DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

345K 27.1K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
54
55
56
57
58
59
61
62
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

53

4.7K 376 78
By mrsmeandyou17


"Aku nak minta maaf juga pada kau hadif. Aku nak tolong anggun sampai tak sedar sanggup lukakan hati sahabat aku sendiri. Kalau bukan sebab tindakan aku tu, mesti kau tak akan terluka sampai accident.  " ammar mengetap bibir. Apabila irham berkata tentang nama anggun, barulah dia teringat dia ingin meminta maaf kepada hadif. Mesti hadif lebih terluka kepadanya berbanding anggun. Yela kawan baik sendiri buat begitu pada dirinya.

Hadif menghela nafas lemah. Dia menepuk nepuk bahu ammar.
"Kisah lama mar. Buat apa diingat. Buat apa nak direwind, di throwback. Throw je semua memori dalam lubang. Biarkan je. Aku kan dah okay sekarang.  Lagipun tu semua salah faham."  Hadif mengukir senyuman sesuci dalam debu supaya dapat menenangkan hati resah ammar.  mungkin dulu dia marah, tapi sekarang tidak. Hati seorang hadif kan memang baik, lembut pulak tu. Kena pula dengan muka hensem. Aduh si hadif ni dari bab lepas asyik nak riak je.

Ammar hanya mampu mengangguk. Syukurlah kalau hadif dah memaafkannya. Tenang dah hidupnya. Tak ada dah resah dalam hati.  Nak tidur pun dah boleh mimpi indah. Nak pergi membuang dalam tandas pun aman.

Tapi terus hadif mengerutkan kening. Masih ada satu lagi misteri yang tak selesai. Dan selagi tak selesai, boleh bengkak otaknya kerana asyik memikirkan hal ni.  "Tapi yang paling aku blur sekarang ni,  macam mana kau boleh ada di sini? Kau masih hidup? Kau berjaya survived? Sakit kau dah pulih?"

Irham mencebik.
"Kau ni pun. Satu satu lah tanya. Kau fikir kau penyiasat fbi ke nak tanya laju laju macam tu." Lalu selamba dia menyilangkan kaki lagak bos sambil tangannya menghirup secawan air kopi yang pada mulanya milik hadif. Tapi memang sukahati tangan irham sahaja menyedut air milik hadif itu bagai office ni bapa dia punya.

Ala hadif bukan minum pun, dia takkan perasan punya aku minum.

Hadif memandang irham menyampah.  Aku perhati je si irham ni. Dahlah minum air aku. Kau ingat aku tak perasan ke air kau tengah syok sedut tu air aku. Ya allah sabarkan jela hatiku.

Ammar tergelak kecil melihat pasangan anjing tikus depannya ni. Patut nya hadif dengan irham la yang patut berlakon dalam Tom and Jerry. Tapi sebabkan mereka bukan binatang itu yang tak jadi berlakon tu.
"Untuk semua soalan kau tadi, aku boleh jawab dengan satu perkataan. Yes. Aku berjaya. Aku pun mula mula fikir aku dah tak ada harapan untuk hidup. Mummy aku cerita lepas sahaja aku buat rawatan kemoterapi untuk kali ke berapa entah aku tak ingat, masa tu  badan aku lemah sangat. Aku penat. Kadar denyutan jantung aku makin lama makin lemah sampai aku tak sedarkan diri. Aku kena dimasukkan dalam ICU. Then, mummy aku kata beberapa jam lepas tu, jantung aku terhenti. Terus mesin sebelah aku tu berbunyi. 'Tetttttttt' tanda aku dah selamat meninggalkan dunia. Tapi benda yang menakjubkan ialah lepas doktor buat cara terakhir untuk buat jantung aku bergerak balik, iaitu dia tekan tekan dada aku dengan benda alah apa aku tak tahu apa nama dia tapi pandai pandai lah imagine sendiri tu kan, tiba tiba perlahan jantung aku kembali berdetak . Lepas beberapa hari hari akhirnya aku pun bangun and aku sedar tu tanda Allah nak tunjukkan kekuasaan dia. Dia bagi aku hidup untuk jadi hambaNya yang lebih bertaqwa. Alhamdulillah juga pada Allah , aku disahkan bebas kanser. So aku kembali jadi ammar affendy yang sihat walafiat. " ammar tersenyum lebar. Jelas wajah kegembiraan yang amat tanpa sebarang sakit.

Hadif terkebil kebil sebelum dia meraup wajahnya. Terkejut dengan kisah ammar.
"Alhamdulillah.Mashaallah. Gempak nya kisah hidup kau." Hadif tidak menyangka perkara sehebat itu akan berlaku pada kawan baiknya. Dia sangat sangat kagum. Begitu hebat kuasa Allah kan? Orang yang mati tiba tiba hidup balik! Dah macam zombie ķampung pisang.

Ammar mengangguk.
"Yes. Lepas tu kau lupa ke kan daddy aku ada company dekat United States jugak. So, aku terus dilantik jadi COO dekat sana. Nak tolong bapa aku. Akhirnya dapat juga company kita bekerjasama. Sebenarnya aku dah tahu lama dah kau CEO Blue Hazel Holdings ni. Sebab tu lah aku berusaha nak collaborate . Plus aku nak suprisekan kau."

Irham perlahan menepuk paha ammar di sebelah.
"Kau ni mar. Kau lupa ke si hadif ni amnesia. Manalah nak ingat siapa bapa kau . Dia kerja apa. Apa nama company kau. Eish. " Budak hadif ni dahlah macam baby baru nak kenal dunia balik. Manalah nak ingat semua benda lepas.

Ammar menepuk dahi sendiri.
"Oh aah lupa pula. "

Hadif mengangguk faham mendengar kisah ammar. Sebelum dia menjeling irham. Laju tangannya menarik semula cawan kopinya yang baru sahaja bibir irham ingin hirup lagi. Siot habis air kau macam ni.

Tindakan Hadif berjaya membuat irham tersentak.  Lalu memeluk tubuh dengan membuat muka tak suka. Heh mengada.
"Ha kau iqi. Tadi aku tengok muka kau tak ada riak terkejut langsung masa ammar ada dekat sini . Macam kau ni dah lama tahu hal ni. Kalau kau tak tahu, aku konfirm kau dah melalak sakan lagi teruk dari aku. Tapi tadi kau rilek je . Kau memang agak musykil. Ada something kan kau sorok dari aku selama ni? " Hadif mengecil kan mata curiga memandang irham. Takkanlah irham yang hati tisu ni tak akan nangis apabila melihat kemunculan kembali ammar ? Pelik. Aku yang hati batu pun nangis tau.

Irham tergelak kecil. Alamak kantoi pulak.
"Hehe bijaknya kau. Sebenarnya aku dah lama tahu pasal si ammar ni sejak dia berjaya hapuskan kanser dia ni lagi. " sempat irham membuat tanda peace pada hadif. Mohon lah hadif ni tak mencarut nya kerana sembunyikan hal ini.

Berkerut kening hadif dibuatnya.
"Habis tu kenapa kau tipu aku . Kau kata ammar dah mati?"

Irham makin tersengih. Dia perlahan menggosok bahu hadif.
"Aku saja nak tengok kau sayang ammar ke tak. Last last kau nak tau mar, si hadif ni melalak macam baby mar. Lepas aku tunjuk dia video kau tu. Dia melalak depan aku sambil cakap 'kenapa ammar pergi? Aku nak minta maaf pada dia huwaaaa ammar ! Tidak!" Dengan riak wajah sedang meraung memandang langit , tambah tangan terhuyung hayang di langit, irham melakonkan semula scene hadif.

Hadif laju menampar belakang badan irham.
"Eh munafik. Aku tak adalah sampai macam tu. "  dahlah  berlakon pun macam kayu. Nasib si irham tak menang ABPBH haritu.

Irham mencucuk cucuk bahu hadif.
"Ala ala dia malu la tu mar. Nak malu apa. Kita semua ni macam brothers dah. Tak ada apa nak dimalukan."

"Kau pakai seluar dalam warna apa harini?"

Terus irham duduk tegak sambil memandang hadif dengan kening berkerut.
"Eh adelah ! apahal pula kau sibuk nak tahu?" Privacy aku kut. Sibuk je nak tahu.

Hadif tersenyum sinis.
"Huh tahu pun malu! Acah lebih je kau tadi. Tak apa nak dimalukan sangat." Semudah abc hadif berjaya membuat irham sentap dan kalah dalam pertarungan berlawan kata. Ini hadif lah. Anak athif fattanah. Juara pidato peringkat negeri pluto.

Baru irham nak merembat hadif tiba tiba kedengaran ketukan pintu.

Tok tok tik tok.

"Come in!"  Kuat irham melaung menyuruh si pengetuk supaya masuk tanpa menghiraukan pandangan maut hadif. Siapa sebenarnya CEO ni? Ikutkan hati hadif, lama dah dia panggil security guard untuk halau budak irham ni. Haih.

Akhirnya pintu dibuka dari luar.
Kelihatan natalia sudah melangkah masuk  dengan senyuman.
"Mr Ammar , Mr hadif , and...." keningnya terangkat memandang figura yang langsung dia tidak kenal duduk di antara ammar dan hadif.

Irham senyum kecil.
"Mr. Rafiqi." Dengan nada professional irham memperkenalkan diri sementara hadif dan ammar sudah mengerutkan kening menahan muntah. Hala hala si irham acah acah je kat sini. Padahal tak ada kaitan dengan perjumpaan syarikat ni.

Natalia hanya mampu mengangguk.
"Oh Mr rafiqi, I'm really really sorry for disturbing you all but, Mr Ammar, you need to go to the hotel now."

Ammar bagai baru tersedar dan terus melihat jam tangannya.
"Oh yes. Thank you natalia for reminding. "

Natalia hanya senyum dan menundukkan kepala sebelum dia melangkah keluar dari situ. Pandai pandai ammar keluar sendiri.

Ammar terus bangkit dari duduknya.
"Aku kena gerak pergi check in hotel dulu ni. Nanti kalau nak lepak ke apa call je aku. Kalau clubbing, aku tak mahu. "

Irham dan hadif mendecit serentak.

"Kau fikir iman kitorang ni rendah macam tu ke?" Hadif melayangkan pandangan atas bawah ammar.

"Itu le tu. Dia ingat dia seorang je tak pergi clubbing.  Eh aku ni nak menari pun tak tahu tau." Giliran irham pula mengecam ammar. Hak alah tak pernah pula aku dengan hadif pergi clubbing. Aku ni pun reti menari cucuk langit je.

Ammar tersengih.
"Tahu pun kau. Kau bila menari aku tak dapat beza dengan pokok kayu. Begitu noob sekali."

.

.

.

.
*****************************************

.

.

.

.

.

"So , we will be here for 4 days right?"
Tanya ammar sambil diiringi natalia di sebelah.

"Yes. After that, you need to go back to US sir. " jawab nya patuh sambil kaki merema sudah melepasi pintu syarikat Blue Hazel Holdings.  Tinggal masuk sahaja ke dalam kereta yang betul betul berada beberapa tapak dari mereka.

Ammar mengangguk faham. Matanya meliar melihat ke kiri ke kanan.

Tiba tiba matanya terhenti pada sebuah kereta yang betul betul berada di belakang keretanya. Terhenti langkahnya apabila terlihat figura di dalam kereta itu.

Walau cermin kereta itu agak gelap tak bermaksud penglihatan ammar tidak mampu melihat apa isi di dalam kereta itu. Kemonlah. Mata ammar mana ada rabun atau silau. Nak tahu apa rahsia?  Baca lah Al Quran. Ya allah . Anda semua sentap kan? Ha rasakan !

Kelihatan manusia di dalam kereta itu sedang menaikkan tangan bagai sedang selfie. Bibir gadis itu pula perlahan membentuk senyuman. 

Ammar memegang dadanya. Ya allah betapa aku rindu untuk melihat senyuman itu. Dia pasti. Dia tak mungkin salah. Tak syak lagi. Tak syak wasangka lagi.

Yang berada di dalam kereta itu adalah

Anggun Dellisya.

"Sir, what's wrong?" Tanya natalia apabila dia baru sedar Ammar sudah berhenti melangkah di belakangnya. Nasib tak tertinggal COO ni. Kalau tak auto kena pecat.

Ammar automatik laju mengalihkan wajah memandang natalia. Baru tersedar daripada dunia imaginasi. Dia perlahan menggeleng sebelum selaju mungkin dia masukkan diri ke dalam kereta. Dia tak nak  anggun ternampaknya. Biarlah kewujudannya menjadi rahsia.

"Uish cun gila juga kau ni eh anggun. Tak sia sia aku guna lipstick baru tu. Makin berseri wajah aku. Tapi kalau tak guna pun, memang lawa pun ! Betapa untung siapa yang berjaya meminangku." Anggun sudah kembang kempis hidungnya memuji diri sendiri sambil matanya masih melihat gambar gambar yang sempat dia selfie.

Bukan apa. Anggun ni sebenarnya bosan tau tak? Si irham lah ni. Gebang sungguh. Katanya nak jumpa hadif dalam 5 minit begitu. Last last heh nak dekat 15 minit dah dia tersadai dekat sini!  Ada yang aku naik sendiri pergi serang pejabat hadif ni nanti!

Akhirnya kedengaran pintu belah pemandu dibuka dari luar menandakan kepulangan orang yang memang dia nanti. Tepat pada masa. Silap silap memang sabar je dia nak wrestling si irham ni.

"Akhirnya selepas setahun berlalu. Eh irham lama jugak eh awak jumpa hadif..." perlahan dia mengalih kan wajah memandang arah sebelahnya sebelum membesar matanya. Dia mengetap bibir tak mampu nak habiskan ayat.

"Kau panggil aku apa tadi? Hadif?"

Anggun menelan air liur. Alamak mampus terpanggil hadif pula. Matilah aku sebab tak hormat dia ni. Anggun rasa macam nak ambil stereng kereta irham lepastu hantukkan kepala laju laju.  Tapi apa pasal dia pula yang masuk dalam kereta ni?
"Eh ma...mana ada. Saya kata tuan hadif. Tapi tersasul jadi hadif. Ha. Maybe sebab lidah saya terbelit kut. Atau tuan yang tak korek telinga setahun. "  anggun perlahan tersengih kekok sebelum dia kembali memandang ke arah depan.  Harap harap alasan menjadi.

Hadif mencebikkan bibir. Anggun dellisya kalau tak bagi alasan mengarut, memang bukan anggun lah jawabnya.
"Iyelah tu. Sekarang ni, kau dah makan?" Kita tengok si irham ni amanah ke tak.

Anggun pantas memandang hadif sebelum mengangguk kepala.
"Dah. Alhamdulillah. Em Irham kata tuan yang amanahkan dia untuk bawak saya pergi makan. Em terima kasih tuan." Anggun tersenyum separa ikhlas separa takut.

Mata hadif mengerling sekilas cermin pandang belakang. Kening yang pada mulanya lurus perlahan menjadi berkerut.
"Plastik apa banyak banyak dekat belakang tu?"

Anggun juga turut memutar kepala melihat seat belakang yang tersusun plastik plastik putih.
"Oh tadi irham ajak saya pergi family store. Dia suruh beli jelah snack apa saya suka. Saya dah kata tak payah. Tapi dia kata sokay dia belanja semuanya so dia suruh saya ambil banyak banyak. Alhamdulillah sebabkan sikap pemurah dia tu, stok jajan saya banyak sangat dan boleh bertahan selama berminggu."

Hadif mengangguk dengan muka sedaya upaya cuba bertahan tenang tapi dalam hati..... siot punya irham. Dia kata pada anggun dia yang belanja? Padahal aku yang belanja.  Boleh pula si irham ni suruh anggun beli apa apa berapa banyak pun . Ni mesti sengaja nak habiskan duit aku! Itu okay lagi tapi si irham yang dapat nama sebagai 'pemurah'! Bukan hadif. Eish geram betul.

"Kenapa tak letak plastik ni semua dalam bonet saja?" Bonet ada kenapa letak dekat seat belakang? Pelik pula hadif. Banyak sangat ke?

"Oh sebab dah penuh. Kan saya kata irham belanja saya banyak gila makanan ringan. Sampai tak muat bonet dibuatnya. Bagus kan dia tu?"  Anggun tersenyum kecil mengenang sikap pemurah irham. Heh pemurah lah sangat. Sebenarnya ada udang sebalik tomyamkung.

Membesar mata hadif mendengarnya. 
"What?!' Sampai tak muat bonet?" Wah irham irham. Kau memang lebih. Kau tunggu aku karate kau. Biar aku ajar kau siapa lebih handal kungfu selain bruce lee.

Anggun terkebih kebil melihat wajah terkejut beruk hadif. Aik kenapa pula dah tuan hadif ni? Irham yang belanja, dia pula macam baru hilang duit.
"Kenapa tuan?"

Hadif menarik nafas dan menghembus perlahan.  Sabar hadif.  Sabar. Ini semua dugaan untuk jadikan kau manusia tabah.
"Forget it. Kaki kau macam mana?" Dia kembali menatap anggun.

"Alhamdulillah bengkak saya dah surut sedikit. Inshaallah dalam 2 3 hari dah baik dah tu. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan dan nenda tuan atas jasa anda semua. "  anggun melayangkan senyuman ikhlas. Kalau bukan sebab hadif, mesti selamanya dia jadi anak gajah.

"Tak apalah. Aku gembira tengok kaki kau bukan lagi golongan spesies anak gajah." Sengaja hadif mention nama haiwan yang agak anggun anti sekarang.

Anggun mendegus. Pergh aku baru fikir pasal anak gajah , dia dah cakap dulu.
"Eh tuan ni kalau saya tendang keluar dari kereta ni kang baru tahu."

Hadif tersenyum sinis.
"Ha meh try. Takkan boleh punya." Sempat hadif melihat cermin pandang belakang sambil membetulkan sedikit rambutnya.  Okay nice. Kau memang hensem. Lagi hensem dari bapa kau.

Terasa lengannya dicucuk lembut oleh seseorang.  Lalu dia kembali memandang anggun disebelah. Dah pahal budak sebelah ni main cucuk cucuk ni?

Tapi terkebil kebil dirinya apabila anggun sudah memuncungkan bibir kepadanya. Gulp anggun dah kenapa?
"Kau kenapa?"

Anggun masih memuncung kan bibirnya sambil anak matanya bergerak gerak.

Hadif mengerutkan kening halus . Dah pahal minah ni?  Ke dia nak.....
"Kau nak kiss aku ke?" Uish nikah pun belum. Jangan buat pasal. Bersepah iman aku nanti siapa nak kutip oi!

Anggun laju menggeleng.
"Astagfirullah. Apa pulak tuan ni. Saya kata tu tengok situ. " terus pipi hadif di tolaknya lembut menggunakan telefonnya ke arah kiri. Buat apa nak kiss dia? Aku bagi penumbuk kang.

Hadif hanya akur dan tersentak dirinya apabila baru menyedari apa yang ada di luar kereta itu. Baru dia mengerti kenapa anggun menyuruhnya melihat luar. Perlahan dia menurunkan tingkap kereta Audi milik irham.
"Ya kenapa?"

Manusia di luar sudah membongkokkan badan untuk melihat dengan lebih jelas .
"Maaf bang. Tapi saya kena saman abang ni."

Hadif berdehem.
"Kenapa pulak?"

Manusia itu tersenyum peramah.
"Sebab abang dah buat roadblock dekat depan syarikat ni sekaligus abang dah buat roadblock di hatiku sayang dengan pandangan cinta yang pertama. " sempat dia mengenyit mata kepada hadif. 

Kening milik hadif sudah berkerut. Dia memusingkan kepala untuk menoleh arah anggun dan ternyata anggun dan dia sudah berpandangan serentak. Anggun menaikkan kening kepadanya. Hadif pula sudah mengangkat bahu tanda dia sendiri blur.

Hadif kembali berpaling melihat manusia yang masih setia di tingkap.
"Ha?" Dengan keliru dia bertanya kembali.

Manusia yang tadinya tersenyum kecil terus bertukar pudar semua senyuman tadi. Berubah wajah menjadi riak wajah geram.
"Dalam erti kata lain. Berambus tak guna. Ni kereta aku." Dia kembali menegakkan badan dan memeluk tubuh menatap hadif. Sukahati je siot nak lepak dalam kereta orang.

"Eh ni bukan kereta aku eh? " hadif berpura bertanya sambil membuat muka suci.

Irham memandang geram hadif.
"Kereta kau yang warna kuning buat manusia sakit mata tu. Yang ni kereta aku. Mohon sesiapa yang tidak berkenaan sila keluar dari kereta ini secepat mungkin sebelum aku sendiri seret kau keluar."

Hadif tergelak kecil sebelum akur melangkah keluar dari kereta irham. Alamak kena halau lah pulak. Baru nak berlama dalam tu.  Dia berdiri betul betul di hadapan irham.
"Aku nak ikut."

Irham mengerutkan kening dengan rasa musykil.
"Eh buat apa?kau bukan kerja ke?" Dia melihat hadif atas bawah. Sibuk je nak ikut.

Hadif menunjukkan jam tangannya pada irham.
"Sekarang kan lunch hour. Baik aku makan sekali dengan korang. "

Irham mendecit.
"Tapi aku dengan anggun plan nak drivethru je. Tak berhenti dekat kedai makan. Lepastu balik terus."

Hadif terdiam sebentar. Alahai drivethru ? Aku lapar ni.  Nak drivethru buat apa? Saya nak makan nasi! Dia mengeluh. Tak apalah. Drivethru pun drivethru lah. Janji boleh ikut.
"Tak apa aku ikut. "

Irham mengangkat bahu .
"Sukahati kaulah."

Baru sahaja irham nak masuk ke dalam kereta , laju hadif menarik bahu irham supaya memandangnya.
"Eh yang kau memandai suruh anggun beli macam macam dengan nama irham yang belanja kenapa? Kau sengaja je kan? Kononnya kaulah manusia yang pemurah tu? Kau saja je kan nak menghabiskan duit aku?" Nasib baik dia ingat pasal nak serang irham.

Irham menelan air liur sebelum tersengih gedik. Dia menggaru dahi.
"Eh hehehehe. Alamak kantoi pulak. "

"Aah kau dah kantoi dan sedia untuk terima hukuman setimpal. Bukan setimpal, seguni hukuman aku akan bagi." Hadif menggeleng kepala melihat irham. Budak ni aku kena ajar jugak ni. Perangai menyetan dia ni makin lama makin nauzubillah.

"Eh kalau kau nak hukum aku, biar aku hukum kau dulu. Kalau kau nak hukum aku, that's mean , kau tak boleh ikut kitorang." Irham menaikkan kening dengan senyuman kemenangan. Mesti hadif akan terciduk. Nampak berapa banyak perkataan hukum dalam satu ayat. Begitu hebat bakat irham berkata kata.

Hadif mendengus. Dia mencekak kemeja irham.
"Eh aku pulak? Kau yang salah, aku pulak akhirnya kena hukum? Apa ni ? Mana keadilan nya di sini? Kau jangan sampai aku bawa benda ni ke mahkamah. Mana keadilan hak aku?" Acah sahaja drama mereka ni sampai nak naik mahkamah bagai.

Irham tersenyum sinis. Sebelum dengan dramatik dia menepis tangan hadif.
"Aku tak kisah pasal adil ke. Pasal adli ke. Aidil ke. Kalau kau tak nak , so tak payah ikut. Biar aku spend time masa dengan anggun. Aman tanpa kau. Boleh kitorang sweet sweet. "  irham memandang hadif dengan pandangan psiko.

Hadif mengecilkan mata memandang irham dengan geram.
"Langkah mayat aku dulu."

Cut!

"Dah dah  panaslah nak buat drama lama lama. Beria mahkamah bagai. Jomlah masuk kereta cepat. " Laju irham mengipas muka dengan tangan.

Hadif mengangguk setuju.
"Itulah. Aku rasa lakonan aku boleh kalahkan samsol yusof siot. Tak pun remy kahak. Tapi apapun isu ni kita settle kejap lagi."

Drama dah habis . Dah dah gerak cepat. 

.

.

.

.

.

**************************************

.

.

.

.

"Ya ? Nak order apa?"

"Saya nak set burger chicken double cheese with cola and fries." Irham mengalihkan kepala memandang anggun.

"Okay, ada lagi?"

"Anggun , awak nak apa?" Irham bertanya dengan senyuman kecil.

Anggun meregangkan leher ke arah irham supaya dapat melihat papan tanda menu yang ada di kanan irham dengan lebih jelas.
"Saya nak em fried chicken with chicken nugget and milo je." Ujarnya tanpa sedar kepalanya sangat hampir dengan pipi irham. Dia kembali duduk pada posisi asal.

"Okay, ada lagi?"

Irham menoleh pula kepada hadif di belakang yang sudah memeluk tubuh dengan wajah cemberut.
"Okay. Kau hadif?"

"Zinger. Aku nak zinger double down."

Eh ?

Anggun dan irham berpandangan serentak.

"Err..."kedengaran suara pekerja itu bagai tak tahu nak kata apa.

Irham tergelak kekok.
"Ehem kejap ya." Sebelum dia perlahan naikkan semula tingkap kereta.

"Otak kau eh hadif? Ini McDonald bukan kfc kau nak ber zinger bagai. Eish kau ni. Suka tau buat malu aku." Irham mengeluh merenung nasib diri yang ada member yang tak reti beza menu kfc dan McDonald.

"Yela yela salah pulak.  Air mineral jelah."

Irham berdehem.
"Aik air mineral je? Kau ngajuk ke?"

Anggun turut risau melihat wajah hadif yang memandang luar tingkap.
"Tuan, tuan tak lapar ke? Sekarang kan lunch hour.  Baik tuan penuhkan perut tuan. Kalau tuan tak makan nanti perut tuan masuk angin macam mana? Nanti sakit tau. Habislah company nanti."

Hadif mencebik. Aku memang lapar lah woi. Cuma aku tak suka makan McDonald.  Aku ni tekak melayu la woi! Berhentikan jela aku dekat kedai mamak aramugam sebelah ni. Aku dah tak sanggup duduk dalam ni lama lama. Loya tekak aku tengok dua ekor manusia depan aku ni acah acah sweet!puih padahal sour je. Tak sweet langsung!
"Kau risaukan company je? Aku kau tak risau pulak."

Irham dan anggun bertentang mata. Lalu irham terus menggaru rambutnya. Aduh apa masalah si hadif nak sentap tiba tiba ni? Period ke?
"Aduh dif. Kau ni tiba tiba pula nak beremo bagai . Aku berhentikan jugak kau ni dekat kedai mamak aramugam tu nanti."

Hadif diam. Padahal dalam hati ... memang! Memang itu aku nak!kau berhentikan jela aku dekat situ. Aku lagi sanggup makan dekat situ tanpa korang.

Anggun mengetap bibir.
"Tuan, sebab saya risaukan tuanlah saya suruh tuan makan. Saya risau kalau tuan sakit. "

Hadif akhirnya menatap anggun. Kalau tak nak aku emo.......
"Anggun Dellisya, tukar tempat dengan aku now."

.

.

.

.

.

.

.

.

****************************************

.

.

.

.

.

"Dah ni yang last."  Ujar hadif sambil meletakkan beg plastik putih terakhir di atas meja ruang tamu.

Anggun senyum menahan malu. Aduhai sebabkan banyak sangat barang terpaksa irham dan hadif ulang alik letakkan beg plastik dalam rumahnya sebab tak nak kakinya sakit. Aduhai!  Tiba tiba menyesal pula beli banyak banyak!
"Terima kasih banyak tuan."

Hadif mengangguk.
"Tak apa aku ikhlas belanja kau."

Anggun kaget seketika. Belanja? Dia belanja aku? Bila masa pula?
"Maksud... tuan?"

Hadif menghela nafas pasrah.
"Sebenarnya,  aku yang belanja semua yang kau beli ni. Bukan irham. Irham belanja kau McDonald tu je. Tapi tak apalah. Aku hanya diamkan diri sebab aku malas nak bagitahu. Yela nanti orang kata aku riak pulak kan? Tapi aku memang nak gembirakan kau."  Tapi last last si irham jugak yang dapat nama! Eish geram betulah!

Ternganga mulut anggun mendengar kata kat hadif. Automatik tangannya bergerak menutup mulut. Takut ada nyamuk masuk pula dalam mulut.
"Maksudnya..... yang saya dan irham beria shopping segala macam snack tu sebenarnya guna duit tuan hadif?"

Hadif mengangguk.
"Aah duit aku. "

Anggun mengigit bibir. Aduhai matilah aku. Banyak gila aku beli snack. Guna duit tuan hadif pulak tu. Dahlah aku kata irham yang pemurah bukan hadif. Gulp besar betul salah aku. Entah entah tuan hadif emosional dalam kereta pun sebab ni! Ala ala semua sebab ni ke? Halamak. Matila akak macam ni dik.
"Saya minta maaf sangat tuan. Saya tak tahu pula ni semua guna duit tuan. Kalau saya tahu tak adalah saya shopping macam macam bagai esok lockdown. And saya minta maaf pula sebab puji irham pemurah sedangkan tuan yang belanja saya. Im sorry. Nanti saya ganti balik duit tuan okay? " anggun merapatkan kedua tapak tangan dan menunjuk riak sedih di depan mata hadif.

Hadif merasa hatinya kembali lembut mendengar ayat anggun. Lembut dah hati daripada  menahan rasa nak sepak irham sepanjang dalam kereta tadi. Perlahan dia menarik senyuman nipis.
"Tak apalah. Kau mangsa keadaan. Pandai pandailah aku belasa irham kejap lagi. And tak payah nak bayar balik aku. Aku ikhlas nak belanja kau sebab nak buat kau happy. "

Dia nak aku happy?  Lah kenapa pulak? Dia caring sangat pasal aku ke? Awwww sis anggun terharu sangat dapat bos baik. Menyesal pula selama ni mengumpat hadif rizki.
"Terima kasih sangat tuan. Saya tak tahu pula sampai macam ni sekali tuan caring pasal saya. Ini yang buat saya sayang tuan lebih ni. Terima kasih sangat sangat. " anggun mengukir senyuman lebar tambah terharu.

Hadif terkaku seketika mendengar ayat anggun sebelum berdehem.
"Baguslah kalau macam tu. Aku balik dulu. Kunci pintu rumah. Jangan bukak pintu pada sesiapa kecuali aku dan orang yang kau kenal je. "
Dia melangkah ke arah luar pagar rumah anggun sambil mulutnya tidak henti bercakap membebel macam mak nenek, pak datuk , semua lah.

"Jangan banyak sangat buat kerja berat. Kalau boleh biar kaki kau rest cukup cukup. Kalau ada apa apa call je aku."

Anggun mengeluh. Ya allah aku sakit kaki je bukan ibu mengandung! Beria  betul bagi pesanan kalah bapak bapak.
"Ye ye okay tuan. Bye kirim salam irham. Assalammualaikum. " lalu dengan senyuman dia menutup pagar rumah dan menarik langsir. Finally. Aku dah sampai rumah.

Apa lagi brader.  Dah boleh berguling guling atas katil jawabnya!

Hadif mencebik. Irham je dia kirim salam. Aku depan mata kan?

Hak alah dah kau depan mata anggun memanglah dia tak kirim salam. Apa masalah pemikiran si hadif ni?

"Amboi. Lama betul eh buat sandiwara cinta? Aku dekat dalam kereta ni dah sendu tau tak?"

Tak sempat hadif nak memakai tali pinggang keledar , dirinya dah diserang oleh irham . Hadif menggulingkan mata.
"Sandiwara apa pula ni.  Kau fikir kau seorang jeke single? Aku pun single tau. Si ramli msxl tu pun dah taken. Kita bila lagi iqi."

"Aku yakin tak lama lagi aku dapat anak buah." Irham menarik senyuman nakal tambah menjelma tanduk setan atas kepala.

Hadif diam sebelum mindanya berfikir. Anak buah ? Irham anak tunggal? Siapa pulak ni?
"Asal? Ammar nak kahwin ke?" Uish ammar ada awek tak cakap.

"Bukan ammar. Tapi kau! Dengan anggun."  Irham menaikkan kening berkali kali memandang hadif. He he he kau fikir aku bodoh ya dif? Kau fikir aku tak nampak sandiwara cinta kau selama ni? Ini irham rafiqi lah! Bau kentut kau pun aku boleh tahu apatah rahsia sebesar ni. Heh.

Laju hadif mengerutkan kening.
"Eh apa pulak. Dah dah geraklah cepat. Aku lapar ni." 

Irham mencebik. Tadi jual mahal. Tak nak makan McDonald.  Sekarang tahu pulak lapar. Kalau aku seksa dia suruh puasa hari ni cun tak? Sekali lagi tanduk irham tiba tiba keluar.

"Tak apalah dif. Tak jadilah ship kan kau dengan anggun. Biar aku je jadi pengantin lelaki anggun. Anggun pun macam dah boleh accept aku. Ye tak?"

"Pergi mampus." Uish marah eh hadif rizki?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
*****************************************

.

.

.

.

.

"Assalammualaikum mak. Kenapa call anggun?"

"Ini ayah, anggun."

Anggun tergamam. Dia melihat sekali lagi skrin telefonnya. Tertera terang lagi sudah disuluhkan lampu biliknya, nombor maknya . Tapi kenapa lelaki tu pulak yang jawab ?

"Mana mak?"  Risau pula dia dengan keadaan mak dan adiknya. Bukan tak pernah berlaku lelaki itu merampas telefon maknya untuk dijual. Argh bila diingatkan kembali boleh bernanah hati. Timbul rasa nak muay thai orang.

"Mak dekat sebelah ayah ni anggun. Anggun , ayah call sebab nak tanya khabar anggun. Anggun sihat?" Lembut suara mazlan bertanya supaya anggun tidak terlalu terkejut.

Anggun menutup mata sambil memicit dahi. Apa pula drama ayah nak buat ni? Dia dah balik ke? Lepas bertahun baru nak balik?ke dia dah taubat?

Argh banyak sangat soalan kbat yang dia nak tanyakan pada ayah sendiri. Tapi argh hilang pula moodnya apabila terkenang kenangan kenangan silam dulu.  Dia menarik nafas dan menghela nafas penat.
"Em sihat. Anggun letak dulu call. Anggun penat."

Laju dia menekan punat end call. Haih berdosa ke dia? Tapi salahkah dia ingin rasa terkilan? Apa sebenarnya encik mazlan buat di rumah maknya? Nak ceraikan maknya ke?

"Astagfirullah.  Sudahlah anggun. Baik tidur jela." Anggun mengeluh. 

Penat. Dia sangat penat dengan drama manusia.

Kalau drama watak lelaki dia hensem macam airel zafriel boleh terima jugak.

Tapi kalau drama watak lelaki dia tuan hadif? Elok ke?

Anggun menaikkan kening.
"Not bad. Hensem pun hensem. Baik pun baik. Caring pun....caring. " anggun mengetap bibir mengenangkan sifat hadif yang pemurah. 

Oh wait jap. Adakah aku baru sahaja memuji hadif rizki!

Oh my god aku memang betul betul kena tidur sekarang!  Suis otak aku dah tak betul!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Berdirinya sis di sini( okay korang takleh nampak sis diri tapi tak apa) , saya nak ajak anda semua yang berminat untuk menyertai cover contest untuk story saya

"DIA Encik Mata Biru " 

Dont worry tak guna duit anda semua pun hshshss. Korang cuma perlu buat cover untuk cerita tu dengan ciri ciri

-tak kisah macam mana tapi perkataan  biru for dia enciķ mata biru tu kena warna biru.
-background tak kisah tapi lagi baik hitam.

So siapa yang dah buat cover bolehlah dm wattpad  kyaneous 

Cover pemenang akan sis guna. And tarikh tamat dia 7 disember. So cepat gais!  Do  it! For me. Allah beria sungguh.

Btw ehem tekan bintang kecil. Maaf typo sesungguhnya sis malas nak cek kesalahan bahasa ni.

Bye assalammualaikum love yall!

Continue Reading

You'll Also Like

237K 15.9K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
85.4K 7.3K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
1.4M 55.3K 50
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu ter...
514K 22.3K 45
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos