19: His Family

164 29 55
                                    



Kereta milik San diparkir di hadapan rumah agam. Yeora di sebelah terpegun melihat kebesaran rumah milik keluarga San. Dia memerhati beberapa kereta yang terparkir di dalam rumah tersebut.

"Keluarga aku ada buat majlis makan-makan bersempena kepulangan omma appa aku dan...pertunangan aku dan kau." San menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.

Wajah Yeora mula memerah apabila dia perasan sesuatu di wajah San. Terus dia menarik beberapa helai tisu dan dihulurkan pada lelaki itu. "Bibir kau, cepat bersihkan." Kata Yeora sambil menoleh memandang arah lain.

Dia mengambil telefonnya dan memandang pantulannya. Rasanya dia sudah bersihkan sebelum mereka keluar. Semuanya salah San.

San tersengih sambil mengelap bibirnya yang comot kemerahan. "Lain kali, jangan pakai something yang buat aku tergoda. Salah kau sebab pakai macam tu." Wajah Yeora semakin hangat mendengar balasan San.

"Biarlah aku nak pakai apa pun. Kau tu saja, gila agaknya." Kata Yeora sambil membuka pintu kereta. Namun pintu masih terkunci. "Bukalah cepat, orang panaslah."

San mendekatkan wajahnya dengan Yeora membuatkan tubuhnya ke belakang sehingga berlanggar dengan pintu kereta. "Kalau kau mahu sesuatu berlaku, teruskan. Aku tak halang." Sempat San mengenyitkan matanya lalu dia membuka lock pintu kereta.

Tergopoh-gapah Yeora keluar dari kereta dan berlari anak masuk ke kawasan rumah agam itu. Dia mencari nafas sebelum menoleh ke belakang memandang San yang sedang berjalan ke arahnya sambil ketawa sendiri.

"Hati-hati sayang, ingat awak tu mengandung." Tangannya naik mencuit pipi gadis itu lalu menariknya masuk ke dalam rumah agam.

━━━

Tangan San menggenggam erat tangan milik Yeora. Dia juga berdebar-debar menunggu balasan dari orang tuanya, telinganya sudah bersedia mendengar kritikan dari orang tuanya.

Satu keluhan dilepaskan oleh Tuan Choi manakala puan Choi sudah tersenyum nipis. Mereka berdua memandang antara satu sama lain sebelum memandang anak lelakinya.

"Benda sudah jadi. Nak marah pun tak ada guna. Cuma appa omma doakan yang baik-baik sahajalah buat kamu berdua. Sudah mahu jadi ayah ni, kurangkan perangai tak elok tu ya, San."

"Ini amaran terakhir appa, jangan pula kamu sakitkan hati bakal isteri kamu. Jangan memalukan kaum lelaki."

San tersenyum nipis sambil mengangguk. Puan Choi bangun lalu menuju ke arah Yeora dan duduk disebelahnya. Tangan Yeora ditarik lembut lalu diusap.

"Dah berapa bulan? Dah tahu jantina? Wahh tak sabar betul omma mahu timang cucu yang kedua." Terkejut Yeora dibuatnya mendengar soalan dari ibu San. Itu membuatkan Yeora berasa kurang gemuruh dan sedikit emosi.

Mujurlah ibu San bukan seperti yang dia sangkakan. Puan Jeon sebagai contoh.

"Sudah hampir cecah 4 bulan...Jantina tak pasti lagi, next week appointment baru nak tengok." Yeora senyum nipis sambil membalas genggaman wanita tua itu.

Rasa sudah lama dia tidak merasai kasih sayang dan rasa diberi perhatian dari si ibu. Membuatkan Yeora semakin merindui pada ibu kandungnya.

Air mata yang sudah lama ditahan, akhirnya jatuh mengalir di pipi Yeora, membuatkan puan Choi tersentak. Laju tangannya naik mengelap air mata gadis itu. "Lahh, kenapa menangis? Omma tak marah pun..."

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now