10: Meet 4 The Sec Time

147 29 40
                                    


"Kenapa kau tanya?"

"Tak..tak adalah, aku pergi ke sana juga malam itu..."

"Aku tidur dengan seorang perempuan malam tu. Aku tak sedar, Yeonjun. Niat aku datang ke situ untuk hilangkan stress sahaja. Entah apa yang menghasut aku untuk minum arak yang banyak dan dan..." San mengusutkan rambutnya.

"Woah woah chill. Sekarang kau nak cakap yang kau tidur dengan kawan aku?"

"Mungkin..." Jawab San ragu-ragu.

"Ok wait, sebelum kau tidur dengan dia. Kau ada pakai protection?" Tanya Yeonjun tiba-tiba. Wah, dasar tak tahu malu lelaki ini.

"Tak...sebab aku tak berniat pun untuk sentuh sesiapa malam tu. " San meraup wajahnya. Rasa tertekan apabila sangkaannya tidak salah bahawa dia telah menyentuh perempuan malam itu. Kini perempuan itu mengandung, apa dia perlu buat?

Tapi buah hatinya, Yeora. Dia mahu letak dimana? Apa dia perlu undurkan diri?

"Jadi...kau mahu jumpa dengan dia esok? Berbincang? Esok baru dia masuk kerja. Shift dia habis pukul lima petang." Tanya Yeonjun.

"Alright, esok."


━━━


Yeora membuka apron dan topi yang dipakai lalu sangkut ia di belakang pintu. Selepas itu dia merenggangkan badannya setelah seharian bekerja.

Perutnya dipandang lalu diusap perlahan. Minggu depan dia perlu pergi ke hospital untuk membuat appointment tentang bayinya. Rasa tidak sabar pula mahu tahu tentang perkembangan anaknya itu.

"Yeora, ada orang mahu jumpa kau." Seorang lelaki bertanda nama 'Hyunjin' iaitu salah seorang kawan sekerjanya, menegur Yeora. Gadis itu menjungkitkan sebelah keningnya sambil berkata, "Siapa?"

Hyunjin mengangkat bahunya tanda tidak tahu. "Dia duduk di meja nombor sebelas." Yeora mengangguk lalu dia keluar dari dapur, mencari meja bernombor sebelas.

Kelihatan seorang lelaki berpakaian lengkap kemeja kot sedang duduk membelakanginya, menunggu seseorang. Tidak salah lagi itu lelaki yang Hyunjin katakan.

Sempat Yeora memerhatikan rambut lelaki itu. Dia mempunyai mullet di belakang rambutnya, panjang dan berwarna perang.  Seperti dia kenal lelaki itu.

Tidak mahu buang masa terus Yeora menuju ke arah lelaki itu. Sampai ditempat lelaki itu, Yeora berhenti lalu berdehem. "Um, encik cari saya ke?"

Yeora senyum nipis, gemuruh juga dirinya mahu melihat muka lelaki itu. Terus lelaki itu menoleh memandangnya, mereka berdua bertembung mata. Kedua-duanya mempamerkan riak wajah terkejut beberapa saat kemudian. "Y-yeora?"

"San–" nafas Yeora naik turun melihat wajah lelaki di hadapannya. Apa lelaki ini buat disini? Dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki ini. Mengapa mesti dia?

Terus dia membuka langkah mahu meninggalkan San. San segera menggapai lengan Yeora, lantas gadis itu menepis.


"Tolonglah duduk sebentar, ada beberapa perkara yang aku mahu bincangkan." Yeora diam, perlahan-lahan dia mengambil tempat duduk dihadapan San. Rasa berdebar-debar apabila lelaki itu mahu bincangkan tentang sesuatu. Apa dia sudah tahu?


𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now