DIA Encik Crush Sombong! ✅

By mrsmeandyou17

343K 27K 6.7K

(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you k... More

nota author
1
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
62
63
60
64/semifinal
final la kot
NOT ABOUT HADIF AND ANGGUN
ii(▪︎~▪︎)
iii (▪︎~▪︎)
more of singa and pendek

2

7.1K 571 98
By mrsmeandyou17

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Assalammualaikum!" Suaranya lantang memberi salam selepas membuka pintu rumah.

"Waalaikumussalam. Wah anak handsome mama dah balik!" Qisya terus menerpa ke arah anak lelaki tunggalnya sambil memegang sebuah album gambar di tangan.

Qisya terus memeluk anaknya. Hadif senyum lalu mencium pipi mamanya. Dari kecil hingga besar memang inilah habit mereka. Peluk dan cium. So sweet kan anak beranak macam kami? Jadi contohila kami.

Mata hadif kelihatan melilau mencari susuk seseorang.
"Fasya mana mama?"

Qisya tersenyum kecil.
"Ala adik kamu tu macam tak biasa. Shopping le tu." Qisya menghela nafas. Haih. Setiap hari pergi shopping. Ikut perangai siapa budak ni?

Hadif tergelak kecil.
"Mesti dia ikut perangai mama. Kuat shopping kan?" Usik hadif. Macam tahu sahaja apa yang ada di dalam kepala otak mamanya.

Qisya mencebik.
"Amboi! Kamu ni memang dah lama tak kena cubit kan?" Qisya pantas mencubit lengan sasa hadif. Budak ni asyik asyik mengenakan aku!

Hadif gelak. Suka dapat membuli qisya! Hel eleh cubit je pun. Kalau setakat mamanya ingin mencubit lengan berototnya, sorry to say lah. Bagaikan kena cubit oleh mikroorganisma je! Tak de hal la tak gentar pun!

"Jangan lah mama. Asyik asyik cubit. Kesian papa asyik asyik kena cubit juga." Ha kata pasal papa. Mana encik athif fattanah eh?

"Hey tolong sikit eh. Mama jarang cubit papa tau. Papa kamu keluar dengan paklong kamu sebentar katanya. Dari mulut sekejap aja. Tapi lihatlah jam itu anakku. Jam di dinding terus berdetak dan sudah 3 jam pemergian papa anda." Qisya menggeleng kepala. Athif ni kan. Kata sekejap aja. Tapi...haih. ni memang ciri ciri janji melayu betul ni.

"Biarlah mama. Bukan selalu mereka melepak. Kalau hadif tahu,lama dah hadif join." Bukan selalu eh? Padahal setiap minggu papanya keluar untuk berjumpa paklongnya. Katanya nak bersenam sambil bermain golf. Nak kekalkan badan cergas kononya. Ke membawang?

Qisya menggulingkan mata. Yela yela athif juga yang menang!

Hadif ketawa melihat muka mamanya. Cakap sikit terus buat muka.
"Hadif naik dulu eh mama. Nak mandi."

Qisya mengangguk sambil mengepit hidung. Berlakon seperti anak nya memang busuk yang amat.
"Pergilah! Berpeluh busuk dah hadif ni. Eee shuh shuh!"

Hadif menghidu baunya. Mana ada busuk! Minyak wangi berkualiti tau aku beli! Busuk dan hadif tidak mampu bersama lah mama. Kemonlah.

Tiba tiba mata hadif terpandang album yang berada di tangan mamanya.
"Apa tu ma?"

Qisya pantas melihat arah yang dilihat hadif sebelum baru menyedari dia sedang memegang album di tangannya . Dia menepuk dahi.
"Aahla mama lupa. Nasib hadif ingatkan. Tadi ni ha mama jumpa album ni dalam almari masa mama kemas. Mama nak bagi hadif. " qisya terus meghulurkan album itu kepada anaknya.

Hadif memegang album itu menggunakan sebelah tangan kerana tangan sebelah yang sedang memang blazer dan beg kerjanya. Berkerut halus keningnya.
"Album apa ni mama?"

"Album zaman kamu di universiti dulu. Manalah tau album tu membantu kamu ingat balik zaman universiti berharga kamu tu." Dia tersenyum kecil sebelum mengepit kembali hidungnya.

"Dah naiklah pergi mandi!" Terus qisya menghalau anak terunanya naik. Tadi macam baik tiba tiba garang balik. Tak faham aku mama aku ni.

Hadif akur. Dia mendaki tangga sambil membelek album itu. Heh nantilah aku tengok!

.

************************************

.

Hadif keluar dari bilik air. Rambut digosok menggunakan tuala. Segar rasanya apabila selepas dapat mandi. Kakinya melangkah ke arah almari untuk mengambil baju. Tiba tiba matanya terpandang album di atas meja kerjanya. 

Dia memakai pakaian sebelum melangkah ke meja kerjanya. Kalau tak pakai kang, ada yang ingat aku ni orang asli. Komputer ribanya dibuka. Fokus hadif membuat kerja.

Sebijik bapaknya! Yela mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke lantai kan?

Tetapi matanya kejap kejap mengerling album di atas meja. Haih kenapa aku rasa macam nak buka album tu? Ada apa apa ke?

Tangannya perlahan menggapai album itu. Entah mengapa hatinya terasa ingin membuka album tersebut. Entah entah ada peta harta karun tak? Eh merepek. Peta wasiat athif fattanah? Ha okay logik sikit. Boleh aku tukar nama wasiat tu 100% harta diturunkan kepada aku. Terus konfirm kaya aku.Heh dasar anak kacang hadif lupakan bapak kulit kacang athif.

Perlahan dia membuka helaian demi helaian album tersebut. Kebanyakannya gambar dia bersama teman universiti nya. Ada yang dia seperti ingat dan cam muka di kalangan mereka. Tetapi sebahagian langsung dia tidak ingat. Timbul perasaan rindu akan sahabatnya.  Ada yang sudah berkahwin.  Bertunang. Tetapi dia? Masih seorang diri.

Euw! Tiada masa dia ingin memikirkan soal perempuan. Dia lebih menumpukan fokus kepada syarikat keluarganya. Sebagai cucu sulung, dia diamanahkan untuk menerajui syarikat milik datuknya.

Bukan tak laku tapi biasalah kita kena jual mahal bro sis... dalam hidup ni kita tak boleh pentingkan bercinta.

Tangannya terhenti menyelak.Matanya melihat gambar dia sedang memegang bola kerajang dan sedang memasukkan bola ke dalam bakul. Dulu dia seorang yang aktif dalam sukan universitinya lagi lagi sukan bola keranjang. Tetapi minatnya bertukar kepada dunia perniagaan pula. Baru ingatkan nak jadi atlet macam Michael Jordan. Yela siapa lagi nak mewarisi syarikat kalau bukan dia? Sepupunya yang lain masih muda.

Tiba tiba matanya tertancap pada kelibat seseorang yang sedang berdiri di tempat duduk penonton tidak jauh dari tempat tiang bakul diletakkan. Gadis itu kelihatan teruja dan gembira kerana dia berjaya mendapatkan jaringan. Rasa gembira apabila melihat dia berjaya.

Berkerut dahinya cuba mengenal pasti gadis itu. Jap jap..muka dia macam...

Budak tu!

Terbeliak mata hadif. Akhirnya otaknya memproses satu persatu ingatan. Ingatan yang sepatutnya dia tidak boleh mengingat tetapi entah mengapa otaknya mula berfungsi sekarang.Dia menutup mata cuba mengingat kembali memori semasa di universiti dahulu. Sakit di kepala dibiarkan.

.

Hadif berjalan sambil membetulkan rambutnya yang serabai tanda baru bangun dari tidur. Shit! Terbangun lambat lagi! Ni konfirm kena bebel lagi nanti. Argh sesungguhnya aku paling tak suka dengat prof membebel. Rasa macam nak tutup telinga dengan kapas.

Kakinya melangkah pantas. Lagi 5 minit kelasnya akan bermula. Alamak. Pensyarahnya dahla garang!  Kalau dah macam ni terpaksa dia melajukan lagi langkah. Kelajuan super laju! Ying dalam boboiboy mula merasuk hadif.

Sedang dia berjalan pantas sambil matanya kejap kejap memandang waktu yang berdetik pada jam di pergelangan tangan, terasa bahunya terlanggar seseorang.

Bum!

Aduh..wajah sang gadis berkerut menahan sakit di punggungnya. Siapa yang macam gergasi melanggarnya ini? Sampai dia terjatuh terduduk! Macam langgar gajah weh!

Kepala digosok pula. Sakit apabila kepalanya terlanggar lengan lelaki itu. Aduh kerasnya lengan! Tahulah pergi gym!

Hadif terkelu seketika. Dia melihat gadis itu menggosok dahi. Dia merengus.
"Oi kau tak nampak ke aku tengah jalan? " sempat hadif berkata selamba. hadif melihat jam tangan . Dia terus kembali melangkah ingin meneruskan perjalanan. Orang dah lambat lagilah ada bencana datang.

Anggun Dellisya yang mendengar mengangkat kepala melihat lelaki itu. Membuntang matanya mendengar kata kata sedikit menjengkelkan dari mulut jejaka itu. Hello? Memanglah salah aku tapi salah kau juga tak lihat jalan! Eh memang cari gaduhlah mamat ni. Ha masuk masuk kita lawan silat. Eceh silat pun tak reti sebenarnya.

Kelihatan lelaki memakai baju hoodie hitam  itu melangkah pergi tak mempedulikan keadaanya yang masih terduduk.
"Hey! Sekurangnya tolonglah saya! Sakit tau tak! " anggun berkata kuat geram. Tak berperikemanusiaan! Ada ke patut dibiarkan aku begini. Aku ni dahlah insan yang lemah hanya mampu berserah.

Anggun mendecit. Kurang ajar! Dahla langgar aku! Masalahnya aku memang berdiri kat situ dari tadi. Baru nak jalan balik terus dah kena hentam dengan lengan keras dia tu! Salah aku ke? Ada nampak macam salah aku ke? Haih.
"Aduh sakitnya! Dahla aku sesat! Tambah punggung sakit! Dahi benjol. Apala nasib kau del oi!" Sempat mulutnya membebel melampiaskan geram. Geram lebih dengan jejaka unknown tadi tu.

Sedang anggun cuba bangkit tiba tiba ada tangan dihulurkan kepadanya.

Anggun terus mengangkat wajah mengalihkan pandangan dari memandang kakinya ke arah tangan yang dihulur. Dia melihat lelaki berbaju hitam tadi menghulurkan tangan.

"Kau nak bangun ke tak nak?" Soal hadif geram apabila gadis itu ralit memandangnya. Anggun bagai tersedar lalu menyambut tangan lelaki misteri itu.

"Dah puas? " perli hadif apabila anggun sudah selamat berdiri semula.hadif ingin meneruskan langkah kembali tetapi terkejut dirinya apabila gadis tadi bertindak memegang lengannya.

Dia terus mengalihkan mata memandang tajam wajah gadis itu. Tidak suka dirinya disentuh sembarangan. Lagi lagi dari seorang gadis yang dia tidak kenal!

Anggun yang melihat pandangan tajam bak helang hadif terus melepaskan lengan lelaki itu. Takut! Pegang sikit pun rasa macam nak bunuh aku je mamat ni.
"Errr..tak puas! Tapi kalau awak beritahu saya mana tempat saya kena pergi baru saya puas. Saya pelajar baru kat sini. Jadi saya masih tak tahu selok belok universiti yang luas terbentang ni. Mana patut saya pergi kalau baru sampai universiti ni eh?" Anggun senyum kecil berharap lelaki itu menolongnya. Senyuman paling naif dah ni. Haraplah dia tolong. Kalau tak mahunya aku terpaksa merayau cari sendiri sampai kaki bengkak macam gajah. Terus tak ada sesiapa nak kahwin dengan aku.

Hadif mengeluh. Aduj! Menyusahkan!
"Kau pergi dewan A. Kat situ semua pelajar baru kena berkumpul." Hadif melihat jam di tangan. Aduh! Serabut! Lambat 1 minit dah!

Kelihatan gadis itu mengangguk mengerti.

Stress aku gini. Hadif meraup rambutnya ke belakang memperlihatkan wajahnya yang bersih suci dari jerawat. Rimas pula dengan jambul panjanganya. Tetapi memang taklah nak potong! Jambul ni lah menambahkan kemachoan aku!Dia memandang anggun seketika apabila menyedari gadis itu masih belum bergerak dan dia seperti rasa diperhatikan.

Anggun akhirnya berpeluang melihat penampakan mata hazel bersinar milik jejaka berhoodie hitam ini. Tidak pula dia nampak mata indah lelaki itu tadi kerana rambut jambul lelaki itu menutup mata. Tergamam seketika melihat keindahan ciptaan Tuhan di hadapannya kini. Masya Allah!

Hadif memandang pelik gadis di hadapannya. Seperti terpaku melihatnya.
"Annoying. " itu sahaja keluar dari mulut hadif  apabila anggun sudah merenung wajahnya. Dia menjeling sekilas anggun sebelum pantas dia berlari ingin menuju ke kelas. Tak nak melengahkan masa melayan budak perempuan itu tadi.

Dub dah dub dab!

Anggun meletakkan tangan di dada. Omaigod! Dia kata aku annoying pun hensem! Lawanya mata hazel dia! Siapa dia tu eh? Tanpa sedari anggun tersenyum lebar.

Hadif terus membuka mata. Akhirnya memori itu dia ingati.

Akhirnya hadif berjaya mengingati siapa sebenarnya anggun dellisya. Tetapi takkan itu sahaja perkenalan kami? Seperti ada lagi banyak kisah antara kami yang patut aku ingat. Siapa yang boleh bantu aku eh?

.

.

.

.

.

.
Aduh anggun comel ke gedik?

Hadif kerek ke handsome?

Author

Sporting ke menawan? Hek!!! Tiber

Tekanlah bintang kecil tu ish sorry typo heheheheh.

Saja update pepagi subuh ni hshshshs.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 40K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
521K 19.3K 41
2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER seb...
5.2K 111 71
Kisah seorang gadis muda yang jatuh miskin dan ditinggalkan oleh teman lelakinya. Lalu dia bertemu dengan keluarga asalnya dan telah menjadi seorang...
427K 30.4K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...