DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

345K 27.1K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
52
53
54
55
56
57
58
59
61
62
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

51

4.7K 408 90
By mrsmeandyou17

"We at where ni?" Dengan mata kagum dia melihat rumah eh banglo yang baginya sangatlah cantik dan elegan. Woah pretty gila banglo ni! Tak sangka manusia kerdil macam anggun dellisya ni boleh jejak kaki ke sini. Eceh ayat macam tak ada manusia pernah jejak di situ pulak.

"Tak reti english tolonglah jangan cakap english." Ujar hadif yang sedang menekan punat untuk mengunci keretanya.

Anggun menjeling hadif. Eh fikir aku noob sangat ke english? Aku saja lah buat buat salah grammar error? Itu kan trend buat kita jadi cute? Macam kampung people tu. Empat dara duduk di tepi sungai ha masuk. Eh tibe.
"Betul ke kita nak berurut dekat sini?" Selalunya kalau berurut mesti macam nenek nenek kan? Tak pun macam thailand thailand sikit. Sawadikap massage massage. Tapi...Ini banglo besar. Ada ke kedai berurut sebesar ni?

Hadif menghela nafas penat. Dari dalam kereta anggun asyik asyik bertanya nak ke mana. Dah sampai pun dia tanya lagi. Patut aku standby salotap je sebelum bawa dia.
"Iye. Tak kuasa aku nak bawa kau sampai ke thailand sawadikap massage massage tu. Sini pun boleh."

Anggun menelan air liur. Macam mana jejaka hazel ni tahu apa dalam kepala otak aku ni? Dia ni boleh baca minda aku ke?
"Tuan boleh baca minda saya eh? Eh tak mungkinlah." Dia tersenyum lucu sambil membiarkan hadif memegang lengannya untuk memapah anggun berjalan.

Hadif terus mengalihkan wajah memandang anggun yang beraut pelik melihatnya.
"Betullah sebenarnya aku boleh baca minda kau. Aku tahu kau tengah fikir apa sekarang."

Anggun terkebil kebil menatap wajah hadif yang rapat dengannya. Tambah sinaran matahari lagi menampakkan mata hazel itu bagai bersinar. Ah sudah kenapa mata dia glowing glowing ni? Mata dia pakai produk irham ke?
"A.. apa?" Tanyanya dengan gagap. Gugup apabila mata bersinar itu galak memandangnya.

Hadif tersenyum nakal.
"Uish hensem gilalah mamat ni. Segak kacak menawan. Mata hazel dia ni konfirm mampu mencairkan antartika. Kan?"

Anggun terdiam seketika. Sebelum dia mencebikkan bibir. Halamak mamat ni. Hobi si hadif ni asyik asyik angkat bakul sendiri jela.
"Hensem? Penumbuk saya ni lagi hensem." Dia mengangkat penumbuk tangan kirinya lalu ditayang di depan mata hadif.

"Penumbuk kau tak ada jantina. Dah jom masuk." Laju tangan hadif mengeluarkan sesuatu remote dan menekannya. Automatik pintu pagar kecil banglo itu terbuka.

Anggun memandang bersilih ganti remote di tangan hadif, pagar , dan wajah tenang hadif. Wait wait. Kenapa remote controller pagar banglo ni ada pada dia?jangan kata ni rumah dia?
"Ini.....rumah tuan ke?" Perlahan lahan dia terloncat loncat sambil dibantu hadif yang memapahnya sambil membuka luas pagar kecil. Hidup kaki sebelah sahaja yang mampu berfungsi memanglah asyik terloncat loncat.

"Kenapa? Nak kikis harta aku ke?" Spontan hadif bertanya walau dia rasakan anggun langsung tak hamak hartanya.

Anggun membuat muka menyampah. Hala tahu tahu je. Plan aku sebenarnya nak curi satu barang dalam rumah ni. Paling tak pun boleh aku gadai masa sesak.
"Daripada saya kikis tuan, baik saya kikis harta irham. "

"Setakat irham pondan tu." Hadif mencebir bibir dengan muka meluat. Dia pilih irham berbanding aku? Eish si irham ni memang minta kaki akulah.

Tak pasal pasal irham kena.

Anggun mengerling wajah cemberut hadif.  Eh eh pasaipa muka macam baru lepas kalah gusti ?
"Elok je si irham tu saya tengok. Sado pun sado. Baik pun baik.  Elok kahwin je budak tu."  Tiba anggun berkata mengalahkan mak irham sahaja.

Hadif menahan rasa gelora di dalam perut nak termuntah.  Ha puji irham lagi. Pujilah lagi. Sanjung irham tinggi lagi macam tiang elektrik tu. Eish apa apa aku tau aku lagi hensem dari irham.

.

"Uhuk uhuk." Irham memegang dadanya. Aduhai tersedak pula.

"Itulah tersedak. Padan muka. Dah kata jangan makan maggi pedas gila tu. Nak juga cuba telan." Padahal makan cili padi pun dah melalak teruk.

Irham menyapu air mata yang terkeluar kerana tersedak tadi.
"Mama patut sokong supaya iqi dapat habiskan. First time try challenge ni tau." Tiba tiba teringin pula nak makan benda alah ni. Tapi kenapa aku boleh tersedak ? Ada orang mengumpat aku ke?

.

Siapa lagi kawan baik kau lah.

.

Dewi mencekak pinggang sambil matanya memandang irham yang sedang stres di meja makan.
"Nak sokong buat apa. Buat benda pelik pelik je iqi ni tau.  Lepasni nak cuba telan apa pula? Hantu black pepper? Bobo maggi?"

Irham mendecit.
"Ghost pepper dengan maggi boba lah mama. " sukahati je tukar nama. Mamee saman baru tahu.

"Apo apo jelah. Pening eden menengok mu. Hadoi." Dewi menggeleng kan kepala dengan tangan di awang awangan menunjuk arah irham . Ada anak sekor macam ada sekumpulan kambing perlu dijaga. Dia perlahan melangkah meninggalkan irham.

Irham mengerutkan kening halus melihat dewi yang berlalu.
"Kawe lagi poning tengok hang laguni. Pasaipa pun che tak tahu. Che yang makan, hang pula pedas panas kat sana. Pogilah shopping dengan member member hang tu. Lepak rumah iqi ni gapo? Orang nak buat challenge pun susoh. Susah banget." Hamik kau. Bercampur campur loghat si irham ni main taram aje. Entah negara utara ke timur punya loghat pun dia tak tahu. Tiba tiba Indonesia pun masuk.  Selamba sahaja dia tazkirahkan ibu sendiri bagai member member.

"Bluek sukahati I lah!" Kedengaran suara kuat dewi mengejek irham. Tak kisah dengan bebelan anak sendiri.

.

.

.

*************************************

.

.

.

"Assalammualaikum!" Lantang Hadif bersuara sambil menunggu pintu dibuka.

"Waalaikumussalam! Hadif ke tu?" Kedengaran suara lembut di dalam menyahut panggilan hadif. Kelihatan pintu berbunyi bagai manusia sedang membuka.

Krak!

Tada....

Kelihatan seorang wanita berusia seperti 60an sedang menyambut mereka dengan senyuman manis. Mata wanita itu melekat pada wajah hadif sebelum senyuman wanita itu pudar apabila melihat anggun.

Anggun yang baru nak membalas senyuman wanita tua itu tiba tiba terhenti kerana senyuman manis itu menghilang.

Anggun menelan air liur . Kenapa dia berhenti senyum tengok aku? Aku ni muka macam hantu kak limah balik rumah ke? Muka aku macam cicak kobeng ke? Ke sebab....matanya mengerling hadif yang memapah dan memegang lengannya. Takkanlah? 

Laju dia menggeleng dengan riak wajah risau.
"Eh puan jangan salah faham. Saya tak mabuk. Tuan hadif pun tak mabuk lagi nak bawa balik perempuan ke rumah ni. Kami normal. Lagipun tuan hadif terpaksa papah saya sebab kaki saya cacat sebelah eh ya allah tak bengkak sebelah. Saya dah kata tak perlu dah tapi tuan hadif ni paksa juga saya datang. Katanya nak berurut tapi saya pelik kenapa dia bawa saya ke banglo ni. Harap puan tak salah faham." Dengan sekali nafas anggun cepat menjelaskan semuanya dengan kepala menunduk. Takut! Puan ni marah dia nanti sebab ingatkan aku dan hadif di bawah pengaruh alkohol pulak.

Tiba tiba terkeluar bunyi gelak. Tiba tiba dia merasakan manusia yang memapahnya juga terhenjut henjut bahu gelak. Akhirnya perlahan anggun mengangkat wajah dengan wajah keliru melihat manusia manusia di situ gelak. Dia mengerutkan kening pelik sebelum dia turut tergelak kekok bersama.
"Ha..ha...ha... Kenapa gelak? "

Tiba tiba wanita tua itu melakar senyuman.
"Tak adalah nenda tergelak sebab awak ni kelakar sangat. Nenda tak senyum tadi sebab nenda tergamam."  Perlahan dirasakan pipi anggun dipegang lembut.

"Tergamam sebab awak ni cantik sangat. Pandai hadif pilih."

"Eh hadif pulak kena. Dah jom masuk nenda. Mengah papah minah ni. Nampak je ringan tapi sebenarnya berkilo kilo lemak terkandung dalam jisim dia ni." Terus hadif membuat muka sengsara mengharap belas ihsan tuan rumah membenarkan dia masuk.

Anggun yang masih cuba memproses ayat  mereka hanya menurut langkah hadif. Jap jap hadif panggil nenek ni nenda? Maka.... jangan jangan... inilah nenek tuan hadif?! Sukahati je aku panggil nenda hadif ni nenek.

Akhirnya anggun dellisya berjaya selamat duduk di atas sofa berhadapan dengan nenda hadif sementara hadif memilih untuk duduk 1 meter jarak dari anggun. Social distancing kononnya.

"Em nenda teka. So, rasanya inilah kut anggun dellisya. Kan?"

Anggun terkebil kebil. Aik macam mana nenek ni ups i mean nenda hadif ni boleh tahu nama aku? Eh jangan jangan betullah aku cakap yang aku femes gila. Sampai rakyat bangsawan macam nenda ni kenal aku. Awww proud of myself.
"Err macam mana nenek... " terus laju dia menampar bibir sendiri.
"Eh tak tak puan tahu nama saya?" Sopan dia bertanya dengan perasaan tertanya tanya.  Berapa banyak nya di situ.

Nenda hadif ketawa kecil sebelum dia memandang sekilas hadif.
"Tak adalah. Hadif ada cerita pasal kamu sebelum kamu datang. Katanya kamu sama universiti dengan dia kan?"

Anggun mengerling hadif yang dengan muka selamba silang kaki menekan remote astro. Halamak. Mamat ni dah cerita apa pada nenda dia ni? Mampus aku kalau nenda dia tahu aku ni pernah jadi peminat separa psiko untuk memikat hadif dulu.

Anggun tersenyum nipis.
"Er haah. Tapi kami senior junior je. Tak rapat sangat."

Ternaik kening puan sri zaifa mendengar kata kata anggun.
"Eh yeke. Tapi pelik juga kenapa cucu nenda ni asyik asyik bercerita pasal anggun dellisya macam kamu dengan dia rapat pula."

"Uhuk uhuk!" Terus tersedak hadif mendengar statement unsur pembuka rahsia dari mulut puan sri zaifa. Aduhai nasib nenda kandung. Kalau tak......

"Apa nenda mengarut ni?"

Terus kepalanya berpusing teralih memandang anggun pula yang sudah memandangnya dengan pandangan 'seriuslah weh?'.  Dia berdehem.
"Aku cerita pada nenda aku yang aku nak bawak kau berurut. Pasal kau jatuh tangga. Itu aja."

Anggun hanya mampu mengangguk kecil penjelasan hadif walau sedikit pun dia tidak menanya pada hadif. Yela kut. Dia cerita pasal aku jatuh.

"Ha nenda,sembang sembang jugak. Bila nak start massage nya? Kaki anggun ni dah macam kaki anak gajah dah. Kalau lama lama macam ni konfirm tak ada siapa nak kahwin dengan dia ni." Selamba sahaja hadif berkata sambil tangan ditunjuk tunjuk arah anggun.

Kalau mampu menambah efek khas , sudah tentu korang boleh nampak anggun memandang tajam hadif dengan semarak api di seluruh badan. Mentang mentang kat rumah nenda dia, sedap sedap buli aku! Kaki gajah ni kalau kena dekat muka tuan hadif,  rasanya lebam purple tau.

Puan sri zaifa ketawa kecil sebelum mengangguk.
"Kamu jelah kahwin dengan anggun dellisya ni. "  ujarnya sambil tersenyum tersirat. Dia mulai bangkit untuk mengambil beberapa alat sebelum memulakan sesi berurut.

"Argh nenda nonsense!" Laju hadif mengambil bantal kecil berbentuk segi empat sama dan menutup muka sendiri.
Nenda ni memang nak kantoi kan aku ke macam mana?

"Dah tak payah main sorok sorok, tuan. Sekali kena sorok bunian baru tahu."

Hadif merasakan ada tangan menarik laju bantal yang ditekup pada wajahnya. Dia menegakkan kembali wajah dan mengerling anggun.
"Sekurangnya aku kalau menyorok konfirm tak ada siapa jumpa sebab anggota badan aku kecil. Kalau kau?  Tak sampai 30 saat dah boleh jumpa sebab ada kaki gajah macam ni."

"Main kasar lah tuan ni. Kaki kaki ni jangan main lah." Lalu dengan geram dihayunkan bantal sofa itu ke arah hadif. Dengan rasa dendam membara dia meneruskan memukul hadif menggunakan bantal lembut itu bertalu talu. Lantaklah ni dekat rumah nenda dia ke apa. Sakit hati aku tahu tak!

"Fine fine! Sudahlah tu. Habis rambut aku!"    Uish mengamuk akhirnya budak ni. Melihatkan anggun masih tidak memberhentikan aksi melibasnya pantas dia memegang kedua belah lengan anggun.
"Hey hey calm down. Tarik nafassss turun. Lepastu tenang. Susah sangat ke?"

Anggun mendecit. Masih tak puas menyeksa anak orang sebenarnya. 
"Tuan tulah. Tak habis habis ejek saya anak gajah."

Hadif menghela nafas penat akibat dibantai anggun. Dia membuat muka insaf.
"Hmm tapi aku bukan ejek kau anak gajah. Tapi aku ejek kaki kau."

Anggun mengerutkan kening.
"Eish sama jela tu. Anggun dellisya juga kan? Lainlah kalau badan saya nama anggun dellisya nama kaki saya pula dora the explorer." Makin geram aku dengan mamat ni lah.

Hadif menahan gelak. Apabila dirasakan anggun makin kuat menggerakkan lengan kerana ingin melibasnya lagi, terus makin kuat dia menahan.
"Okay okay. I'm sorry okay? I'm just kidding. To make you smile. Tapi tak senyum pulak. Tiba tiba jadi john cena adalah. Ke kau period? Well, aku faham emosi kaum wanita paling tak stabil waktu diorang nak jadi angkasawan. Tapi kau kena ingat. Kau arkitek. Kau arkitek di Blue Hazel Holdings. Bukan angkasawan. Okay? So rileks. Aku minta maaf. " akhirnya dia mengukir senyuman kecil untuk anggun. Dah cukup ikhlas dah pemohonan maafnya.

Anggun merasa pipinya panas.  Aduhai hadif macam tahu tahu je. Tapi kenapa eh ayat dia macam tak menenangkan tapi lagi nonsense. Takpela sekurangnya dia minta maaf ikhlas. Aku sebagai seorang wanita yang sedang berusaha mengawal emosi perlu minta maaf juga kan?

Dia mengeluh kecil sebelum bibirnya dia tarik membentuk senyuman.
"Okay fine. Saya minta maaf jugak. Sebab terlibas terpukul terbelasah tuan tadi."

Hadif tergelak kecil. Baru sedar betapa childish nya mereka.
"Tak apa. Aku faham. Kau kan period."

Laju dirasakan ada tangan menutup mulutnya. Anggun membesarkan mata.
"Sudahlah tu tuan. Tak payah lah kata banyak kali pasal period tu." Malu tau tak bila kaum adam bercerita kuat kuat pasal period depan kaum hawa?

Hadif menganggukkan kepala laju.
"Hmmmmhmmmhmm"

Anggun mengerutkan kening. Apa punya bahasa pulak tuan hadif ni guna?  Berseloka ke apa ?
"Apa hmm hmm hmm?"

Hadif mendengus dan perlahan menolak tangan anggun yang menutup mulutnya.
"Baik anggun dellisya intan payung warna warni. Aku akan diam."

Anggun mengangguk faham. Itu rupanya dia cakap. Intan payung? Gulp. Siapa nak jadi intan payung dia?

.

.

.

.

.

.

.

Muka anggun berusaha menahan sakit. Berkerut kerut wajah itu mengundang simpati pada hadif rizki.

"Sabar. Kau boleh. Aku percaya kau boleh.."

Anggun memandang hadif dengan peluh yang mula terkumpul di dahi kerana menahan sakit. Dia menggeleng tanda sangat sakit.

"Sabar anggun. Satu dua tiga push."

"Aip hadif ni. Macam anggun ni nak beranak pulak kamu buat macam tu. Cubalah bagi semangat betul betul. Anggun, tahan sikit ya. " puan sri zaifa tersenyum kepada anggun sebelum tangannya kembali mengurut kaki anggun.  Tidak ramai yang tahu puan sri zaifa ni mempunyai bakat berurut yang hebat diwarisi nenek moyang. Tapi sampai generasi athif je hancur sebab tak ada siaoa yang mahu mewarisi. Dasar anak bertuah. 

Anggun yang baru nak sedaya upaya tersenyum membalas senyuman nenda hadif terus makin berkerut wajahnya. Aduh sakitnya. Kaki rasa macam nak meletup je ni! Dia seboleh tak mahu mengeluarkan jeritan kerana malu. Kena tunjuk kuat sikit baru nampak pro.

Hadif memandang simpati anggun sebelum tangannya perlahan menepuk bahu anggun. Selepas mata mereka bertentangan hadif terus mengangkat kengan anggun dan diletakkan di bahunya.
"Kalau sakit sangat, kau share jelah sakit tu dengan aku. Biar kurang sikit sakit kau tu bila share dengan aku. Biar kita sama sama sakit. Okay?" Dengan wajah ikhlas dia berusaha meyakinkan anggun dengan menatap anggun dengan senyuman dan kepala dianggukan.

Anggun menggigit bibir. Alamak terharu lah pula. Nak susah sakit sama sama dengan aku pula tuan hadif ni. Tapi memang dia tak tahan. Nak sangat kan sakit sama sama dengan aku?

.

Pak ! Pak!  Pak!

.

"Sakitnya tuan!"

Hadif menahan muka dari berkerut. Dia hanya mampu membiarkan anggun menepuk tepuk bahunya.

"Nenda bila nak habis ni?"

"Aik tuan punya badan elok menahan sakit, kamu yang sihat walafiat pula tak menyabar bila nak habis?" Puan sri zaifa menyimpan senyum. Tahu dah kenapa hadif nak begitu. Tadi acah kuat sangat kan? Ha sekarang rasakan.

Hadif menelan air liur. Dia mengeluh. Nak sakit sama sama tapi boleh patah bahu aku macam ni anggun dellisya.
"Anggun dellisya, tahan sikit lagi ya? Tangan tu pun tahan lah jugak dari menepuk bahu aku ya? " dengan lembut dia memberi usul kepada anggun.

Anggun yang wajah berkerut menahan sakit mengalihkan wajah memandang hadif.
"Ha? Tadi tuan kata nak sakit sama sama dengan saya. Tapi sekarang ni.... tuan dah tak ingin kongsi kesakitan tu. Sampai hati tuan. Saya minta maaf sebab tepuk tepuk bahu tuan. Tapi sakit sangat." Kalau tak sakit, tak de pulak saya nak pukul tuan. Mata anggun dellisya bertukar riak wajah sedih.

Hadif menatap mata puppy eyes anggun sebelum akhirnya dia mengangguk.
"Tak apa. Aku okay. Takpela tepuk jela bahu aku ni sampai habis okay? Tahan sikit lagi sakit tu. Nak dekat siap dah. "  tangan anggun diangkat diletak atas bahunya.
"Nah tepuklah lagi. "

Yela diikutkan sakit di bahunya apalah sangat jika ingin dibandingkan dengan kesakitan anggun alami. Kan?

Lagipun tak sampai hati dia ingin melihat wajah berduka anggun.

Lagi satu,

Anggun tengah period kan. Emosi tak stabil. Tak naklah hadif buat hal. Takut!  Elok elok anggun dellisha biasa nanti tiba tiba jadi mak singa pula.



.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Kau kat mana?"

"Baru lepas hantar anggun balik rumah." Dengan nada separa malas hadif menjawab.

Aik hadif hantar anggun balik? Lain macam. Dia tersenyum nakal untuk mengenakan abangnya.
"Ha? Anggun? Wuuuuuu hantar balik rumah wuuuuuu. Maju dah kawan aku wuuuuuu."

Hadif mendecit. Ini yang malas nak bagitahu irham ni. Asyik asyik hadif yang akan terkena nanti.
"Tak payah nak wuu wuuu sangat. Kau nak cakap apa sebenarnya sampai call aku?"

Irham berdehem.
"Aku nak cakap " suaranya bertukar serius.

.

"Wushu wushu wushu kau wushu wushu wushu esok wushu wushu ada...."  dengan separuh berbisik irham berkata bagai ajak hadif bergosip.

Hadif mengertap gigi. Budak ni kan.  Wushu wushu apa? Ni mesti akibat tengok drama korea. Terus tak betul dah suis otak. Eh bukan irham dari dulu ke memang mereng?
"Sebelum aku pergi rumah kau, tendang kau habis habisan, baik kau cakap betul betul. Aku tak kisah nak biar kehidupan selama 20 lebih kau ni tersia sebab aku dah cacatkan kau."

Irham akhirnya mampu tertawa. Macamlah aku takut dengan ugutan dia tu. Paling tak pun mesti mamat ni sepak punggung orang.
"Aish abang hadif ni nak gurau pun tak olleh. Ni aku nak tanya esok, syarikat kau nanti ada orang datang kan? Aku dengar syarikat kau tengah collaboration dengan syarikat dari eropah. Untunglah kawan aku dah berjaya. Bangga betul aku." Dia  melakar sebaris senyuman pada bibir.

Hadif mengangguk  bagai irham mampu nampak pula.
"Emm Alhamdulillah.  Dapat juga akhirnya lepas syarikat aku berhempas pulas. Asal kau tanya?"

Irham tertawa gedik.
" he he he Tak adalah. Aku cuma nak bangga dengan kawan aku je. Salah ke? Tak kan? "

"Whatever.  Ni aku dengar kau cirit birit betul ke?" Terkejut juga dia tadi bila aunty dewi memberitahunya yang irham cirit birit asyik ulang alik pergi tandas semasa dia cuba menelefon aunty dewi untuk menanya khabar wanita itu. 

Irham menelam air liur nervous.
"Eh mana pula kau dengar ni?" Buat buat tak tahu dulu.  Baru kita akan mengaku. Aduhai jatuh macho aku kantoi cirit birit depan hadif.

"Aunty dewi lah bagitahu.  Katanya kau makan maggi pedas gila tak ingat dunia last last sakit perut.  Aduh kau ni iqi. Jagalah kesihatan kau tu. Yang pergi makan benda pedas tu buat apa? Kau makan cili padi pun nangis tau tak ? ada hati nak maggi pedas gila 2x. " dan seperti biasa hadif akan mengambil watak sebagai mama suka membebel 2.0 kepadanya.

Irham menggulingkan mata. Mamanya ni pun satu. Semua benda nak report hadif. Dari report pada hadif , aku lagi sanggup report pada polis. Mama, kita settlekan semua ni di mahkamah sahaja. Aik drama pulak irham ni.
"Ala aku try je. Setahun sekali. Kau nak tak join aku? Aku ingat esok aku nak try maggi boba pulak. Nak tak?"

Hadif mendengus.
"Kalau nak mampus keracunan makanan, jangan ajak aku. Assalammualaikum. " terus panggilan itu ditutup.

Tak sempat irham ingin menjawab salam terus hilang suara hadif. Dia mengherotkan bibir sambil melihat skrin. Membayangkan wajah hadif dengan menyampah.
"Waalaikumussalam.  Eceh kata sanggup mati sama sama dengan sahabat . Tapi lihatlah.  Ini lah lelaki. Selalu tabur janji palsu."

Dring!

Hadif mendecit. Ini mesti irham yang mesej aku lagi sebab tak puas hati. Dengan wajah berkerut dia melihat skrin telefonnya.

.

Terima kasih sangat sangat sebab tolong saya harini . Sorry susahkan tuan lagi lagi bahu tuan tu. Kata dengan bahu tuan , saya minta maaf.

Btw saya dapat nombor tuan daripada adam.

Goodnight,  assalammualaikum!

AD.

.

Hadif terpempan. AD? Adakah anggun dellisya baru mesejnya? Wah  reti pulak budak ni guna gajet. Mungkin kerana tadi anggun tidak larat mahu berbual dengannya hingga selamat ke dalam rumah tadi. Hadif tersenyum nipis.

.

It's okay. Tu Bahu aku kata yang kata. Tapi hadif rizki kata pula aku tak maafkan kau kalau kau sakit lama lama. So cepat cepat sihat barulah hadif rizki maafkan kau. Okay?

Goodnight too. Sweet dream. Waalaikumussalam.

HR.

.

Hadif menyimpan semula telefonnya ke dalam poket seluar.

Dring!

Laju selaju nya dia mengeluarkan telefonnya nya semula dengan harapan seseorang membalas mesejnya. Terus dia melihat skrin telefonnya.


.

Sebelum tidur cuci kaki lu. Aku kan kawan yang baik. Aku tau kau terharu tahap gaban sebab aku mesej kau sekarang.  Bye sweet dream.


Dia lihat nama penghantar.

.

Irham rafiqi cipanzi

.

Hadif mendengus . Ingatkan siapalah tadi yang mesejnya. Rupanya budak ni. Haih penat penat dia cepat cepat mengeluarkan telefon tadi!  Dengan muka sedikit geram dia menaip dan menghantar selamba kepada irham.

.

Sweet dream too cayang . Esok kau tahulah apa nasib kau.


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Good morning!  Hahahahaha update 3 pagi. Bukan kaleng kaleng.

So? Tekan bintang. Tak tekan,  irham gigit korang.  Euw.

Sorry segaka typo. Abaikan typo anggp tak wujud je.

Assalammualaikum love yall.

Kepada semua, bangun ya mari bersama ke kelas online. Tiber.

Continue Reading

You'll Also Like

294K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
436K 20.9K 51
"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-N...
640K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...