03: Friend

202 34 30
                                    






Yeonjun menekan mesin cashier tersebut dengan tekun. Dia lalu memberikan duit baki kepada pelanggan. "Terima kasih, datang lagi." Yeonjun tersenyum.


"Bagi Coffee Latte satu– eh Yeonjun? Kau ke tu?" Yeonjun mengangkat kepalanya apabila namanya diseru. Membulat matanya memandang San dihadapannya bersama senyuman. "Eh San!" Yeonjun memandang sekeliling apabila terasa suaranya terlalu kuat.


Yeonjun berdehem sebelum memandang San. "Dah habis shift, kita borak dekat luar." Kata San sambil memberi wang kepada Yeonjun. Yeonjun mengambilnya lalu membuat isyarat 'okay' pada San.


San mengambil salah satu tempat duduk di dalam kedai itu. Dia duduk bersandar sambil memandang luar jendela. Ada sesuatu perkara yang sedang bermain difikirannya.


Dia memikirkan perkara yang berlaku dua hari lepas. Di mana dia pergi ke kelab seorang diri dan minum beberapa botol alkohol. Selepas itu, dia tidak sedar apa yang berlaku dengan dirinya. Tahu tahu saja, dia di dalam biliknya.


Namun, ingatannya sayup sayup teringat akan perbualan kecil dia dan seseorang. Entah mimpi atau bukan tapi seperti realiti, nyata.


"Choi San."


"Keep doing that baby."


"Ting ting ting! 0726!" Lamunan San terberhenti. Dia memandang nombor di kertasnya. Minumannya telah pun siap. Dia bangun lalu pergi ke kaunter.




━━━



Yeora masuk ke dalam bangunan syarikat milik seseorang dengan tangannya membawa bekal. Dirinya rasa berdebar apabila menjejakkan kakinya ke dalam bangunan itu.


Yeora lalu pergi ke kaunter pertanyaan. "Em, tumpang tanya," pekerja di kaunter itu mendongak memandang Yeora.


"Boleh tak saya nak jumpa encik Wooyoung?" Yeora senyum nipis. Pekerja itu membalas. "Sekejap ya." Yeora mengangguk.


"Oh, apa hubungan cik dan encik Wooyoung ya?" Yeora mengetap bibir. Bekal yang dibawa itu dipandang sebelum menoleh memandang pekerja itu semula. "Saya teman wanita dia."


Pekerja itu mengangguk lalu dia mendail nombor seseorang. Beberapa seketika, dia berkata. "Cik boleh tunggu di tempat penungguan tu ya. Sekejap lagi Encik Wooyoung turun."


"Terima kasih." Yeora tersenyum kepada pekerja itu sebelum beredar. Dia memegang erat bekal yang dibawanya. Dirinya rasa berdebar kerana akhirnya dia dapat berjumpa dengan lelaki yang sudah lama dia tunggu.


Tidak lama kemudian, Yeora nampak kelibat Wooyoung dengan pakaian kotnya sedang mencari seseorang. Yeora tersenyum lebar melihat perubahan lelaki itu. Dia perasan, tidak banyak yang berubah pada diri Wooyoung. Cuma lelaki itu kelihatan bertambah matang.


Mata Yeora dan Wooyoung akhirnya bertembung. Yeora memberi senyuman nipis pada Wooyoung berharap supaya lelaki itu membalas senyumannya. Tetapi malang.


Wooyoung tidak membalas senyumannya. Sebaliknya dia mempamerkan riak wajah kosong terhadapnya, seolah lelaki itu benci dengannya. Terus bertukar riak wajah Yeora.


Baru dia ingin melangkah menuju ke Wooyoung, lelaki itu sudah mengundurkan diri. Yeora memanggil namanya berulang kali, tetapi dia langsung tidak menoleh.


Air mata yang berkumpul ditubir matanya, akhirnya jatuh mengalir di pipi. Dia menunduk memandang bekal yang dibawa untuk diberikan kepada Wooyoung. Punah harapannya.


Akhirnya dia pulang dengan perasaan yang sedih dan sakit.



━━━



"Dah berapa bulan duduk sini? Dah tak duduk Seoul ke?" Yeonjun menghirup kopinya perlahan sambil memandang San dihadapan.


"Baru dua minggu duduk sini. Lagipun tempat kerja aku dekat sini. Tak adalah jauh dengan tempat tinggal aku. Ni duduk dekat Seoul, asyik ulang-alik ulang-alik." Ujar San. Yeonjun pula mengangguk-angguk.


"Oh iya juga. Kau tinggal dekat mana sekarang ni? Banglo? Apartment?"


"Aku tinggal dekat apartment sebelah kedai seven eleven tu. Dekatlah juga aku nak ulang-alik tempat kerja aku hehe." San menggosok belakang lehernya. Yeonjun mengangguk lagi.


Yeonjun berhenti dari mengangguk. "Ohhhh apartment tu. Kawan aku pun duduk situ juga. Selalulah juga aku lalu situ sebab ambil dia." Kata Yeonjun sambil teringatkan Yeora.


"Ohh. Lelaki ke perempuan?" Tiba-tiba San menanyakan soalan begitu. Selamba Yeonjun menjawab, "Perempuan." Riak wajah San bertukar, seperti mengejek lelaki itu. "Dah besar dah kau Yeonjun. Kau dengan dia tak ada–"


"Eee tak adalah. Dia tu bukan ideal type aku langsung. Aku dengan dia kawan je. Chill." San masih tidak percaya. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, tiba tiba phone milik Yeonjun berbunyi.


"Ha panjang umur, dia call aku." Yeonjun tunjuk phonenya pada San lalu dia jawab panggilan tersebut.

"Kau apa?" Suara Yeonjun meninggi. San hanya memerhati sambil cuba untuk memasang telinga. Kenapa pula lelaki ini meninggikan suara tiba-tiba? "Eh sumpahlah? Ni nak pergi klinik tak?"


Klinik? Kenapa? Kawan Yeonjun sakit ke?


Desis San. Sibuk ingin tahu.


"Iyelah, nanti aku pergi farmasi carikan ubat. Lepastu hantar dekat rumah kau, okey? Kau dah makan ke?" Yeonjun menghirup airnya. San masih lagi memasang telinganya.


"Kau ni memang, kerja menyusahkan aku je. Kau tunggu, nanti aku datang hantar makanan dengan ubat. Kau tak makan, aku cekik kau." Terus Yeonjun meletakkan panggilan lalu memandang San.


"Kawan aku tak sihat sejak dua hari lepas. Dia minum banyak sangat sampai berapa kali muntah. Menyusahkan aku je minah ni." Yeonjun merungut. San mengangguk tanda faham.


"Ambil berat juga kau pasal dia ya? Serious kau tak ada–"


"Kau ni kan, aku sumpah kau jadi tapir nanti baru tahu. Dia bukan ideal type aku sumpah. Kalau kau jumpa dia pun, sah menyesal nanti."


"Aku gerak dulu, San. Apa apa, roger. Boleh kita ngeteh sama-sama." San memberi isyarat okey pada Yeonjun sebelum lelaki itu beredar.



━━━

pasiruni pasi kuro pasili si papapasi...si papasi paga..hmm..

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now