16: Come Over

129 20 12
                                    




Yeora memandang cincin yang tersarung di jari manisnya. Cincin tunang. Tidak dia sangka ibu bapanya terima pinangan lelaki itu. Masa berlalu dengan sangat pantas.

Dia sudah menjadi tunang orang. Tidak lama lagi pula dia akan menjadi isteri orang. Rasa tidak bersedia untuk mempunyai suami di usia yang muda. Tapi apakan nasib, dia sedang berbadan dua ketika dia di usia begini.

Yeora rasa berbelah bahagi, tidak pasti sama ada dia mahu meneruskan atau tidak perkahwinan mereka. Jauh dari sudut hatinya, dia masih mempunyai perasaan pada Wooyoung.

Dengan kehadiran dua insan yang tidak pernah dia jangka, apa akan berlaku apabila dia sudah bergelar menjadi isteri San? Apa yang akan berlaku apabila bayi di dalam perutnya sudah dilahirkan? Apa mereka akan bahagia?

Dapatkah dia menjadi isteri dan ibu yang baik buat dua insan itu? Apa dia dapat melupakan bekas teman lelakinya? Banyak persoalan yang bermain di fikirannya, membuatkan otaknya serabut.

"Termenung apa tu? Masih tak percaya ke diri tu dah jadi tunang orang?" Lamunan Yeora mati. Dia mengangkat kepala memandang Yeonjun yang tak jauh darinya lalu dia melepaskan keluhan.

"Aku tak bolehlah, Yeonjun." Kepala Yeora disandarkan di kepala sofa. Tangannya naik mengusap kandungannya yang sudah cecah tiga bulan. Yeonjun pula mengambil tempat disebelahnya.

"Kau ada masalah? Ceritalah, aku dengar."

"Aku tak bersedia lagi nak bergelar jadi isteri orang. Berkahwin dengan lelaki yang aku benci dan aku tak cinta. Aku mahukan dia, Yeonjun. Bukan San."

"Aku tak boleh terima hakikat yang dia sudah mendirikan rumah tangga. Aku selalu tertanya-tanya, dia masih tunggu aku ke? Tapi aku rasa tak, sebab aku sakitkan hati dia dan sudah semestinya dia benci aku sehingga sekarang."

"Tapi aku sayang dia, Jun. Jujur aku kata dia cinta pertama aku. Cara dia layan aku dulu, sampai sekarang aku tak boleh lupa. Walaupun aku yang tinggalkan dia dulu, tengoklah, aku masih tak boleh move on."

"Aku tinggalkan dia pun sebab aku terpaksa. Gara-gara perempuan tua tu– tak dapat kikis duit appa aku, dia kikis duit Wooyoung. Aku yang tanggung malu dan rasa bersalah. End up, aku terpaksa putus dengan dia sebab tak mahu pergunakan dia lagi."

"Dia lelaki yang baik, terlalu baik untuk aku. Apa yang aku minta, semua dia beri. Salah satu sebab kenapa aku suka dia. Semuanya tentang dia."

"Tiba-tiba aku berakhir dengan kawan baik dia, San. Aku tak suka dia. Kalau boleh, aku tak mahu langsung berjumpa dengan lelaki tu. Tiada sebab, aku tak suka lelaki tu."

"Aku tak boleh pandang dia macam mana aku pandang Wooyoung– dan sekarang dia dah jadi tunang aku. Ah, bencinya..." Setelah panjang berjela Yeora meluahkan isi yang terpendam dalam hati, Yeonjun hanya melepaskan keluhan.

"Ini namanya takdir, Yeora. Setiap yang datang, mesti ada sebabnya. Setiap yang pergi, ada pengajarannya. Berhentilah menaruh perasaan pada Wooyoung dan berhenti benci San."

"Macam mana aku tak benci dia, dia yang buat aku macam ni. Dia dengan perempuan tua tu rosakkan hubungan aku dengan Wooyoung. Aku...aku..." air mata Yeora sudah terkumpul di tubir mata. Dia menutup wajahnya dengan kedua tangan lalu menangis teresak-esak.

Yeonjun seperti biasa, hanya memerhati gadis itu melepaskan tangisan sambil mengusap belakangnya perlahan. Dia sendiri tidak suka melihat gadis itu menangis, sensetif melihat perempuan menangis buatkan Yeonjun turut simpati.

Dia tidak tahu cara apa lagi untuk membuatkan gadis itu tawar hati dengan bekas kekasihnya. Dia hanya berharap San sahaja yang dapat menghapuskan perasaan Yeora pada Wooyoung.

Dia percaya lelaki itu dapat buatkan Yeora jatuh hati padanya. Biarpun memakan masa yang lama.



━━━


"Ha lepastu mandi tu hati-hati, takut cicak mengintai kau nanti aku yang cemburu–"

"Diam tapir diam." Terus panggilan dimatikan. San hanya ketawa terkekek. Seronok dia mengusik sepupunya seorang itu, Chaerin. Lelaki itu menggelengkan kepalanya dengan sisa tawanya. Kemudian tubuhnya jatuh ke atas katil dengan wajah menghadap siling.

Hari ini anginnya rasa baik-baik sahaja. Dia membuat keputusan untuk mesej Yeora, mahu bertanyakan khabar walaupun baru sahaja berjumpa dengan gadis itu beberapa hari lalu.

Rasa rindu pada Yeora tidak dapat diungkap.

Pantas tangannya mencari nama Yeora di kakaotalk, selepas menjumpai nama gadis itu, terus dia memulakan perbualan.


You
Yeora
Oh Yeora

Tidak sampai beberapa minit, gadis itu sudah membalas mesejnya. Meleret senyuman dibibir San.

Loml^
Kau nak apa jantan


You
Aku nak
KOTL ;)


Loml^
Kau fikir aku ada
masa ke nak tahu
apa tu KOTL


You
Tak ada apalah
Mahu minta sesuatu
Boleh?


Loml*
Tak boleh
Aku cakap tak pun,
Kau masih mahu minta juga.



You
Apartment aku ;)
Mahu jemput kau datang sini
Watch movies tgt i guess...?


Loml^
Tak mahu.
Buang masa je


You
Ok...
If you don't wanna
come over.
Then I will
come to you.


Loml^
ISH
Alright I'll
come over 🙄
I8U


You
Goodgirl
Yeah lyt ;)


━━━

KOTL - Kiss On The Lips
18U - I hate U
Lyt - Love You Too

Anyways, happy yuyu day <3

Anyways, happy yuyu day <3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now