Emysha memasuki biliknya dengan keadaan yang sangat marah. Tindakan untuk menutup pintu dengan cara menghempas pintu itu terhalang apabila Emylia muncul di hadapan pintu biliknya termasuk dengan Danisya dan Kaisara. Kalau Emysha tutup pintu tak pasal-pasal dia melukakan kepala adik sendiri.
Emysha hanya memandang mereka dengan pandangan yang tajam. Ini adalah kali pertama dia berperang mulut sebegitu dengan Emylia tentang arwah papa mereka. Mungkin Emysha sedikit stress.
Emysha terasa sakit hati apabila Emylia tidak habis-habis menyoalkan tentang arwah papa. Dia taknak Emylia anggap yang dia tidak sayangkan papa tetapi apabila dia ingin ingat semua benda tu, dia terasa sakit kepala yang amat. Perasaan rindu itu membuatkan kepala Emysha ditekan.
Emysha menuju ke arah katil dan dia duduk sandar dibahagian kepala katil itu. Emylia dan Kaisara mendekatinya manakala Danisya sibuk menutup pintu dan mengunci pintu bilik Emysha, takut makcik bawang tu datang menyibuk lagi.
"Korang percaya ke apa yang Mak Tom beritahu tadi?" Soal Emysha tiba-tiba sambil biji mata memandang mereka bertiga saling berganti.
"Kau percaya ke?" Soal Emylia balik
"Entah.. aku tak tahu nak kata macam mana. Aku rasa apa yang Mak Tom beritahu tu macam betul tapi mustahil mama tipu kita" balas Danisya sambil duduk di kerusi solek Emysha.
"Kenapa kau kata macam tu?" - Emysha
"Entah.. dari dulu lagi hati aku kuat mengatakan.. yang papa kita accindent bukan sebab papa kau kena serangan jantung tapi atas sebab lagi" jawab Danisya kepada soalan Emysha sebentar tadi.
"Sebab apa?" - Kaisara
"Aku tak tahu tapi yang main dalam kepala otak aku sekarang ni.. apa yang Mak Tom kata tu buat aku separuh percaya tapi.. arghh.. takkan mama tipu kita" balas Danisya lagi "Mustahil yang amat.."
Emylia, Kaisara dan Emysha diam seketika
"Apa kata kita tanya mama je" - Danisya
"Betul juga kan? Call lah mama!" Kata Emylia
"Okey.." Danisya bangun berdiri dengan semangat
Dia ingin menyeluk poketnya tetapi dia perasaan tangannya sudah pun menyeluk poket sehingga paras lutut, sejak bila poket aku sampai lutut ni?. Apabila diperhatikan semula, seluar yang dipakainya itu tidak mempunyai poket, dia memandang semua yang ada situ sambil tersengih.
"Hihihi.. sorry lupa phone ada dekat bilik aku" Danisya sengih sambil garu kepala yang tidak gatal, macam mana boleh lupa. Alahai..
"Sha, kau lah tanya" kata Kaisara sambil menunjuk phone Emysha yang berada di atas katil dan disebelah Emysha itu.
Emysha memandang phonenya yang berada disebalahnya sambil memandang Kaisara dengan tajam. Idea sapa taktahu.. aku kena kenapa? Lalu phone itu diambil dengan kasar dan diserahkan kepada Danisya.
"Thank you beb"
Danisya senyum. Butang telah ditekan, kelihatan ada pasword di phone Emysha. Danisya memandang Emysha yang tengah membelek kukunya, geram. Phone di pandang semula, apa kata laluan kau sial? Tak apa aku cuba bisik Danisya
Danisya mencuba pelbagai perkataan yang atas di kepala otaknya. Nama Emysha sudah cuba, nama penuh pun dah cuba, ada juga Danisya cuba letak nama Emylia tetapi tidak berjaya. Nama kumpulan juga telah cuba letak tetapi gagal. Emysha di pandang, Emysha sedar yang Danisya memandangnya kerana tidak tahu kata laluan phonenya terus dia bersuara.
"Kenapa tak call lagi?" Soal Emysha selamba sambil membelek kuku sendiri.
"Apa password kau?"
"Password aku? Aku mana ada password. Phone dengan laptop aku ada lah possword. Kenapa?" Sengaja Emysha nak cari pasal dengan Danisya.
"Kau sedar tak kau dah buang masa sekarang ni? Kau ambik balik phone kau. Kau buka password lepastu bagi aku balik" kata Danisya bengang sambil menyua iphone milik Emysha itu
"Kau lah buka.. aku busy" balas Emysha dengan selamba sambil membuat gaya sibuk dengan kuku sendiri. Nak jadi macam Lucky Girls juga ke sejak semanjak dah jadi kawan?
"Apa passwordnya, bengap?" Maki Danisy
"Ouh.. kau tak tahu ke?" Soal Emysha sengaja.
Danisya mengecilkan mata..
"Passwordnya adalah.. pimampoihlah123puihh. Tak selang tau, sambung je terus. Ha.. yang puih tu double H dekat belakang tu" jawab Emysha tenang.
Emylia, Kaisara dan Danisya memandang satu sama lain dengan pandangan yang pelik dan kembali memandang Emysha yang sibuk dengan kuku dia tu.
"Kenapa password kau hampir sama macam aku? Kau tiru aku ke? Kau ni dasar peniru betullah. Ish!" Tegur Kaisara geram dengan Emysha.
"Excuse me. Aku tiru kau? Apa password kau?"
"Password aku silameninggallerbarua321tuihpuihh!" Jawab Kaisara sambil memeluk tubuh "Kau sedar tak kau tiru aku?"
"Tak sama pun.." - Emysha
"Yang puih.. dengan double H tu sama!" Kaisara tidak puas hati. Dia menikam biji kata Emysha, sama juga dengan Emysha. Kau nak gaduh?
Dalam masa yang sama, Danisya yang sudah dapat password itu terus menelefon mamanya, Darwina menggunakan phone Emysha. Tanya Darwina aje lah. Beberapa saat kemudian call telah pun diangkat oleh Darwina.
"Mama.." tegur Danisya
"Ya Sha.. ada apa call mama ni?" Soal Darwina
"Mama.. ni Nisya lah" tegur Danisya lagi.
"Ouh Nisya. Nisya sihat ke? Kenapa call mama ni? Mama sibuk sikit hari ni?" Soal Darwina dengan suara yang didengari seperti nak cepat sahaja.
"Nisya nak tanya mama sikit boleh?" Soal Danisya
"Tanya je lah. Sejak bila pula Nisya minta izin kalau nak tanya mama something ni?" Darwina sedikit pelik dengan sikap anaknya.
Ish mama ni.. sejak berubahlah.
"Mama.. Nisya nak tanya yang betul ke papa accindent bukan sebab papa Am kena serangan jantung tapi ada kereta yang hilang kawalan langgar diorang? Betul ke?"
Tiba-tiba suara mamanya tidak didengari lagi
"Hello.. mama? Heloooooo yuhuuu!"
"Ya.. ya.. apa dia?" Darwina seperti mengelamun.
"Betul ke apa yang Nisya tanya tu mama?"
"Taklah. Papa kan accindent sebab kena serangan jantung je. Sejak bilik papa kena langgar sebab ada kereta hilang kawalan ni? Nisya dapat berita ni dari mana?"
"Mak Tom bawang tu lah yang beritahu"
"Mak Tom? Ma.. mana ada papa kena langgar dengan kereta lain. Mak Tom gurau je tu, sayang. Nisya percaya mama kan? Mama mana pernah tipu Nisya selama ni"
"Percaya tapi susah nak percaya sebab hati Nisya kuat mengatakan apa yang Mak Tom katakan tu semuanya betul"
"Tak betul pun sayang.. Nisya tahu kan Mak Tom tu macam mana perangai dia? Dia gurau dengan Nisya je kut"
Danisya memandang yang lain
"Ni agak dah! Mak Tom tu suka sangat cari pasal dengan kitorang walaupun kitorang kata kitorang dah berubah. Apa masalah mak Tom tu? Nak kata mama tipu kitorang kan? Tak padan dengan tua kan, mama" kata Danisya tiba-tiba
"Tak baik cakap macam tu.. tua beberapa tahu dengan mama je pun. Janganlah kata macam dah, kata nak berubah demi mama, demi papa.."
"Biarlah. Dia dah tipu kitorangkan, cakap yang mama tipu kitorang pasal hal ni, so biarlah dekat dia. Tak padan dengan tumpang rumah orang"
"So Nisya percaya mama atau Mak Tom?"
"Of couse Nisya percaya mama. Buat apa Nisya nak percaya Mak Tom tu mama? Ni pasal arwah papa Nisya kut bukan pasal mak bapak dia pun Nisya nak ambil tahu.. tapi ni pasal arwah papa!"
"Terima Kasih sebab percaya mama.."
"Kenapa nak terima kasih pula?" Danisya pelik.
"Tak ada apa lah.. Nisya mama nak kena pergi ni tau. Nanti kita sembang lagi, apa yang Mak Tom beritahu tak betul, ingat. I love you all, bye" terus Darwina mematikan talian, Danisya tidak sempat menjawab.
"I love you too" jawab Danisya dalam talian telah di matikan dengan suara yang sayu, dia memandang screen phone itu sebelum memberikan phone itu kepada Emysha semula.
Maafkan mama sayang. Mama terpaksa tipu sebab taknak korang semua berdendam dekat siapa punca papa accident sampai meninggal. Benda dah lama tapi mama tahu korang akan cari diorang walaupun perkara ni dah berlalu beberapa tahu yang lepas. Korang akan pergi cari diorang sampai dapat, korang akan berdendam, macam mana mama tahu korang akan berdendam jika tahu perkara yang sebenar seban korang anak mama, mama lebih kenal korang. Maafkan mama sebab menipu korang semua.
__________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉