08: Just Friend

164 32 64
                                    



Yeora tersenyum nipis sambil memandang pantulan dirinya di cermin. Dia menilik wajahnya dari mata hingga ke bibir. Matanya kelihatan sembab, bibirnya pula pucat kerana tidak mencalitkan sebarang pelembap bibir.

Dia mengambil pelembap bibir lalu mencalitkan ia dibibirnya. Dia kemam beberapa kali sambil melihat wajahnya.

Sejak berbadan dua, dia sudah malas mahu memakai apa-apa alat solek. Paling ringkas pun dia hanya memakai bedak dan lipbalm. Bukan sesiapa mahu memandangnya pun.

Dia memandang perutnya yang masih kempis lalu mengusapnya. Walaupun dia tidak kelihatan lagi benjolan bayi di perutnya, dia masih boleh merasakan janin di dalam perutnya.

Dia teringat dengan perbualan dia dan Yeonjun beberapa hari yang lalu.


"Kau gila? Nak gugurkan anak tak bersalah ni?" Turun naik turun naik nafas Yeonjun, geram pula dengan keputusan kawannya itu. Yeora tersenyum kelat.

"Aku...tak suka anak ni, Yeonjun. Tapi abang aku suruh simpan budak ni."

"Kau suka ke tak suka ke, kau kena simpan anak ni. Bukan salah dia Yeora. Salah diri kau juga dengan lelaki tu,"

"Sudah buat benda tak senonoh, lupa pakai protection pulak tu. Podahh–aw!" Yeonjun mengerang sakit apabila Yeora menepuk pehanya kuat.

Yeonjun menggosok pehanya yang dipukul itu. "Betul lah. Aku berpihak pada bayi ni, dia tak bersalah tau. Bakal ibu ayah dia yang bersalah." Yeonjun mahu menjeling Yeora tetapi terbatal niatnya apabila melihat wajah gadis itu seperti ingin menangis.

'Aduh! Aku salah cakap ke–'

"Aku...aku nak gugurkan bayi ni. Ini keputusan aku. Aku tak kira." Yeora bangun dengan niatnya untuk keluar dari rumahnya, tetapi lantas tangannya ditarik Yeonjun membuatkan dia terduduk semula.

"Jeon Yeora, jangan jadi selfish boleh?" Kata Yeonjun dengan nada keras. Wajahnya pula bertukar serius, rasa panas apabila mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Yeora.

"Kau tak fikir pasal budak ni? Dia ni manusia to be. Walaupun dia baru beberapa minggu, kau tak boleh senang senang nak gugurkan dia. Itu keputusan bodoh namanya."

"Kasihanlah sikit, Yeora. Janganlah kau fikir orang akan bencikan kau, tinggalkan kau sebab budak ni. Hiraukan. Kau ada aku, abang kau, ramai lagi yang kau tak sedar, Yeora.  Aku sedikit pun tak bencikan kau. Kau fikirlah, who knows one day bila dia dah lahir, dia dapat ubah hidup kau."


"So listen to me. Keep. That. Baby."


"Kalau lelaki tu tak mahu bertanggungjawab, aku akan." Yeora memandang Yeonjun, tidak percaya dengan kata-kata kawannya itu. Yeonjun tersentak, tersedar apa yang dia telah katakan pada Yeora.


Dengan cepat dia berdehem. "Jangan salah faham, aku kesiankan dekat budak ni. Lahir lahir tanpa ayah, sedih hidup dia nanti." Yeonjun menoleh ke arah lain.

Bukan dia sengaja mahu kata begitu. Lagipun, dia tahu Yeora bukan mahu terimanya kerana gadis itu masih lagi terkejar kejarkan bekas teman lelakinya. Tambahan, dia tiada hati pun dengan gadis itu.

Terlepas cakap pula. Tetapi tidak mengapa, demi kawannya dia sanggup buat apa sahaja.


Drrt! Drrt!

Lamunan Yeora mati apabila phonenya berbunyi. Lantas dia mengangkat panggilan tersebut. "Hello?"

"Aku dah sampai ni nenek oi. Cepatlah."

"Ish, ye sabarlah." Yeora mematikan panggilan dari Yeonjun. Harini dia keluar dengan Yeonjun. Kata Yeonjun mahu menghilangkan tekanan Yeora. Tak suka dia melihat si Yeora itu menangis sahaja.

Apa mereka akan pergi ke kelab? Tidak sama sekali. Semenjak dia tahu Yeora hamil, dia melarang gadis itu minum minuman keras. Apatah lagi menjejakkan kaki di tempat haram itu.



━━━



"Jangan degil boleh tak? Aku dah bawa kau ke sini, makanlah gila. Aku cekik kau kang." Kata Yeonjun sambil mengangkat penumbuknya seolah-olah mahu menumbuk gadis itu.

"Kau ni, garang mengalahkan omma aku. Ish yelah yelah." Yeora merampas aiskrim berperisa mint-choco dari tangan Yeonjun. Lelaki itu tersenyum lebar apabila melihat gadis itu menyuapkan aiskrim ke dalam mulut.

"Ha macam nilah anak ibu, pandai." Yeonjun menggosok kepala Yeora, membuatkan gadis itu menjelingnya tajam. Yeonjun hanya ketawa melihat kelakuannya.

Sambil memerhati gadis itu makan, dia lalu membuka mulut untuk menanyakan soalan. "Yeora, nak tanya ni." Gadis itu menjungkitkan keningnya sambil menyuapkan aiskrim ke dalam mulut.

"Bila kau nak beritahu orang tua fasal bayi dalam perut kau tu?" Yeora memandang aiskrimnya sambil senyum nipis. "Tak tahulah, Jun. Aku rasa...takut nak beritahu diorang."

"Lagi-lagi omma aku tu, selalu bakar line. Kuat hasut appa aku pula tu. Aku tak tahulah apa masalah perempuan tua tu." Kata Yeora lalu melepaskan keluhan. Teringat kejadian dimana dia ditampar dan dibelasah oleh ibu tirinya. Sama sahaja kelakuannya semasa dia kecil.

"Nak tak...aku yang tolong beritahu ibu bapa kau?" Tanya Yeonjun. Pantas Yeora menggeleng. "Tak payah, kau tu sudahlah lelaki. Tak fasal-fasal, appa aku suruh kau yang bertanggungjawab."

"Apa salahnya, akukan kawan kau." Yeonjun mencebik.

"Yeonjun, aku tahu kau kawan aku paling baik. Aku tahu kau sanggup buat apa je untuk aku. Tapi..."

"Tak semua masalah aku, kau kena bantu. Masalah aku kalini serious tau Yeonjun, kau tak boleh cakap macam tu. Aku ada masalah aku sendiri, kau pun ada masalah kau sendiri. Masalah aku, biar aku je yang uruskan. Lagipun, aku tak nak susahkan kau Yeonjun."

"Kau ni baik sangat sampai sanggup nak bertanggungjawab, haish Yeonjun. Aku ni kawan kau je. Jangan kejar kawan perempuan kau ni. Kejar perempuan yang kau betul-betul suka dan sayang. Kau fahamkan?"

Yeonjun mengangguk perlahan. Kini dia faham. Lagipun betul lah dengan kata Yeora. Takkan dia mahu bertanggungjawab ke atas Yeora? Sedangkan Yeora hanya kawannya sahaja. Tambahan, dia sudah ada seseorang tersimpan di dalam hatinya dan gadis itu bukanlah Yeora.

"Aku faham, terima kasih ingatkan aku." Yeonjun menepuk-nepuk perlahan kepala Yeora. Sudah dia anggap Yeora itu seperti adiknya.

"Lepas ni nak ke mana?"



━━━

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Onde histórias criam vida. Descubra agora