09: The Truth

165 28 34
                                    



Hari yang tidak dia nanti-nantikan telah tiba. Dimana dia akan memberitahu tentang kandungannya pada ibu bapanya dengan bantuan si abang.

"Apa yang Jungkook mahu cakapkan ni, berkaitan dengan Yeora. Sebelum Jungkook cakap, omma appa kena terima dan–" kata-kata Jungkook dipotong.

"Straight to the point, appa tak mahu bazirkan masa dengan benda remeh macam ni." Jungkook mengeluh sebelum membuka mulut semula. Dia memandang Yeora sekilas sebelum memandang orang tuanya semula.

"Yeora hamil, sudah hampir sebulan." Yeora mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat reaksi kedua orang tua itu lalu menundukkan kepalanya semula. Benarlah sangkaannya, wajah bapanya kelihatan terkejut manakala ibu tirinya pula memandang Yeora sambil tersenyum sinis.

"Jungkook tahu, korang–"


"Jungkook diam, biar Yeora sahaja yang buka mulut. Jeon Yeora, apa betul yang abang kamu katakan?" Tanpa memandang bapanya dia mengangguk perlahan. Dia benar-benar rasa takut.

Takut jika bapanya memandangnya dengan penuh rasa jijik. Dia tidak mahu dibuang dari keluarga itu. Dia tidak mahu ditinggalkan, lagi. Cukuplah ibu kandungnya sahaja.

"Jadi, Yeora tahu siapa bapa kepada anak dalam kandungan itu?" Yeora mengetap bibir. Tidak tahu sama ada dia mahu jujur ataupun tidak. Jika dia jujur, berkemungkinan bapanya menyuruhnya untuk berkahwin dengan lelaki itu tidak kira apa jua.

Dia...tidak mahu berkahwin dengan San.

"Yeora tahu, appa. Yeora sendiri beritahu Jungkook." Yeora mengangkat kepalanya memandang si abang di sebelah. Kenapa dia beritahu? Bukan–

Yeora rasa ingin menangis. "Baguslah begitu. Bawa lelaki itu jumpa appa dan kita selesaikannya secepat mungkin." Kata tuan Jeon dengan mudah. Yeora mengetap bibir. Dia tidak mahu. Mudahnya bapanya berkata begitu tanpa berbincang apa-apa dengannya.

Abangnya pula bukan tidak kenal lelaki bernama Choi San itu, sejak dari bangku sekolah dia mengenali lelaki itu. Pada mulanya Jungkook terkejut juga dengan pengakuan adiknya, tak mungkinlah lelaki itu.

Tetapi, dia teringat bahawa San pernah mempunyai perasaan pada Yeora. Sangkaan Jungkook, mungkin lelaki itu mahu membalas dendam dengan adiknya kerana menolak cintanya. Tidak fasal-fasal adiknya hamil luar nikah.


"Y-yeora pergi dapur sekejap. Tekak Yeora kering." Terus dia bangun meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu dan menuju ke dapur.

Banyak perkara yang bermain di kepalanya. Apa terjadi jika San tidak mahu bertanggungjawab? Tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu lelaki itu yang bertanggungjawab, tidak mahu lelaki itu menjadi ayah kepada bayinya.

Dia tidak mahukan mana-mana lelaki, melainkan bekas teman lelakinya Jung Wooyoung. Rasa sakit dan menyesal apabila mengenang semula kisah dimana Yeora terpaksa putus dengan Wooyoung gara-gara ibu tirinya.

Bila difikir semula, dia mahu berjumpa dengan Wooyoung dan meminta maaf atas segala yang dia lakukan. Dia mahu lelaki itu kembali ke pangkuannya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan lelaki itu. Tetapi dia tahu, Wooyoung bukanlah seorang yang mudah untuk memaafkan seseorang.

Sesudah dia membasuh cawannya selepas minum, dia memusingkan badannya untuk pergi ke ruang tamu semula. Tetapi terbantut apabila kelibat puan Jeon ada di hadapannya sambil bersandar di tepi peti sejuk.

Baru dia mahu jalan melepasi ibu tirinya itu, bahunya ditolak. Menghalang Yeora keluar dari dapur. "Wah kau...lega dah?"

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now