18: Something Wrong

178 24 11
                                    




Yeora mengetap bibirnya, menahan geram memandang lelaki dihadapannya. Lelaki itu pula memandangnya tajam.

"Aku bagi nombor Wooyoung supaya kau minta maaf dengan dia tapi benda lain pula jadi." Kata lelaki itu sambil memegang telefon milik Yeora. Penat Yeora cuba merampas telefonnya dari San, tetapi dia menghalang. Akhirnya Yeora mengalah.

"Aku dah buat apa yang kau suruh." Katanya dengan nada angkuh. Yeora langsung tidak mahu memandang dia, rasa gerun melihat wajahnya yang sedang naik angin. Salah dirinya juga kerana tidak mendengar kata lelaki itu.

"Then, kenapa kau minta getback dengan dia? Kau sendiri tahu dia sudah berumah tangga, Yeora." Gadis itu berdecit. Betul lah sangkaannya, San sudah pun menceroboh telefonnya dan membaca segala perbualan antara dia dan Wooyoung.

"Wooyoung kahwin bukan dia rela pun, dia terpaksa. Aku tahulah. Kalau aku tak minta putus dengan dia dulu, dah lama dah aku jadi isteri Wooyoung sekarang ni tahu tak–"

"Plus kalau bukan disebabkan kandungan dalam perut ni, aku takkan kahwin dengan kaulah." Kata Yeora menghamburkan kata-katanya pada lelaki itu. Dia diam.

San menghela nafas berat lalu menuju ke arah Yeora dan duduk melutut dihadapannya. Tangan Yeora dia capai dan genggam. "Pandang aku, Jeon Yeora." Gadis itu diam, tidak memberi sebarang respon. Lalu tangan kanan San naik menarik dagu gadis itu perlahan memandang wajahnya.

"Tolonglah Yeora jangan ganggu rumah tangga orang. Kau tak malu ke jadi orang yang ketiga?" Gadis itu mengetap bibirnya. Matanya cuba untuk tidak bertembung dengan lelaki itu.

"Aku...aku masih sayangkan Wooyoung. aku mahukan dia juga. Aku tak kira..." Mata Yeora mula berair di tubir mata. Mendengar kata-kata Yeora, membuatkan San kecewa, sekali lagi. Kenapa terlalu susah untuk Yeora melupakan Wooyoung?

"Yeora, kau tunang aku. Kau bakal jadi isteri aku yang sah tak lama lagi dan baby dalam perut tu dalam beberapa bulan lagi akan keluar,"

"Jadi, tolonglah hapuskan perasaan kau pada Wooyoung."

"Aku boleh buat kau lebih bahagia dari Wooyoung, itu janji aku, Jeon Yeora." Kata San sambil mengucup kedua-dua tangan gadis itu lembut, penuh dengan kasih sayang.

Yeora menatap wajah San. Cuba mencari keikhlasan di dalam mata lelaki itu. Takut jikalau kata-katanya hanya untuk menyedapkan hatinya.

Namun dia salah. Yeora dapat merasakan bahawa lelaki itu sedang jujur. Dengan cara tatapannya, jelas sekali San ikhlas mencintainya. Tiada langsung ciri-ciri bahawa lelaki itu menipu.

"San..." Yeora jadi tidak terkata. Tidak tahu apa yang harus dia katakan. Perasaannya berbelah bahagi. Adakah dia perlu melupakan Wooyoung dan mula terima San dengan perlahan-lahan?

Fikirannya bercelaru. Yeora mengetap bibirnya sambil merenung wajah San. Mereka berdua menatap wajah sesama sendiri.

"Aku..."

"Aku akan cuba..."


━━━

"Dah tetap ke tarikh perkahwinan engkorang?" Yeora mengangguk sambil mengacau minumannya lalu membawa dua cawan ke meja ruang tamu. Satu cawan dihulurkan pada Yeonjun. "Bila? Wahh tak sabar aku dibuatnya."

"26 Mei, lebih kurang dua minggu lagi dari sekarang." Yeonjun menutup mulutnya lalu bersorak riang. Suka dia bukan main. Yeora hanya memandang kawannya dari atas hingga bawah, terkinja-kinja seperti menang rumah banglo pula.

"Kau ni dah kenapa, aku yang kahwin, engko pula terlebih excited ceh." Dia menggulingkan matanya. Yeonjun menghirup air kopinya sebelum membuka mulut. "Yelah, kau kahwin dengan San kot, mana aku tak excited. Ya tuhan, aku dengar berita kau nak kahwin haritu pun aku dah sujud syukur kau tahu."

"Dramatiklah kau. Kau tu bila lagi dengan girlfriend kau? Tak adil lah kalau aku sorang je kahwin." Kata Yeora sambil menyilangkan tangannya.

Yeonjun duduk bersila semula lalu menghirup kopinya. "Adalah, tengah kumpul duit. Memang niat nak kahwin cepat. Tapi aku takut nak jumpa parent dia, lagipun ayah Sujin tu polis. Tak fasal-fasal aku terkenci–"

"Lahhh kalau ayah dia polis pun kenapa, engkau ada buat kesalahan besar ke gila–"

"Aku ada buat kesalahanlah aku jadi takut." Yeora mengerutkan keningnya. Kesalahan apa pula lelaki ini buat. Takkanlah dia pergi merompak– "Kau ni betul-betul lah. Kesalahan apa kau buat? Mencuri? Kau jangan main-main Jun."

"Kesalahan aku– aku dah curi hati Sujin. Habislah aku." Balas Yeonjun sambil meraup wajahnya. Yeora dihadapan sudah memejamkan matanya menahan kesabaran dari membuat sesuatu yang tidak baik pada kawannya itu.


━━━


San
Bersiap lawa-lawa
Nak bawa kau jumpa keluarga aku
Sepuluh minit lagi aku datang
apartment kau

Yeora lalu menutup telefonnya dan menuju ke bilik tidurnya. Almari dia buka dan membelek baju-bajunya satu persatu untuk dipakai. Setelah membuat pilihan, dia menukar pakaiannya lalu duduk di hadapan cermin.

Satu persatu alat solek dipandang sebelum memulakan solekannya. Setelah beberapa minit, sudah hampir siap dan hanya tinggal mencalitkan gincu, bunyi loceng rumahnya berbunyi menandakan San sudahpun tiba.

Pantas Yeora mencalitkan gincu di bibirnya. Dia memerhati bibirnya yang merah di pantulan cermin. "Macam merah sangat je..." desis hatinya.

Ding dong!

Yeora berdecit, biarlah. San sedang menunggu. Terus dia menyimpan semula alat solek dan berlari keluar dari biliknya. Pintu dibuka dan terpaparlah tubuh San dihadapan apartmentnya.

Yeora menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. "Kalau aku pakai macam ni, okey kan?" Tanya Yeora sambil menunjukkan pakaian yang dipakainya.

San diam, langsung tidak memberi sebarang respon seolah tidak memberi perhatian pada gadis itu. Tetapi matanya tidak lepas memandang wajah Yeora.

Lebih terperinci, matanya tidak lepas memandang bibir Yeora. Jantungnya berdegup laju, wajah Yeora membuatkan dia rasa tidak tentu arah. Perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam apartment Yeora.

Yeora menjadi cuak. "S-san...?" Tiada balasan, lagi menambahkan rasa gerun dalam dirinya. Dia menapak ke belakang apabila San semakin mara ke hadapan. Pintu lalu ditutup olehnya.

"Perfect." Senyuman kecil terbit di bibirnya.



━━━

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now