14: Hurt

159 31 38
                                    


Tuan Jeon memandang isterinya disebelah sebelum memandang lelaki dihadapannya. Sempat dia membetulkan kotak suaranya sebelum berbicara.

"Apa hajat kamu datang ke sini?"

"Saya..."

"Saya mahu minta maaf."

"Datang-datang terus minta maaf. Cuba berterus terang kenapa kamu datang ke sini." Kata tuan Jeon dengan nada yang tegas.

"Saya– bayi yang Yeora kandungkan tu adalah anak saya. Saya mengaku saya yang mengandungkan anak tuan dan puan. Saya minta maaf dan secara jujurnya, saya mabuk dan tidak sedar. Saya tahu ini kesilapan yang besar, saya minta maaf."

"Dan...niat saya datang ke sini bukan hanya untuk meminta maaf sahaja,"

"Sebenarnya saya mahu masuk meminang Yeora."

Pintu utama tiba-tiba dikuak seseorang. Mereka bertiga menoleh memandang dua kelibat yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu. Mata San bertembung dengan mata gadis itu.

Dengan hanya memandang matanya, dia sudah tahu, pasti gadis itu banyak persoalan yang mahu ditanya.

Kini mata San memandang gerangan lelaki di sebelah Yeora. Tanpa berkata apa-apa, lelaki yang bersama Yeora tadi menuju ke arah San lalu menarik kasar kolar bajunya sehingga dia terbangun dari tempat duduknya.

"Kau, lelaki tak guna." Satu tumbukan dilepaskan pada pipi San. Ketiga-tiga beranak itu terkejut dengan kelakuan lelaki itu.

"Disebabkan kau, adik aku dipandang hina." Sekali lagi dia menumbuk pipi San membuatkan lelaki itu jatuh terduduk. Air matanya berkumpul ditubir mata, rasa pedih yang amat. Hidungnya sudah mengalirkan cecair merah. Rahangnya sudah berdenyut-denyut sakit.

Yeora lantas menuju ke arah Jungkook lalu menolaknya jauh dari San. "Abang, cukup!" Sedaya upaya gadis itu menghalang abangnya dari menumbuk San sekali lagi.

Rasa ingin menangis melihat kelakuan abangnya. Dia tidak suka melihat orang dipukul, ia perkara yang paling dia benci. Bila bila masa sahaja air matanya akan tumpah melihat wajah San yang sudah lebam itu.

"Kau jangan masuk campur, Yeora. Biar aku uruskan jantan ni." Dia cuba menolak Yeora. Tetapi Yeora tetap dengan pendiriannya. "Sudahlah abang! Tolonglah berhenti!"

"Kau tak faham bahasa ke? Aku kata–"

"Jeon Jungkook! Cukup!" Teriak tuan Jeon. Terbatal niat Jungkook yang ingin menyambung memukul San. San masih terduduk sambil memandang lantai. Rasa sakit tidak berhenti, dengan hidungnya yang berdarah, tidak berhenti mengalir.

"Yeora, bawa lelaki ni jauh dari abang." Arah tuan Jeon. Yeora hanya akur lalu perlahan-lahan membawa San naik ke biliknya.

"Calm down Jungkook."


━━━



Yeora menahan sendu sambil merawat wajah San. Air matanya tidak berhenti mengalir melihat pipi San yang sudah keunguan akibat tumbukan abangnya.

San yang dari tadi memerhati Yeora tidak berhenti menangis, tertawa kecil. "Kenapa kau menangis? Aku yang kena tumbuk, bukan kau." Kata San sambil tangannya naik mengelap air mata Yeora.

"Jangan gelak bodoh." Yeora menolak lengan San lalu dia kembali sendu. Sakit hatinya melihat San boleh lagi mentertawakannya walaupun wajahnya begitu. "Kenapa kau tak balas semula tumbukan dia? Kenapa kau diam?" Soal Yeora.

"Tak nak aku, aku ni bakal menantu diorang kot. Kenalah tunjuk sikap yang baik." Kata San sambil gelak kecil. Lagi sekali lengannya dipukul Yeora. "Aku serius, San." San masih ketawa lalu perlahan-lahan tawanya mengendur.

Dia tersenyum nipis. "Sebab...aku layak. Layak kena pukul dengan abang kau. Balasan aku sebab buat adik dia tersakiti."

"Aku minta maaf, Yeora. Maafkan segala perbuatan yang aku buat pada kau." Melihat Yeora yang ingin menangis semula itu, terus menarik dia ke dalam pelukannya. Dia pun tidak pasti mengapa gadis itu menangis, mungkin kerana emosinya yang tidak stabil.

Lega hati San apabila gadis itu tidak menolak pelukannya. Dia membenamkan wajahnya di leher Yeora. Ini merupakan kali pertama dia memeluk gadis itu. Suka dia menghidu perfume yang dipakai gadis itu, membuatkan dia rasa tenang.

Walaupun wajahnya pedih, tetapi hatinya rasa lega apabila bersama dengan Yeora. Tanpa Yeora, hidupnya rasa tidak tenteram.

San hanya membiarkan gadis itu menangis di dalam pelukannya sambil mendengar esakannya. Lama dia membiarkan Yeora menangis sehingga dia tidak sedar, air matanya juga mengalir.

Dia tidak berdaya. Menahan perit di hati, tambahan dengan luka di wajahnya. Lagi bertambah sakitnya. Semenjak dia bertemu semula dengan gadis itu, hatinya banyak kali terkesan.

Kata-kata Yeora seumpama pisau yang telah merobek hatinya. Sudah banyak pisau telah tertusuk di hati San. Dari dulu lagi hatinya sudah banyak terluka, tetapi dia hanya membuat tidak endah.


Kerana Yeora, cinta matinya. Hanya Yeora.

Tetapi dia rasa bersalah. Rasa banyak kesilapan yang telah dia lakukan pada Yeora sehingga gadis itu membenci dirinya. Walhal gadis itu lebih banyak menyakitinya berbanding dirinya.

Biarlah hatinya banyak terluka gara-gara Yeora, janji dia dapat bersama dengannya. Dia sudah tekad untuk bersama dengan Yeora.


Tsk..

"Maafkan aku Yeora...maafkan aku."




━━━

Nak tulis panjang lagi, tapi idea keluar masuk + aku penat. Jadi maaflah kalau ayat dia macam tunggang menunggang HAHAHAHA ok

Ha lepastu nak cakap, comment la banyak banyak. Ngl aku lebih suka comment berbanding vote ajwjsjjd boleh buat aku sengih sorang sorang tau sumpah aku cakap.

Hehe terima kasih okbye

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now