13: Reason

139 27 22
                                    




Ting!

Yeora yang baru sahaja habis membasuh pinggan terus melangkah ke ruang tamu. Tangannya dilap pada baju sebelum mencapai telefonnya. Keningnya berkerut melihat mesej dari nombor yang tidak dia kenali.

Siapa pula ni?

Lantas tangan Yeora menaip untuk bertanyakan sesuatu.



+82 XX XXXX YYYY
Hi :3


You
Who?


+82 XX XXXX YYYY
San <33


You
Kau nak apa? And how the fuck did
you get my number
Wait, biar aku teka.
Yeonjun yang bagi bukan?


+82 XX XXXX YYYY
Yep yep :3
Uh btw,
Maaf fasal haritu


+82 XX XXXX YYYY
Aku tahu kau perlukan masa.
Maafkan aku sebab nampak terdesak.
:]
Yeah, take your time baby


You
Excuse me?
What did you called me just now?


+82 XX XXXX YYYY
Tak reti membaca dah ke cik Yeora?
Anyways, esok kau free?


You
Tidak.
Untuk kau, tidak.


+82 XX XXXX YYYY
Oh baiklah.
Baru je aku mahu ajak
kau berjumpa dengan Wooyoung.
Baiklah, selamat malam.


You
Pukul berapa dan dimana?


+82 XX XXXX YYYY
<3


━━━


Yeora membetulkan posisi duduknya sambil memerhati sekeliling seperti mencari seseorang. Iya, betullah dia sedang mencari seseorang. Tapi tiada pula, batang hidung pun dia tak nampak.

"Mana dia? Tak nampak pun." Yeora mengeluh lalu bersandar di bangku restoran itu. Matanya memandang San yang tiba-tiba ketawa terkekek. Berkerut kening Yeora dibuatnya.

"Yeora...Yeora..." San kembali ketawa.

"Mudahnya kau tertipu. Fikir Wooyoung masih mahu berjumpa dengan kau? Aduh Yeora." Riak wajah gadis itu bertukar. Jadi lelaki ini menipu dirinya?

"Kau tipu aku?" Yeora menghentak meja. Tetapi sedikit pun lelaki itu tidak berasa gerun, tawanya masih tidak henti. Entah apa yang lawak baginya.

"Aku bergurau je semalam. Kalau aku tak mention fasal Wooyoung, mesti kau tak mahu keluar dengan aku bukan?" San menyelak rambutnya ke belakang sambil memandang Yeora.

Gadis itu terdiam. Entah tidak tahu bagaimana dia mahu menjawab. Rasa bodoh pula mempercayakan kata-kata San. Rasa geram pun ada.

"Aku nak balik." Tanpa memandang San, dia bangun mahu meninggalkan lelaki itu bersama beg tangannya. Pantas tangannya ditarik, dia kembali duduk dihadapan lelaki itu.

Yeora mendengus, jelingan tajam diberi pada San. "Sorry okey sorry. Janji dah tak bergurau macam tu lagi, sorry."

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now