01: Drunk

411 39 49
                                    





Yeora memandang wajahnya dipantulan cermin. Dia mencalit gincu dibibirnya lalu dikemam beberapa kali bagi meratakan gincu tersebut. Dia kemudian tersenyum memandang dirinya. Dia memandang jam yang tergantung di dinding.

10:45pm

Dia bangun dan mencapai beg tangannya. Lagi sekali dia melihat pantulannya di cermin. Dia membetulkan sedikit skirtnya yang terdedah menampakkan pehanya. Kemudian dia keluar dari apartmentnya sambil tangannya mendail nombor seseorang.

Kasut tumit yang dipakainya bergema sepanjang dia berjalan di koridor itu. Dia menekan butang turun sambil menunggu panggilan yang tidak dijawab. Dia mendengus apabila orang tersebut akhirnya mengangkat panggilannya.

"Kau ni apa susah sangat nak angkat panggilan aku?" Pintu lift terbuka lalu dia melangkah masuk ke dalam lif. Dia menekan butang tutup dan lif mula turun.

"Aku tengah memandu. Apa masalah kau, sabarlah kejap lagi aku sampai." Yeora menggulingkan matanya. Pintu lif dibuka semula lalu dia keluar dari apartmentnya. Mencari tempat untuk dia menunggu kawannya.


"Lembab. Cepat sikit, aku dah dekat luar ni." Lalu dia terus mematikan panggilan tanpa menunggu balasan dari kawannya itu. Tidak lama kemudian, kereta yang tidak asing dilihatnya berhenti di hadapannya.

Yeora terus masuk ke dalam kereta tersebut. Tanpa berkata apa-apa, dia terus memakai tali pinggang. Kereta terus melucur pergi meninggalkan kawasan apartment Yeora.

Kawan Yeora disebelah berdehem, membetulkan kotak suaranya sebelum membuka mulut. "Yeora," Gadis itu menggumam tanpa memandang kawannya.

"Aku hantar kau je, boleh? Aku rasa aku ada hal lah malam ni." Kawan Yeora yang sedang memandu itu bertanya. Yeora memandang dia dengan kerutan di wajah.

"Hal apa pulak? Bukan tadi pagi kau kata kau free ke? Ah, takde takde. Kau dah plan nak have fun malam ni. Malam ni jugaklah. Hal tu hari lain bolehkan?"

"Tapi–"

"Tak ada tapi tapi, Yeonjun. Why not kita have fun malam ni. Kau pun, dah lama tak lepaskan stres. Malam ni jelah peluang kita nak berseronok." Bebel Yeora pada Yeonjun.

Choi Yeonjun, kawan baik kepada Yeora. Bukan hanya sekadar kawan baik, malah mereka berdua juga adalah rakan sekerja. Susah senang tetap bersama.

"Iyelah. Hilangkan stres dekat kelab, lepastu tinggalkan aku sorang sorang. Bukan aku tak ingat, setiap kali kau mabuk–"

"Apa kata kau diam je, teruskan dengan pemanduan kau. Shut the fuck up and just drive." Yeora memotong percakapan Yeonjun. Ha mulalah tu mahu mengamuk. Desis Yeonjun.

"Ha tengok tu tiba-tiba marah aku– tadi bukan–"

"Diam."


━━━


Yeora memandang sekeliling kelab itu. Ini merupakan kali keenam dia menjejakkan kakinya di tempat itu. Tidak seperti Yeonjun, sudah beberapa kali dia pergi ke tempat yang sama sehingga dia rasa muak.

Tetapi tidak bagi Yeora. Disini jelah tempat dia menghilangkan stresnya. Masalah kerja, masalah keluarga, masalah hidup, dia lepaskan semuanya di sini. Itulah Yeora.

Yeonjun dan Yeora mengambil tempat duduk. Salah satu pelayan menuju ke meja mereka. "Beer or soju?" Yeora memandang Yeonjun. Yeonjun tidak memberi perhatian kemudian Yeora menolak lengan Yeonjun.

Yeonjun memandang Yeora dengan sengihan. "Kau duduk sini sorang sorang boleh? Aku nak jumpa awek cun tu. Kejap lagi aku datang balik." Yeora memandang perempuan yang sedang Yeonjun pandang. Perempuan tersebut memandang kearahnya tetapi bukan dirinya, tetapi Yeonjun.

"Tapi kau–" belum sempat Yeona bercakap apa apa, Yeonjun lesap dari pandangan. Perempuan yang Yeora lihat tadi juga hilang dari pandangan. Yeora berdecit.

"Tinggalkan kau konon. Tengok siapa tinggal siapa, tch." Yeora pusing memandang pelayan itu semula. "Soju dua."


━━━


Dia duduk tidak jauh dari Yeora. Memerhatikan Yeora yang sedang berada di dunia sendiri, berfoya-foya dengan soju ditangannya. Dengan pakaiannya yang tidak menutupi pehanya, lagi membuatkan matanya tidak lepas memandang gadis itu.

Terasa dunia ini kecil apabila dia dapat berjumpa semula dengan gadis itu. Satu senyuman meleret di bibirnya. Soju ditangannya dia teguk.

Seorang perempuan berpakaian ketat dan tidak menutup peha datang ke arahnya. "Babyyyy..." perempuan itu kemudiannya duduk disebelahnya sambil memeluk pinggang dia. "I miss your touch baby.."

"Jangan kacau aku." Dia menolak perempuan itu dari memeluknya. Rasa rimas mula menyelubungi dirinya. Amarahnya tiba tiba sahaja naik apabila perempuan itu memeluknya semula.

"But baby, I miss your touch.." Dia mencerlung perempuan itu tajam lalu menepis tangannya. "Tak faham bahasa ke? Jangan kacau aku. Go fuck yourself, you whore." Dia bangun meninggalkan perempuan itu yang sedang terpinga-pinga.

Dia kembali tersenyum. Kakinya melangkah mendekati Yeora. Sedang Yeora berfoya, tiba tiba badannya ditolak oleh seseorang membuatkan Yeora hampir terjatuh. Dia yang nampak perbuatan itu terus menangkap badan kecil itu.

Mata mereka berdua bertembung, buat kali kedua. Yeora kemudian tersengih, seperti orang mabuk. Tetapi benar dia sedang mabuk.

"You know...your face reminds me of someone." Ujar Yeora sambil tersengih. "Someone that I hate so much." Yeora merangkul leher dia. Dia diam, tidak mampu berkata apa apa. Rasa seperti digoda olehnya.

Dia memandang wajah Yeora lama. Rasa seperti dia dan Yeora sahaja di situ. Tiada orang lain. Hanya dia dan Yeora. Dia merasakan suatu aura yang menyelubunginya dan tidak mampu untuk diungkapkan.

Begitu juga dengan Yeora.

"I'm sorry."

Dengan itu, tanpa rasa kesal, dia menyatukan bibirnya dengan Yeora. Dia tidak peduli apa yang akan berlaku seterusnya. Dia hanya mahukan Yeora.

Dan akhirnya, semuanya gelap.



━━━

*peace* pssss, dah lama sebenarnya aku nak sambung fanfic ni tapi idea kejap muncul kejap hilang. :'>

yes, sambungan fanfic quarantine. tapi aku rasa fanfic ni tak ada masuk covid covid, tengoklah macam mana.

+ yang kata yeora jahat apa semua tu, meh sini kita borak borak, kita tengok siapa yeora ni ha gitchewwww. jk ajjwjsjd

selamat maju jaya tunggu aku update setahun satu chapter :] hiehiehie bye.

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now