DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

345K 27.1K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
62
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

20

5K 381 46
By mrsmeandyou17

Dayana membetulkan rambutnya yang seperti selekeh.
"Ya allah kenapa sir kesayangan kau ni cakap last minit semalam yang kita ada program merapatkan silaturahim dengan pelajar lain? Aduh kan aku dah lupa. Nasib baik terbangun pukul 7.50. Benda start 8.00. Haih nasib aku dah mandi masa subuh tadi tau tak. But still! Mesti aku selekeh gila kan sekarang?entah entah ada air liur basi?" Dayana pantas mengeluarkan telefon nya dan melihat skrin telefon. Mana tau betul betuk ada air liur basi!

Anggun menggelengkan kepala melihat dayana.
"Haih padan muka kau. Aku dah kejut pukul 7.20 tadi tapi kau kata kau nak pergi sendiri tapi rupanya sambung tidur.  Ha padanlah dengan muka sembab baru bangun kau tu."  Punyalah aku kejut dia beria macam nak roboh bangunan tu dia boleh tidur balik.

"Habislah ana. Aku dengar cerita program ini libatkan senior senior yang hensem. Ha jatuhlah saham kau nak usha senior senior tu!"alisa menyeringai mengusik dayana. Biarkan!biar perempuan tu makin kalut!

Dayana membesarkan mata.
"Serius lah! Kenapa aku tak tahu? Aduhai aku ni bare face tau sekarang ni. Ayoyo! Aku fikirkan hanya antara pelajar batch sama dengan kita je. Sir ni mana kata ada senior! Ish kena pinjam lipstik si leha ni!"pantas dayana berpusing. Matanya bergerak mencari entiti leha. Apabila matanya berjaya menangkap bayang leha sedang berborak terus dia tersenyum.

"Leha! " laju dia berlari ke arah leha. Memang saja dia ingin bantuan leha kerana leha memang pro bab makeup ni. Sehari di class kalau tak pakai gincu merah bernyala memang tak sah!

Anggun menahan gelak melihat dayana. Selamba badak je jerit nama si leha tu. Tak reti malu betul. Memang aku tak ngaku kawan macam ni.

"Harap haraplah kita tak jumpa senior dari course business kan?" Alisa melihat wajah anggun apabila mendengar ayatnya. Buka dia ingin membuat anggun broken kembali tetapi dia ingin pastikan samada anggun sudah betul move on atau tidak. Sudah agak lama juga anggun anti mendengar nama hadif. Agak agak menjadi tak usaha anggun?

Anggun tersentak. Course business? Siapa eh ade?ammar lah kut. Kejap ammar ada jangan jangan......hadif ada?
"Em harap harap taklah!" Anggun tergelak kecil memyembunyikan rasa cemasnya. Mana tahu betul betul program mereka ini melibatkan senior bidang business. Tak ke naya?

Program ini baru bermula dijalankan oleh pihak universiti untuk membantu pelajar belajar dari senior dan senior juga boleh merapatkan silaturahim dengan para pelajar baharu seperti anggun ini. Dan setiap program, ahli yang terlibat lain lain setiap hari. Satu hari 2 bidang untuk pelajar baharu dan 2 bidang untuk senior berkumpul. Hari ini bidang architecture dan accountant sebagai bidang untuk.pelajar baharu harus terlibat. Sebab itulah anggun,alisa dan dayana ada di sini.

Tetapi senior?tidak tahulah siapa!harap harap bukan bidang yang hadif pilih!

"SEMUA PELAJAR DIMINTA BERBARIS MENGIKUT BIDANG MASING MASING. SEKALI SAHAJA SAYA CAKAP. KALAU AWAK SEMUA TIDAK IKUT ATAU AKUR, SAYA AKAN KENAKAN ANDA SEMUA HUKUMAN TOLONG MAK CIK CLEANER BERSIHKAN TOILET..HA MAHU KE ?"

Tiba tiba kedengaran kuat suara pensyarah bernama Sir Malik di hadapan bersama mic di tangan. Misai sudah seperti ikan keli. Misai sir malik yang panjang dan seperti misai ikan itu memang selalu menjadi bahan ejekan pelajar. Tapi sir malik kisah apa. My life my style.

Terus para pelajar berbaris patuh. Memang tak nak tolong makcik cleaner rasanya!

"Bagus. Sekarang saya Sir Malik adalah sebagai ketua pensyarah kepada program ini. Oh ya sebelum saya mulakan, minta semua pelajar senior di luar sila masuk sekali. Berbaris juga ya."  Pensyarah di pintu masuk pula mengangguk dan terus membuka pintu besar dewan. Dewan itu kosong tanpa kerusi kerana sudah dialihkan untuk memudahkan sebarang aktiviti. Maka pelajar hanya bersilalah di lantai jawabnya.

"Kamu semua boleh masuk. Diminta pelajar senior beratur mengikut bidang juga seperti junior junior kamu ni." Pesan Sir Alif kepada pelajarnya di luar.

"Baik sir!" Kedengaran suara senior sudah berkata membuatkan wajah wajah junior resah menunggu siapa akan jadi senior mereka ini. Ada yang sudah kegedikan ingin menyambut senior hensem.

Pintu dibuka seluas mungkin. Senior senior yang mula melangkah masuk. Satu persatu muka senior anggun perhati. Akhirnya berjaya membuat anggun menarik nafas lega. Alhamdulillah dia tak ada! Malah geng dia pun tak ada!

"Buat apa lagi di luar tu? Masuk! Tak reti masuk ke? " Suara petir sir malik memarahi orang di luar pintu berjaya membuat semua mata memandang ke arah pintu. Orang semua dah masuk apahal budak budak ni masih bersidai luar?

"Dia ni lah sir. Sibuk betul nak betulkan jambul dia tu. Kau tu mana hensem juga walau buat apa pun wahai rafiqi."

"Ah kau diamlah dengki."

Anggun menelan air liur mendengar suara suara yang sedang bergaduh manja bersama sir malik. Siapa itu? Ada senior lagi ke? Suara pula macam kenal.

Tiba tiba dewan yang tadi kelam tiba tiba di terangi cahaya terang membuatkan sakit mata orang menahan pancarannya. Anggun mendecit. Sakit matalah aku macam ni. Apa benda yang bercahaya sangat ni?

Dia terus melutut untuk membetulkan ikatan tali kasut sukannya tanpa menghiraukan cahaya tadi.  Hari ini semua pelajar memang diminta memakai baju senam supaya mudah ingin bergerak tangkas. Bagus tak adalah hari hari aku nak acah ayu pakai baju kurung kan?

3 langkah kaki manusia mula masuk ke dalam dewan. Masing masing hanya muka beriak biasa. Bagai tahu sahaja reaksi yang akan mereka dapat. Cahaya nur dari mereka pun mampu membuat perempuan tidak mengalihkan mata.

La yang terang tadi tu cahaya nur dari mereka lah ni?

Kedengaran pula suara suara perempuan mula bersorak.
"Ya allah senior irham!hensemnya!"

"Senior ammar aku punya!"

"Lantak korang tapi senior hadif tetap aku punya!"

Kaget. Anggun kaget mendengar ayat terakhir gadis gedik yang bersorak. Tak mungkin. Tak mungkin senior yang dia harus tempuh program bersama sepanjang hari adalah salah satunya hadif rizki. Terus dia mendongkkan wajah ingin melihat betul ke ...ada  kehadiran hadif di sini?

Zap!

Tanpa di sangka saat dia mendongakkan wajah dengan tangan masih memegang tali kasut untuk melihat betul atau tidak wujudnya kehadiran hadif, nafasnya sudah terhenti apabila hadif sudah berdiri berjarak 5 tapak darinya dan mata lelaki itu selamat memandangnya. Dia menelan air liur. Apahal dia pandang aku ni? Dengan sinaran mata hazel dia lagi! Tak boleh anggun kau kena sedar.

Laju anggun berdiri tegak dan berlari menjauhi apa apa benda yang bernama hadif lalu terus berbaris di barisan yang jauh. Kau kena jauhkan diri dari dia supaya dia selesa. Okeh anggun?

Hadif terkebil kebil melihat anggun sudah berlari meninggalkannya setelah mereka bertentang mata untuk beberapa saat.Dia lari dari aku? Aku ni raksasa hodoh ke sampai dia lari?

Semasa dia masuk dari pintu tadi bersama ammar dan irham dia ternampak gadis berambut ekor kuda dengan seluar sukan pink dan baju lengan panjang berwarna biru cair sedang berusaha mengikat tali kasut. Dia memerhatikan gadis itu cara mengikat tali kasut. Macam salah sahaja dia ikat sebab konfirm ikatan tali itu akan terbuka semula. Sedang dia asyik melihat secara tiba gadis itu mendongak memandangnya.

Kelu hadif melihat rupanya gadis yang dia perhati adalah Anggun Dellisya. Gadis yang sudah menjarakkan diri darinya. Asal jumpa mesti cepat cepat gadis itu menukar arah. Kalau terserempak mesti gadis itu akan menunduk dan tidak mengendahkannya. Sudah hampir berminggu! Entahlah hadif pun tak tahulah kenapa dengan dirinya yang terasa kosong. Dia serius tak faham.

Dia mula beratur mengikut bidangnya yang sama dengan irham ammar dan adriana dan sekelasnya yang lain. Sebelahnya pula senior dari bidang kedoktoran. Budak sains lah ni? Budak budak nerd fizik lah ni. Keh keh keh!

"Baiklah. Assalammualaikum para pelajar semua. Saya sir malik. Saya adalah ketua program ini dan saya harap semua pelajar akan berkerjasama dengan baik sesama sendiri untuk menjayakan program ini. Saya tak kisah kalau anda adalah bf gf atau crush dan excrush. Ex girlfriend ke ex boyfriend mahupunmusuh ke. Saya tak kisah. Janji awak semua memberi kerjasama dan berbaik sesama sendiri. Saya harap tiada kejadian yang tidak diingin berlaku."

Anggun merasa dirinya terciduk mendengar ayat sir malik. Hala hala memang perlu ke mention crush ni? Sis sentaplah!

"Baiklah mula mula sekali saya akan bahagikan kamu semua kepada team. Satu team akan ada 2 pelajar junior dan 2 pelajar senior. Baiklah saya nak campur campur. 1 pelajar bidang architecture, accountant, business dan sains. Faham?"
Ada kalangan pelajar yang sudah mengangguk teruja. Tetapi anggun sudah lemah. Ish kenapa perlu ke campur campur?kalau dapat team dengan hadif macam mana?musnahlah kehidupan aku!

"Tapi yang bestnya!!!dalam hal ini para junior akan mendapat keistimewaan. Haaa sebab junior kita masih baru dan naif lagi otak pun masih suci, mereka diberi kelebiban boleh memilih senior mana mereka inginkan dalam group mereka."

Kedengaran bisikkan para pelajar mula teruja.
"Eee bolehla satu team dengan abang irham!"
"Atau abang ammar !"
"Atau abang hadif!"

Anggun menahan muntah. Abang? Abang my leg! Anggun mula berasa lega kerana memang sahlah dia tak akan pilih senior dari business! Baik aku pilih senior bakal doktor!

"Aip tapi untuk membuatkan lagi menarik, senior senior kamu ini boleh tolak untuk masuk ke team junior kalau dia tidak berminat ingin menjadi ahli team junior itu. Ha baru adil kan?"

Bisikkan bisikkan pelajar tidak berpuas hati mula kedengaran.
"Eh sir ni macam macamlah!tadi kata tu lepastu ni. Eish!"

"Tula aku potong misai ikan keli dia tu baru tahu!"

Sir malik menjelirkan lidah mengejek pelajar pelajarnya yang tidak berpuas hati.
"Sukahati sayalah nak buat apa. Saya kan ketua program ni. Kamu semua siapa je nak halang saya bluek? Sudah semua beratur sekarang pilih kumpulan!mula dari yang depan hingga paling belakang.  Cepat !"

Terus pelajar pelajar mula bergerak apabila suara petir sir malik mula keluar.
Dan pelajar pelajar mulalah bergerak satu persatu bagai kambing untuk memilih team.

.

**************************************

.

"Em sorry I'm not interested. "

"Ala!" Suara sedih perempuan mula bebunyi. Lagi. Dan lagi.

"Sorry I'm not interested too."

"Huwargh!" Okeh perempuan itu mula sendu. Bukan dia sahaja tapi ramai perempuan sendu!

Sudah pelbagai ramai pelajar junior yang meminta ingin berada dalam satu kumpulan bersama ammar dan hadif. Tetapi kedua dua jejaka itu menolak. Semua perempuan yang kena reject sudah basah dengah air mata. Nasib baiklah pihak penyarah sudah awal awal sediakan satu tong besar tisu.

Yang pelik pelik sahajalah.

Irham rafiqi pula sudah selamat berada di dalam team yang sama dengan junior lelaki. Dia bijak jadi pilih sahajalah group dengan lelaki. Bebas dari perempuan.

Anggun menelan air liur. Dia sudah hampir mendekati barisan pihak senior. Menyesal lah pulak baris di bahagian hujung. Senior pun makin lama makin tiada. Apalah nasib!

"Okay anggun your turn." Ujar pensyarah kelasnya. Cik Farah.

Anggun tersenyum dan kakinya terus menuju ke arah senior.

"Baiklah seniors, sekarang turn pelajar saya. Nama dia Anggun. Ha anggun pilihlah nak senior yang mana."  Cik Farah mula senyum memberi semangat kepada anggun yang sudah memandangnya. Anggun menelan air liur berkali kali dan mula melangkah ke depan para seniornya. Gemuruh jiwa semangat membara dari puncak ...oh okeh tu lagu.

Fuh pensyarah ni macam jual senior eh kat sini?

Ammar affendy yang elok sedang berselfie terus menyimpan telefonnya. Kepalanya sudah terangkat kepala mendengar nama anggun.  Pantas kakinya mula melangkah ke arah paling depan senior. Dia senyum kecil kepada anggun apabila anggun sudah menyedari kehadirannya. Memang dia sudah lama menunggu giliran gadis ini dari mula.

Hadif yang sedang meregangkan badan di barisan mula terhenti serta merta aktivitnya apabila mendengar kata kata Cik Farah. Anggun? Anggun dellisya! Dia menatap anggun yang berwajah nervous. Entah kenapa secara automatik, tanpa dia sedar, hadif berjalan ke depan dan berdiri di barisan paling hadapan supaya dapat dilihat oleh anggun. Entah kenapa giliran anggunlah yang dia nantikan. Sehingga dia menolak semua pelawaan gadis lain. Pelik memang ganjil. Nasib baiklah si syafina tak ada harini. Aman sikit hidup aku. Kalau tak confirm nak sama team dengan aku.

Ammar yang berada di sebelah sudah terkejut kerana hadif tiba tiba berada di sebelahnya. Kenapa hadif bertukar tempat di hadapan? Jangan jangan dia nak sama kumpulan dengan anggun?tapi kenapa? Hadif bencikan anggun kan?

Anggun turut berasa tergamam apabila tiba tiba hadif sudah berada di depan mata. Masa ammar keluar ke depan dia tidaklah tergamam seperti ini malah boleh membalas senyuman jejaka itu lagi. Tapi kalau jejaka bermata hazel yang sedang memandangnya ini. Entahlah. Kenapa dia ke depan eh? Bukan patutnya dia lagi menyorok ke untuk elak dari aku?

"Weh kau nampak tak senior ammar dan hadif sanggup ke depan bila dengar nama perempuan tu!"

"Aah siot kenapa eh?"

"Jangan jangan mereka berebutkan perempuan tu macam dalam drama!"

Bisikkan bisikkan bawang mula terkumpul.

"So, anggun ? Nak pilih yang mana? Yang kiri atau kanan?ke belakang belakang punya senior?"

Anggun mengigit bibir mendengar soalan Cik Farah.  Adoi kiri ammar. Kanan ada hadif. Alamak gosip bawang dah mula membiak di dalam dewan pula. Aku tak nak ada gosip tentang aku dan hadif lagi. Kesian dia. Dia tak suka. Jadi...nak pilih yang mana satu eh?

Dia mula berfikir. Mukanya diangkat memandang arah depan dan gulp! Hadif sedang memandangnya tepat. Okeh kenapa dia pandang aku? Bagai mengharapkan aku pilih dia? Anggun menarik nafas. Lantaklah anggun. Ini pilih senior je bukan pilih calon suami!  Anggun mengalihkan pandangan mata dari pandangan mata hadif. Dia tak suka kan aku nak pilih dia?so tak ada cara lainlah. Terpaksa aku pilih...

"Ammar. Saya pilih senior ammar affendy."anggun lembut berkata sambil matanya sudah memandang ammar. Ammar yang sudah berasa riang ria.

"So ammar, nak join group anggun ke tak?"

Kelihatan ammar tersenyum. Tanpa menunggu beberapa saat terus dia,
"My pleasure. " tak seperti gadis lain yang dia berfikir seminit sebelum mereject mereka.

Semua di situ mula tergamam tercekik tersedak mendengar jawapan ammar dan senyuman ammar kepada anggun.

"Weh takkanlah senior ammar suka dia?"

"Omaigod! Senior ammar senyum pada dia"

Ammar terus berjalan merapati anggun.
"Thanks pilih saya. Saya memang nak masuk group awak pun."

Anggun mula senyum.
"Alhamdulillah lah kalau macam tu. Kiranya saya tak paksa awak masuklah. Jom kita pilih senior sains yang mana satu yang okeh?" Dia mengerling hadif yang masih berdiri di tempat tadi. Tetapi sepantas kilat dia memandang amamr kembali kerana hadif juga sedang menatapnya!

Mesti kau gembira kan hadif sebab aku tak pilih kau? Aku berjasa kan?

Hadif merasa tercengang. Dia melihat anggun dan ammar yang mula berjalan meninggalkannya sambil tersenyum dan tergelak gelak. Hadif mendengus geram.
Apahal eh? Aku ni patung ke kat sini? Sampai diperlakukan sebegitu?

"Hadif, you need to join one group lah. Apa kata you masuk group dengan adriana di sana tu? Mereka tak cukup seorang senior sebab senior bidang sains seorang tak hadir pula." Cik Farah yang sedang melihat senarai nama pelajar mula mencadangkan kepada hadif yang seperti tidak tahu mahu masuk ke dalam group yang mana.

Hadif mengeluh. Dia mengangguk lemah.
"Yes madam. I will."

Lalu dengan hati yang entahlah terasa agak stress dia berjalan ke arah group adriana.

Kenapa ek? Aku kena rasa geram macam ni?

.

.

.

.

.

.

Seorang macam tu seorang macam ni. Eh peninglah hero dan heroin ni!

Tata hadif. Selamat ke lembah stres kesepian!

Hai assalammualaikum everything.

Okeh bye assalammualaikum everything.

Tekan bintang kecil woi. Sorry typo ehek. Babai uallssss.

Continue Reading

You'll Also Like

10.6K 442 48
Tidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh aban...
514K 22.3K 45
Muhammad Qalish Arshad and Elmira Sofea Spin off Aku Suami Kau Isteri Cliche! Lots of grammatical error! Not for those who hate typos
289K 14.1K 56
~I hate the way you make me forget about her~ TENGKU DAYREN DANIEL satu nama yang tidak asing di dunia perniagaan. Darah muda yang menjadi jutawan. S...
481K 28K 62
(2nd book of 'DIA ENCIK ' series.) "My blue eyes always and only follow the right person. Or I can say only for my jodoh, right honey?" CEO OF FLIRT...