Miss TroubleMakers

By laraauroraa

49K 3.2K 442

Amymas ! (Complete) Cerita ini mengisahkan tentang sebuah kumpulan yang bernama Amymas. Kumpulan tersebut ter... More

🌺 - Cast
🌺 - Bab 1
🌺 - Bab 2
🌺 - Bab 3
🌺 - Bab 4
🌺 - Bab 5
🌺 - Bab 6
🌺 - Bab 7
🌺 - Bab 8
🌺 - Bab 9
🌺 - Bab 10
🌺 - Bab 11
🌺 - Bab 12
🌺 - Bab 13
🌺 - Bab 14
🌺 - Bab 15
🌺 - Bab 16
🌺 - Bab 17
🌺 - Bab 18
🌺 - Bab 19
🌺 - Bab 20
🌺 - Bab 21
🌺 - Bab 22
🌺 - Bab 23
🌺 - Bab 24
🌺 - Bab 25
🌺 - Bab 26
🌺 - Bab 27
🌺 - Bab 28
🌺 - Bab 29
🌺 - Bab 30
🌺 - Bab 31
🌺 - Bab 32
🌺 - Bab 33
🌺 - Bab 34
🌺 - Bab 35
🌺 - Bab 36
🌺 - Bab 37
🌺 - Bab 38
🌺 - Bab 39
🌺 - Bab 40
🌺 - Bab 41
🌺 - Bab 42
🌺 - Bab 43
🌺 - Bab 44
🌺 - Bab 45
🌺 - Bab 46
🌺 - Bab 47
🌺 - Bab 48
🌺 - Bab 49
🌺 - Bab 50
🌺 - Bab 51
🌺 - Bab 52
🌺 - Bab 53
🌺 - Bab 54
🌺 - Bab 55
🌺 - Bab 56
🌺 - Bab 57
🌺 - Bab 58
🌺 - Bab 59
🌺 - Bab 60
🌺 - Bab 61
🌺 - Bab 62
🌺 - Bab 63
🌺 - Bab 64
🌺 - Bab 65
🌺 - Bab 66
🌺 - Bab 67
🌺 - Bab 68
🌺 - Bab 69
🌺 - Bab 70
🌺 - Bab 71
🌺 - Bab 72
🌺 - Bab 73
🌺 - Bab 74
🌺 - Bab 75
🌺 - Bab 76
🌺 - Bab 77
🌺 - Bab 78
🌺 - Bab 79
🌺 - Bab 80
🌺 - Bab 81
🌺 - Bab 82
🌺 - Bab 83
🌺 - Bab 84
🌺 - Bab 85
🌺 - Bab 86
🌺 - Bab 87
🌺 - Bab 88
🌺 - Bab 89
🌺 - Bab 90
🌺 - Bab 91
🌺 - Bab 92
🌺 - Bab 93
🌺 - Bab 94
🌺 - Bab 95
🌺 - Bab 96
🌺 - Bab 97
🌺 - Bab 98
🌺 - Bab 99
🌺 - Bab 100
🌺 - Bab 101
🌺 - Bab 102
🌺 - Bab 103
🌺 - Bab 104
🌺 - Bab 105
🌺 - Bab 106
🌺 - Bab 107
🌺 - Bab 108
🌺 - Bab 109
🌺 - Bab 110
🌺 - Bab 111
🌺 - Bab 112
🌺 - Bab 113
🌺 - Bab 114
🌺 - Bab 115
🌺 - Bab 116
🌺 - Bab 117
🌺 - Bab 118
🌺 - Bab 120
🌺- Bab 121
🌺 - Bab 122
🌺 - Bab 123
🌺 - Bab 124
🌺 - Bab 125
🌺 - Bab 126
🌺 - Bab 127
🌺 - Bab 128
🌺 - Bab 129
🌺 - Bab 130
🌺 - Bab 131
🌺 - Bab 132
🌺 - Bab 133
🌺 - Bab 134
🌺 - Bab 135
🌺 - Bab 136
🌺 - Bab 137
🌺 - Bab 138 Tamat
🌺 - T.Kasih

🌺 - Bab 119

178 13 1
By laraauroraa

Amymas dengan keadaan marah terus masuk ke dalam dewan itu dengan biadab tanpa memperdulikan Tuan Malik yang tengah mengajar.

Kebetulan kelas Lucky Girls bergabung dengan kelas Amymas. So, murid yang dah ramai itu menjadi lebih ramai..

Lucky Girls memandang ke arah pintu dewan itu apabila pintu itu dibuka kasar. Terkejut melihat Amymas yang tiba-tiba sahaja muncul, kata balik kampung?

Malik yang mengajar itu jugak terkejut apabila melihat Amymas, masuk dengan biadab, bukan sejak semenjak ni diorang ada beri salam ke tapi kali ini tidak?

Malik memandang ke arah Amymas yang ingin pergi duduk, beg galas heret sampai kena lantai itu langsung tidak peduli. Dah kenapa diorang ni?

"Amymas!" Panggil Malik kasar.

Langkah Danisya terhenti dan dia telah menghalang langkah Emysha, Emylia dan Kaisara dibelakangnya. Wajah Malik tidak dipandang, nak kata biadab ada juga. Emysha sempat lagi memakai earphone kerana malas nak bersuara atau berperang mulut dengan Malik tetapi kaki tidak jalan pergi dekat tempat duduk kerana dia nampak ada beberapa orang dari kelas Lucky Girls duduk ditempat mereka.

"Kamu sedar tak sekarang dah pukul berapa? Kenapa masuk lambat?" Malik melihat jam tangan yang dipakainya itu dan kembali memandang Amymas.

"Lek ah! Lewat berapa minit pun nak kecoh!" Rungut Danisya selamba sambil menjeling Malik menyampah.

"Lewat berapa minit apa? Sudah 4 jam 30 minit berlalu kamu tahu tak? Nak dekat tengah hari dah ni" tegur Malik tegas.

Amymas hanya menjeling..

"Saya tengok kamu ni macam lepas menangis je. Ada yang tak kena ke, Amymas? Atau kamu sakit?" Soal Malik pelik, mata Amymas kelihatan kemerahan

"Tak payah nak sibuklah! Memang saya selalu datang awal pun kan nak kecoh kenapa, macam tak biasa dengan kedatangan awal saya?" Perli Emylia

"Datang awal yang kamu kata tu dulu sewaktu kamu belum insaf! Jangan kata dekat saya yang kamu kembali ke perangai asal kamu!"

Amymas ni pun satu. Jarak nak ke kampung dah nak dekat dua jam. Tambah lagi balik.. boleh diorang datang kolej walaupun dah lambat. Selalunya ponteng terus.

Lucky Girls hanya menjadi penonton bersama pelajar yang lain. Tiba-tiba Danisya terpandang ke arah Aminah dan Saleha yang tengah duduk sekali itu, pandangan benci dihadiahkan.

Lucky Girls nampak yang Danisya memandang Aminah bersama Saleha, di mulut Danisya kelihatan ada senyuman jahat. Lucky Girls dah dapat tahu maksud disebalik senyuman jahat itu..

"Kamu ingat kolej ni kolej bapak kamu ke? Sesuka hati mak bapak kamu je ke nak datang pukul berapa" Tegas suara Malik sehingga Mak bapak pun dikaitkan sekali.

Emysha dah memang tak dengar kerana dia membuka lagu dengan kuat tetapi Emylia, Kaisara dan juga Danisya memandang ke arah Malik sekilas.

"Tuan Malik jangan nak naikkan darah saya! Mak bapak tak payah nak sebutlah! Tuan Malik tu dah tua, fikir sikit kubur tengah melambai!" Danisya menjeling.

"Alamak ai.. Tuan Malik ni.." - Emylia

"Apa perasaan Tuan kalau saya main nama mak bapak Tuan Malik? Bukan setakat mak bapak ja.. nenek moyang Tuan yang dah lama mampus tu pun saya kaitkan sekali.." - Danisya

"Kamu jangan nak biadab, Danisya, Emylia! Sekarang baik kamu pergi duduk tempat kamu!" Tegas suara Malik memarahi Amymas.

Danisya menarik begnya dengan kasar terus dia menuju ke arah Aminah dan Saleha. Di belakang mereka, ada Lucky Girls. Emysha terus membuka earphone.

"Hey beb! Kata balik kampung.." tegur Zatty dengan senyuman tetapi jelingan yang dapat.

Danisya mendekati mereka berdua dengan muka yang bengang. Beg galas dibaling diatas meja mereka, Aminah dan Saleha terkejut sedikit apabila beg itu sedap mencium meja tersebut. Amymas dipandang. Nasib baik Tuan Malik tengah menulis diatas meja pensyarah dan tidak perasan akan Amymas.

Aminah dan Saleha pelik dengan Amymas. Ini bukankah perangai diorang yang dulu? Beberapa hari yang lepas bukankah Amymas sendiri yang selamatkan mereka dari Lucky Girls tapi apa yang Amymas cuba buat ni? Peliklah!

"Caww!" Hanya sepatah sahaja Emylia bersuara sambil berpeluk tubuh sendiri.

Amymas nak duduk situ.. eh silap bukan nak duduk situ tetapi sengaja nak halau Aminah dan Saleha. Nasib baik ada lagi lima meja kosong disebelah Saleha.

"Apa.." Aminah pelik, kenapa dia dihalau begitu sahaja. Amymas dipandang saling berganti.

"Kau pekak ke? Ke kau bodoh tak faham apa maksud 'caw' ah? Kau nak aku tolong translate kan untuk kau ke macam mana, wahai bengap sekalian?" Kasar Emylia bertanya mereka berdua.

Zatty memandang Amymas

"Ala.. chill lah. Aku dengan diorang sibuk lah beb! Kau apahal nak halau diorang?" Tanya Zatty dengan pelik, sibuk bermaksud membuli dari belakang. Seperti membaling kertas, menendang atau selainnya.

"Korang ni dah kenapa? Serius semacam je aku tengok?" Soal Sally berpura-pura taktahu apa-apa, mesti Amymas tengah marah diorang tetapi kemarahan itu tidak ditunjuk.

"Lek-lek luu bero.." Suara Zatty sedikit tersedak apabila dia bercakap sambil minum air dan percakapan pun menjadi tidak jelas.

"Kau panggil aku beruk? Kau nak samakan aku dengan beruk ke macam mana sekarang ni, bro? Kau tu yang layak digelar beruk sebab bulu ketiak kau tu dah panjang kalah rambut kau" - Emylia

"Lek bro, bukan beruk tapi, bero.. eh.." Zatty terbatuk pula kali kedua dan dia masih cakap benda sama..

Emylia memusingkan badan memandang Zatty dengan pandangan yang tajam. Kau nak cari gaduh ke macam mana ni?

"Ni kau fight dengan aku ke wahai new friend? Kau nak aku tendang bontot kau sampai ke oversea ke?"

"Rilex ha.." - Zatty

"Tangan gua bakal melekat dekat lu punya muka ada tahu itu? Tetapi gua taknak lekatkan ini tangan dekat muka lu. Sebab Gua akan lempang dua ekor minah ni tapi buat ini masa gua nak simpan dulu ini tangan gua kerana gua nak beli sarung tangan. Baru gua slap-slap dia.."

"Kau cakap aku pun aku tak faham.."

Pelajar yang berdekatan hanya memandang mereka sambil berbisik satu sama lain. Pelik melihat Amymas. Mereka tertanya-tanya apa yang dah jadi dengan Amymas sehingga mereka kembali kepada perangai dahulu, kalau ada orang tak perasan dengan tingkah laku Amymas, memang sah diorang buta.

"Bangunlah! Aku nak duduk sini!" Kasar suara Emylia memarahi.

"Kenapa aku kena bangun pula? Tempat korang buat belah sana ke? Lagi pun tempat yang aku duduk ni memang kosong pun dari dulu. Kenapa nak kena halau aku?" Soal Saleha bengang.

"Kau jangan kata, tempat favourite kau dah ada orang duduk kau nak rampas tempat aku. Pergi suruh diorang blah lah.." balas Aminah "Diri sendiri yang datang lambat ada hati nak halau orang" Aminah membebel sendiri tetapi semua disitu boleh dengar dengan jelas.

"Kau cakap apa?" Danisya tanya dengan serius sambil melanggarkan begnya di kerusi Aminah yang dekat itu. Nasib dia tak ada bawak laptop hari ini.

Aminah tidak senang duduk apabila kerusi itu tak habis-habis bergoyang. Danisya dipandang lalu dijeling. Aku sebenarnya pun taknak buat macam ni tapi siapa suruh kau ada hubungan dengan pembunuh papa aku bisik hati Danisya.

"Ish.. kau ni.. tak payahlah kacau aku. Aku bagitahu Tuan Malik nanti.." ugut Saleha.

"Kau ingat ni tadika ke nak ugut macam tu? Hah..? Kalau bapak kau pun berani membunuh.." Ayat Emylia terhenti, dia mendekatkan mukanya dengan muka Aminah sedikit "Takkan lah kau tak berani nak menghadap kitorang ni?" Sambung Emylia

Lucky Girls pandang Emylia pantas. Aminah juga terkejut dengan kata-kata Emylia, dia langsung tak faham apa yang dimaksudkan Emylia.

"Kau nak bagitahu Tuan Malik? Arhhh takutnyee.." Danisya sengaja membuat suara takut, mereka berdua sudah pelik dengan Danisya.

Kemudian Danisya ketawa sedikit

"Kau beritahu lah, tu.. dia ada dekat depan tu je tengah menulis! Berani kau panggil lah dia, bro!" Danisya tendang kerusi tersebut sehinga Aminah hampir sahaja nak jatuh.

"Takpayahlah tendang, kau sengaja nak aku jatuh ke? Suatu hari nanti kalau kau yang jatuh.. padan muka kau!" Aminah geram dan bengang plus.

"Tak payah tunggu suatu hari nantilah sebab apa? Sebab Daniel dengan Tuan Malik kau ni sentiasa bagi aku jatuh kerusi setiap kali berlajar. Memang sedap gila rasa dia.." - Danisya

"Kau taknak cuba?" Soal Kaisara

Tuan Malik yang mendengar bunyi sedikit dia memandang semua murid dalam dewan tersebut. Dia nampak yang Amymas masih lagi belum duduk ditempat mereka.

"Amymas! Kenapa tak duduk lagi ah?" Soal Malik sedikit kuat apabila jarak mereka jauh.

Amymas memandang Malik

"Ouh.. ni si Minah kampung.. eh.. si Aminah dengan Saleha ni panggil kitorang sebab nak cakap something tapi dari sekarang tak cakap apa-apa lagi.." bohong Danisya, Bahu Aminah dipicik kuat dengan senyuman geram, nasib kau lah sakit. Siapa suruh kau dekat dengan Amymas

"Tuan Malik bagi masa sikit boleh? Saya pun sebenarnya tak larat nak berdiri lama-lama tapi diorang ni lah.. tak habis-habis panggil" sambung Danisya, bahu itu ditekan kuat.

"Sejak bila korang berkawan ni?" Malik sedikit pelik "Bukan ke kamu susah nak berkawan dengan pelajar kolej ni?"

Hilang senyuman Danisya, Aminah dipandang, apabila mendapat idea, dia terus senyum semula dan pandang Malik balik.

"Dah lama tapi tulah.. tak bertegur sapa je. Err.. Tuan Malik bagi masa sikit eh" bohong Danisya.

Tidak tahu kenapa Danisya ingin berlakon yang dia masih baik dan tidak melawan. Mungkin taknak membuat kecoh, Malik yang dah percaya mereka berubah itu hanya percaya bulat-bulat. Aku kenalah menyamar baik walaupun dah jahat balik.. bisik hati Danisya

"Okey.." - Malik, Malik percaya

Sebaik sahaja Malik tidak memandang mereka, Danisya terus menarik tangannya dengan pantas, lalu disapu dengan cepat.

"Jijik.. tak sanggup aku sentuh keturunan pembunuh macam korang ni.." kata Danisya dengan serius.

"Pembunuh?" Soal Aminah pelik

"Kau jangan buat-buat taktahu lah bro... Sekarang ni aku taknak buang masa. Aku nak kau blah dari tempat ni. Aku nak duduk sini!" Tegas suara Emylia.

"Kau siapa nak halau kitorang. Kau tak ada hak pun lah nak halau kitorang, tempat ni pun tak ada nama kau.." hilang sabar Aminah dibuatnya, dahlah kena dengan Lucky Girls, ni tambah pula dengan Amymas. Kedua-duanya legend dekat kolej itu, legend dengan kejahatan.

"Hey!" Emysha mendekati Aminah dan kerusinya menjadi mangsa hentakkan beg berjenama Emysha.n

"Kau jangan cakap banyak boleh tak celaka? Kalau orang suruh bangun tu bangun jelah! Tak faham bahasa ke bodoh?" Hilang sabar Emysha dengan anak pembunuh papa mereka ni, tak pasal-pasal anak jadi mangsa.

"Dahlah bodoh tambah pula dengan babi. Babi bodoh.. bukan babi yang bodoh tapi kau yang babi, kau bodoh.. babi pun faham bahasa, babi pun pandai.." - Lucy

"Kalau aku bangun aku nak duduk mana?" Soal Saleha serius. Sejujurnya memang mula takut apabila diantara Amymas mula marah.

"Kau duduk jelah sebelah tu.. ada lagi berapa meja tu.. satu.. dua.. err lima meja kosong. Pergilah duduk situ.." jawab Kaisara selamba.

"Daripada korang cari gaduh kenapa bukan korang je duduk situ? Kenapa nak kena halau kitorang juga hah? Korang memang nak cari pasal kan?" Soal Saleha berani seketika, dia taknak duduk dengan Amymas sebenarnya.

"Kau tak payah nak banyak bunyi lah! Kalau kau taknak duduk situ, bangun duduk tempat lain.." - Emylia

"Tempat lain dekat mana? Mana ada tempat dah.." jawab Aminah berani.

"Dah tahu tak ada tempat nak duduk tu. Kau bangun duduk dekat situ, masalah sekarang ni aku nak duduk sini.." tegas suara Danisya.

Aminah dan Saleha bangun dengan kasar. Mereka melangkah ke sebalah sedikit. Baru sahaja ingin duduk, Emysha bersuara.

"Ha ni.. kerusi ni kau ambil. Aku nak kerusi lain.. taknak aku duduk bekas bontot anak pembunuh.." sindir Emysha selamba kerusi yang mereka duduk itu ditolak sehingga jatuh.

"Teruknya perangai kau, beb.." tegur Lucy yang memerhati mereka dari mula lagi. Emysha memandang sekali sahaja, jeling tidak, julingkan mata pun tidak.

Selepas menukar kerusi tersebut. Amymas duduk dengan selesanya. Beg masing-masing dibaling begitu sahaja, selepas melabuhkan bontot masing-masing, mereka memperbetulkan rambut.

Kaki diletakkan di dalam laci meja yang sedia ada dekat meja tersebut. Tetapi siapa yang duduk dekat belakang bolehlah nampak Amymas duduk dengan biadab, siapa yang duduk dekat depan tu tak nampak, apatah lagi pensyarah yang mengajar jauh ke depan. Senang kata mereka duduk dengan biadab, Kaki terkangkang. Aminah dan Salehah bengang je.

Kerana ada satu kerusi lebih, Aminah selang satu kerusi daripada Amymas. Tidak mahu duduk bersebelahan diorang, boleh mati dibuli. Lucky Girls yang ada dekat belakang tu pun dah macam nak tercabut nyawa.. ni apatah lagi bersebelahan.

"Kenapa tak duduk sini?" Soal Emylia sengaja apabila Aminah dan Saleha duduk jarak dengan mereka.

"Tulah.. meh lah duduk sini.. meh.." Panggil Kaisara dengan suara yang lembut walaupun sakit hati yang amat pedih.

"Kenapa nak ajak diorang duduk sekali? Saja nak duduk dekat dengan anak pembunuh ke korang ni?" Soal Danisya kepada Emylia dan Kaisara.

"Korang ni.. Kalau Tuan Malik tegur macam mana?" Soal Sally dari belakang sambil berpeluk tubuh.

Pantas Amymas menoleh belakang.

"Kau nak risau kenapa?" Soal Kaisara

"Aku bukan risau tapi aku takut orang tua tu tuduh aku sekali kalau kantoi yang kau buli diorang. Maklumlah.. kita ni kan jahat je di mata semua orang.." - Sally

"Kau diam je.." - Kaisara.

Sally menjeling, berlagak!

Tuan Malik yang habis mengisi file dia itu, menutup pen tersebut. Dia menyimpan file dan pen itu, Amymas hanya berwajah selamba. Malik mula meliarkan mata dikawasan depan itu, apabila sampai sahaja pada Amymas dia terus bersuara.

"Amymas!" - Malik

Amymas memandang Malik serentak

"Tuan Malik ni tak habis-habis panggil kitorang kenapa? Cantik sangat ke kitorang ni sampai nama group kitorang je nak dipanggil?" Soal Danisya Menyampah "Buruk sangat ke Lucky Girls ni?"

"Saya panggil elok-elok kan. Kenapa perlu buat muka minta penampar?" Tegas suara Malik.

Danisya membelek kuku sendiri

"Kenapa kamu pula yang duduk situ? Baru je tadi saya nampak Aminah dan Saleha duduk dekat situ" beritahu Malik

"Ouh.. ni diorang yang paksa kitorang duduk dengan diorang. Kitorang taknak sebab tempat kitorang dekat situ tapi diorang paksa jugaa.." bohong Danisya, banyak betul idea dalam kepala otak kau.

"Aminah dan Saleha ni peminat kitorang tau. Maklumlah..." Danisya menjeling Aminah dan Saleha "Kitorang ni kan instafamous tambah cantik plus lagi.." sambung Danisya dengan penuh berlagak.

"Instafamous konon.. sekali fans tahu perangai korang macam ni.. confirm unfollow!" Kata Saleha selamba, semua kawasan dikawan itu boleh dengar.

Amymas dan Lucky Girls jeling

"Okeylah kalau macam tu.. tanya kawan kamu apa yang saya dah mengajar. Jangan nak masuk lambat selalu.." sempat lagi Malik berpesan.

"Bereh boih.." Danisya senyum dan ekor mata memandang Aminah dan Saleha. Kau tunggu next time aku, kacau kau.

Malik terus meliarkan matanya di dalam dewan itu. Lucky Girls meminta tukar tempat dengan pelajar sebelah kerana ingin duduk betul-betul dibelakang dua ekor minah tu.





_________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Continue Reading

You'll Also Like

912K 21K 49
In wich a one night stand turns out to be a lot more than that.
158K 6.2K 101
Vote and support Start:31 ogos 2017 End: 18 Febuari 2019
1.1M 36.5K 63
π’π“π€π‘π†πˆπ‘π‹ ──── ❝i just wanna see you shine, 'cause i know you are a stargirl!❞ 𝐈𝐍 π–π‡πˆπ‚π‡ jude bellingham finally manages to shoot...