Tanah Magis Malagemalai (Edit)

By wanstony

7.9K 935 295

Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian... More

prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
selingan bersama penulis dan sebotol minute maid pulpy
bab 23
bab 24
bab 25
penghargaan
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42

bab 34

142 17 6
By wanstony

Gambit ralit menyusun stok makanan yang baru dibeli dari pedagang yang menjual barang dagangan mereka di Kampung Rentaka. Dia bersama lima orang askar bergilir-gilir keluar masuk dari stor sambil memikul tong kayu yang diambil di kereta pacuan Caballus. Badan tegap mereka dibasahi dengan peluh yang mencurah keluar dek cuaca panas dan keadaan yang berbahang di dalam ruangan kedap udara itu.

Setelah selesai menyusun segala tong berisi makanan kering dan basah di dalam beberapa barisan, dia melepaskan kelima-lima askarnya pergi berehat sebelum sambung menjalankan tugasan semula.

Dari jauh, dua susuk lelaki berjalan meredah cuaca panas sambil seorang lagi mengomel tentang keadaan yang berbahang. Kiran hanya menyepikan diri dengan tangan di dalam kocek. Sekali-sekala dia akan membetulkan kedudukan jambulnya. Di sebelahnya, Saga asyik mengeluh kepanasan.

Gambit duduk tersandar sambil mengibas mukanya dengan kipas tangan berwarna putih kusam. Dia sengaja tidak menyarung baju ke badan supaya angin dapat menyapa kulit badannya. Dengan riaknya yang berkerut serta mulut yang sedikit ternganga dia disapa oleh seseorang. Gambit lantas mencelikkan mata seraya mendongak.

"Eh Saga," tegurnya seraya mengajak dua lelaki di sebelahnya duduk.

"Gambit, ni Kiran. Nanti dia akan turut membantu ketika peperangan berlaku," terang Saga.

Gambit mengangguk sambil menyambut huluran tangan dari Kiran.

"Kau yakin ke yang perang akan tercetus?" tanya Kiran yang duduk berhadapan dengan Gambit.

"Sirius sendiri yang sudah menetapkan tarikh peperangan besar antara kami dan dia," jawab Gambit mendatar.

"Berapa lama lagi?"

"Kurang dari empat bulan,"

"Dah tak lama tu,"

"Segala persiapan awal sudah kami sediakan. Tinggal menunggu masa yang sesuai untuk ke fasa lagi satu," Gambit merenung tepat ke anak mata Kiran. "Kemudian, baru tiba fasa terakhir," sambung pemimpin Gerakan Guling itu.

Kiran hanya mengangguk. Tapi otakknya ligat memikirkan soalan yang mahu diaju kepada susuk lelaki dihadapannya.

"Panas eh cuaca. Kalau dapat jus limau sedap ni," ujar Saga tiba-tiba. Dia ni memang gemar mengubah topik perbualan. Walaupun ketika itu topik yang sedang dibincangkan merangkumi hal penting.

"Takpun jus tembikai. Memang pergh," sampuk Kiran sambil menaikkan kedua ibu jarinya. 

"Bagus juga tu. Jom, Saga. Kau belum jumpa anak Lord Asdtal lagi kan?" ajak Gambit bersama pertanyaan.

Saga menggeleng. "Mesti dah besar budak kecik tu," ujarnya seraya berdiri dan mengikuti Gambit yang sudah berjalan. Kiran di belakang hanya membuntuti rakannya menuju sebuah rumah.

..

Mona, Kencana, Ayu dan Dara sedang galak bersembang dan diselang-seli dengan hilaian tawa dari mereka berempat. Kadangkala, mereka bertepuk-tampar sesama sendiri sebelum tertawa.

"Shah? Tak mahulah," ujar Kencana setelah dia dipadankan dengan lelaki tersebut oleh Ayu dan Dara.

"Tak yah fikir sangat pasal lelaki ni. Nanti bila masanya tiba, kamu berdua akan berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mencintaimu dengan sepenuh hati. Macam Ayu kita ni," perli Mona sebelum pinganggnya dicubit gadis itu.

"Macam tak percaya pula yang akak bercinta dengan Molot," omel Dara.

"Itulah orang tua ada cakap. Mula-mula benci, lama-lama sayang," tambah Mona lagi sebelum meletus tawa dari ke empat-empat gadis itu. Namun tangan Ayu tetap menjalar mencari sasarannya untuk dicubit.

"Ahh!" Mona terjerit manja tatkala pehanya menjadi mangsa cubitan Ayu yang agak menyakitkan. Tapi apalah sangat sakitnya jika hendak dibandingkan dengan hirisan mata pedang yang pernah melukakan badannya.

Hubungan empat gadis ini semakin bertambah erat dari hari ke hari. Memandangkan bilangan wanita tidak ramai berbanding dengan lelaki di dalam kumpulan ini, maka sememangnya mereka lebih selesa untuk berbual atau meminta bantuan dari kawan sejantina. Secara tidak langsung, ianya mengeratkan lagi hubungan mereka seperti adik-beradik.

Perbualan mereka dikejutkan dengan ketukan statik di daun pintu. Mona lekas turun dari katil untuk membuka pintu memandangkan dia tuan empunya bilik.

"Eh ramainya," getus Gambit setelah terpandang tiga gadis di dalam bilik. Dia melambai tangan kepada gadis-gadis yang sangat dikenalinya.

"Kenapa Gambit?" soal Mona setelah keluar dan menutup pintu bilik.

"Aku nak tanya kat mana kau letak buah. Aku nak buat jus," jawab Gambit sambil menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

"Jus?" riak Mona berkerut, tapi comel di mata Gambit. Dadanya secara tiba-tiba berdebar dengan kencang.

"Aah jus. Panas ni," jawab Gambit tanpa mengalih matanya dari melihat wajah Mona sambil tangannya mengibas baju untuk menunjukkan yang cuaca hari ni panas.

"Sekejap," Mona berpaling dan melangkah menuju dapur.

Mata Gambit mengikut alunan belakang badan Mona yang kelihatan padat di dalam bungkusan kain baju dan seluar senteng paras betis yang sendat di bahagian peha. Bingkas dia menggelengkan kepalanya dengan laju supaya fikiran nakal berlalu pergi dari menguasai akal.

"Gambit!" teriak Mona dari dapur. Gambit terus menyahut dan berlalu ke dapur.

Sampai di dapur, sekali lagi nafsu Gambit diuji dengan panorama yang cukup indah di hadapan mata. Lelaki itu menelan liur melihat lekukan indah punggung Mona yang sedang membongkok sambil membebel di almari. Tapi tiada satu pun yang didengari Gambit kerana keasyikan menghayati keindahan yang satu ini. Matanya tidak berkedip melihat kesendatan dan kemontokan daging pejal yang membuatnya menelan liur.

"Gambit, kau pandai buat jus ke?" soal Mona seraya berdiri dan berpusing menghadap Gambit.

Gambit memandang Mona dengan terkejut, anak matanya bergerak-gerak. Walaupun wajahnya kelihatan agak tenang, tapi di sebalik dadanya tersembunyi getaran nafsu yang kian menguasai diri.

"Kau okay tak Gambit?" Mona menyoal sambil melangkah menuju meja dengan beberapa biji buah manga di tangan.

"Err aku, aku okay," jawab Gambit. Dia mengesat bintik peluh yang keluar di dahi dengan lengan baju. Sampai berpeluh dia menahan getaran nafsu yang tiba-tiba mengasaknya.

Mona mengangguk dan meletakkan buah di atas meja. "Kau pandai buat jus tak?" Gambit menggeleng. Gadis itu tersenyum. "Tu asal berpeluh?" soal Mona lagi dengan nada yang kedengaran lembut di telinga lelaki itu.

Gambit terkedu. Tamparan nafsu sebentar tadi membuatkan dia sukar berkata-kata. Segalanya serba tak kena. Dia resah memandang Mona yang kelihatan menawan dengan uraian rambut panjangnya. Baju biru yang agak ketat menampakkan ukuran sebenar badan Mona yang sememangnya sudah mencapai usia matang dan dua daging mengkal di bahagian dada gadis itu. Ianya terlalu indah. Selama ini, Mona akan mengikat rambut bila di luar dan pemakaiannya juga terlalu kontra berbanding hari ni, ianya terlalu menonjol di mata Gambit dan mengasak satu perasaan pelik yang bersarang di dalam diri manusia normal.

"Kau okay tak ni?" Mona kelihatan tidak berpuas hati dengan reaksi Gambit. Terlalu pelik sehinggakan dia pun mula merasa pelik. Dia mendekati lelaki itu dan memandang tepat wajah Gambit yang agak gelap kerana selalu berdiri di bawah cahaya matahari dan terdapat parut kecil di kedua hujung keningnya. Badan mereka semakin rapat ketika Mona menjingkit kaki untuk membelek wajah Gambit.

Gambit terundur beberapa tapak. Wajah munggil Mona kian merapatinya, bau wangian dari badan gadis itu menyapa hidungnya. Dia buntu, geram, gemuruh dan resah. Apa yang patut dilakukannya sekarang pun dia tidak tahu. Dadanya sesak diasak dengan gelora perasaan yang sukar dikawal. Mungkin dia perlu meminta tips daripada Molot, lelaki itu pakar dalam hal-hal begini.

"Aku okay. Aku pergi depan, panas lah kat sini," pinta Gambit setelah merasakan yang dia harus berjauhan sebentar dengan Mona. Jika tidak, pasti akan terjadi perkara yang tidak pernah terlintas di kepala Gambit untuk melakukannya melainkan sudah berkahwin.

Mona kian pelik. Tapi dia hanya menyimpan perasaan itu dan memandang belakang badan lelaki yang sering menggetarkan hatinya itu berlalu pergi dan hilang di sebalik dinding rumah.

..

"Ni jus manga. Bukan limau," rungut Saga sambil menggapai cawan di atas meja.

Kiran menepuk tangan Saga. "Kau ni, ada je benda nak complain," tingkahnya. Gambit pula hanya tersengih. Dia pun terlupa kerana perkara yang melanda dirinya sebentar tadi.

"Kira okay aku nak buatkan," jawab Mona yang muncul dari dapur bersama sedulang cawan di tangan. Gambit melirik riak Mona yang seakan tidak berpuas hati dengan komen Saga namun tetap menawan di matanya.

Saga tersentak dan melirik kepada gadis yang menjawab tadi. Dia mengerutkan dahi. "Budak kecik?" getusnya di dalam hati.

"Kau Mona, Anak Asdtal?" soal Saga tanpa selindung.

Mona memincing matanya sebelum mengangguk.

"Kau kenal pak cik tak?" tanya Saga lagi dengan jari telunjuk diaju kepadanya sendiri.

Dahi Mona berkerut. Dia cuba mengingati wajah lelaki itu. Kemudian imbasan memori tentang dia disimbah air oleh lelaki ini dan gelak tawa dari mendiang adiknya berlayar di benak. Serentak itu nama seseorang bermain di layar fikiran.

"Pak cik Saga?" tebak Mona.

"Baguslah kau ingat aku lagi," Saga kembali menyandar.

"Siapa boleh lupa dengan muka yang simbah air dekat aku," balas Mona dengan sinis.

"Hahaha. Itu kau tanya.." percakapan Saga terhenti. Lidahnya terkelu ketika hendak menyebut nama Puteri Maya yang telah mangkat. Pergerakan tangannya juga terhenti di udara.

Keadaan sepi menjalar keadaan untuk sementara waktu.

"Err, aku masuk bilik dulu lah," pinta Mona sambil menatang dulang masuk ke dalam biliknya.

Gambit kembali menyedut jus dengan matanya mengikut lenggok belakang badan Mona sehingga tiba di pintu bilik. Dia tersentak tatkala Mona berpaling dan melihatnya, bingkas Gambit tersenyum supaya tidak kelihatan sangat wajahnya yang terkejut. Gadis itu membalas senyuman Gambit dan lesap di balik pintu bilik yang terkatup.

Kiran menyedut jus. "Ahhh segarnya. Kau ni Saga, mulut tu tak pernah tak lancang eh," perlinya.

"Naturally," jawab Saga ringkas. "Siapa agaknya keturunan yang mulut macam aku ni?" soalnya kepada diri sendiri namun masih didengari oleh dua lelaki berhampirannya.

Kiran menaikkan bahu. Tiba-tiba..

Booomm!!

Bunyi letupan yang kedengaran kuat menarik perhatian Gambit untuk menoleh, dia bingkas meluru keluar dari rumah. Wajah Gambit lantas diterpa dengan deruan angin kencang, matanya tertacap kepada kepulan asap hitam yang menjulang tinggi di udara.

"Kau ada tetamu tak diundang, Gambit," ujar Saga dari belakang lelaki itu.

"Siapa mereka?"

Saga memejamkan mata. "Mereka besar, tinggi dan bersalut besi," jawabnya yakin setelah dapat melihat bayangan tiga askar besi yang menyerang perkampungan dan sedang menuju ke sini dengan pantas.

Gambit menyeringai.

"Apa tu Gambit?" soal Mona dengan cemas.

"Musuh. Kau panggil yang lain," jawab Gambit seraya menghasilkan zirah besi. Dia menyeru pedang yang berwarna hitam dan hijau di bilahnya. Serentak itu dia menujah badannya ke atas dengan kelajuan penuh.

Saga menoleh kepada Kiran. Kiran membuat muka kagum.

"Betullah apa kau cakap. Diorang sentiasa ada kejutan," komen Kiran.

"Hahaha. Jom?" ajak Saga. Kiran menelengkan kepalanya dengan maksud Saga jalan dahulu.

Saga menujah badannya sebelum diikuti Kiran yang sudah menukar badannya menjadi seekor mahluk berwarna merah dan berjambul.

..

Mona lekas mempersiapkan diri. Dia mengarah Kencana dan Dara untuk memanggil Molot, Jakal, Awang, Drako, Drake, semua panglima Gerakan Guling, Badang, dan Muda Kasturi.

Kemudiannya, dia bersama Ayu melompat tinggi menuju kawasan yang barangkali menjadi medan pertempuran antara Gambit dan musuh. Zirah besi berwarna hijau menyaluti seluruh badannya, pedang Oiden diseru sambil melibas-libasnya di udara. Ayu pun sudah bersedia dengan sut besi biru dan pedang katana di genggaman kanan.

Mereka mendarat berhampiran kawasan yang di penuhi asap. Kelihatan pancaran cahaya dan bunyi letupan di sebalik kepulan asap. Suara jerkahan dan lolongan panjang menyapa gegendang telinga mereka. Mona bingkas meluru ke dalam kepulan asap, diikuti Ayu.

..

"Molot! Jakal!" laung Dara dari luar rumah penginapan. Agak lama baru pintu rumah dibuka oleh Jakal yang tidak berbaju.

"Apa dia? Orang penat ni," Jakal menenyeh taik mata yang melekat di tubir mata.

"Musuh serang, kak Mona suruh kami panggil korang," terang Kencana lantas membuatkan Jakal tersentak. Dia menyuruh dua gadis itu mencari semua orang kuat sementara dia kejutkan Molot yang sedang terlentang di sofa rumah.

Terpisat-pisat Molot tersedar. Namun kepenatan setelah hampir tiga hari dia tidak tidur kerana kesibukan melatih, menyusun kedudukan askar dan juga mengerahkan buah fikiran dalam mengatur strategi peperangan bersama Gambit dan Mona, membuatnya sukar untuk kembali ke alam realiti. Jakal menggarukan kepala melihat Molot yang kembali lena. Bunyi letupan menarik perhatiannya untuk keluar.

"Tak boleh jadi ni," gumam Jakal seraya menghampiri Molot dan mengendongnya di bahu.

"Paling tidak kalau kau sedar, kau dah ada kat sana," omel Jakal sebelum lesap dari ruang tamu.

..

Pertembungan antara tiga lelaki dan tiga askar besi berlangsung sengit tanpa tiada satu pun mahu mengalah.

"Kuat sial binatang ni," komen Saga setelah menghentam askar besi itu dengan penumbuk bersalut aura ungu. Namun askar tersebut kembali bangkit dan menyerang semula. Wajahnya mula mempamerkan riak bosan.

Gambit mengetap gigi. Segala serangannya tidak membuahkan sebarang kesan kepada tubuh besi itu seolah-olah badan lawannya terlalu kebal. "Benda ni mesti ada kelemahan," getusnya sambil menyeru sebilah lagi pedang berwarna hitam. Aura hijau menyelaputi badannya sebelum melompat tinggi dengan dua bilah  pedang dijulang tinggi.

Ktang!

Serangannya dihadang oleh musuh dengan lengan. Gambit menarik semula pedangnya seraya menyerang secara bertali-arus.

Kiran yang sudah bertukar badan kelihatan tiada masalah untuk menjatuhkan askar besi dengan serangan magis kristal. Tapi, setiap kali serangan, askar tersebut akan bangkit dan menyerangnya semula seolah tiada apa yang berlaku.

"Jangan sampai aku rasa tak seronok," ujarnya kepada askar besi yang hanya menyerang tanpa bersuara.

Kiran menaikkan tangan separas bahu. Letusan kecil cahaya merah terhasil di telapak tangan sebelum bercambah menjadi besar. "Aku kalau dah tak seronok.." deruan angin bertambah kencang. "Mesti kena bunuh orang," sambungnya seraya melepaskan serangan dengan kelajuan penuh.

Pancuran kuasa merah meluru laju dan menghentam badan askar besi sehingga tembus belakang sebelum jatuh menghempas tanah dan meletup.

"Kan aku dah cakap tadi," Kiran menoleh Saga dan Gambit yang bertempur dengan kuasa yang tidak sampai separuh. Kemudian dia terperasan dua wanita yang memasuki medan pertempuran dengan zirah besi di badan.

Kiran melompat tinggi dan mendarat di sebelah Mona dan Ayu. Dua gadis tersebut tersentak dengan kehadiran susuk yang berwarna merah keseluruhan. Yang kelihatan cuma mata putih dan bibir.

"Kau Mona kan?" soal Kiran.

"Kau siapa?" tanya Mona tanpa menjawab soalan lelaki itu.

"Aku Kiran, kawan Saga,"

Mona tidak membalas. Dia cuba mengingati siapa yang berada di rumah tadi. "Takkan ini lelaki berjambul tinggi tu? Tapi, tengok gaya macam dia," getus Mona di dalam hati.

"Dah la, jom tolong diorang berdua," tingkah Ayu. Tangannya dihala kepada dua susuk yang sedang bertarung hebat dengan dua askar besi.

"Tak perlu. Mahluk besi tu bukan tandingan mereka. Diora.." balas Kiran sebelum terhenti apabila Gambit melayang jatuh berhampiran mereka.

Gambit perlahan-lahan bangun. Dia mengelap bintik keringat di dahi sambil memandang sisi kanannya. "Berbual apa? Cepat tolong aku!" jerkah Gambit seraya berlari dengan dua bilah pedangnya.

Mata Mona dan Ayu terjegil memandang Kiran sebelum meluru kepada Gambit untuk membantu. Nasib baik Kiran sudah bertukar menjadi mahluk begini. Jika dia masih dalam bentuk manusia, pasti kelihatan wajahnya kemerahan kerana malu.

Jakal dan Molot yang dikendong di bahunya muncul di sebelah Kiran. Dia tersentak memandang mahluk merah di sebelahnya. Bingkas dia menjatuhkan Molot dan melancar serangan aura hijau kepada mahluk tersebut.

"Woi! rilek, rilek. Aku sekutu korang,"

Jakal tidak mengendahkan mahluk merah tersebut malah terus menerus menyerang sehingga dia tersedar sesuatu dan berhenti melancarkan serangan. Gambit dan yang lain sedang sibuk bertempur dengan dua susuk besi yang jauh lebih tinggi dari saiz mereka. Sedangkan dia menyerang mahluk merah tadi. Dia kemudiannya berpaling menghadap Kiran.

"Kau siapa?" soal Jakal dengan jari telunjuk diaju kepada Kiran.

"Masuk ni, dah dua kali orang tanya aku siapa,"

"Dah aku tak kenal kau siapa, tu yang aku tanya. Eh kau ni, aku tangankan baru tahu,"

"Aku Kiran, kawan Saga. Musuh sebenar dekat sana bukan aku," terang Kiran sambil menunjuk medan pertempuran.

"Habis kau buat apa kat sini?" soal Jakal lagi. "Ah kau ni, buang masa aku je lah," ujarnya lagi sebelum menujah badan ke kawasan pertarungan.

"Apa-apa je lah perangai diorang ni," keluh Kiran sebelum terpadang susuk lelaki berambut kerinting yang terbaring di tanah. Lekas dia menghampiri susuk tersebut sebelum mata putihnya membulat.

"Molot?"

Continue Reading

You'll Also Like

361K 3.5K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
MAMA SYA By

Fantasy

9.6K 61 7
Aku diajar oleh mama sya dan mist lia
1.8M 4.3K 24
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold