02: Realise

250 35 56
                                    




Lima tahun yang lalu.

"Sampai di sini saja hubungan kita. Terima kasih untuk semuanya, Jung Wooyoung." Terus Yeora bangun dan beredar meninggalkan Wooyoung tanpa memikirkan perasaan lelaki itu.

Sudah jauh dia berjalan meninggalkan restoran, dia berhenti apabila nampak seorang lelaki memandangnya seperti sedang menunggunya. Yeora menuju ke arahnya dengan wajah yang bengang.

"Terima kasih." Ucapnya pada Yeora. Dia mengerutkan keningnya. "Kenapa berterima kasih dengan aku?"

"Terima kasih sebab berhenti pergunakan kawan aku." Katanya. Yeora hanya berdecit sambil menggulingkan matanya. Dia melihat perbuatan lelaki itu, sedang mengeluarkan dompet dari poket seluarnya lalu menghulurkan Yeora beberapa keping wang.

Dia menolak duit tersebut. "Semata duitan aku pun, aku tak hamaklah duit ni dari kau. Kau fikir aku ni terlalu miskin ke sampai tak boleh cari duit sendiri?"

"Bukan itu memang diri kau?" Yeora mengerutkan dahinya, tidak faham apa yang lelaki ini katakan.

"Bukan setakat kekurangan harta. Kau juga kekurangan kasih sayang dan akhlak. Kau sedar tak kau miskin dari segi tu?" Dia menyilangkan tangannya memandang Yeora. Gadis itu terdiam.

"Kau tak sedar ke yang kau banyak berubah, Jeon Yeora?"

"Aku tahu kau sayangkan Wooyoung. Kalau kau nak pulang pada Wooyoung. Ubah diri kau. Jadi diri kau sendiri, bukan orang lain."

"Kau tak faham..."

"Kau tak faham apa yang aku lalui, San. Jangan cuba untuk ajar aku, nasihat aku. Ini keputusan aku, kau bukan sesiapa untuk nasihatkan aku."

"Dan aku ialah diri aku. Tiada siapa boleh ubah aku."

Dan selepas itu Yeora menghilangkan diri. Tidak muncul lagi di hadapan San mahupun Wooyoung. Tiada siapa tahu gadis itu berpindah ke sekolah lain.


━━━


Yeora menukar posisi tidurnya. Dia menarik selimut naik ke bahunya kerana merasakan suasana yang sejuk dan dingin. Hidungnya mula menghidu sesuatu, bau yang wangi tetapi asing baginya.

Dia perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Memandang siling bilik. Siling biliknya sama seperti di apartmentnya. Adakah dia sedang berada dibiliknya? Tapi bagaimana?

Dan dari mana datangnya pula bau minyak wangi ini? Banyak persoalan yang bermain di fikiran Yeora.

Dia mengimbas kembali kejadian semalam. Dimana dia dan Yeonjun pergi ke kelab bersama dan kawannya meninggalkannya seorang diri. Dia minum dua botol alkohol dan–

Ah shit.

Desis Yeora. Dia menoleh memandang seorang lelaki yang sedang lena membelakanginya. Yeora mengeluh.

Kalini sudah kali kelima dia balik kelab bersama lelaki yang tak dikenali dan tidur bersamanya. Bukan dia sengaja untuk berbuat begitu, tetapi kerana dia mabuk dan dalam keadaan tidak sedar.

Sedang Yeora termenung memandang siling. Dia tersentak. Tiba-tiba teringat akan kejadian semalam.


"I'm not going to touch you unless you beg."


"I like it when you say my name like that."


"Repeat again,"


"Choi San."


Yeora bangun dari pembaringannya. Cuba mengingati nama tersebut. Nama yang tidak asing baginya. Dia menoleh semula memandang tubuh lelaki itu.

Bahunya yang tegap dan tidak berbaju itu Yeora pandang. Rambutnya yang panjang dan berwarna perang. Walaupun lelaki itu membelakanginya, hanya dengan melihat belakang badannya sahaja mampu buat dia terpegun.

Yeora terkejut apabila lelaki itu mula menukar posisinya menghadap dirinya. Dia terus berganjak jauh dari lelaki tersebut, seakan terkejut melihat wajah lelaki itu. Kepalanya digeleng perlahan.

Jantungnya berdegup laju kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Setelah beberapa tahun, kini dia berhadapan semula dengan lelaki itu. Tetapi dengan situasi yang tak dijangka.

Yeora melihat dirinya yang hanya berpakaian dalam lalu menarik selimut menutupi tubuh badannya. Dia menggeleng lagi.

"Kenapa dia? Macam mana–did he used protec–ah shit."

Dia tidak membuang masa. Terus dia turun dari katil dengan perlahan supaya tidak mengejutkan lelaki itu. Dia mengutip bajunya di lantai dan mengambil barangnya dengan pantas.

Sebelum dia keluar dari bilik tersebut, sempat dia memberikan middle finger kepada lelaki yang sedang lena itu.

"Fuck you."


━━━


"Cakap dekat bos, aku tak sihat harini. Sakit badan pula tiba-tiba." Kata Yeora pada Yeonjun di dalam talian. Tangannya memicit kepalanya yang berdenyut itu.

"Ah iyelah. Ni aku nak tanya ni. Semalam kau–"

"Salahkan kau tinggalkan aku sorang sorang. Dasar lupa diri. Nasib aku–" Kata-katanya terhenti. Kepalanya berdenyut.

"Ha apa apa? Ah, dahlah kau. Buang masa aku je cakap dengan kau. Get well soon by the way. Bye motherfcker." Terus Yeonjun meletakkan panggilan.

Yeora membiarkan panggilan Yeonjun terhadapnya. Dia kembali memicit kepalanya.

Dia seakan tidak percaya apabila lelaki yang sudah lama dia tidak bertemu dan tidak mahu dia bertemu, akhirnya mereka berjumpa lagi selepas lima tahun.

Iya, Choi San. Kawan kepada bekas teman lelakinya, Jung Wooyoung.

Lagi mengejutkan Yeora, apabila dia keluar sahaja dari apartment milik San, kawasan koridor yang dia lalui itu tidak asing baginya.

Ya. San dan Yeora, tinggal di apartment yang sama cuma berlainan tingkat.

Yeora mengusutkan rambutnya. Sudahlah dia tidur dengan lelaki itu. Tambahan mereka tinggal di apartment yang sama, lagi membuatkan Yeora serabut.

Sejak lima tahun lepas, dia tidak mahu berjumpa lagi dengan lelaki itu. Tetapi entah bagaimana. Dunia terlalu kecil, mereka dipertemukan lagi.

Mengapa dalam banyak banyak lelaki, mesti dia?

Macam macam perkara yang dia fikirkan selepas kejadian tersebut. Apa dia dan San telah melakukan sesuatu lebih dari tidur bersama? Bagaimana jika lelaki itu tidak memakai apa-apa pelindung? Bagaimana jikalau dia hamil?

Adakah San sedar pada waktu itu? Adakah lelaki itu sengaja tidur bersamanya? Bagaimana? Bagaimana San menjumpainya?

Yeora mengambil bantal di sofa lalu di balingnya ke atas lantai bagi melepaskan geram.

Wajah Yeora berkerut apabila tiba-tiba merasakan sesuatu meloyakan di tekaknya. Terus dia berlari masuk ke dalam bilik air memuntahkan segala isi perut.



━━━

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now