20: Surprise!

236 32 29
                                    



"Aku Chaerin, sepupu San." Yeora menyambut huluran Chaerin. Mereka berjabat tangan sambil tersenyum kecil. Betapa kekoknya situasi sekarang bagi Yeora.

Dia berdehem bagi mengurangkan rasa janggal. "Yeora, Jeon Yeora."

"San mana? Berani dia tinggalkan kau sorang-sorang dekat luar macam ni, dia tu aish–"

"Tadi ada je. Perut dia ada masalah, dia dah lari pecut masuk dalam cari tandas." Mereka berdua gelak bersama. Chaerin menggeleng-geleng. "By the way, tahniah. Lagi berapa minggu je majlis perkahwinan korang akan dijalankan. Harap semuanya berjalan dengan lancar."

Yeora mengangguk sambil senyum nipis. Teringat pula dengan perjanjian antara dia dan San. Dalam diam dia melepaskan keluhan. Tidak pasti sama ada pilihan yang dia buat itu betul atau tidak.

Risau jika dia banyak melukakan hati San dan tidak dapat melupakan tentang bekas teman lelakinya. Susah untuk dia terima.

Chaerin memandang Yeora disebelah. Tangan Yeora ditarik lembut. "Jangan risau, semua akan baik-baik je. Keluarga kami betul-betul suka tentang kehadiran kau. Dan aku juga yakin San boleh jadi suami yang terbaik untuk kau dan baby dalam perut."

"Kau nak tahu, San dengan suami aku kawan rapat. Otak diorang tu lebih kurang sama je. Macam mana perangai San, macam tu lah perangai suami aku." Yeora mengangguk perlahan. Jadi Chaerin sudah pun berumah tangga.

"Ohh, dah bersuami...Sudah berapa tahun?"

"Sudah genap dua tahun. Dan tahun ni baru tuhan bagi zuriat pada kami." Chaerin mengusap perutnya yang baru beberapa minggu itu. "Kau pula, sudah berapa bulan?"

"Hampir cecah 4 bulan dah." Dia senyum nipis sambil mengusap perutnya yang kian membesar. "Dah nak cecah 4 bulan, bukan main besar. Kau tahu, tak mustahil boleh dapat kembar tau. Dah cek jantina ke?"

Yeora menggeleng. "Next week ni baru nak buat appointment, nak tahu jantina juga." Chaerin mengangguk-angguk.

Sedang sibuk mereka berbual, kedengaran suara seseorang memanggil Chaerin memberhentikan perbualan mereka berdua. Lantas kedua-dua gadis itu memalingkan wajah memandang gerangan yang bersuara itu.

"Chaerin! Ya tuhan penat saya cari awak sayang oi!" Seorang lelaki lalu menuju ke arah mereka berdua. Membuatkan Yeora tersentak melihat gerangan tersebut, bukan dia sahaja yang terkejut. Malah lelaki itu juga terkejut melihat kehadiran Yeora bersama isterinya, Chaerin.

Chaerin bangun dan menuju ke arah suaminya sambil mendepakan tangan. "Hehe, sorry. Saya berbual dengan tunang San ni ha." Kata Chaerin sambil memaut tangannya pada lengan suaminya, Wooyoung.

"Yeora, inilah Wooyoung suami aku. Awak, ini Yeora, tunang San."

Yeora diam, tidak terkutik. Hanya memerhati pasangan suami isteri dihadapannya. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

Chaerin...isteri Wooyoung? Wooyoung pula suami Chaerin?

Jadi betul lah, lelaki ini sudah berumah tangga. Kata-kata San benar.

"Um hai– ni dah habis berbual ke belum? Kalau dah jom balik. Saya penat dah ni. Balik nak cuddle dengan awak." Kata Wooyoung sambil memandang Chaerin lalu dicuit hidung isterinya itu.

Yeora mengetap bibirnya. Wooyoung langsung tidak mahu memandangnya apatah lagi menyebut namanya. Berpura seperti dia tidak wujud, hatinya sakit. Jijik sangat ke dirinya? Apa kerana lelaki ini masih teringat akan kisah dulu atau tentang kandungan yang sedang dia kandungkan.

Sebentar...Jadi Wooyoung tahu bahawa Yeora sedang kandungkan anak luar nikah dan anak kawan baiknya sendiri?

Yeora rasa jijik. Jijik dengan dirinya.

Yeora bangkit dari bangku. Dia ingin mengatakan sesuatu pada Wooyoung, dia mahu menjelaskan tentang apa yang berlaku, bagaimana dia boleh mengandung, semuanya. Tetapi mulutnya berasa berat, seolah dikunci.

"Gedik, tampar kang." Chaerin berura-ura seperti mahu menampar Wooyoung. Lalu pandangannya kembali kepada Yeora. "Kitorang balik dulu tau, selamat malam Yeora." Katanya sambil memberikan satu kenyitan mata pada Yeora lalu beredar bersama si suami.

Yeora masih diam sambil memerhatikan pasangan tersebut yang semakin menjauh. Tidak sangka dia dapat melihat adegan tersebut dengan matanya sendiri. Akhirnya Yeora jatuh terduduk di atas tanah.

San yang sudah lama berdiri di sebalik tembok, terus mendapatkan Yeora. "Yeora, kau okey?" Yeora menolak kasar dada San buatkan lelaki itu jatuh terduduk di atas tanah.

"J-jangan dekati aku." San terdiam.

"Aku benci kau."


━━━


Suasana di dalam bilik itu senyap. Yeonjun dan Yeora diam fokus memerhatikan skrin yang terpapar. "Jadi doktor, lelaki atau perempuan?" Soal Yeonjun, tidak sabar.

"Shhhh" Yeora menyuruh Yeonjun untuk diam. Bising sahaja mulut kawannya itu. Doktor Kim mengerutkan keningnya. "Tadi nampak seperti lelaki, ni nampak perempuan pula."

Yeora dan Yeonjun diam sekali lagi. Membiarkan Doktor Kim berkata-kata.

"Huh?"

"Kenapa doktor?"

"Ada...dua degupan jantung." Yeonjun datang mendekati mereka berdua. "Doktor ni biar betul, cuba cek sekali lagi. Takkanlah kawan saya kandungkan anak alien tiba-tiba ada dua jantung–"

"Diamlah Yeonjunnn!" Marah Yeora. Doktor Kim mengabaikan Yeonjun, dia lalu menguntumkan senyuman pada mereka berdua. Dia mengeluarkan gambar keputusan dari scan ultrasound lalu dihulur pada Yeora.

"Tahniah, puan Yeora. Ada dua kandungan yang awak sedang kandungkan sekarang."


━━━

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 31, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now