05: Mother

174 31 58
                                    




"Ibu, ibu nak pergi mana bawa beg besar ni?" Yeora memandang ibunya yang sedang sibuk menyusun baju di dalam bagasi. Almari ibunya pula sudah kosong licin.

Kemana ibunya mahu pergi? Soal hati Yeora yang baru berusia lima tahun itu.

"Ibu nak pergi jalan jalan ke? Yeora nak ikut ibu boleh?" Wanita dalam lingkungan 70-an merangkap ibu Yeora itu hanya senyum kecil sebelum menyambut tangan anak perempuannya mendekati dirinya.

"Ibu pergi kerja jauh sayang. Tak boleh bawa Yeora." Dia mengelus rambut Yeora perlahan. Memandang anaknya buat kali terakhir.

Tiba-tiba seorang budak lelaki membuka pintu bilik. Matanya memandang bagasi kepunyaan ibunya lalu menapak ke arah wanita itu.

"Ibu...betul-betul nak pergi? Ibu bawalah abang dengan Yeora sekali. Abang nak ikut ibu..." dia melutut di hadapan ibunya dengan air mata sudah bergenang di pipi. Tangannya memeluk erat pinggang ibunya, seperti tidak mahu dilepaskan.

"Yeora pun! Yeora pun!" Yeora yang melihat ibunya dipeluk terus mengikut abangnya, memeluk ibunya dengan erat.

"Maafkan ibu. Ibu tak mampu besarkan awak berdua. Tapi, appa mampu. Appa ada untuk Yeora dan abang." Jungkook menangis di dalam dakapan ibunya kerana dia memahami kata kata ibunya. Lain pula Yeora, baru berusia lima tahun, tidak tahu apa yang orang tuanya itu katakan.

"Jungkook-ah, duduk dengan appa elok elok ye. Yeora pun. Kalau appa tak mampu didik Yeora dengan baik, ibu minta sangat abang didik dan besarkan adik baik baik ye."

"Maafkan ibu." Kata wanita itu sebelum memeluk kedua permata hatinya buat kali terakhir.

Dan selepas itu, Yeora tidak berjumpa lagi dengan ibunya sehinggalah umurnya genap 23 tahun. 18 tahun dia membesar tanpa kasih sayang ibu kandungnya. Perit sekali.



━━━




Perlahan-lahan mata Yeora terbuka. Kepalanya terasa pening, perutnya pula rasa senak sedikit. Melihat keadaan sekeliling, sepertinya dia berada di hospital.

Ya, memang benar dia sedang berada di hospital. "Yeora?" Dia menoleh memandang orang disebelahnya, abangnya Jungkook sedang duduk di sebelah katil wad Yeora.


Mukanya jelas tampak risau. "Yeora okey?" Gadis itu mengangguk. Dia masih memandang sekeliling. Hairan mengapa dia berada di hospital. Lalu dia memandang si abang, "Kenapa...Yeora ada dekat sini?" Kepalanya berfikir, apa yang telah berlaku pada dirinya sehinggakan abangnya membawanya ke sini.


"Kau dengan aku tak sama, faham? Perempuan tak guna." kata wanita tua itu sebelum pandangannya mula gelap.

Jungkook senyum nipis. Firasatnya mengatakan bahawa Yeora sudah ingat apa yang berlaku. Dia hanya menunggu kata-kata yang ingin dikeluarkan oleh gadis itu. Tetapi sangkaannya meleset, Yeora hanya diam sambil memandang jarum ditangannya. Seperti ada sesuatu yang bermain di dalam kepalanya.


"Yeora-"

"18 tahun, abang. Dia masih lagi layan Yeora macam tu. Apa salah Yeora sampai sanggup dia layan Yeora macam tu, abang?" Jungkook terdiam, membiarkan adiknya membuka mulut.

"Yeora rindu ibu. Yeora...nak jumpa ibu. Yeora yakin ibu masih hidup lagi."

"Yeora...tak ingat ke apa yang omma–"

"Abang percaya dengan kata perempuan tu? Abang, sedarlah. Dia tu syaitan yang bertopengkan manusia. Takkan abang nak percaya dengan kata-kata syaitan macam dia?" Yeora memotong percakapan abangnya.

Dahulu pernah puan Jeon beritahu bahawa ibu mereka sudah lama meninggalkan dunia akibat kemalangan. Entah berita dari mana wanita tua itu dapat. Fikir Yeora mudah percaya?

Tetapi abangnya, mudah sangat percaya.

"Yeora, tak baik cakap macam tu. Sejahat jahat dia pun, dia yang membesarkan kita tau. Dia tetap ibu kita." Jungkook membantah. Yeora mengetap bibir, geram. Geram dengan abangnya yang menyebelahi ibu tirinya itu.

"Bolehlah abang cakap begitu. Omma layan kita berdua berbeza. Yeora dilayan macam sampah, abang pula selalu dimanjakan dengan dia. Senanglah abang kata begitu. Tak rasa apa yang Yeora rasa."

"Yeora..."

"Keluarlah abang. Yeora sudah tiada angin. Abang pun tahu Yeora macam mana." Yeora memalingkan kepalanya ke arah lain menghadap jendela.

Si abang melepaskan keluhan. Dia mula berdiri untuk beredar. Tetapi tiba tiba dia teringat sesuatu. Dia mengetap bibir sebelum menyapa adiknya. "Yeora..."

"Sebelum abang keluar, boleh abang tanya?" Yeora memaling memandang abangnya semula sambil keningnya dijungkitkan. Tangannya pula disilangkan di dada dengan wajah yang dingin, itulah Yeora.


Jungkook berdehem sebelum membuka mulut.

"Siapa ayah kepada budak dalam perut Yeora tu?"


━━━

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now