Tanah Magis Malagemalai (Edit)

By wanstony

7.9K 935 295

Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian... More

prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
selingan bersama penulis dan sebotol minute maid pulpy
bab 23
bab 24
bab 25
penghargaan
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 40
bab 41
bab 42

bab 39

116 12 0
By wanstony

Muda tersedar dalam keadaan tertiarap di dalam ruangan putih yang luas. Jantungnya berdegup laju mengepam masuk oksigen melalui saluran hidung. Setelah tenang, dia menolak badannya untuk duduk bersila. Dia memandang sekeliling sebelum bangkit berdiri.

"Aku dekat mana ni?" getus Muda sendirian seraya melangkah dengan kepala yang tertoleh.

"Kau berada di dalam fikiran kau sendiri," jawab satu suara yang kedengaran parau dan bergema.

"Hah?" Muda terpinga.

"Pelindung yang selama ini mengunci kuasa kau hampir terbuka. Sudahkah kau bersedia, Muda?"

Muda mendiamkan diri. Dia sebenarnya masih bingung dengan apa yang telah berlaku dan juga jawapan kepada soalannya tadi. Kini, dia perlu menjawab soalan lagi. Lalu Muda memilih untuk tidak menjawab dan terus berjalan meredah ruang tanpa sempadan itu. Sesekali dia cuba melancarkan serangan magis, namun gagal.

"Apahal magis aku tak keluar?" soalnya kepada diri sendiri sambil memandang kedua telapak tangan.

Susuk seorang lelaki berambut panjang, memakai sepersalinan pendekar berwarna hitam dan bertanjak emas di kepala, memunculkan diri seraya menghampiri Muda. Roar di dalam wajah sebenar yang tidak dikenali oleh Muda menayang riak serius.

"Kau siapa?" tanya Muda dengan dahi berkerut. Namun soalannya tidak dijawab.

"Kuasa kau bukan sekadar anugerah, ianya adalah tanggungjawab yang wajib digalas oleh pemiliknya. Gunakan kuasa kau untuk menghapus segala kebatilan yang telah merenggut keamanan manusia. Ianya adalah tugas kau untuk mengganti sengsara yang sudah lama menyelubungi Malagemalai dengan keamanan dan kemakmuran di bawah pemerintahan kau."

Muda berdiri pegun dengan tangan di sisi.

"Jangan sesekali angkuh dengan kuasa yang ada. Ianya bukan satu taraf untuk kau bermegah. Kau milik penduduk Malagemalai." pesan Roar.

Roar mendekati Muda dan berdiri di hadapan remaja tersebut. Dia menyentuh bahagian dada yang terdapat lambang naga. Muda hanya memerhatikan perlakuan lelaki berambut panjang sebelum dadanya dicucuk rasa sakit sehingga jatuh melutut. Dia mendongak dan bertanya mengapa. Tapi, Roar hanya mendiamkan diri.

"Sebelum itu, kunci kau harus dibuka dahulu." ujar Roar.

Pandangan Muda semakin kabur dan gelap sekali lagi.

○○○

Di kawasan latihan dimana Muda sedang dirasuk dengan kuasanya, awan berarak gelap bersama pancaran petir bersabung di langit seiring dentuman guruh yang menggerunkan. Deruan angin semakin rakus menampar rumput dan menerbangkan ranting kecil serta habuk.

Saga di sebalik zirah besinya hanya menelan liur. Beginikah amukan yang perlu dihadapi ayahandanya satu ketika dahulu? Mawar disuruh pulang agar tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia memincing tajam susuk muda yang dikeliling kilat dan api.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila Muda membuka langkah mempertahan diri warisan Malagemalai. Tanah merekah setiap kali kakinya menghentak dengan keras. Hayunan tangan serta gerak badannya dilengkapi dengan satu tumbukan pada tanah seiring aura merah meletus. Tanah yang dilalui aura pecah menjadi kawah luas.

Saga terapung di udara. Dia melirik kepada Muda yang berdiri tegak sebelum mendongak memandangnya dengan biji mata merah. Saga terkedu.

Sekelip mata, Muda lesap dan muncul di hadapan Saga lalu menujah satu penumbuk pada bahagian kiri topeng besi. Dengan kelajuan penuh, Saga terjunam menghentam tanah. Tanpa lengah, Saga melompat keluar dari lubang lalu bertarung tangan kosong dengan Muda di udara.

Gerakan mereka semakin laju menujah penumbuk dan sepakan sesama mereka. Sesekali serangan Muda mengenai zirah besi sehingga meninggalkan lekukan berbentuk penumbuk. Seiring itu Saga mula hilang tumpuan dan sukar menangkap serangan Muda yang berlipat kali ganda laju. Satu lagi penumbuk singgah pada perut Saga, membuatkan badannya meringkuk sakit.

"Kau terlampau angkuh tadi." tutur Muda serentak menujah sepakan padu pada perut Saga.

Badan Saga meluru laju ke atas sehingga melanggar kepulan awan. Muda di bawah membengkokkan lutut. Letusan api terhasil pada tapak kaki tatkala dia menujah badan ke atas. Letusan api bertambah kuat seiring kelajuannya bertambah.

Saga dapat menangkap susuk Muda yang meluru seperti halilintar melepasinya. Dia menghasilkan bulatan magis lalu mencapai goloknya.

'Seperti inikah amukan kakanda Merah dahulu sehingga meruntuhkan suku daripada Istana Seri Gelam yang terlampau besar. Mungkin ini masanya untuk aku gunakan kuasa penuh. Biarlah si iblis itu hendak datang. Aku akan pastikan dia tewas sebelum sempat mengenggam aku.' Getus Saga.

Muda yang jauh di atas Saga mengumpul tenaga kilat pada dua telapak tangan di sisi badan. Letusan aura merah dan kilat sebesar sfera gergasi memancar terang sebelum bertukar kecil. Bunyi bising daripada proses pengumpulan tenaga menarik perhatian Saga untuk memusingkan badannya. Deruan angin kencang menerbangkan rambut Muda sambil sfera api dan kilat berputar antara dua telapak tangan.

"Lelaki itu kata, jangan angkuh walau sekuat mana pun kau." ujar Muda ketika sfera api dan kilat semakin membesar. Tekanan kuasa juga semakin kuat menekan sehingga dirasai setiap manusia di kem pertahanan Gambit.

Saga tergamam. Mona dan yang lain-lain turut tergamam memandang Muda serta Saga yang tinggi di kepulan awan. Molot tiba bersama Jakal di sebelah. Mereka hanya menggeleng kepala ketika memandang apa yang berlaku di atas.

"Ini aura paling kuat pernah aku rasa." tutur Molot perlahan. Dia merengkuh liur.

Awang, Badang dan Muda Kasturi muncul di kawasan tersebut seraya mendongak. Sfera oren bersaiz gergasi diperhatikan seketika sebelum mata mereka membulat. Pusaran gelap terhasil pada awan seiring tiupan angin seperti tornado menghentam mereka. Serentak itu, suara jerkahan maha kuat terhasil daripada pusaran yang semakin luas. Kepala naga bersaiz gergasi muncul keluar daripada pusaran.

Badang dan Muda Kasturi lekas melompat tinggi.

"Seru Tiga Kepala!" teriak Badang.

Muda Kasturi merapatkan dua telapak tangan. Matanya terpejam.

"Penjaga tiga unsur. Bangkitlah. Cicitmu memohon bantuan daripada kalian." ujarnya.

Tanah bergegar. Angin bertiup semakin kencang. Secara tiba-tiba, ombak besar muncul di daratan sebelum menghempas tanah menjadi sesusuk wanita berbaju tradisional Kota Shinsin. Seorang lelaki melompat keluar daripada tanah lalu mendarat bersama kepulan asap yang menjulang tinggi. Lelaki tersebut melangkah menghampiri wanita tersebut.

"Iris. Cantik seperti selalu." tuturnya.

"Mulut kau sentiasa manis seperti selalu, Zainal." balas Iris.

"Cis, jangan panggil aku dengan nama tu. Aku Rock."

Tiupan angin bertiup kencang lalu bergabung menjadi sesusuk manusia. Seorang lelaki tinggi berambut panjang terapung di udara sambil memandang Iris dan Rock.

"Hei Iris, Zainal." sapa lelaki tersebut.

"Aku Rock. Kau orang bodoh ke apa?" terjah Rock.

Muda Kasturi mendarat di hadapan tiga susuk yang bertikam lidah.

"Maafkan cucu. Cucu menyeru kalian untuk meminta bantuan melemahkan amukan Raja Muda." pinta Muda Kasturi.

"Amukan Raja Muda??" serentak tiga susuk tersebut bertanya.

"Apa kau gila? Roar seorang sahaja yang boleh tahan amukan ini. Itupun jika dia mahu. Dia gemar melihat kekuatan waris jagannya sebelum datang saat akhir." ujar Rock.

"Melaikan jika ada keajaiban yang berlaku." tutur lelaki berambut panjang seraya mendongak.

Saga di udara hanya mampu ternganga. Seekor naga yang muncul daripada pusaran di atasnya membuatkan dia terkedu. Ternyata ini lebih daripada apa yang disangkakan.

"Lelaki itu kata, jangan angkuh walau sekuat mana pun kau!" jerkah Muda seraya melancarkan sferanya.

Saga terpempan. Badang dengan kelajuan penuh menyambar Saga daripada terkena serangan magis yang mampu membawa maut. Sfera meluru laju lalu menghentam tanah sehingga menghasilkan impak letupan yang dahsyat.

"Gila adik kau ni Mona." ujar Molot setelah menghasilkan pelindung.

Gambit menghasilkan zirah besi.

"Kita kena tahan Muda daripada hancurkan kem ni. Kalau tak, sia-sialah persiapan perang kita." ujarnya.

"Iya betul." sokong Jakal lalu bertukar menjadi jasad haiwannya.

Panglima Qodi, Panglima Kong, Awang dan Ayu turut bersetuju.

"Tak perlu." tutur Mona seraya melibas tangan ke atas.

Pelindung magis pecah seiring hembusan angin kuat menolak kepulan asap yang mengaburi mata. Kawasan sekeliling mereka bertukar menjadi kawah dalam seluas dua padang latihan. Semua di situ terbuntang memandang kesan serangan Muda.

"Molot, kau buka portal di sebelah Muda. Aku tak boleh teleport ke sana, dia dapat kesan." arah Mona.

"All right. Seperti yang kau ingin." Molot membuka portal dimensi.

Muda di udara memandang dua susuk yang menjauhinya dengan laju. Letusan kilat memancar pada telapak tangan seraya memanjang. Dia melempar lembing kilat yang pecah menjadi lima sebelum menegakkan badan. Bulatan magis bersaiz besar muncul di hadapannya. Pancaran kilat memancar dari setiap sisi bulatan dan memanjang lalu meletuskan sfera kilat yang membesar.

Badang menepis serangan dengan pedang hitam bersaiz besar.

"Jika engkau sekutunya. Kau pun harus mati." tutur Muda.

Muda bersedia untuk melancarkan serangan. Namun terhenti dikala tangannya digenggam lembut oleh seseorang. Dia memandang lengannya sebelum mendongak kepada Mona yang tersenyum nipis.

"Muda, sudah. Kau dah buat yang terbaik." pujuk Mona lalu memeluk Muda yang berbadan hangat.

Muda di dakapan Mona beransur tenang. Deruan angin kian perlahan. Naga di pusaran berundur semula seiring pusaran gelap semakin mengecil dan hilang. Serangan kilat dan bulatan magis di hadapan, pecah menjadi partikel halus yang berkilat. Mata Muda beransur normal.

"Muda minta maaf." ujar Muda sebelum jatuh pengsan dalam dakapan erat Mona.

Keadaan bertukar normal menunjukkan matahari sudah lama tenggelam diganti dengan waktu malam. Mujur tiada nyawa yang terkorban dalam amukan waris unggul diraja.

○○○

Waktu malam. Di Istana Seri Gelam, Raja Sirius seperti biasa akan menuju ruangan peribadinya di tingkat atas. Baginda melangkah sambil pengawal memberi tabik hormat kepadanya tatkala melepasi mereka. Setiba di bilik, Raja Sirius mengambil keputusan untuk berendam di dalam tub air panas.

Sambil berendam. Dia mengingati semula tentang fenomena yang tidak pernah dirasai olehnya. Satu tekanan yang maha kuat petang tadi sedikit sebanyak menggusarkan hatinya. Ilmuwan Hatta mencadangkan agar mengesan punca kuasa itu lalu memusnahkan sahaja. Tapi, Raja Sirius menolak agar tidak mengurangkan lagi bala tentera yang ada. Tapi, dia sebenarnya mempunyai alasan tersendiri.

"Aku bosan tak ada orang yang mampu menentang aku. Aku rindu hendak bertempur dengan mereka yang hebat." ujarnya seorang diri sambil bersandar.

"Aku harap kau dapat beri hiburan seperti Merah lakukan." tuturnya lagi.

○○○

"Apa! Baiklah, aku pulang sekarang." ujar Saga ketika dia berseorangan dalam bilik.

Langkahnya terkocoh menghampiri pintu bilik lalu berlari keluar menuju rumah penginapan Mawar. Tidak sampai seminit, dia tiba di hadapan rumah seraya mengetuk pintu berulang kali. Pintu dibuka seseorang. Wajah Mona terpampang di muka pintu.

"Mawar mana? Ada sesuatu yang buruk telah berlaku di Kota Awan." jelas Saga tanpa diminta Mona.

"Apa dia?"

"Lord Kota Awan mati dibunuh. Cepat panggil Mawar, aku nak bawa dia pulang."

Mona masuk semula untuk seketika sebelum beriringan bersama Mawar yang memeluk patung beruang.

"Atok, Mawar nak tidurlah." tutur Mawar manja.

Saga cangkung di hadapan Mawar.

"Kita balik Kota Awan sekejap ya."

"Kenapa?"

"Nanti atuk bagi tahu. Sekarang naik belakang atuk cepat."

Mawar tanpa banyak soal melompat naik belakang badan Saga. Saga menoleh kepada Mona.

"Kau jangan risau sangat pasal Muda. Badannya sedang membiasakan dengan kuasa yang baru diperoleh. Lambat-laun dia akan sedar. Macam kakanda aku dulu." Saga langsung menutup badannya dengan sfera biru sebelum lesap.

Mona memandang langit gelap sebelum masuk dan menutup pintu.

○○○

Lian mempersiapkan seekor Fierce di luar kawasan kubunya sebagai kegunaan ketika perjalanan ke kem Gambit. Satu beg sederhana besar untuknya disangkut di tepi, satu lagi beg berisi makanan untuk haiwan tunggangannya di sebelah kiri.

"Kau pasti nak pergi seorang?" Zorro melangkah keluar dari kegelapan malam.

"Aah. Lagi pun aku cuma hendak bertemu Molot. Jadi identiti aku sebagai ketua Organisasi Tawan tidak akan terlalu menonjol." jawab Lian tanpa menoleh.

"Bila nak gerak?"

"Sekarang."

Lian mencapai kerudung labuh hitam lalu disarung. Dia menghampiri Zorro.

"Aku sebenarnya ada amanah yang perlu diserahkan. Ianya daripada Lord Kota Shinsin sendiri." tutur Lian.

"Tak kisahlah. Janji kau pulang semula sudah memadai."

Lian tersenyum. Zorro menyentuh dagu Lian sambil memandang tepat anak mata wanita itu.

"Hati-hati. Jangan lupa aku dekat sini."

"Takkan. Sayang."

Bibir Lian dan Zorro bertaut mesra.

Tanpa disedari, sepasang mata memandang adegan kurang sopan itu sambil ketawa perlahan. Dan tanpa dia sedari, dua susuk yang diperhatikan sudah hilang entah ke mana.

"Cargas. Baik kau keluar." ugut Zorro sambil menghasilkan bunyi bilah katana ditarik keluar.

Berdesing telinga Cargas di sebalik rimbunan semak. Dia terkaku.

"Cepat, Cargas. Kami menunggu." tutur Lian lembut. Namun kedengaran menakutkan.

"Okay, okay. Aku keluar. Sorry." Cargas berdiri dengan dua tangan dinaikkan paras bahu.

"Bagus."

Bahu Cargas ditepuk seseorang dari belakang. Dia menoleh, namun tiada sesiapa melainkan pokok dan rimbunan semak.

"Cari siapa?"

Cargas menoleh semula. Pasangan kekasih sudah berdiri seperti biasa bersebelahan Fierce. Lian memanjat Fierce sebelum Zorro meraih tangan buah hatinya dan mengucup perlahan. Cargas buat gaya hendak muntah. Lian melepaskan tautan jemari mereka dengan berat sebelum mendekati Cargas bersama Fiercenya.

"Kau jangan beritahu sesiapa. Kalau ada orang lain tahu, siap kau." ugut Lian. Cargas mengangguk sebelum melirik kepada Zorro yang sedang menarik sedikit katananya bersama pandangan tajam.

"Baiklah sayang. Aku gerak dahulu." ujar Lian kepada Zorro seraya merentap tali Fierce untuk memulakan perjalanan.

Zorro dan Cargas berdiri sebelah-menyebelah memerhatikan susuk Lian yang kian mengecil.

"Dah berapa lama kau dengan kak Lian?" soal Cargas.

"Dari kau belum pergi perang lagi." Zorro terus berpaling dan melangkah.

Continue Reading

You'll Also Like

3K 7 1
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...
1.9M 4.3K 24
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold
269K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
531K 36.5K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...