"Tinggal berapa minit saja lagi sebelum sesi kuliah pertama aku. Baiklah... Aku akan lakukan yang terbaik! " Dengan penuh semangat Gempa mula menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh di sana.

Kreaakk..

Tidak lama Gempa berada di dalam dewan kuliah tadi seorang diri, akhirnya muncul para siswa dan siswi iaitu pelajar-pelajar yang mempunyai jadual kelas sama dengannya. Mereka semua berpusu-pusu masuk ke dalam dewan kuliah sambil rancak berbual dengan rakan-rakan mereka yang lain. Terdapat juga beberapa orang yang hanya berjalan sendirian menuju ke tempat mereka namun kebanyakannya datang dengan kumpulan masing-masing.

Gempa mengabaikan sahaja kehadiran para siswa dan siswi tersebut dan mula memakai earphone ke dalam telinganya lalu memainkan apa-apa lagu yang terdapat di dalam album telefonnya sekadar untuk mengisi masa. Dalam dia sedang fokus sambil menikmati lagu yang sedang berputar di telinganya, tiba-tiba datang sebuah kumpulan perempuan ke arahnya. Yang berada di hadapan di antara kumpulan tersebut, atau lebih tepat ketua mereka, mendekati Gempa dan secara tiba-tiba menarik earphone dari telinga Gempa.

"Hey! Apa yang- huh...? " Gempa yang tadinya baru hendak marah tiba-tiba terdiam apabila dia melihat wajah yang cukup dikenalinya kini sedang berdiri di hadapannya.

"Suzy? Apa yang kau buat dekat sini? "

Suzy tersenyum sinis. Dia pun membaling earphone tadi ke arah Gempa semula. Membuatkan Gempa sedikit terkejut dengan tindakan kasarnya itu.

"Well... Well... If it isn't my step-sister? Apa yang kau buat dekat sini, huh? "

Gempa menjeling ke arah Suzy dan kemudiannya berpaling ke arah lain.

"Aku datang nak belajar la. Takkan nak tidur kot? "

Suzy terdiam. Namun dia sama sekali tidak ingin mengalah. Jadi dengan selambanya dia mengambil beg Gempa lalu mencampakkannya ke bahagian hadapan dewan kuliah.

Gempa yang menyaksikan perbuatan keji Suzy terhadap barangnya mula berang dan berdiri sambil menatap ke arah Suzy.

"Hey! Apa masalah kau, hah?! "

"Heh? Kenapa? Marah? "

'Perempuan ni...! ' Tahap kesabaran Gempa mula mencapai hadnya.

"Hey, aku tak kacau kau pun, kan?! Kau dah kenapa nak kacau dan sentuh barang-barang aku?!" Mengabaikan pandangan orang lain ke arah dirinya, Gempa terus menenking Suzy. Apa dia peduli pandangan orang terhadap dirinya di hari pertama kelasnya?

"Eh, bila masa aku kacau kau? Guys, cuba tengok. Ada saya kacau dia ke? Tak kan? Kita tengah baik nak kawan dengan dia tau! Eee... Sombong! "

Gempa mengetap giginya di saat dia dapat menangkap tatapan sinis daripada Suzy sesaat sebelum dia memalsukannya dengan wajah sedih. Gempa melihat keadaan sekelilingnya. Kini sebilangan besar rakan sekelasnya sedang memandangnya. Ada juga yang telah mengeluarkan telefon masing-masing untuk merakam kejadian yang sedang berlangsung di hadapan mereka.

Tidak membuang masa di sana, Gempa terus merampas dan mengumpulkan semua barang-barangnya dan membawanya ke arah satu sudut dewan kuliah yang lebih terpencil dan jauh. Dari jauh dia dapat dengar Suzy sedang terkekeh-kekeh ketawa mengejek ke arahnya bersama-sama kumpulannya. Dia tahu Suzy sengaja ingin membuatnya malu dan nampak lemah di hadapan rakan sekelas lainnya.

'Cis! Kau bernasib baik hari ni hari pertama aku ke sini. Tengoklah, ada ubi ada batas, ada hari aku balas kau balik! '

Dan tidak lama kemudian, pensyarah pun masuk ke dalam dewan kuliah dan mereka pun memulakan sesi kuliah mereka dengan mencatat kehadiran masing-masing.

💖✨💖✨💖✨💖

"Baiklah, sekian sahaja kuliah kita pada hari ini. Kamu semua boleh bersurai. "

Semua pelajar yang menghadiri aktiviti kuliah tadi pun mula mengangkat punggung masing-masing untuk keluar dan beredar dari situ. Ada yang kelihatan tergesa-gesa kerana mengejar masa untuk ke kelas seterusnya atau ke cafe untuk makan. Dan pada masa yang sama ada juga yang kelihatan lenggang dan tenang sahaja kerana tidak mempunyai sebarang aktiviti yang perlu dilakukan seterusnya.

"Ah, Gempa, kan? Boleh tunggu sebentar? "

Langkah Gempa serta-merta terhenti apabila pensyarahnya tiba-tiba memanggil namanya. Tanpa membuang masa, Gempa pun terus membetulkan beg yang digalasnya lalu menghampiri pensyarah wanita tersebut.

"Ya, puan? Ada apa-apa yang puan hendak beritahu saya? "

Pensyarah tadi tersenyum lembut ke arah Gempa lalu menggeleng kecil.

"Tak. Takde apa. Cuma saya nak sampaikan dekat awak yang saya adalah selaku mentor bagi kelas kita. Jadi kalau ada apa-apa masalah ataupun aduan kamu boleh hubungi saya, ya? "

"Ah, baiklah. Saya faham, puan. "

"Panggil saya Puan Hanna. Ah, kamu belum ada nombor saya lagi, kan? "

"Belum lagi, puan. "

"Ha, catat nombor saya cepat. Lepastu saya nak kamu hantar mesej kepada saya dengan menyatakan beberapa maklumat kamu seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, email kamu, alamat rumah kamu dan nama serta nombor telefon penjaga kamu, ya? "

"Baik, Puan Hanna. Saya akan hantar dengan kadar yang segera jika tiada halangan. "

"Bagus! Dan sebelum saya terlupa, sekali kan dengan gambar kamu yang berukuran passport, ya? Ha, ni nombor saya. "










TO BE CONTINUE
.
Hi, guys! Ada yang rindu buku ni tak? Hahahahaha!
.
Sorryyyy sekali lagi sebab author selalu sibuk di real life jadi masa untuk update selalu takde! 😭
.
Harap korang enjoy dengan chap kali ni! Dan jangan risau! Gempa akan dapat revenge dia balik di chap akan datang! 😉

Don't Play with Her! [🔰]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ