DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

345K 27.1K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
62
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

22

4.8K 379 37
By mrsmeandyou17

Ammar menunggu di kerusi dengan sabar. Dia melihat jam tangan. Cun selepas berzaman aku tunggu akhirnya habis juga class si tak guna ni.

Kelihatan beberapa manusia sudah mulai beransur keluar dari dewan kuliah. Tetapi ammar masih bersabar menunggu sasarannya keluar. Satu persatu wajah dia perhati.

Finally!

Akhirnya keluar juga manusia yang dijejaki lalu dia bangun bangkit dari kerusi. Tiba tiba apabila nampak muka manusia tu terus rasa marah membara! Tanpa memikirkan keadaan manusia itu pantas dia menarik lengan dan mengheret si pesalah itu ke loker berhampiran.

"Woi kau kenapa?!" Tidak dipedulikan suara kuat yang sedang menyoalnya dengan muka konfius. 

Ammar menolak badan sasarannya ke pintu loker kasar lalu  mencekak kolar baju T hitam di hadapannya supaya tidak lari.

"Kau, ammar? Ingatkan siapa tadi.Kau apasal acah acah genster dengan aku ni?" Tanyanya sambil memandang wajah ammar yang tegang menatapnya dengan jarak dekat. Seram lah pulak muka dia ni kalau marah. Dia cuba menolak tangan ammar yang erat mengenggam kolarnya.

"Aku tanya sekali je. Kau ke hacker tu?" Ammar menyoal dengan suara yang ditahan untuk meletus kemarahan sambil melihat wajah di depannya ini.

Wajah di depannya tersenyum sinis.
"Hacker apa siot. Datang datanng serang aku sebab nak tanya ni? Aduhai."

Ammar masih tidak menghalakan pandangan ke arah lain. Macam harimau sahaja dia pandang mangsa di hadapannya. Kalau boleh makan si tak guna di depannya ni, dah lama dia telan biar hancur perut mamat tu. Separuh lagi daging bagi irham dan ammar kalau tak habis.
"I'll ask you one more time. Kau ke hacker tu azim?"

Azim ikhwan membalas pandangan ammar tajam.
"Hacker apa ni? Kau ada bukti ke nak tuduh aku?"

Ammar mendengus geram. Dia menarik kolar azim makin kasar. Ke depan badan azim dibuatnya.
"Eh siapa lagi yang tak tau tentang bakat hack kau tu? Kau yang hack account instagram perempuan yang bernama anggun tu kan?! Macam lah aku tak tahu yang kau pun pernah hack account hadif sebab jealous dengan dia kan!?"

Azim tergelak. Apa yang lucu pun tak tahu.
"Apa kau mengarut ni ammar? Ridiculouslah. Apahal aku nak hack account si hadif tu pulak."

Kali ini ammar pula yang tergelak sinis seperti azim. Dia melepaskan kolar azim.
"Kau fikir aku tak tahu ke kau jealous dengan hadif sebab fatin pun suka hadif? Tergila gilakan hadif? Haih sedih betul hidup kena friendzone kan? Fatin kata apa ya kat kau ? Maaf azim we are just friend actually I like hadif. Atau dia nyanyi lagu friends pada kau? Yang you say you love me, I say you crazy, we're not more than friend. Aduh kelakar betul." Ammar gelak sambil mengerling reaksi azim. Menjadi plannya kerana azim seperti bengang habis dengan hujahnya.

Azim mendecit tak puas hati.
"Bukan urusan kau lah ammar." Entah macam manalah si ammar ni tahu kisah dia suka fatin rakan sekuliahnya dalam diam. Tapi apakan daya fatin juga merupakan perempuan yang suka pada hadif menbuatkan dia cemburu. Eish kacau betulla si hadif rizki ni. Semua dia nak sapu.

Ammar mengeluh geram. Eh mamat ni kurus gemuk kurus gemuk je aku tengok!
"Memanglah si fatin dengan kau bukan urusan aku. Pergi mampuslah dengan kisah tepuk sebelah tangan tak ada bunyi kau tu. Tapi si hadif dengan anggun tu urusan aku sengal! Sekarang aku nak kau jujur kau kan yang buat semua tu?" Ammar sekali lagi mencekak kolar azim geram.

Azim pantas menepis tangan ammar dari memegang bajunya. Boleh koyak baju macam ni lah. Asyik asyik kena tarik dengan ammar.
"Aku tak buatlah!"

"Heh kau ingat aku bodoh ke? Kau jangan azim. Aku ada kawan boleh godam jugak. Jangan sampai aku buat apa macam kau pernah buat. Kawan aku boleh tahu kau pernah godam Instagram siapa. Kau tu hacker bawahan je. Belum pro lagi pun. Dan aku nak beritahu, kalau aku dapat tahu ni kerja kau. Aku tak teragak beritahu pihak atasan. Kau pun tahu kan uncle aku kawan baik pengasas universiti ni ? Maybe bila kau kena buang dari universiti ni barulah aman sentosa kan?" Ammar mula membuat muka psiko. Saja ingin menakutkan azim.

Azim menelan air liur. Tahu dah ammar merupakan anak orang ternama. Tak mustahil orang atasan akan mendengar kata kata ammar. Pelajar harapan universiti. Sedangkan dia? Tak mempunyai apa apa.

"Tak nak beritahu ya?tak apalah. Tengoklah esok lusa kau ada lagi ke tak di universiti ni." Ammar melambai azim selamba lalu kakinya ingin melangkah pergi. Bukan dia mahu bertindak kejam pada azim. Suka hati je nak berhentikan anak orang. Tapi itu hanyalah sekadar ugutan. Kemonlah aku baik beb. Mana pernah guna kuasa untuk jatuhkan orang lain.  

Baru dia ingin melangkah terasa lengannya di tahan.
"Syafina tu upah aku suruh buat macam tu! Aku tak salahlah."

Terhenti langkah ammar. Dah agak dah dia akan ditahan dari pergi. Tapi nama yang meniti di bibir azim itu yang buat dia terkejut. Terus dia memusingkan wajah menatap kembali wajah azim.
"Siapa?"

"Syafina si shah alam tu lah! Dia suruh aku buat macam tu pada account Instagram budak tu. Manalah aku tahu kenapa. Dah dia bayar mahal so aku buatla !" Azim cuba mempertahankan diri. By the way shah ali lah azim. Kalau syafina dengar ni mahunya saman si azim.

Ammar mendengus geram lalu menolak kasar dada azim. Terus terbayang wajah sedih anggun di fikiran. Sebabkan duit, anggun jadi mangsa!
"Yang kau sengal pergi ikut cakap dia tu dah kenapa? Jenayah tahu tak? Pahala dah  berlambak sangat ke ? Kau dah jatuhkan maruah anggun tahu tak!?"

"Ish! Aku tau! Aku menyesal! Tapi aku terpaksa. " azim menundukkan wajah dari memandang ammar. Wajah kesal.

Ammar mengerling tajam azim.
"Menyesal kau boleh pergi lombong. "

Azim terus mendongak wajah.
"Haih aku terpaksa lah! Aku ni bukan macam kau anak orang kaya. Anak miskin macam aku kena terpaksa buat macam ni. Aku bukan macam kau mar. Haih. Kata kat budak anggun tu aku minta maaf." Azim sempat meminta maaf. Setelah melihat sendiri bagaimana hadif memarahi anggun di khayalak ramai , terasa bersalah pula dirinya mengambil upah syafina. Ya kebetulan dia melalui jalan yang sama dengan hadif pada waktu itu. Habis si anggun tu kena cemuh pada pandangannya.

Mula terdetik rasa simpati dalam diri ammar. Dia mengeluh. Dia menepuk bahu azim. Tak apalah hilang sudah kemarahannya pada azim. Dia mulai faham sebab azim terpaksa melakukannya. Tapi bab syafina si shah alam tu memang tak boleh berkompromi. Eh apa masalah dia eh? Eh geramlah!

Woi! Susah sangat ke nak sebut betul betul? Shah ali la bukan shah alam!

"kalau kau susah, minta jela tolong dengan aku. Kau pun kawan aku kan? Manalah tahu aku boleh bantu .Hish"

Tetapi apabila dia ingin beredar, bahunya ditahan oleh azim. Tiba tiba rasa terharu dengan kata kata ammar walhal mereka tidaklah serapat mana. Tapi ammar sanggup ingin membantunya.

"Terima kasih. Aku harap kau tak beritahu pasal aku godam tu pada pihak atasan. Tolonglah aku tak boleh kena buang dari universiti ni. Akulah  harapan family aku ammar." Azim perlahan melepaskan bahu ammar.

Ammar tersenyum nipis.
"Of course lah. Jangan risau." Dia ingin kembali melangkah tetapi terus bahunya ditahan sekali lagi oleh azim. Dia memandang azim meminta jawapan. Ni apahal main tahan tahan bahu ni? Tak ada bahu sendiri ke?

"Ammar, erm pasal aku suka fatin tu senyap senyap tau. Aku dah move on lah dari dia." Azim mula tersenyum menahan malu.

Ammar mengangguk akur lalu pantas menyambung berjalan. Alhamdulillah tiada lagi bahunya ditahan.

"Heh!!! Yeye le tu dah move on." Sempat dia mengecam azim.

.

*****************************************

.

Mata hadif terarah pada permandangan di luar kaca cafe. Kenapa jiwa aku rasa kosong ni? Sejak akhir akhir ini terasa kosong sahaja. Zero betul. Tak tahulah kenapa. Terasa kehilangan sesuatu. Tapi apa?

"Woi hadif! Kalau kau ajak aku datang cafe ni untuk suruh aku tengok kau temenung bagitaulah awal awal! Boleh aku caj 1 minit aku tenung kau dapat rm100. " konfirm kaya aku macam ni. gulp.

Manakan tidak, dari mula mereka mengambil tempat , mata hadif mula memandang arah luar. Rasanya termenung lah tu sebab mata tu tak berkelip kelip! Entah apa yang menganggu fikiran rakan dunia akhirat dia ni. Heih sampai aku yang hensem ni pun dia tak pandang.

Hadif kelihatan tersentak kerana sergahan secara tiba irham. Tengah sedap termenung tiba tiba ada suara tak merdu datang.
"Bila masa aku termemung? Aku pandang je."

Heh ada hati nak cover lagi mamat ni. Irham memandang hadif meluat. Dia melihat ke arah luar. Kelihatan seorang wanita berbangsa cina sedang menggosok kepala anjingnya dan meneruskan langkah berjalan jalan.

"Pandang apa je kat luar tu? Tu aunty cina bawak anjing dia jalan jalan ? Oh aku lupa cita cita kau nak jadi anjing. Tapi alhamdulillah. Bukan memang dah jadi ke? Tercapai dah impian kau." Selamba irham berkata eh menganjing  sambil mengerling hadif.

Ternyata kata katanya berjaya menarik perhatian hadif untuk membetulkan tempat duduk dan terus fokus ke arah irham sepenuhnya. Kesian member nak attention. Kita bagikan.

Hadif mencebik. Bila masa pula aku kata cita cita aku nak jadi anjing. Elok elok manusia tiba tiba nak jadi binatang.
"Kalau aku anjing, kau pula binatang hidung kembang warna pink tu."

Hadif melirik irham menanti reaksi irham. Ha amik. Kau kata aku anjing kan?. Aku kata kau binatang hiok hiok tu.

Tiba tiba irham tersenyum lebar.
"Eish bestnya aku jadi flamingo. I'm so pinky!" Dengan gedik irham berkata sambil mengelip ngelipkan mata. Membuatkan hadif memandangnya meluat. Tahu dah irham sengaja buat buat tak faham perliannya tadi.

"Flamingo ada hidung kembang ke?"

"Ada sesetengahnya."

Aik aku nampak ada paruh je. Mana kembangnya. Fikir hadif.

"Fakta sains mana kau ambil ni?"

"Fakta professor irham."

Hadif selamba mengeluarkan satu ais dari minuman kopi americano ais nya dan terus dicampak ke muka irham. Geram pula dengan budak ni. Acah professor rupanya!

Irham sudah terkejut. Sambil memegang pipinya yang sudah terkena balingan ais.
"Woah cool la nyah! Habislah hilanglah hot aku sebab ais kau."  Selamba sahaja si hadif ni main baling baling ais dalam kedai orang. Kalau owner nampak tak pasal pasal kena halau. Kalau halau hadif je takpa. Kalau aku sekali kena macam mana? Hancurlah imej senior meletop irham rafiqi.

Hadif hanya mampu menahan muntah. Hot apabende nya? Kentang je aku tengok.

"Mana ammar ni?" Ujar hadif sambil melihat jam tangannya. Risau keadaan ammar tetapi sebenarnya nak alihkan topik dari statement minta kaki irham.

Irham mendecit.
"Tu ah dia ni kejap kejap lambat. Dasar melayu tulen. Tulah acah kata ada kacukan arab konon. Last last melayu jugak dasar janji melayu. Tahula dah ada awek." Irham menceceh sekaligus mengutuk genetik ammar. Walhal memang benar ammar affendy mempunya kacukan arab dan inggeris. Irham jelesla tu dia tak ada kacukan heh.

Entah kenapa hadif terus berasa tersentap mendengar kata kata irham. Entah kenapa hatinya berasa tidak sedap.
"Ha siapa awek dia?"

"Ish kau ni. Takkan kau tak perasan si ammar tu macam rapat semacam dengan budak junior tu?" Irham menggelengkan kepala memandang hadif. Haih si hadif ni. Perkembangan semasa si ammar pun tak tahu. Tulah asyik asyik termenung di alam sendiri. Padan muka.

Hadif makin tidak sedap hati.
"Junior mana pulak ni? Kau fikir universiti tu ade seorang jekee junior kita?"

Irham menggaru dahi. Aduh stresnya nak layan hadif rizki ni.
"Ala yang claim kau bf dia tu. Apa eh nama dia? Apa eh? Ala yg kau pernah suruh aku cari nama dia tu. " berkerut kerut dahi irham cuba mengingati.

"Anggun Dellisya?" Terus hadif bertanya dengan nada tak sabar.

Irham menghentak meja . Tanda dia baru ingat nama anggun.
"Yes anggun! Haah. Wah hadif aku yg penyiasat tak bergaji kau ni pun tak ingat nama dia macam mana kau boleh hafal pulak.?" Irham tersengih memandang hadif.

Hadif menelan air liur. Errr sebab nama dia senang ingat?   Baru sahaja nak membalas kata kata irham dengan jawapan bodohnya terus wajah ammar muncul sambil meletakkan beg sandang di atas meja mereka.

"Sorry geng lambat pulak." Ucap ammar sambil mengambil tempat di sebelah irham.

"Eh ammar affendy. Saya ingatkan siapa tadi. " irham tersenyum peramah.

Ammar memandang pelik.
"Yela aku lah siapa lagi?"

"Oh ingatkan ammar affendy dah tak wujud dah sebab kata nya nak lepak sama sama pukul 2 tapi ups pukul 2.30 pulak. Ammar awak tak pernah dengar ke masa itu emas?" Irham masih mengekalkan senyuman peramah padahal perli.

Ammar tersengih sambil membelai rambut irham dengan kasih sayang. Yang dibuat dibuat.
"Maaflah. Aku ade prob tadi."

Irham terus menepis tangan ammar dengan wajah menyampah dan geli dengan tingkah laku ammar. Tak pernah pernah nak menyayangi aku tiba tiba nak belai rambut. Apa kes.
"Prob ke kau dating dengan anggun?"

Hadif yang sedang menyedut air nya terus tersedak mendengarnya.

"Uhuk uhuk!"

"Eh eh hadif kau kenapa?jangan mati dulu. Aku belum kikis duit kau cukup cukup lagi!" Irham terus menghulurkan tisu kepada hadif dengan wajah cemas. Ammar turut menepuk lembut belakang badan hadif.

Hadif menggeleng kepala tanda dirinya okay. Fuh terkejut betul dengar soalan irham. Sampai tersedak.

Akhirnya irham dan ammar kembali bertenang setelah hadif sudah okay dan terus meneruskan sesi membawang.
"Dah kenapa pulak aku nak dating dengan dia? . Ha kata pasal anggun. Korang nak tau tak sebenarnya anggun kena fitnah weh. Ade orang godam Instagram dia lepastu tulis pasal hadif. Kiranya anggun mangsa keadaan lah." Ammar tersenyum tenang. Memang niatnya bersusah menyiasat siapa pelakunya kerana ingin membersihkan nama anggun. Lagi lagi kepada si hadif. Moga hadif tidak membenci anggun lagi setelah mendengar kebenaran ini.

Hadif sudah terkelu dan tergamam. Anggun tak salah ? Dia mangsa keadaan? Orang fitnah dia? Dan kau? Menuduh dia bukan bukan? Hadif mula merasa dihurung perasaan serba salah. Kerana dialah anggun mendapat malu kerana memarahi gadis itu di depan semua orang tanpa siasat terlebih dahulu. Sengetnya kau hadif!

"Siyes ah? Jahat betul si sakai yg hack tu. Kalau aku dapat dia, aku cekik aku tendang masuk gol. Jadikan dia bola untuk disepak di piala fifa pun bagus juga. Biar dia rasakan!" Kata kata irham tidak mampu membuat hadif ketawa.

Di mindanya sekarang adalah

Tentang gadis itu.

Ya


Anggun Dellisya.

.

.

.

.

.

.

.

.

Agak agak akan berbaikkah mereka?

Macam manalah nak bersatu kalau bigini?

Btw tekan bintang kecil bagi support usaha ammar affendy kekasih saya. Eh eh eh

Sorry ado typo. Hok kawe tak cek lagi setiap ejaan kawe.

However.  Babai love yall! Eeee assalammualaikum! Hehe.

Continue Reading

You'll Also Like

581K 34.7K 70
(1st book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I am an iceberg. But don't you realise that I can be like a melting ice when I'm with you, sweetheart?" CEO...
10.6K 442 48
Tidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh aban...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
643K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...