Daniel yang baru sahaja selangkah masuk rumah itu, dia agak terkejut apabila melihat suasana di dalam rumah itu, apa kena dengan rumah tu? Kenapa Amymas ada bersama dan kenapa kawannya diikat? Rayyan diikat dikerusi.
Daniel melangkah kehadapan sedikit, dia memandang sekeliling. Pasu pecah, Rayyan diikat, pintu bilik yang Rayyan tak pagi Daniel masuk itu dibuka luar. Apa yang dah jadi sebenarnya? Soal Daniel di dalam hati.
"Ya allah! Apa yang dah jadi ni, korang buat apa dekat sini?!" Daniel berlari ingin menolong sahabatnya sendiri, ikatan sahabatnya cuba dibuka.
"Daniel? Nasib baik kau datang! Aku taktahu apa masalah diorang ni sampai nak ikat aku, gila agaknya!" Kata Rayyan dengan alasannya.
Daniel memandang Amymas sambil membuka ikatan yang terlalu ketat tu. Ketat gila ikatan ni, siapa yang ikatan sampai macam ni sekali? Kesian Rayyan.
"Amymas! Apa yang awak buat ni ah?! Gila ke? Awak nak bunuh dia ke apa? Sampai macam ni sekali awak buat? Tak pernah nak kesian dekat orang kenapa? Apa yang awak buat dalam rumah saya ah?!" Marah Daniel tegas.
Amymas memandang satu sama lain, Daniel kenal Rayyan? Ini rumah Daniel? Omg! Mereka dah mula menelan air liur sendiri. Rayyan pula terkejut apabila kawannya itu kenal dengan Amymas.
"Kau kenal diorang?" Soal Rayyan terkejut.
"Kenal lah! Siapa yang tak kenal budak yang paling bermasalah dekat kolej tu! Sakit hati aku nak kena melayan masalah yang diorang buat!" Jawab Daniel kasar dan dia masih lagi nak membuka ikatan tersebut.
Amymas membuat muka menyampah apabila Daniel sempat memerli mereka. Yang susah nak percaya, secret admire Kaisara ni sebenarnya kawan kepada Daniel? Tapi kenapa Daniel seperti tidak tahu apa-apa?
"Daniel! Lama gila aku tunggu kau, dah terseksa aku bila dengan diorang ni. Kau tengoklah diorang ni, psycho! Siap ada pistol pula tu, kayu bestball! Macam gangster lah diorang ni!" Marah Rayyan sendiri.
Emylia memandang mereka.
"Daniel ni tak banyak maki, yang si kawannya, banyak maki. Korang ni macam mana boleh berkawan? Tak sekepala langsung!" Perli Emylia.
"Apa awak semua buat dekat rumah saya?" - Daniel
"Rumah pakcik ke?"
"Yelah! Awak kalau tak puas hati sebab saya tolak markah awak pun tak payahlah nak ikat kawan saya sampai macam tu sekali! Saya boleh report polis atas tindakan awak ni" Daniel membuat andaian nya sendiri, tolak markah?
Amymas dan Rayyan masing-masing terkejut.
"Tolak markah?" Soal mereka.
Daniel memandang Amymas dan Rayyan.
"Kau pensyarah diorang?"
"Pakcik bangang eh? Sekarang ni kitorang ikat dia atas sebab lain. Tak ada kena mengena dengan kolej pun. Nak menuduh pun agak-agaklah!" Marah Danisya.
"Kau boleh ada pelajar yang biadab macam ni?" Soal Rayyan.
"Aku pun tak tahu kena aku boleh jadi pensyarah diorang. Nakal, jahat, biadab, suka melawan cakap, mulut jahat, macam-macam lah dekat diri diorang ni" jawab Daniel.
"Kaisara sekali?" Tanya Rayyan pelik.
"Kalau sorang cari masalah, mestilah semua sekali yang cari masalah! Ingat kolej mak bapak diorang kut!" Perli Daniel.
Daniel melihat pintu bilik yang Rayyan tidak membenarkan dia masuk itu. Dia pelik, macam mana pula pintu boleh terbuka? Rayyan tak kasi Daniel masuk, takkan lah Rayyan kasi Amymas masuk bilik itu, tak logik.
"Kenapa pintu tu terbuka?" Tanya Daniel kepada Daniel, Rayyan bukan tak bagi buka ke?
"Diorang tiga ekor ni lah!" Kata Rayyan tegas.
Daniel memandang mereka dan pandang Rayyan.
"Diorang ada empat orang" tegur Daniel lagi.
"Kaisara tak bersalah! Yang salahnya, diorang tiga ni, sakit hati betul aku dengan diorang! Kau tahu tak diorang katuk kepala aku guna kayu bestball tu. Nasib baik tak pecah!" Balas Rayyan sambil menjeling Emylia dan Danisya
"Ha?! Amymas! Apa yang awak semua dah buat ni ahh? Melampau betul lah awak ni. Dekat kolej dah buat masalah. Dekat sini pun nak buat masalah juga ke?" Marah Daniel.
"Apalah malang sangat nasib saya ni? Asyik-asyik muka pakcik. Asyik-asyik muka pakcik, aduih. Saya lebih rela tengok muka orang gila tahu tak?" Emylia sengaja berkata begitu.
"Rayyan. Ada apa dalam bilik tu?" Soal Daniel, Daniel ingin menghampiri bilik itu tetapi Rayyan menahannya terlebih dahulu.
"Daniel! Kau jangan berani nak masuk!" Marah Rayyan
"Kau ni.. dari dulu sampai sekarang. Aku nak masuk je kau halang, kau ni kenapa sebenarnya? Ada gambar penting sangat ke dalam bilik tu?" Tanya Daniel.
"Pakcik taktahu ada apa dalam bilik tu? Rumah pakcik sendiri kut. Tak akan lah taktahu. Ke pakcik dua kali lima pembohong nombor satu?" Tanya Danisya sambil berpeluk tubuh.
"Mana ada apa apa dalam tu!" Bohong Rayyan.
"Hey! Kau tak payah nak menipulah! Pakcik, kalau pakcik nak tahu. Dalam bilik tu ada gambar kitorang ni tahu tak? Kebanyakan adalah gambar Kaisara! Pakcik tak pandai bilik kawan ni, ada kawan psycho macam ni. Nasib baik saya tak belasah dia hidup-hidup!" Kata Danisya dengan penuh berlagak.
Daniel terkejut apabila Danisya berkata begitu. Betul ke di dalam bilik itu ada gambar diorang? Rayyan pun sudah lama kenal Si TroubleMakers ni ke? Tapi kenapa aku tak pernah tahu bisik hati Daniel.
"Kenapa pakcik diam? Tak percaya dengan kami ke pakcik pun pyscho?" Tanya Emysha selamba.
"Awak jangan nak merepek boleh tak?" Balas Daniel.
"Merepek apa? Betul lah kawan pakcik ni pyscho! Saya tak pernah menipu seumur hidup saya, pakcik tahu tak?" Marah Danisya. Tak pernah menipu konon.
"Kau percaya diorang ke?" Tanya Rayyan.
"Tak! Tak ada sesiapa pun nak percaya diorang ni sebab diorang ni TroubleMakers. Kau tanya sesiapa pun diorang tak percaya juga"- Daniel
"Kau percaya aku kan?" Soal Rayyan.
"Tak juga sebab kau tak bagi aku masuk bilik tu"
Daniel cuba membuka ikatan Rayyan.
"Kenapa tak boleh nak buka ni?" Soal Daniel perlahan.
"Eh pakcik! Don't dare you buka itu ikatan!" -Emylia
"Awak ingat saya takut dengan amaran awak tu?" Perli Daniel.
"Kalau pakcik buka saya tembak pakcik. Itu tanda kubur dah memanggil" Danisya mengacukan pistol ke arah Daniel dan Rayyan.
"Kenapa saya tak boleh buka ikatan ni? And one more thing mana awak dapat pistol tu?" Tanya Daniel tanpa memperdulikan Danisya.
"Saya takut dia bunuh saya, So pistol ni saya beli dekat kedai mainan sebelah 7eleven tu." Balas Danisya jujur
Rayyan terkejut dia membulatkan mata!
"Pistol mainan?! Aku ingat pistol betul" Terkejut Rayyan, ingatkan pistol betul. Dia memandang Amymas tajam.
"Kau tak kenal ke perangai diorang, aku dah tahu lama dah. Perangai budak-budak mestilah senjata diorang mainan" perli Daniel dan cuba membuka ikatan itu kembali.
"Kalau pakcik buka saya pukul pakcik dengan kayu bestball ni" ugut Emylia.
"Kayu tu pun beli dekat kedai mainan juga ke?" Sindir Daniel dan terus cuba membuka ikatan tu. Kenapa susah sangat nak buka ni.
"Tu bukan mainan Daniel, diorang pukul aku guna kayu tu sampai pengsan aku. Kepala aku ni bengkak lagi ni." Kata Rayyan dalam kesakitan, nak sentuh kepala sendiri tidak boleh. Tangannya masih diikat.
"Mana awak dapat kayu bestball tu?" Tanya Daniel.
"Aduihh pakcik ni banyak tanyalah. Saya jumpa lah" jawab Emylia yang tengah memegang kayu itu, dia sempat menyentuh objek yang jauh daripadanya menggunakan kayu tersebut.
"Awak letak kayu tu. Jatuhlah barang dalam rumah saya. Awak nak ganti balik ke? Pasu ni siapa bagi pecah? Awak ke?Jumpa dekat mana kayu tu?" Soal Daniel tegas.
"Ha.. ada tu. Dekat pestronas, sekumpulan bestball pergi mana taktahu lah, nak pergi.. manalah saya tahu. Lepastu ada sorang dari diorang, pergi tandas. Dia boleh letak kayu tu dekat tepi tandas, saya ambil lah" cerita Danisya dengan jujur.
"Awak tahu tak?! Tu dah kira mencuri! Dah besar, tak pernah nak matang kenapa? Semak lah saya dibuatnya. Ni nak cari pasal dengan kawan saya pula? Apa yang dia dah buat dekat awak semua?"
"Tah! Tak matang.." sokong Rayyan.
"Weh! Korang lepaskan jelah dia" kata Kaisara tiba-tiba, dia kesian tengok Rayyan. Daniel berusaha membuka ikatan itu.
"Betul Kaisara, awak lah yang paling baik yang saya pernah jumpa selama ini. Saya akan bagi apa-apa sahaja untuk awak" kata Rayyan lembut
Daniel yang dengar itu terkejut tetapi malas dia nak ambil tahu tentang Rayyan yang tiba-tiba sahaja menjadi romantik tak tentu pasal. Tiberrr...
"Taknak lepas dia. Dia jahat!!" Balas Emylia, Danisya dan Emysha serentak.
"Lepaskan jelah!" Marah Kaisara. Geram dengan perangai rakannya.
"Memang nak lepas tapi takut" Emysha bersuara pula.
"Apa kata macam ni, kita pukul kepala diorang dengan kayu bestball ni sampai pengsan, baru buka ikatan tu, then kita lari. Baru ada jaminan yang diorang tak kejar kita" cadang Emylia.
"Haa bagus juga idea tu" puji Daniysa senyum
"Hoi! Kau jangan nak merepek boleh tak? Ingat kepala aku ni kelapa plastik?!" Marah Rayyan, kuat betul suara dia marah Amymas.
"Kai.. dia marah kau.." kata Emylia sambil menunjuk Rayyan dan lagi sebelah tangannya memegang tangan Kaisara yang tidak dibalut.
Rayyan mendengar kata-kata Emylia dia terus memandang ke arah mereka. Kaisara juga dilihat, Kaisara merajuk dengan aku ke? Kenapa muka dia macam takut je?
"Kai! Saya tak marah awakk!" Lembut sahaja suara Rayyan memujuk Kaisara.
Daniel memandang Rayyan apabila bahasa Rayyan dengan Kaisara dengan Emysha, Emylia dan Danisya berbeza. Apa kena dengan Rayyan ni?
___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉