15: Text Messages

149 23 22
                                    


Yeora meletakkan dulang di atas meja. Perlahan-lahan dia menuang air teh ke dalam cawan untuk diberikan pada lelaki dihadapannya, San.

Dia lalu duduk dihadapan San sambil menyilangkan tangannya, wajahnya pula menghadap arah lain. Tak mahu menghadap wajah lelaki itu kerana segan dengan hal tadi.

Tidak dia sangka dia telah menangis dihadapan lelaki itu kerana emosinya yang tidak beberapa stabil. Ah, memalukan betul.

"Jemputlah minum."

"Terima kasih." San tersenyum nipis sebelum menghirup air teh yang dihidangkan gadis itu. Yeora pula mencuri-curi pandang lelaki itu. Bukan apa, wajah San itu berlebam kerana abangnya. Tipulah jika dia tidak risau dengan wajah lelaki itu, perit betul.

Yeora berdehem, teringat mengapa San datang kerumahnya. Terlalu banyak soalan dia mahu tanya pada lelaki itu. Sudahlah datang tanpa pengetahuannya, entah bagaimana pula lelaki itu tahu rumah orang tuanya.

Tak salah lagi kalau bukan Yeonjun.

"Aku mahu tanya ni," gadis itu membuka mulut. San memandang Yeora sambil menjungkitkan keningnya.

"Ada apa kau datang rumah orang tua aku?"

"Macam yang aku kata haritu, akan ada hari aku datang rumah orang tua kau minta restu dari mereka. Aku mahu masuk meminang kau."

"Dan, aku sudah buat pengakuan yang aku ayah kepada anak kita." Jawab San dengan wajah yang tenang. Tetapi Yeora tidak, dia terkejut dengan kata-kata lelaki itu.

Apa benar...

"Kau sedar atau tidak apa yang kau telah buat ni, Choi San?"

"Kan aku sudah kata, tunggu aku fikir masak-masak. Kenapa kau terburu-buru? Kenapa kau tak reti bersabar. Tak boleh ke kau tunggu sahaja sehingga aku habis berfikir?" Yeora berdiri dari tempat duduknya.

Rasa geram menyelubungi diri. Geram dengan San yang keras kepala itu.

"Yeora, aku hanya mahu jadi tunang kau dan hanya minta restu dari mereka. Bukan aku terus mahu jadi suami kau."

"Tidak Yeora. Kau tak ingat apa yang aku kata hari itu? Ambil masa kau untuk fikirkannya. Jika kau tidak setuju mahu kahwin dengan aku, kita boleh putuskan pertunangan ni, mudah." Kata San sekali lagi dengan wajah yang tenang.

"Mudah kau kata? Apa jadi jika aku putuskan pertunangan? Apa pula nanti orang kata? Aku penatlah mahu dengar orang bercakap belakang tentang aku."

"So? Tak mahu orang mengata kau, kahwin sahaja dengan aku. Easy." San ketawa kecil lalu menghirup tehnya sambil menggelengkan kepalanya. Rasa seronok mengusik gadis itu.

"Kau memang gila." Balas Yeora sambil menggulingkan matanya.

San mengambil phonenya di poket seluar, dia membuka mesej lalu menaip sesuatu. Yeora pula hanya memerhati kelakuan lelaki itu. Tidak lama, phonenya berbunyi, terpapar mesej dari San di skrin phonenya.


Sa(ta)n
+82 XX XXXX YYYY


Yeora mengangkat kepalanya memandang San, nombor siapa pula lelaki ini berikan?

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now