Amymas melihat Lucky Girls menuju kepada kedua-dua perempuan tersebut dari belakang. Kebetulan meja mereka duduk dengan meja Aminah dan Saleha tidak berapa jauh. Mereka menunggu Aminah dan Saleha order makanan dahulu. Baru mereka pergi lebih dekat.
Kalau Aminah dan Saleha tahu mereka duduk dekat dengan Amymas dan Lucky Girls mesti mereka akan beralih tempat lain kalau paling menakjudkan pun.. blah dari kedai tu sebab mereka tahu yang Amymas dan Lucky Girls akan datang dekat mereka. Nak makan tak tenang.. baik blah je.
Aminah dan Saleha duduk di meja selang dua dari meja yang Amymas duduk tak jauh sangat pun. Dan mungkin apa yang Lucky Girls kata dekat diorang, Amymas akan dengar.. tapi tulah.. macam mana pula dua ekor ni tak sedar yang diorang duduk dekat dengan Lucky Girls.
"Hello the enemy's.." tegur Sally
Suara itu membuatkan Aminah dan Saleha agak terkejut dengan teguran tersebut. Mereka menoleh ke arah suara itu, bertambah terkejut apabila melihat itu adalah Lucky Girls!
"Ouh ni lah perempuan yang suruh kita buka ubat stapler lepastu buka balik ubat stapler?" Soal Lucy
"Dari dulu sampai sekarang kepala aku tak habis-habis tertanya dalam kepada otak aku hah, apa function kau suruh kitorang buat benda alah tu?" Sambung Lucy
"Kenapa muka nampak terkejut ni? Takut ke? Kenapa nak kena takut? Terkejut jumpa dengan kitorang, why you nak terkejut pula jumpa i?" Bertubi soalan dari Sally
Aminah dan Saleha menahan geram.
"Guys nak tahu tak.. dulu kita ingat yang tu kerja mak diorang kan beb tapi bukan. Aku dapat tahu yang mak diorang dah mam..pus. Hahah" Zatty sengaja ketawa jahat.
"La...ye ke? Dah tu kalau bukan kerja exam mak kau. Tu kerja exam siapa? Kerja siapa kau suruh kitorang buat tanpa apa-apa function tu?"
"Makcik diorang lah kot" teka Zatty tetapi tekaan betul.
Makcik jiran yang dianggap makcik betul. Mak mereka meninggal atas sebab tertentu. Mereka hanya tinggal dengan ayah mereka dan mereka adalah sepupu.
"Kalau dah dinamakan cousin tu mestilah sama-sama bengap. Btw.. korang nampak gemuk sejak semenjak ni. Hahah gemok sangatlah korang ni"
Aminah dan Saleha masih diam.
"Korang anak dato ke makan tempat yang boleh tahan mahal macam ni? Wah.. kaya betul lah korang ni.." puji Lucy dengan senyuman memerli.
"Tapi kan.. korang ni bukan anak orang yang mis..kin kerr? Kenapa boleh masuk kolej pula? Ada orang nak tolong bayarkan yuran ke?" Perli Sally sambil ketawa
Aminah memandang Sally
"Aku tahulah kau tu anak orang kaya tapi kau tak ada hak nak hina kitorang miskin tau!" Tegas suara Aminah menegur.
"Jadi betul lah korang ni miskin, pandai aku teka.. ternyata betul. Hahah.. nama pun macam kampung, tak sangka tuan badan pun dari kampung!" Sindir Sally gelak jahat.
"Korang kalau jumpa kitorang je mesti nak cari gaduh kenapa? Apa kitorang buat dekat korang?" Serius Saleha tanya mereka.
Soalan Saleha buatkan Lucky Girls ketawa dengan kuat dan susah nak berhenti ketawa dengan soalan itu, orang yang berdekatan hanya memandang. Aminah dan Saleha menahan malu.
"Kau tanya apa kau dah buat dekat kitorang? Hahaha" Lucy ketawa sedikit dan dia bertukar menjadi serius "Heh bodoh. Kau lupa ke kau cari pasal dengan siapa sebenarnya ni ah? Kau jangan ingat aku berubah macam Amymas dan tak akan buli sesiapa dah. Kalau kau ingat kitorang dah berubah kau silap besar tau. So, kau redha je lah asyik jadi bahan buli kitorang dari kelas sampai lah sini" sambung Lucy
"Jangan serius sangat beb.. takutlah diorang dengan kau. Kau ni bodohlah pergi takutlah dia" marah Zatty tegas, sengaja nak bela Aminah dan Saleha.
Zatty duduk disebelah mereka dan dia senyum melihat mereka berdua dengan senyuman yang jahat.
"Ala.. janganlah diam macam ni bro.."
Zatty nampak ada seorang pelayan datang ke arah mereka dan itu adalah makanan yang diorder oleh mereka sebentar tadi. Sebaik sahaja pelayan itu meletakkan makanan tersebut dan pergi dari situ, Zatty terus bersuara.
"Nak makan ke?" Zatty bertanya dan dia menghalang mereka mengambil makanan dan minuman tersebut.
"Tak payahlah kacau kitorang"
"Aku tak kacau.. aku cuma nak perbaiki makanan kau ni. Ada yang tak kenalah" Zatty melihat makanan tersebut dan dia membelek air itu.
Amymas yang dengar itu dah tak sedap hati. Mesti Lucky Girls nak rosakkan makanan mereka seperti mana Amymas buat dulu. Jangan kau cari pasal dengan diorang sudah, wahai Zatty bisik hati Amymas.
"Janganlah kacau kitorang makan. Korang dari dulu sampai sekarang suka sangat kacau kitorang kenapa? Apa masalah korang?"
"Aku tak kacau kau. Kan aku cakap aku nak baik makanan kau ni. Ada yang tak kena je aku tengok"
"Jangan kau buat apa-apa dekat makanan aku" larang Aminah dengan suara yang agak tegas didengari.
"Kau ni bodoh juga eh? Bukan bodoh tapi pekak. Kan aku kata aku just nak baik makanan kau. Kenapa tukang masak tu masak macam ni makanan ni? Teruk betul rupa dia.." Zatty membuat muka geli.
Lucy dan Sally hanya senyum melihatnya. Jika ada bantuan ingin Zatty minta.. mintalah dekta Lucy dan Sally.
Tanpa berkata banyak terus Zatty mengambil dua air yang ada dekat atas meja tersebut menggunakan kedua-dua belah tangannya dan kedua-dua belah tangan itu tuang air tersebut dekat makanan tu tanpa rasa bersalah.
Terkejut Aminah dan Saleha melihatnya. Bukan mereka sahaja yang terkejut tetapi turut juga dengan Amymas yang menjadi penonton rancangan percuma itu.
"Confirm! Confirm sedap ni wey. Berkuah lebih menarik selera korang.. kan.., dipersilakan makan.." Zatty senyum sambil menolak makanan itu kepada Aminah dan Salehah.
Aminah dan Saleha memandang makanan itu sayu. Kenapalah kau suka sangat libatkan makanan? Kau dengan Amymas sama ja! Suka buat makan ni jadi satu pembaziran, kaya sangatkan.. macam ni lah jadinya bisik hati Aminah geram.
Kelihatan Aminah dan Salehah menahan marah sambil mengenggam tangan masih masing-masing. Sabar, sabar, mereka tak boleh melawan kerana Lucky Girls berduit dan mereka boleh buat lebih.
Amymas bangun dan barang semua ni kemas oleh mereka. Mereka datang dekat kepada Lucky Girls yang ada di meja itu.
"Laaa.. marah ke?" Soal Sally apabila nampak mereka mengenggam tangan sendiri.
"Janganlah marah. Nanti cepat tua" Lucy senyum "Kau tua tak ada sesiapa nak dekat kau" perli Lucy.
"Ye kan.. kau beruntunglah Lucy. Ada lelaki handsome nakkan kau macam Faizal tu kan.. bukan macam diorang ni. Boyfriend semua macam lelaki tua je.." puji Zatty kepada Lucy dan perli kepada Aminah dan Saleha.
"Kenapa kau suka libatkan makanan ha? Kalau kau tak rosakkan makanan kitorang pun mesti kau akan makan? Apa masalah kau sebenarnya? Bukan kau je, Amymas pun sama ja!" Marah Saleha bengang.
"Eh.. aku tak makan kau punya okey. Takut nanti HARAM. So, baik aku rosakkan makanan kau.. eh silap memperbaikikan makanan kau menjadi lebih cantik.." kata Zatty dengan senyuman.
"Kau tahu tak ni dah membazir?"
Baru sahaja Lucy nak membalas kata-kata mereka. Tangan mereka di tarik oleh Amymas supaya berambus dari situ. Emysha sempat meletakkan duit 50 sebanyak 3 keping untuk mengantikan makanan tersebut walaupun dia tahu ada balance banyak. Sedekah!
"Apasal kau bagi dia duit?" Soal Lucy pelik dengan wajah yang kalut apabila Danisya menarik tangannya.
"Kau ambiklah duit ni, aku ganti balik makanan kau yang terlalu cantik tu" kata Emysha dan sempat memerli makanan tersebut, dia memandang Lucky Girls.
Mereka ditarik keluar dari situ oleh Amymas. Amymas taknak Lucky Girls cari pasal dengan orang yang dah mereka balas balik. Sekali diorang cari pasal takkan lah berpuluh kali kau nak balas balik, Lucky Girls. Tak jemu ke menghadap diorang untuk balas balik apa yang diorang dah buat?
Lagi pun benda yang diorang buat dekat Amymas dan Lucky Girls bukan masalah besar pun tetapi Lucky Girls tak boleh terima bila ada orang buat mereka seperti kuli.
__________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉