17: Jealous

164 24 18
                                    




Yeora menekan butang lif lalu dia masuk ke dalam lif. Dia memandang skrin phone, membaca semula alamat yang diberi. Tangannya lalu naik menekan butang tingkat 14.

Setelah sampai di tingkat 14, dia keluar dan mencari pintu bernombor 3-15. Puas dia mencari sehinggalah dia nampak seorang gadis, sedang berdiri di hadapan pintu apartment seseorang.

Sempat mata Yeora memandang nombor di pintu itu. Tergamam dibuatnya apabila gadis yang tak dikenali itu berdiri di hadapan pintu yang dia cari. Hanya satu sahaja persoalan yang bermain di dalam kepalanya.

Siapa perempuan ni? Dan mengapa dia mengetuk pintu sedangkan ada loceng yang boleh ditekan?

"You! Bukalah pintu ni! I tahu you ada dekat dalam!" Gadis itu mengetuk beberapa kali pintu itu. Tapi langsung tiada sahutan dari dalam.

Yeora di situ hanya memerhati, tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sehinggalah gadis itu pusing memandangnya. Dia memandang Yeora dari atas hingga bawah, seperti menilainya. Mereka bertembung mata, Yeora cuba untuk senyum. Namun gadis itu hanya memberi jelingan.

"Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok perempuan lawa ke? Ish, sanalah! Sibuk je!" Gadis itu menengking Yeora tiba-tiba. Dia lalu kembali mengetuk pintu namun dengan lebih kuat.

"Choi San! Bukalah pintu ni!" Yeora hanya diam. Betul lah, itu apartment San. Tapi kenapa lelaki itu langsung tak buka pintu? Bukankah dia ada di rumah? Dan mengapa gadis ini– apa hubungannya dengan lelaki itu.

Yeora tidak mahu berdiam diri. Rasa menyampah pula dengan sikap gadis itu, tidak beradab. Terus Yeora meluru ke arahnya lalu mencuit bahu gadis itu. "Berhenti boleh tak? Awak menganggu jiran-jiran yang lain. Tolong hormat sikit boleh?"

"Suka hati I lah! Yang you nak menyibuk hal orang ni dah kenapa? Nak sekolahkan I pula, tch." Gadis itu menggulingkan matanya. Yeora mengetap bibirnya, ingin sahaja dia menampar mulut gadis itu.

Belum sempat Yeora mahu membidas kata-kata gadis itu, dia terdengar bunyi pintu dibuka. Lantas mereka berdua mengalihkan pandangan di pintu. Kelihatan San sedang mengelap rambutnya dengan tuala kecil.

"Ada apa bising-bising ni– eh Yeora? Hyejin pun...?"

Gadis yang bernama Hyejin itu terus mendapatkan San. "You ni kenapa lambat sangat buka pintu? I rindu you tau. And siapa perempuan ni you? Tahu tak tadi dia tengking I? I takut..." Hyejin melilitkan tangannya pada lengan San. Semakin naik darah Yeora apabila Hyejin menuduhnya.

"Jangan pegang akulah. Kau balik sekarang." San menarik lengannya. Yeora disitu hanya diam sambil memerhati mereka berdua. Hatinya rasa panas melihat gadis itu. Tidak pasti sama ada dia geram ataupun iri.

"Alah, tapi I dah lama tunggu you tau–" pantas San menolak tubuh kecil Hyejin jauh darinya. Dia lalu menarik Yeora mendekatinya. "Aku kata balik. Aku dah tak duit, jangan datang minta aku lagi. Aku tak nak tengok muka kau."

Jelingan tajam diberikan pada Hyejin. Sebelum mereka berdua masuk meninggalkan gadis itu diluar, sempat Yeora tersenyum mengejek dan menunjukkan middle finger kepadanya. Tidak ubah seperti kanak-kanak...

San menarik Yeora masuk ke dalam apartmentnya lantas pintu di tutup. San melepaskan keluhan. "Maafkan aku fasal perempuan tadi." Yeora hanya diam. Ikutkan mahu sahaja dia mengadakan pertandingan gusti dengan perempuan bernama Hyejin tadi di hadapan apartment San. Nasiblah lelaki itu keluar tepat pada masanya.

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now