ke syarikat kawannya untuk mencari bekas teman lelakinya.


Rasa kecewa kerana gadis yang dia sukai, masih lagi mempunyai perasaan terhadap kawannya baiknya, Wooyoung.


Ya, gadis itu ialah Jeon Yeora. Gadis yang telah mencuri hati San.

Rasa sedikit lega apabila dia sedar bahawa Wooyoung tidak akan menerima gadis itu semula. Pertama, kerana hati Wooyoung terluka dengan perbuatan Yeora terhadapnya sehingga kini. Kedua, Wooyoung telahpun berumah tangga.

Rasa tipis jugalah peluangnya untuk memikat Yeora memandangkan gadis itu benci dengan dirinya. Kata kata yang dia lontarkan pada gadis itu lima tahun lalu masih lagi segar diingatannya.

Rasa bersalah apabila dia menuduh gadis itu yang bukan-bukan walhal dia tidak tahu tentang latar belakangnya.


San bangun dari pembaringan. Dia menekup mulutnya dengan kedua tangan, tekaknya rasa ingin mengeluarkan sesuatu. Lagi sekali, dia berlari masuk ke dalam tandas.



━━━


Kenapa San macam tu? Senang cerita, dia ada sindrom Couvade.

'Sindrom ini dijelaskan sebagai 1 keadaan di mana lelaki yang sihat, iaitu suami atau bakal ayah, akan mengalami gejala berkaitan kehamilan.'

Selebihnya, cari dalam google hiehie :]
+ terima kasih untuk 300reads+60votes <3 ❤️

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang