Tanah Magis Malagemalai (Edit)

By wanstony

7.9K 935 295

Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian... More

prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
selingan bersama penulis dan sebotol minute maid pulpy
bab 23
bab 24
bab 25
penghargaan
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41

bab 42

151 15 10
By wanstony

Lian duduk santai di gazebo menikmati pemandangan matahari terbenam di kem Gambit. Sudah dua hari dia di sini, esok dia akan pulang semula ke Kota Shinsin. Tapi, terasa berat hatinya untuk meninggalkan kawasan yang tenang ini. Tidak seperti markasnya, dipenuhi dengan segala macam bunyi. Bising, kerana terletak di jalan utama kota.

Simbahan biasan oren yang mengasyikkan membuatnya santai. Bunyi cicipan burung yang terbang pulang ke sarang, menaikkan mood tenang yang jarang dirasai. Walaupun masih kedengaran suara-suara tentera berkawad sayup dari hujung padang, ia tak mengganggu walaupun sedikit. Malah meninggalkan bibit-bibit memori yang membuatnya ingin kembali semula.

Molot sudah memulakan ekpedisinya pagi tadi. Itu membuatnya agak sunyi kerana ketiadaan orang yang selesa untuk berbual. Mona, kata Molot sedang melalui fasa bersedih kerana adik kesayangannya masih tidak sedarkan diri. Ayu dan Dara pula agak muda. Mereka berbual pun sekadar cara bermain pedang. Tak lebih.

"Lian." Teguran seseorang dari sebelah, membuatnya menoleh. Gambit sedang tersengih bersama dua cawan di tangan. Dihulur satu kepada Lian.

"Eh, terima kasih." ucap Lian.

Usai membalas ucapan terima kasih, Gambit duduk di penjuru gazebo. Dia mencicip beberapa kali sambil membuang pandangan ke hadapan.

"Lian, aku minta maaf jika ada layanan pihak kami membuatkan kau rasa kurang selesa." tutur Gambit perlahan.

Dengan lekas Lian menidakkan.

"Aku rasa lagi tenang di sini. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Dekat sini, lagi banyak idea dan plan untuk perang yang timbul dalam kepala aku." sambungnya dengan jujur. Gambit tersenyum tipis.

"Ini yang terakhir." tutur Gambit secara tiba-tiba. Membuatkan Lian terpinga sebentar sebelum tersenyum.

"Iya Gambit. Ini yang terakhir. Ini waktunya untuk kita keluarkan segala apa yang ada."

"Aku sebenarnya dah penat sangat. Baik dalam atau luar, dua-dua dah penuh dengan luka. Tunggu masa nak rebah.."

Satu tamparan padu hinggap pada belakang bahu Gambit. Tidak sakit, tapi cukup untuk menyedarkannya.

"Mungkin kita baru sangat kenal. Tapi, aku tahu yang kau ni kuat, Gambit. Baik luar ataupun dalam. Kalau tak, macam mana kau masih boleh bertahan sampai sekarang."

Gambit terdiam. Dia selaku ketua tidak patut terikut dengan emosi.

"Seorang ketua kena kuat. Bukan badan je kuat, tapi hati, akal, perasaan. Itu semua penting sebab kau pimpin ribuan nyawa yang setia di belakang. Jika kau lemah, kau rasa askar kau sanggup bermatian di medan perang nanti?" Lian terus-menerus memberi kata-kata untuk menyedarkan Gambit.

"Kau betul." Gambit seakan diserap dengan semangat baru yang lebih jitu dari sebelum ini.

Lian menghulur tangan, Gambit menyambut. Seperti hendak bergusti lengan, mereka berpandangan seperti sedang terbakar dengan perasaan berkobar untuk berperang.

"Siapkan askar terbaik kau." tutur Gambit.

"Kau juga. Jangan hampakan aku dengan performance lemah daripada askar Gerakan Guling kau." balas Lian.

"Kita tunggu dan lihat.." Gambit berpaling melihat kelompok askar sedang berlatih bertempur menggunakan pedang. Sejalur, dia tersenyum puas.

○○○

Raja Sirius bersama Ilmuwan Hatta yang memegang sebuah kitab memunculkan diri di hadapan sebuah pintu gua setinggi lima tingkat. Raja Sirius memulakan langkah memasuki gua diikuti lelaki tua. Glob cahaya bersaiz besar dilepaskan dari tangan Raja Sirius lalu terbang di atas mereka bagi menerangi laluan.

Semakin dalam mereka melangkah, pelbagai suara serta deruan nafas menyapa gegendang telinga. Namun, ia tidak menjentik sedikit pun rasa takut di dalam hati. Setengah jam berjalan, mereka tiba di penghujung gua.

Pada dinding gua terdapat satu bulatan besar, di mana terukir barisan perkataan purba di sekelilingnya.

"Hatta. Mulakan sekarang." perintah Raja Sirius.

Ilmuwan Hatta mengangguk lalu menyelak helaian kitab. Sambil menutur mantera panjang, tangan kanannya dijulang tinggi seiring aura hitam mula mengelilingi penumbuk. Deruan angin semakin kencang tatkala Ilmuwan Hatta menyeru nama penuh Liutenant Roman iaitu Lord Kaizer Roman Pierce IV sebelum mengaju tangannya kepada bulatan.

Pancuran aura hitam mengenai dinding seiring perkataan-perkataan purba tersebut mula bersinar mengikut urutan sehingga lengkap sepenuhnya. Langsung mereka dikejutkan dengan jeritan nyaring dari bukaan dinding. Rasa kurang senang mula menyapa, mengelilingi persekitaran sehingga dapat dirasakan mereka berada di dimensi lain.

Ilmuwan Hatta mengundur beberapa tapak setelah proses pembukaan pintu dimensi lohong hitam selesai. Kini, mereka hanya perlu menunggu sesusuk tubuh yang diinginkan mereka, keluar.

Liutenant Roman melangkah keluar daripada dimensi yang parallel daripada dunia manusia. Setiap masa langit gelap seperti malam, udara tidak segar dengan pelbagai mahluk yang ditemuinya sejak dia memulakan pengembaraan.

Tapi, sekarang tidak lagi. Setelah dia mengikut gerak hatinya agar menuju satu bulatan cahaya yang muncul tidak jauh darinya, dia dapat tersenyum lebar memandang Raja Sirius dan Ilmuwan Hatta yang seperti sedang menanti kehadirannya.

"Selamat pulang Liutenant beta." tutur Raja Sirius bersama senyuman.

"Mari kita pulang. Sudah lama kau terkurung, lunaskan segala dendam yang bersarang." ujar baginda lagi.

"Menjunjung titah, tuanku." sembah Liutenant Roman yang sudah melutut.

Raja Sirius menyeringai lagi lalu melesapkan mereka bertiga tanpa menutup semula pintu dimensi yang ternganga menanti kehadiran sesuatu.

Di sebalik dimensi lohong hitam yang gersang tanpa sebarang hidupan normal. Sesusuk tubuh berdiri tegak memerhatikan bulatan cahaya dari jauh sambil menyeringai.

○○○

Kota Lycans

Molot, Saga, Kiran dan Jeneral Hasip kini berada di hadapan sebuah kafe bertema klasik. Saga menggaru dagu sambil mengeluh. Dia sendiri pun ragu-ragu dengan deria kuasanya.

'Takkan dia kerja dekat sini? Leone tak suka jumpa orang ramai. Mungkin dia minum je kot' getus Saga.

"Kenapa Saga?" soal Kiran.

"Hmm tak ada apa. Aku nak tanya sesuatu ni. Dalam firasat kau berdua, Leone nak ke kerja sini?"

Serentak Kiran dan Jeneral Hasip menggeleng laju.

"Dia anti-sosial. Tak mungkin." jawab Kiran.

"Betul tu. Dulu aku ada juga nak try dia, tapi dia tak layan." celah Molot sebelum terdiam. Dia memandang Jeneral Hasip yang beriak bengis.

"Kau memang lelaki cilaka!" jerkah Jeneral Hasip lalu mengeluarkan puluhan senjata api yang terapung di sekelilingnya.

"Sorrylah. Aku dah minta maafkan tadi." pinta Molot sambil terundur.

"Beritahu aku. Berapa ramai perempuan kau mainkan! Sudah berapa banyak hati yang kau kecewakan!" tempik lelaki tegap itu sehingga mengundang gerun pada penduduk sekeliling.

"T-tak ramai. Sikit je." jawab Molot.

"Kau jangan malukan kaum lelaki dengan perangai tidak senonoh kau. Pasal lelaki macam kau, seluruh gender ni terpalit sekali. Digelar lelaki buaya." ujar Jeneral Hasip.

"Tahu-tahu. Sorrylah. Bukan aku buat apa dekat Rose. Dia sendiri yang lari ikut aku."

"Ah! Setelah berbagai janji manis kau tabur, kemudian kau pergi tinggalkan dia. Bapa mana tak marah tengok anak dia muram durjana?"

"Okay aku tahu. Dahlah, back to our business kay?"

Saga melirik kepada dua susuk yang bertekak dari semalam. Jeneral Hasip dengan marahnya, Algojo dengan mulut puaka yang suka menjawab tanpa ingin mengalah.

Bunyi daun pintu ditarik seseorang membuatkan Saga menoleh hadapan semula. Wajah seorang gadis cantik berambut hijau serta berkaca mata ditenung olehnya.

"Leone?"

"Saga?"

Soal mereka serentak.

..

Leone dan Saga menghuni sebuah meja yang agak jauh di dalam kafe tempat kerja Leone sekarang. Kiran, Molot dan Jeneral Hasip disuruh tunggu di luar dan diberi amaran agar tidak mengintip perbualan mereka berdua.

"Oh, jadi awak nak saya sertai pemberontak dan berperang bersama mereka?" Soal Leone.

"Yup. Leo dengan Tailong menolak semasa saya bertemu mereka." jawab Saga.

"Angin? Khan? Tyara?"

"Angin dengan Khan saya belum jumpa lagi. Tapi Tyara dah berpihak dengan Sirius."

"Hah? Seriuslah? Tak mungkin Tyara buat macam tu."

"Iya. Sebab itu saya kumpulkan semua ahli Elder Creed."

"Bekas." potong Leone dengan laju.

Saga terdiam. Ketika itu pelayan wanita datang menghantar pesanan. Pelayan tersebut sempat melirik bersama senyuman kepada Leone yang penuh makna. Leone sekadar tersengih. Biasalah, wanita mana tidak senang duduk bila melihat lelaki kacak.

Semasa mereka melangkah masuk, semua mata wanita di dalam kafe memandang Saga. Memang tidak dinafikan yang ketampanan pemilik kuasa magis alam mampu mencairkan hati mana-mana wanita. Ditambah dengan tubuh maskulinnya yang segak dalam apa jua pemakaian. Sentiasa menjadi perhatian. Dia sendiri pun kadang-kadang mengambil peluang menilik wajah Saga dari jauh.

"Jadi, awak nak ikut tak?" soal Saga. Langsung mematikan lamunan Leone.

"Erkh. Saya tak dapat bagi keputusan sekarang." jawab Leone seraya menunduk memandang cawan kaca berisi air limau.

Leone seperti sudah sebati dengan kehidupan di bawah yang jauh lebih seronok. Dia tidak lagi terkongkong dengan mana-mana protokol. Bahkan dia baru sedar akan makna kehidupan selain daripada menghabiskan masa di Kota Awan.

Dahulu, tidak ada lelaki yang berani menegurnya kerana perbezaan pangkat. Kini, dia bebas bergaul. Berkawan dengan pelbagai ragam dan perangai yang membuat hidupnya lebih terisi. Jujur, dia tenang walaupun tiada orang suruhan untuk diarah membuat pelbagai tugasan.

Tapi, jauh di dasar hati, masih terdapat sekelumit penyesalan kerana lebih banyak berfoya berbanding menjalankan tugasnya dahulu. Mungkin kedatangan Saga adalah satu titik baginya menebus kesilapan lalu.

Leone membulatkan hati. Dia sudah bertekad.

Saga terus menikmati juadah. Sesekali melirik Leone yang merenung cawan tanpa berkata apa-apa. Awal pertemuan tadi, dia hampir tidak mengecam Leone kerana penampilannya yang jauh berbeza. Di Kota Awan, setiap wanita berpangkat perlu menyanggul rambut mengikut peraturan yang ditetapkan. Jarang dia berjumpa wanita melepaskan rambut di sana.

Benar, Leone kelihatan seperti orang lain dengan uraian rambut ikalnya serta cermin mata yang membezakan wajahnya daripada dahulu. Jauh lebih anggun pada matanya. Nasib baik Saga masih mengecam warna rambut Leone serta derianya mengatakan itu orang dicari.

"Cermin mata tu beli dekat mana."

"Huh? Ini saya beli masa karnival dua bulan lepas. Saya nampak ramai perempuan pakai cermin mata, itu yang cuba."

"Nampak lain."

"Lain?" Leone berkerut.

"Tadi saya hampir tak dapat cam awak. Kalau deria saya ni tak peka, memang kita tak jumpa hari ini."

"Hehe. Takdir dah tertulis untuk kita bertemu dan berjuang bersama." ujar Leone sambil menjawab persoalan sebab pertemuan ini.

Saga terhenti makan. Dia mendongak memandang Leone lalu meraih tangan wanita itu. Pandangannya menikam dua anak mata coklat sambil tersenyum.

"Terima kasih Leone. Saya akan kenang pertolongan awak sampai saya mati."

Wajah Leone berona merah. Bukan apa, dia malu kerana sedang dipandang oleh rakan kerjanya yang lain. Pasti akan ada gosip nakal selepas ini. Dia melarikan tangan lalu menunduk. Saga tersengih memandang Leone yang kemerahan wajahnya seperti mendapat idea bernas.

"Leone. Muka awak makin comel bila macam ni."

Leone membungkam dengan usikan Saga.

"Alololo comelnya dia muka merah-merah. Kenapa ni? Lapar eh?" soal Saga dengan suara memujuk.

"Eee awak jahat. Suka usik orang." bentak Leone sambil memandang luar tingkap. Saga ketawa mengekeh.

Seketika kemudian, Saga menghabiskan juadah dan tersandar memandang Leone yang masih membungkam. Dia tahu yang wanita itu sekadar berpura-pura.

"Jadi, apa sebab awak nak berjuang dengan saya?" getus Saga dan membuatkan Leone tersentak.

"Saya rasa. Ini masanya untuk membayar semula segala perlakuan saya ketika di Kota Awan. Banyak kesilapan yang saya lakukan tanpa memikir orang lain."

"Baguslah kalau begitu. Lagi satu, Lord sudah tak ada."

Leone ternganga dan tersandar. Anak matanya bertukar tidak statik setelah mendengar perkhabaran daripada Saga.

"Lord dah tak ada?"

"Saya minta maaf sebab tidak beritahu lebih awal. Silap saya juga kerana tidak berada di sisi Lord. Saya memilih untuk terus tinggal di sini dan meneruskan perjuangan bagi merampas semula tanah ini."

"Ta-tapi saya tak sempat memohon maaf daripada Lord." tutur Leone bersama linangan air mata.

Saga beralih tempat di sebelah Leone. Dia meraih telapak tangan lalu menggenggam erat jemari Leone dengan harapan wanita di sebelahnya beransur tenang daripada asakan emosi ketika ini. Tidak ada kata yang boleh diluah, ini masanya untuk seseorang meratapi sebentar kehilangan orang yang dihormati.

"Sudah Leone. Jangan ikut sangat perasaan awak. Ini semua takdir, saya sendiri pun terkejut ketika ketua pengawal istana menghubungi bagi meminta saya pulang ke Kota Awan segera. Kami dah sempurnakan jasad Lord dengan sempurna. Sekarang, kita harus sempurnakan impian Lord untuk membersihkan kegelapan yang masih bermarajalela di Malagemalai."

Bisikan Saga menyedarkan Leone. Untuk apa dia meratapi sedangkan dia masih hidup bagi meneruskan impian Lord.

"Ya. Saya perlu bangkit." tutur Leone perlahan.

"Macam ni Leone yang saya kenal." bisik Saga.

Saga memanggil pelayan bagi menjelaskan bil pesanan. Setelah selesai pembayaran, mereka berdua keluar dari kafe seraya menghampiri tiga susuk yang berdiri di antara keramaian yang berkumpul.

"Tengok apa?" tegur Saga sambil tertinjau.

"Ada orang gaduh." jawab Molot selamba.

"Jom gerak. Ada dua orang lagi kena jumpa." ajak Saga kepada mereka bertiga.

Kiran dan Jeneral Hasip berpaling lalu berjalan. Mereka berbual tentang dua pemuda yang bergaduh. Kebanyakannya mengutuk tentang pergerakan yang lambat serta kekurangan skil.

Molot, Saga dan Leone bersaing di belakang menuju wilayah Emas.

"Kita nak cari siapa lepas ni?" soal Kiran yang menoleh belakang memandang Saga.

"Orang yang paling tenang dan paling gila."

"Siapa?" celah Molot.

"Angin." jawab Leone bagi pihak Saga yang seperti tidak sabar bertemu dengan lelaki tersebut. Lelaki yang ada kisah dengan Saga.

"Angin. Satu-satunya manusia yang pernah menewaskan pemilik kuasa magis alam." tambah Leone.

Continue Reading

You'll Also Like

380K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
1.9M 4.3K 24
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
20.3K 92 5
NEW STORY !! YANG LAMA TU WATTPAD DAH REMOVED...TAKK MARAH WATTPAD SEBAB IT'S MY FAULT LETAK GAMBAR 18 BANYAK !! HEHEHEHE SO ENJOY OKAY..MAYBE AKAN S...
54.1K 193 7
ahahahahahah