11: About Him

184 28 43
                                    





Yeora mengetap bibirnya sambil termenung memandang siling biliknya. Seakan tidak percaya apa yang lelaki itu katakan padanya siang hari tadi.

"Dia sudah berumah tangga sejak dua tahun lalu. Kau dah terlambat Yeora." Kata San sambil menghirup kopi. Yeora terdiam, cuba menghadam kata-kata lelaki itu. Kepalanya digeleng perlahan.

"Kau...tipu kan?"

"Buat apa aku mahu tipu. Bukan aku dapat ganjaran apa pun. Wooyoung dah kahwin dengan orang yang ibu bapa dia tetapkan. Batalkan saje niat kau, semuanya sia-sia."


"Kahwin dengan aku, aku akan bertanggungjawab. Jadi suami dan ayah yang terbaik untuk kau dan anak kita."

"Aku...tak mahu."

"Aku tak peduli kau setuju atau tak, ada masa nanti aku pergi rumah orang tua kau. Minta restu dari mereka."

"Kau ni kenapa? Terdesak sangat mahu kahwin dengan aku? Apa kau terlalu taksub dengan aku?"

"Aku bukan taksub. Ya, jujur aku kata aku masih sukakan kau. Tapi kau mengandung, Yeora. Anak yang kau kandung tu anak kau dan aku. Sudah semestinya aku mahu bertanggungjawab."

"Kenapa perlu aku lari dari kesalahan yang aku buat? Salah aku kerana buat kau hamil, jadi aku perlulah bertanggungjawab." Yeora terdiam. Tak sangka wujud lagi lelaki yang mahu bertanggungjawab ke atas seseorang, setelah apa kesalahan yang telah dia buat.

"Aku tetap tak mahu." Dia bangun lalu meninggalkan lelaki itu seorang diri. Namanya dipanggil beberapa kali, namun dia hanya membuat endah.


Ding dong!

Ding dong ding dong!

Lamunan Yeora mati. Dia bangun dari pembaringan lalu keluar dari biliknya menuju ke pintu utama. Dia membuka pintu lalu terpapar wajah Yeonjun membawa beberapa beg plastik.

Yeonjun lalu masuk ke dalam apartment Yeora. "Macam mana? Kau dah jumpa ayah budak tu?" Tanya Yeonjun sambil meletakkan barang-barang yang dibelinya itu di dapur.

"Kau tak pernah cerita pun yang kau dengan dia kawan." Yeora mengeluh lalu duduk di atas sofa. Alat kawalan jauh dia ambil untuk membuka televisyen. "Aik kenapa? Kau kenal dia?"

"Yeonjun, sebenarnya aku tak bagitahu kau siapa ayah budak ni sebab aku kenal dia. Sebab aku kenal dialah aku tak nak bagitahu kau. Aku tak suka lelaki itu, dah lama aku elak dari dia kau tahu.."

"Wait, wait, wait. Choi San? Kau kenal dia? Wow wow wow– okey sekarang tumpahkan teh."

Jari Yeora menguis-nguis kulit sofa itu lalu menceritakan tentang San, dari mula hingga akhir. Termasuklah tentang dia tidur di apartment lelaki itu dan perbualan mereka berdua siang tadi.

Yeonjun mengangguk-angguk. "Kau ni, terima je lah. Lagipun dia ada hak tau. Dia bapa kepada budak ni. Apa kejam sangatlah kau ni, Yeora. Mesti dia kecewa kau cakap macam tu ish ish." Sempat lelaki itu menunjal kepala Yeora, gurau manja.

"Aku tak suka...aku tetap nak Wooyoung. Si Wooyoung tu, kahwin dengan perempuan yang dia tak suka, kahwin paksa. Dia–mesti tengah tunggu aku lagikan?" Yeora senyum nipis.

"Kau ni...hormatlah dia sebagai suami orang. Tak kiralah dia kena kahwin paksa ke apa ke– dia sudah berstatus sebagai suami orang tau, Yeora."

"Banyak lagi kumbang dekat dunia ni tau. Kumbang yang sudah ada di depan mata pun tak nampak lagi, cis." Yeora memandang Yeonjun atas hingga bawah. Apa lelaki ini memaksudkan dirinya?

"Eh bukan akulah bengap. Aku kata San tu lah gila. Kau ni fikir lain pula." Yeonjun menoleh arah lain. Dia ni suka main cakap lepas tanpa berfikir dahulu. Sudah tersasul, orang boleh salah faham.

"Tapi kau tak nampak ke– macam dia terdesak nak kahwin dengan aku?"

"Dia nak jaga nama keluargalah adumak kau ni. Lagipun bukan aku tak kenal si San tu, lelaki jenis yang jarang-jarang sekali boleh jumpa, macam aku. Kau je suka judge dia dari luaran,"

"Kau ambillah masa dulu fikirkan fasal masa depan kau, bayi dengan dia. Nanti aku cakap dengan dia, kau tak bersedia lagi nak jadi isteri orang. Ingat, ini semua demi masa depan kau tau, nama keluarga kau, banyak lagi."

"Jangan fikir banyak sangat, perlahan-lahan. Banyak lagi masa. Jangan tertekan, nanti tiba-tiba terberanak–okey tak aku gurau." Yeora menjeling kawannya.

'Baiklah...mungkin aku perlukan masa..'



━━━



San menggenggam tangan wanita tua dihadapannya sambil senyum pahit. "Ibu, San minta maaf sangat-sangat." Dikucup lembut tangan wanita yang dipanggil ibu itu.

"Kenapa San minta maaf ni? San tak salah apa-apa nak..."

"San...San sakitkan hati anak ibu. San rosakkan hidup dia, ibu. San minta maaf." San lekapkan dahinya pada tangan wanita itu. Air mata jantannya mengalir deras. Dia rasa bersalah kerana telah merosakkan hidup gadis kesayangannya.

Biarpun diluar dia nampak seolah lelaki yang kuat. Tetapi percayalah, hatinya masih lembut. Kata-kata yang Yeora lontarkan padanya masih lagi terngiang-ngiang dikepalanya.



"Kalau kau nak kahwin dengan aku semata-mata nak bertanggungjawab ke atas anak ni, tak perlu.
Aku tak mahu kau jadi ayah kepada anak aku."


Tidakkah gadis itu tahu, kata-katanya itu membuatkan hati lelaki itu retak seribu.

"Dia hamil, ibu. Semuanya salah San. Dia makin bencikan San. Ibu pun mesti bencikan San jugakan? San minta maaf, ibu." Pada mulanya wanita itu terkejut, tetapi bila melihatkan San menangis buatkan dia senyum nipis. Dia tahu San sangat menyayangi anak perempuannya sehingga lelaki ini telah mengeluarkan air matanya.

"San sayangkan diakan? Bincang dengan dia perlahan-lahan. Kalau dia tidak bersedia, beri dia masa. Kalau San betul-betul sayangkan anak ibu, jumpa keluarga dia dan beritahu mereka yang San ikhlas mahu kahwin dengan dia."

"Tapi, San t–"

"IBUUUUUUUU!" Kata-kata San terbantut apabila seseorang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam bilik wad tersebut. Lantas lelaki itu mengelap air matanya, takut nanti diejek cengeng oleh kawannya pula.

"Tengok ni, Yeosang beli ayammmmmm! Ibu jom makan jom!" Yeosang jalan terlompat-lompat menuju ke arah mereka berdua. Dipandangnya San sebelum menolak tubuh lelaki itu menggunakan punggungnya.

"Shuh shuh, aku nak berdating dengan ibu pula. Lebih-lebih pula kau dengan ibu aku, cis." Sempat dia menjelirkan lidah pada San. Dua beranak itu ketawa kecil melihat wajah cemberut San.

"Biarlah, ibu kau ibu aku juga. Kan ibu kan?" Wanita itu ketawa kecil sebelum membelai kedua-dua kepala lelaki itu sambil menggeleng perlahan melihat telatah mereka.

Mereka lalu menjamah ayam yang dibeli Yeosang itu.



━━━

aku hampir lost idea + lost motivation mau menulis ajwjejjd alhamdulillah datang balik hiehie.

400+reads + 99+votes arRgHh gomawoo! <3

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now