06: (ex) Girlfriend

171 31 26
                                    



Tok tok!

"Masuk." Arah San tanpa memandang pintu. Terlalu sibuk dengan kerjanya di dalam komputer. Pintu dibuka oleh seseorang. Kepalanya menjenguk memandang San yang sedang membuat kerja itu.

Dia lalu mengajak kawannya seorang lagi masuk ke dalam pejabat San. Pintu perlahan-lahan ditutup. Salah seorang dari mereka berdua mula baring di atas sofa milik San. Seorang lagi berdiri di sebelah San sambil memerhati lelaki itu membuat kerja.

"Nak apa datang ni? Tak ada kerja dah datang pejabat aku?" Tanya San pada dua rakan karibnya, Wooyoung dan Yeosang. Tanpa melihat susuk tubuh mereka berdua, dia sudah tahu bahawa itu ialah kawannya.

"Aik lepak kejap dekat sini tak boleh dah ke? Chill, kejap lagikan lunch, kitorang nak ajak kau rehat sekalilah ni." Ujar Wooyoung sambil melelapkan mata. Rasa selesa baring diatas sofa. Masalah kerjanya pun hilang serta merta.

San memandang jam di pergelangan tangannya, benarlah jamnya sudah hampir menunjukkan waktu rehat.

Yeosang yang berada di sebelah San hanya mengangguk setuju dengan kata kata Wooyoung. Dia lalu mengambil tempat duduk di hadapan San dan mengeluarkan telefonnya.

Sambil menunggu San menyiapkan tugasnya, baik mereka rehat sekejap. San hanya menggeleng melihat kelakuan dua kawan karibnya itu.

Yeosang memandang Wooyoung yang saya sudah lena di atas sofa. Memastikan kawannya itu betul-betul sudah lena lalu dia memandang San di hadapannya. "Weh, San."

Mata San melirik memandang Yeosang seketika sambil keningnya dijungkit. "Apa?" Tangannya tidak berhenti menaip, sedikit lagi siaplah kerjanya itu.

"Haritu, aku nak cerita dekat kau. Tapi lupa pula."

"Cerita apa ni?" Soal San ingin tahu. Tahulah Yeosang, seorang yang boleh tahan banyak cakap. Ada sahaja cerita yang mahu diceritakan.

"Bekas teman wanita Wooyoung datang dekat tempat kerja dia." Tangannya berhenti menaip, dia memandang Yeosang sambil dahinya dikerutkan. "Si Yeora tu?" Yeosang mengangguk.

"Mana kau tahu?" Soalnya lagi. "Wooyoung bagitahu. Aku pula bagitahu kaulah." San terdiam. Kemudian dia membuka mulutnya semula. "Yeora buat apa dekat situ? Wooyoung ada cakap apa-apa dekat dia?"

"Dia sendiri pun tak tahu kenapa minah tu datang tempat kerja dia. Dia sendiri hairan macam mana ex dia tu tahu tempat kerja dia."

"Ha lepastu si Wooyoung ni kata dia tak jumpa dengan si Yeora tu. Kau pun tahu apa yang jadi dengan diorang, ha sampai situ jelah aku tahu. Lebih-lebih tanya tuan empunya badan." Kata Yeosang sambil bibirnya dimuncungkan ke arah Wooyoung yang sedang lena.

San diam sambil kepalanya berfikir. Yeora? Datang semula? Jumpa Wooyoung? Masih belum move on lagi ke?

Banyak persoalan bermain di kepala lelaki itu. Yeosang yang nampak kawannya berhenti dari menaip terus memetik jari di hadapan wajah San. "Oi, cepatlah siapkan kerja. Aku lapar ni." San tersedar dari lamunan lalu memutarkan matanya.


━━━


Telefonnya yang berbunyi dia hanya pandang dari jauh. Sudah berapa kali phonenya berbunyi meminta untuk diangkat. Yang membuat panggilan itu sudah tentulah kawan baiknya, Choi Yeonjun.

Yeora tidak mahu mengangkat panggilan tersebut. Dia rasa dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Rasa mahu berseorangan.

Selera sudah hilang. Selama tiga hari itu dia hanya makan roti kosong dan air masak sahaja. Tidur, tidak perlu cakap. Dia langsung tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan perkara yang berlaku seminggu yang lepas.


Menangis, berfikir, menangis dan berfikir lalu menangis semula.

Dia memeluk lututnya sambil memandang televisyen. Walaupun matanya khusyuk memandang kaca tv itu, tetapi kepalanya memikirkan perkara lain.

"Siapa ayah kepada budak dalam perut Yeora tu?"

"Tahniah, kandungan dalam perut cik Yeora tu sudah dua minggu,"

"Abang...tak marah Yeora. Tapi, Yeora... jangan buat benda tak elok ya. Abang nak Yeora simpan kandungan tu elok elok."

"Abang janji abang tak bagitahu omma dan appa."


Yeora menyebamkan kepalanya di atas lututnya. Tidak lama kemudian esakan mula kedengaran di segenap ruang rumah itu.

Dia tidak mahu anak di dalam kandungan itu. Bukan dia tidak tahu siapa ayah kepada kandungannya itu.

Kawan baik kepada bekas teman lelakinya. Lelaki terakhir yang dia tidur bersama. Siapa lagi? Dia sudah agak, mesti lelaki itu mahu membalas dendam ke atas kawannya.


Tidak dia sangka yang dia sudahpun terlanjur dengan kawan baik bekas teman lelakinya, memang benar dia tidak menggunakan protection ketika persetubuhan berlaku. Perasaan bencinya terhadap lelaki itu semakin membuak buak.

Tit tit tit tit tit tit

Tit!


Yeora mengelap air matanya lalu memandang pintu rumahnya terbuka. Yeonjun menjengukkan kepalanya mencari Yeora di segenap ruang tamu itu. Dia seorang sahajalah tahu kata laluan rumah Yeora.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Pantas menuju ke arah kawan baiknya itu. "Kau ni kenapa gila? Tak angkat call aku? Aku risau sial dengan kau tahu tak. Kau kenapa ni weh?" Tanya Yeonjun dengan wajah yang cemas apabila memandang mata Yeora yang sembab itu.

"Yeonjun..." semakin panjang tangisan Yeora. Dia rasa takut. Takut untuk memberitahu kawannya. Takut jika kawannya jijik dengannya. Takut jika dia ditinggalkan. Takut dia akan dibenci.

"Yeonjun...jangan tinggalkan aku Yeonjun. Aku takut..." Yeora memegang kedua tangan Yeonjun sambil menangis. Yeonjun tidak mengerti apa yang gadis itu cuba sampaikan, tetapi dengan segera dia menarik Yeora ke dalam pelukannya.

"Aku takkan tinggalkan kau Yeora. Kau je satu-satu keluarga aku." Kata Yeonjun sambil mengurut belakang badan Yeora, cuba menenangkan gadis itu.

"Aku takut...Yeonjun, aku takut...jangan tinggalkan aku..." Tersedu-sedan Yeora dibuatnya. Air mata pula tidak berhenti mengalir di pipi mulus gadis itu.


"Slow slow Yeora. Berhenti menangis and tell me what happened."



━━━

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now