DIA Encik Crush Sombong! ✅

Da mrsmeandyou17

345K 27.1K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... Altro

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
62
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

23

4.1K 390 20
Da mrsmeandyou17


Anggun melihat jam tangannya. Dia menghela nafas penat. Dia berhenti seketika langkahnya untuk menahan penat sekejap. Tangannya menahan diri di dinding.

"Fuh apa masalahlah sir ni eh nak assignment harini? Last minute pulak tu cakap. Heih meja kalau dekat takpelah. Ini boleh buat marathon tau! Lepas tu kata nak sharp sebelum pukul 1 petang. Kalau aku santau dia,  padanlah muka. " Jaranglah anggun tak menceceh bila sedang stres. Tak dihiraukan mata beberapa pelajar sedang melihatnya yang bermuka stres. Biarkan mereka tak rasa apa aku rasa sekarang ni.

Dia menarik nafas kemudian membuat keputusan untuk sambung melangkah. Dia melirik jam tangan sekali lagi. Lagi 20 minit untuk tepat pukul 1 petang! Nahaslah.

Terus dia melajukan langkah dengan kelajuan bagai enjin kereta lumba.
Sedang dia berjalan tiba tiba bahunya dilanggar sesuatu.

Terus berterabur kertas kertas yang dia pegang di atas lantai. Ternganga mulut anggun dibuatnya. Masa ni jugaklah kau nak langgar aku kan? Penat aku susun kertas ni tau! Meh sikit aku nak tengok muka kau. Agak agak hodoh tak muka kalau kena penumbuk aku?

Dia melihat muka pesalah yang telah melanggarnya di waktu yang salah.

Zuppp!

Okeh terkaku anggun melihat wajah di hadapannya.  Em tak jadilah nak tumbuk anak orang. Insaf sementara.

MasyaAllah aku sanggup kena langgar 5 kali kalau orang yang berbeza dan bukannya manusia ni. Manusia yang sedang menatapnya kini.

Kerana menyedari waktu yang tinggal hanya tinggal nyawa nyawa ikan, dia laju menunduk menurunkan diri untuk mengutip semua benda alah miliknya dengan wajah pasrah. Dia tidak menghiraukan manusia yang pastinya sedang masih melihatnya. Pasti manusia tu akan pergi dan tak akan menolongnya.

Sedang dia mengutip kertas tiba tiba ada ada tangan yang mengutip kertasnya sambil badannya turut diturunkan membantu anggun.

"Maaf."

Angun tersentak. Dia tengah bantu aku ke? And.. Dia BARU KATA MAAF KE? Oh maaf sebab terlanggar aku lah tu.

Anggun hanya mengangguk. Tanda dia mendengar dan memaafkan manusia itu.
Matanya fokus menyusun kertasnya supaya tidak nampak serabut.

"Maaf."

Anggun kaget. Apa masalah lah ini orang? Dia tak nampak ke aku angguk tadi? Dia ingat aku pekak ke?

Dia menganggukkan lagi kepalanya.
"Hm." Akhirnya dia mengeluarkan suara walah hanya hm sahaja. Saja nak beritahu manusia ni yang aku dengar kata kata dia.

Anggun mampu menarik nafas lega apabila tiada lagi kertas di atas lantai. Dia mula berdiri. Tetapi kenapa macam nipis eh?

Kertas dihulurkan di depannya. Anggun menelan air liur memandang figura yang lebih tinggi darinya .  Aahlah lupa mamat ni tolong aku mengutip kertas. Okeh maaf tiada upah ya sebab tolong tadi. Tapi memang patut kau tolong tau sebab kaulah punca semua ini bersepah!

Anggun pantas mengalihkan mata dari melihat mata manusia itu lalu tangannya bergerak ingin mengambil kertas kertas yang dihulurkan.  Dia cuba menarik kertasnya dari tangan jejaka itu. Eh tak boleh gerak. Dia cuba menarik lebih kuat. Eh tak boleh?

Berkerut halus kening anggun.  Dah kenapa mamat ni pegang kertas ni kuat kuat? Tak bagi aku ambil kertas aku ke apa? Anggun menatap kembali si galah di depannya ini.

Alamak hilang pula rasa bengang apabila melihat mata hazel si galah ni. Nak cair pula rasa.

"Maaf." Lagi sekali perkataan itu keluar dari wajah Hadif Rizki dengan wajah tidak berperasaan. Fokus dia memandang muka anggun.

Anggun rasa ingin mengkungfu panda kan hadif. Aduhai mamat ni? Ini bukan program hari raya aidilfitri lah weh nak kata maaf banyak kali.
"Ye ya allah. Saya dengarlah. Saya tahu awak tak sengaja langgar saya. Awak kan benci saya buat apa awak nak tersentuh saya kan? Saya dah lambat nak hantar assignment ni."

Keluar jua suara stress anggun. Tetapi ayat anggun tu berjaya membuat hadif menahan rasa pahit. Sepahit ubat batuk. Dia mengetap bibir. Makin serba salah pula kerana membuatkan anggun percaya yang dia membenci anggun.

"Maaf tu bukan pasal tu."

Anggun menggaru kening. Maaf bukan pasal ni? Habistu pasal apa eh?
"What? " tanyanya dengan wajah tertanya.

Hadif memandang wajah tertanya anggun sebelum dia menunduk. Cuba menguatkan diri untuk mengatakan ayat yang ingin diujar. Tiba tiba hilang macho nak kata macam ni pada perempuan.  Tapi terpaksalah cakap juga. Dia menarik nafas dan menatap kembali wajah anggun. Mengunci anak mata itu untuk memandang anak mata hazelnya.

"Tapi maaf untuk segalanya Anggun Dellisya. " nadanya ikhlas. Hadif merenung wajah anggun dengan riak wajah bersalah.

Anggun terasa dia salah dengar. Dia menggosok telinganya. Dia kata maaf ke tadi?maaf untuk segalanya? Ish aku rasa pekak aku makin teruk weh sampai berangan macam macam. Hadif nak minta maaf? Lambat lagi rasanya.
"Ha?"

Hadif mengeluh. Alamak minah ni pekak pulak. Aku dahlah malu nak minta maaf pada perempuan. Sesungguhnya dia tak pernah meminta maaf kepada mana mana perempuan melainkan mamanya. Kerana baginya perempuan yang selalu mengambil kesempatan untuk mendekatinya bukan hadif yang salah! Tapi kalau kes Anggun ni...rasanya memang wajar dia meminta ampun kerana 100% salahnya. Dan memang hatinya terasa dia patut menjernihkan semuanya. Tak tenang dia tidur selagi tak minta maaf tau.
"Maaf sebab tuduh kau bukan bukan tanpa siasat perkara sebenar. Maaf sebab susah nak percayakan kau. Maaf sebab cepat sangat marahkan kau lagi lagi di depan ramai orang dan malukan kau. Maaf sebab kata macam macam perkara yang teruk pada kau. Maaf sebab tak fikirkan perasaan kau akibat tindakan aku. Maaf. Maaf Anggun Dellisya. "

Anggun terjeda tergamam mendengar luahan hadif. Matanya sudah tidak tergerak dari melihat mata hazel hadif. Hadif rizki minta maaf? Kepada manusia biasa macam dia ni? Fuh dia dapat kata kata maaf dari hadif? Kata maaf yang paling eksklusif dan rare. Peluang satu dalam sejuta! Anggun memegang dadanya yang berdegup laju. Macam tak percaya pula dia minta maaf. Tapi tengok dari wajah sugul dan serba salah hadif, dapat dirasakan kata kata itu ikhlas.

Anggun menelan air liur dan mengangguk.
"Hmm." Jawabnya. Itu adalah tanda ya. Dia masih teringat arahan hadif untuk tidak bercakap dengan lelaki itu. Anggun kan terlebih patuh orangnya!

Hadif mengerutkan kening. Hmm tu je? aku punyalah berlatih semalaman nak cakap tu pada kau, kau boleh hmm kan aku? Kau tak tahu ke aku berdebar macam ada burung angsa tengah berlari dalam jantung aku masa nak cakap benda ni? Eh si pendek ni.
"Kau maafkan aku ke tak?" Tanyanya sekali lagi.

"Ya." Anggun mengangguk lagi. Dia kembali ingin menarik kertasnya dari pegangan ketat hadif. Dia cuba menarik tetapi masih kuat hadif menahan. Anggun mula rasa geram. Terus dia menampar pergelangan tangan hadif kerana rasa geram. Aku lagi nak cepat dia boleh halang? Hilang pula rasa terharu dengan luahan hadif tadi. Wrong timinglah bro nak bermaafan. Lagi 8 minit nak pukul 1 bro!

"Auch! Woi anggun Dellisya kau kenapa?" Terkejut hadif dengan tamparan tak tahulah manja ke tak si anggun kepada tangannya. Terasa sakit sedikit. Tak menjangka anggun akan bertindak menyentuhnya.

Anggun menghela nafas geram. Dia memandang muka hadif yang beriak pelik.
"Bagi lah kertas saya. Saya dah lambat." 

Hadif melihat wajah bengang anggun. Dia menahan gelak. Tahu pulak eh kau stress sebab benda ni. Lagi suka aku nak kacau.
"Aku akan bagi kira kira lagi sejam kalau kau tak jawab soalan aku. Kau maafkan aku ke tak? Beritahu isi dan huraian. "

Anggun stres. Ya Allah kenapa dia ulang ulang soalan ni? Aku dah jawablah!dia nak aku jawab macam cara jawab soalan kbat ke?. Lain kali kata awal awal markah. Boleh aku bagi karangan terus.
"Ye ya allah hadif rizki.  Saya dah kata kan saya maafkan awak. Huraian dia hmm kerana saya rasa awak ikhlas. Okeh  dah tu je kan? Now can I get my papers back mr. hadif?" Nada tahan geram sahaja dia jawab sambil tangannya disuakan kepada hadif tanda inginkan kertasnya semula.

Hadif merasa puas. Dia layan jugak eh nak jawab siap huraian. Good good. Full marks for you!
"My pleasure. " terus kertas itu diberikan kepada anggun.

Akhirnya kertas keramat berjaya bertukar tangan.

"Terima kasih."  Anggun menarik senyuman kecil lalu sepantas kilat dia mula menuju ke arah dikehendaki. Eh mamat ni kan dah ambil masa aku hampir 10 minutes gais! Kalau sir mengamuk apa apa aku salahkan senior popular sombong ni.

Hadif berpusing dan melihat anggun yang melangkah pergi.
"Sama sama." Ujarnya perlahan.

Sama sama...kasih?

Eh eh.

.

.

.

.

.

.

Akhirnya mereka berbaik jua! Yeah! Bersedialah korang untuk menanti kemunculam hadif yang baharu. Okeh?

Eksited ke ?

Sorry typo. Maaf ejaan. Ehem.

Tekanlah bintang kecil tu untuk menyokong si hadif. Penat buat ayat untuk anggun tau.

Lastly

Bye assalammualaikum.  Yabedabedu.

Continua a leggere

Ti piacerà anche

MR FARHAN MIKHAIL WIFE Da hrfynz

Romanzi rosa / ChickLit

1.3K 84 15
Tengku Farhan Mikhail- He ruthless but he's caring and arrogant but sweet. Merupakan seorang Ceo dan pewaris utama kepada syarikat terulung di seluru...
3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
514K 22.3K 45
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos
644K 24.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...