12: Little Boy

167 30 47
                                    



"Jangan lupa jaga pemakanan, kurangkan minum alkohol dan banyakkan makan makanan yang seimbang ya."

"Baiklah, terima kasih doktor." Yeora senyum kecil sebelum dia keluar dari bilik. Selepas itu dia mencari pula kelibat kawannya, Yeonjun. Yeonjun yang nampak Yeora baru keluar itu terus melambaikan tangannya lalu gadis itu menuju ke arahnya.

"Macam mana? Sakit tak ambik darah? Doktor cakap apa? Baby okey ke?" Soal Yeonjun berturut-turut. Gadis itu hanya ketawa kecil. "Banyak tanyalah kau ni. Baby okey je. Sakit sikit je pun." Katanya sambil mengambil tempat duduk di sebelah kawannya.

"Ohh, bagus-bagus. Ni aku–"

Drrt! Drrt!

Mereka berdua memandang phone Yeonjun yang berdering.


Baby ><


Mereka berdua memandang antara satu sama lain. Yeora sudah tersenyum sinis. "Amboi..." lelaki itu tersengih. "Angkatlah, kau tunggu je aku dekat dalam kereta. Aku tinggal bayar je ni. Lepas tu jangan lupa tumpahkan teh ye encik Choi." Dia menepuk-nepuk bahu lelaki itu.

Yeonjun tersimpul malu lalu bangun meninggalkan gadis itu sambil mengangkat panggilan. Tak tahu pula lelaki itu sudah mempunyai buah hati, bukan mahu cerita.

Yeora lalu termenung memandang skrin nombor yang terpapar di dinding hospital itu, menunggu nombornya disebut. Tetapi selepas beberapa ketika, lamunannya berhenti. Pandangannya jatuh memandang seorang budak lelaki yang sedang mengambil tempat duduk disebelahnya.

Dia bertentang mata dengan budak lelaki itu lalu tersenyum kecil. "Hai, makcik." Senyuman Yeora mati. Makcik? Apa tua sangat ke muka aku?

"Hai, adik sesat ke?" Gadis itu hanya memaparkan senyuman palsu. Matanya memandang sekeliling, cuba mencari ibu bapa si kecil itu.

"Taklah, saya datang dengan pakcik saya. Tapi dia lari pula." Kata budak lelaki itu, petah betul bercakap.

Tak, sekarang ni pakcik awak yang lari dari awak ke, awak lari dari pakcik awak ni?

Yeora hanya mengangguk-angguk, mengiyakan sahaja kata budak itu.

"Makcik, makcik. Tempat sini ramai orang perempuan mengandung. Makcik pun mengandung juga ke?" Tanya dia sambil menunjukkan beberapa orang yang sedang duduk berdekatan dengan mereka.

"Sudah tentulah, kalau tak buat apa makcik duduk dekat sini." Dalam diam, ingin sahaja dia menggulingkan matanya tanda menyampah. Dia tak beberapa suka bercakap dengan kanak-kanak, ada je soalan akan ditanya. Malas mahu melayan.

"Oh my goat..." Dia mengerutkan keningnya sambil memandang budak lelaki itu. Sudah kenapa pula ni? Tiba-tiba buat muka terkejut, nampak hantu ke?

"Jadi..."

"Makcik pernah buat ehem ehem dengan suami makcik...oh my goat..." kata budak lelaki itu sambil menutup mulutnya dengan kedua tangan seperti tidak percaya.

Membulat mata Yeora, "Hei! Siapa–"

"CHOI BEOMGYU!" budak lelaki itu menoleh ke belakang apabila namanya diseru seseorang. Terus dia mendekatkan dirinya dengan Yeora. "Alamak matilah...makcik makcik, lindung Gyu cepat. Raksasa hodoh dah sampai."

𝐀𝐟𝐟𝐞𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 : 𝗖𝗦 Where stories live. Discover now