04: Pain

179 32 35
                                    




Yeonjun meletakkan plastik yang di jinjingnya ke atas meja makan. Matanya melilau memandang sekeliling rumah Yeora itu lalu dia membuka mulut. "Bersepah rumah kau ni, harap je perempuan, tapi hump pemalas ish ish."

Yeora yang baru sahaja mendaratkan punggungnya di atas sofa, menggulingkan mata. Tak mampu untuk membuka mulut kerana terlalu penat untuk berperang mulut dengan kawannya.

Dia membuka bungkusan makanan yang dibelinya lalu di bawa ke meja ruang tamu. Menyuruh gadis itu makan. "Makan, aku tahu kau lapar. Sebab tu aku beli banyak makanan untuk kau."

Yeora menggeleng. "Tak ada selera." Matanya masih memandang televisyen. Langsung tidak memandang kawannya itu.

Melihat wajah Yeora, Yeonjun tahu pasti ada yang tidak kena dengan gadis itu. Tetapi dia masih memujuk gadis itu untuk makan.

Dia mengambil tempat duduk di sebelah Yeora. Mangkuk di atas meja didekatkan sedikit dengan Yeora. "Jamahlah sikit. Muka kau tu sudahlah macam okey tak okey. Lepas makan ni, kau kena makan ubat pula tau."


Yeora hanya diam.


Yeonjun pula melepaskan keluhan kecil. "Dah tiga tahun kita berkawan, kau masih nak sorokkan sesuatu dari aku? Kau tak percayakan aku ke Yeora?" Kata Yeonjun dengan rasa kecil hati. Yeora laju menggeleng. "Taklah, bukan macam tu lah Yeonjun.." Yeora mengetap bibirnya.


"Kalau kau mahu menangis, menangislah. Jangan pendam. Nak luah, silakan. Aku sentiasa dengar." Kata Yeonjun dengan ikhlas.



"Aku..." Yeora bermain dengan jarinya. Teringat akan peristiwa pagi tadi. Yeonjun hanya diam, bersedia untuk mendengar luahan Yeora. "Aku tak kuat Yeonjun, aku penat."


Air mata yang terkumpul ditubir mata, dia cuba tahan. Tetapi ia tidak dapat bertahan lama. Akhirnya air matanya berjurai mengalir di pipi.


Tak lama kemudian, esakan Yeora kedengaran di seluruh rumah gadis itu. Yeonjun hanya diam, memberi ruang untuk kawannya melepaskan tangisan yang sudah lama dipendam.


Bukan Yeonjun tidak tahu, latar belakang masa lalu kawannya itu. Berkaitan dengan keluarga, kekasih lama, semua dia tahu.


Dirinya timbul rasa simpati terhadap Yeora. Tidak mampu berkata apa-apa. Tangannya menggosok belakang badan gadis itu berkali-kali, berharap ia dapat menenangkannya.



━━━


Seminggu sudah pun berlalu. Yeora berasa sedikit sihat berbanding dengan minggu yang lepas. Yeora mengambil keputusan untuk pergi ke rumah kedua ibu bapanya memandangkan abangnya, Jungkook menyuruhnya untuk mengambil beberapa barang yang tertinggal di rumah itu.


"Abang sibuklah, Yeora. Yeora tolong ambilkan eh? Ikutkan abang memang nak ambil harini. Tiba-tiba je ada meeting pula harini."


"Alah, tapi omma mesti–"


"Yeora ambil je, tak payah layan omma tu. Ambilkan ya? Terima kasih, Yeoraaa. Muah!" baru sahaja Yeora ingin membuka mulut, Jungkook sudahpun meletakkan panggilan.


Yeora mendengus, geram dengan sikap abangnya. Dia melepaskan keluhan. Nak tak nak, dia perlu pergi juga ke rumah orang tuanya.


Sedang Yeora menunggu, dia ternampak sebuah teksi dan terus menahan teksi tersebut. Dia masuk ke dalam perut teksi lalu menuju ke alamat rumah ibu bapanya.


Dia memandang luar tingkap. Sekali sekala dia berfikir, bagaimana dia mahu berhadap dengan ibu bapanya. Lagi lagi dengan ibu tirinya, yang suka berperang mulut dengannya sejak dia kecil lagi.


Ini dia balik ke rumah orang tuanya sebentar, apa yang akan perempuan tua itu kata nanti? Sudahlah dia itu seorang yang banyak mulut. Ada sahaja perempuan itu mahu mencari masalah dengan gadis itu.


Tak lama kemudian, Yeora telah tiba di rumah orang tuanya. Dia membayar tambang sebelum keluar dari perut teksi itu lalu teksi itu meninggalkan perkarangan tersebut.


Yeora mengambil nafas sebelum melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah tersebut. Loceng rumah ditekan beberapa kali. Tidak lama kemudian, seseorang membuka pintu tersebut sambil kepala menjenguk memandang Yeora.


"Eh cik Yeora, silalah masuk." Yeora senyum nipis. Dia menanggalkan kasut tumitnya sebelum melangkah masuk ke dalam. "Omma dengan appa mana?" Tanya Yeora pada orang gajinya.


"Tuan Jeon keluar tadi pagi, ada urusan. Puan Jeon pula ada di–" orang gaji itu terdiam apabila seorang wanita tua dalam lingkungan 70-an muncul di hadapan mereka berdua. "Hoi orang gaji, aku suruh kau siram pokok bunga di luar, kau dah buat?"


Orang gajinya menggeleng perlahan sambil memandang lantai. Takut ingin bertatap mata dengan perempuan tua itu. "Kau buat sekarang sebelum aku pecat kau." Terhinjut bahu orang gajinya apabila puan Jeon menengkingnya. Dia menunduk ke arah Yeora dan puan Jeon sebelum beredar.


Yeora hanya diam, tidak mampu melawan kata ibunya. Kalau dibalas, tahulah apa yang berlaku.


"Kau buat apa dekat sini?" Puan Jeon memandang Yeora sambil menyilangkan tangannya ke dada. Pandangan bencinya pada Yeora tidak ubah sejak dulu lagi.


"Ambil barang abang."


"Dah tahu barang abang, kenapa kau pula yang ambil? Apa betul Jungkook yang suruh kau ambil?" Yeora hanya membiarkan soalan ibunya. Malas mahu bertekak, dia terus jalan melepasi ibunya menuju ke bilik si abang.


"Amboi, makin lama makin biadap. Kau dengan ibu kau sama je perangai. Dua-dua bongkak." Kaki Yeora berhenti dari melangkah lalu tubuhnya memusing menghadap perempuan tua itu. "Apa omma kata?" Sengaja dia mahu mengulang apa ibunya katakan. Takut jika dia tersalah dengar.


"Pekak ke? Aku kata, kau dengan ibu kau sama je. Tak ada beza, dua-dua macam–"


"Perlu ke nak libatkan ibu? Ibu tak ada kena mengenalah dalam hal ni. Yeora jadi macam ni, sebab omma tau. Omma sendiri yang ajar anak omma macam ni lepastu nak tunding jari pada ibu? Omma dari dulu lagi memang–" Satu tamparan yang kuat diberi hinggap ke pipi Yeora.


Yeora jatuh terduduk, memegang pipinya yang terasa bisa ditampar. Tak cukup dengan tamparan, puan Jeon menyepak perut perempuan itu tanpa belas kasihan. Sama sahaja kelakuannya pada Yeora ketika gadis itu masih kecil.


"Jangan nak berani berani kau cakap benda bukan bukan fasal aku eh perempuan. Kau dengan aku tak sama, faham? Perempuan tak guna."


Sebelum pandangan Yeora menjadi gelap, matanya menangkap seorang lelaki sedang memberhentikan tingkah laku puan Jeon.


"Apa omma buat ni!"

"Abang..."

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now