Tanah Magis Malagemalai (Edit)

By wanstony

7.9K 935 295

Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian... More

prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
selingan bersama penulis dan sebotol minute maid pulpy
bab 23
bab 24
bab 25
penghargaan
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42

bab 31

140 16 0
By wanstony

Tyara yang sedang duduk di tepi tingkap biliknya tiba-tiba tersentak. Badannya seperti terkena renjatan elektrik yang menyebabkan dia berdiri secara paksa.

"Adakah kau berada di sini?" gumamnya seraya membuang pandangan ke luar bilik.

..

Beberapa hari kemudian, Raja Sirius telah bertitah kepada Algojo dan Andrew supaya pergi ke pergunungan Gilake dan Hutan Mistik untuk mengumpul bala tentera yang terdiri daripada beast dan dejin. Dejin sama seperti beast, cuma mereka lebih pintar dan mempunyai carta organisasi yang tersusun dalam puak mereka.

Setelah mempersiapkan segala kelengkapan di kubu utama di barat, dan Kelembai juga sudah tiba untuk menjaga hal-ehwal kubu sementara ketiadaan Andrew, mereka berdua langsung memulakan perjalanan menuju Hutan Mistik.

Belum suku perjalanan, Tyara memunculkan diri di hadapan dua ekor Fierce yang ditunggang Andrew dan Algojo. Dia ingin mengikut Molot kerana bosan tiada kawan di kubu. Padahal itu cuma alasan. Sebenarnya dia risau jika Saga datang mencarinya di sini. Macam-macam boleh jadi seperti pertempuran atau penangkapan Saga yang sememangnya diinginkan Raja Sirius.

Selang berapa ketika, mereka tiba di sebuah perkampungan.

"Kampung Dope?" bisik Tyara. Tidak pernah dia mendengar nama perkampungan seperti itu. Di Kota Awan kebanyakan kampung menggunakan unsur yang terhasil daripada awan seperti angin, guruh, ribut, hujan, dan tornado. Dia sendiri berasal dari Kampung Ribut. Berketurunan magis angin dan air. Di sana, Kampung Tornado adalah kampung paling besar dan merupakan pusat pemerintahan Kota Awan. Kebanyakan penduduk Kampung Tornado mempunyai pangkat tinggi di dalam istana. Tiga dari lapan ahli tertinggi Elder Creed berasal dari situ. Lagi lima, campuran daripada beberapa penduduk kampung dan dua manusia istimewa.

Dahulu, pertama kali berlaku di dalam sejarah Kota Awan dimana Saga telah menolak tawaran menjadi ahli tertinggi Elder Creed. Cuma dia seorang sahaja yang pernah menolak jawatan tertinggi di dalam tampuk pemerintahan Kota Awan. Lord pun hampir pengsan mendengar jawapan Saga ketika dia menawarkan pangkat tersebut. Riuh sebentar keadaan ketika itu. Berulang kali Lord menyoal, tapi Saga masih tetap dengan jawapannya. Tidak.

"Jauh menung Tyara," tegur Algojo.

Tyara hanya menghembus nafas berat dari saluran hidungnya seiring kepalanya menunduk.

"Teringat kisah lama," jawab Tyara lalu membuang pandangan kepada kehijauan yang tumbuh melata. Memang sukar untuk melupakan apa yang telah dilalui olehnya sepanjang membesar di Kota Awan.

Algojo mendiamkan diri. Tidak sesuai rasanya untuk dia bertanya apa sebab sebenar Tyara ingin mengikutnya. Dia terus memacu Fierce membuntuti Andrew yang membelok ke kiri dan kanan sebelum berhenti di hadapan sebuah restoran bernama Grilled's.

"Kita makan jap," ujar Andrew sambil menambat tali Fierce.

"Cun. Aku pun tengah lapar ni. Jom Tyara, kita makan dulu," ajak Algojo.

Tyara melompat turun sebelum Algojo turut melompat dari Fierce dan menambat tali bersebelahan haiwan tunggangan Andrew. Mereka bertiga berjalan menuju pintu masuk restoran.

"Ayam berlada hitam saiz triple dengan jus mango gelas besar," ujar Algojo tanpa memaling muka dari menu. "Tambah bebola daging sambal dengan kentang goreng. Awak makan apa?" soalnya kepada Tyara.

"Daging bakar, hmm air suam," jawabnya kepada gadis pengambil pesanan. Algojo pula tersengih melihat Andrew.

"Kuat makan sial kau ni," sindir Andrew.

"Abang makan apa?" soal gadis tersebut.

"Bagi sama macam dia, taknak bebola daging dengan kentang. Air kosong sejuk," jawabnya seraya menyerah semula menu kepada gadis tersebut.

"Lepas ni kita ke mana?" tanya Tyara yang masih tidak tahu tujuan sebenar dua lelaki yang diikutnya.

"Hutan Mistik," jawab Andrew.

"Hutan Mistik? Berhantu?" soal Tyara lagi.

"Heh, berhantu? Ini lagi keji, kotor, dan menakutkan dari hantu," suara Andrew yang agak parau berserta gerak matanya membuatkan bulu roma Tyara menegak. Perasaan tidak senang menyapa hatinya.

Penghantar makanan datang tepat pada masanya ketika Tyara ingin menyoal lagi. Algojo dan Andrew yang kelaparan, terus menikmati juadah yang baru tiba. Kesibukan mengumpul dan melatih askar membuatkan waktu makan mereka berdua tidak teratur, padahal susunan waktu makan askar-askar sentiasa dihidang tepat pada masanya. Cuma mereka pula yang tidak sempat menikmati juadah yang sihat, paling tidak cuma sebuku roti dengan air kosong untuk mengalas perut.

Selang beberapa ketika..

Tyara menyua daging sambil memandang Algojo dan Andrew yang sudah menambah pesanan sebanyak dua kali. Kedua-duanya masih lagi menyuap makanan tanpa henti sejak setengah jam lepas. Daging bakarnya pun masih berbaki suku untuk dihabiskan.

Selang seketika Andrew tersandar kekenyangan. Wajahnya tergambar kepuasan setelah tiga pinggan pesanan berjaya dihabiskan olehnya. Algojo pun begitu juga, namun sesekali dia menyua kentang goreng ke mulut.

"Fuh, kenyang betul ni. Jom lah gerak," ajak Andrew.

"Sekejap la," balas Algojo sambil menyedut jus mangganya.

Andrew kembali bersandar.

○○○

Bekas ahli tertinggi Elder Creed

Dua orang lelaki bertopi seperti petani menyusuri laluan yang dipenuhi batang pohon besar. Di belakang badan mereka melingkar sebilah katana. Seorang berwarna hitam, seorang lagi berwarna merah. Bunyi keletak keletuk terhasil daripada terompah memecah kesunyian yang selama ini dikuasai unggas dan cengkerik.

Langkah mereka semakin jauh meredah laluan di dalam hutan. Salah seorang dari mereka mengeluarkan sebatang rokok lalu mencucuh dengan api yang terhasil di jari telunjuk. Berkepul asap keluar dari celahan bibir dan saluran hidung.

"Sejak duduk bawah dah pandai hisap rokok," komen seorang lelaki dari atas pokok.

Dua lelaki tersebut tersentak seraya mendongak. Di salah satu dahan pokok, kelihatan Saga sedang cangkung sambil tersengih. Dia melompat dan mendarat di hadapan dua lelaki tersebut.

"Saga! Kau buat apa di sini?" soal lelaki tidak menghisap rokok.

"Aku nak rekrut korang berdua masuk kumpulan pemberontak," terang Saga tanpa berselindung.

"Huh. Bukan semudah itu Saga," ujar lelaki menghisap rokok sambil mengeluarkan pedang. "Setelah apa yang dilakukan Lord kepada kami, aku takkan mudah-mudah mengikut arahan kau," ujarnya lagi dengan asap berkepul dari mulut sebelum melibas-libas pedangnya. Dia membuka langkah untuk menyerang.

"Jangan cari pasal. Itu Saga!" tingkah lelaki di sebelah.

"Pergi mati!" lelaki tersebut menjentik rokok serentak berlari.

Saga mencebik. "Aku malas nak guna kekerasan," ujarnya seraya mengaju telapak tangannya ke hadapan. Mulutnya terkumat kamit sebelum tangannya dikepal. Serentak itu lelaki tersebut meraung sakit sehingga pedangnya terlepas dari tangan lalu jatuh melutut dan terjelepuk pengsan.

"Kan aku dah cakap," ujar Saga. "Jomlah, takyah cakap banyak dengan aku," sambungnya lagi sambil mendekati dan terus ghaib ketika jemarinya menyentuh badan lelaki itu.

○○○

Pergaduhan antara lelaki berjambul tinggi dan lelaki berbadan tegap menarik perhatian Algojo untuk menontonnya sebentar. Si lelaki berjambul tinggi itu pantas mengelak serangan bertali-arus yang dilancarkan lelaki tegap. Sekali-sekala lelaki berjambul tinggi akan menujah penumbuk di perut dan dada lawannya. Serangan itu sahaja telah membuatkan lelaki tegap semakin lelah dan terundur beberapa tapak ke belakang.

Lelaki berjambul tinggi bingkas meluru dengan laju. Dia melompat dan berputar di atas angin sebelum menghayun sepakan padu bersalut kristal hijau.

Kepala lelaki tegap jatuh menghentam tanah sehingga retak dan kedap. Tidak puas hati, lelaki berjambul tinggi menghenyak tapak kakinya tepat mengenai kepala lawan sehingga berbunyi 'krak'.

"Siapa lagi?" soal lelaki tersebut sambil membetulkan jambulnya yang agak berserabut.

Keriuhan tadi berundur beberapa tapak. Algojo menaikkan kening. Dia turun dari Fierce dan melangkah meredah manusia yang menjadi penonton sedari tadi.

Badan Tyara tiba-tiba mengalami renjatan elektrik. Dia mendongak, matanya terbuntang melihat Saga yang turut memandangnya dengan tajam. Dia melihat Algojo dan lelaki berjambul tinggi bersedia untuk bertempur. Dia kenal dengan lelaki berjambul tinggi itu. Riak Tyara semakin resah. Dia beralih memandang Saga kemudian Algojo dan lelaki berjambul tinggi.

Andrew di belakang hanya memerhati gerak tubuh Tyara yang mencurigakan. Dia menggerakkan Fiercenya menghampiri Tyara. Belum sempat tangannya menyentuh bahu wanita berambut merah itu, Tyara sudah berpaling memandangnya. Andrew terbejat.

"Kau kenapa? Macam takut je?" soal Andrew cuba menghilangkan rasa terkejutnya.

Tyara menghembus nafas berulang kali. "Hentikan Algojo, dia dalam bahaya," ujarnya kepada Andrew.

"Huh?"

"Cepat! Kita kena beredar dari sini sebelum perkara buruk berlaku," ucap Tyara sebelum terhenti dan menoleh.

Ktang!

Algojo dengan senjata tajamnya berbentuk kuku harimau sedang menghadang tetakan pedang kristal hijau. Dia menarik senjata seraya menghayun semula. Lelaki berjambul mengilas pedang. Pergeseran antara dua senjata menghasilkan percikan api dan bunyi bising. Algojo tidak mengalah dan menghayun senjatanya berulang kali.

Keramaian yang tadinya berdekatan, mula mencari kawasan lebih selamat. Serpihan serangan yang mampu memecahkan dinding atau mematikan boleh terkena kepada mereka semua. Aksi-aksi juga, nyawa kena jaga.

Algojo melompat dengan pedang dijulang tinggi sebelum menjatuhkan senjatanya dengan kelajuan penuh. Lelaki berjambul sempat mengelak dengan menolak badan ke belakang. Algojo ketika itu sedar dia berada di dalam kedudukan terbuka. Musuh pasti menumbuk perutnya. Dan, analisanya betul.

Dalam kedudukan itu, badan Algojo melengkung sambil tersedak. Perutnya seperti dihentam dengan besi padu yang dipukul oleh puluhan pahlawan secara serentak. Air liurnya terpercik keluar. Kakinya terseret sambil memegang perutnya yang senak. Baru berhenti terseret, semua makanan terkeluar dengan banyak. Dengan senjatanya dia menahan batang tubuhnya dari terjatuh.

"Aduh. Sakit tu," komen Andrew yang hanya melihat dari jauh. Dia tidak mahu masuk campur, biar Algojo sendiri yang selesaikan pertarungan ini.

Tyara semakin gemuruh.

Saki baki muntah diludah ke tepi. Dengan lengannya Algojo mengelap kotoran di tepi bibir. Tiada kata-kata yang terluah dari mulut lelaki bertopi hitam itu melainkan bunyi desahan sakit.

"Belum cukup ni," ujar Algojo seiring lesap dan muncul di hadapan lelaki berjambul tinggi bersama senjata tajam bersalut aura hitam.

Lelaki berjambul menolak asakan dari Algojo seraya melancarkan magis kristal runcing ke arah musuhnya. Algojo menaikkan pelindung hemi sfera. Namun itu tidak menjadi masalah buat lelaki berjambul tersebut kerana dia mampu melancarkan kristal dari mana sahaja yang dia mahu, termasuk bawah tanah.

Sebatang kristal runcing hampir sahaja menikam tubuh Algojo, namun dia sempat melompat. Lelaki berjambul menaikkan jemarinya serentak batang-batang kristal tajam tembus keluar dari tanah dengan banyak. Algojo langsung menujah badannya tinggi ke atas sambil melibas senjata kepada kristal tajam yang cuba merobek tubuhnya.

Di udara, Algojo menghasilkan sfera hitam bersaiz kecil di telapak tangan. Dari sfera itu, pancuran kuasa berwarna hitam meluru kepada lelaki berjambul yang sempat menghasilkan perisai kristal. Serangan Algojo menghentam dan menembusi perisai yang dihasilkan lelaki tersebut.

Lelaki berjambul tinggi melompat keluar seraya melancar serangan tiga kristal runcing. Algojo menyeringai dan menghala tangannya ke arah lawan bersama pancuran kuasa hitam. Keadaan semakin tidak terkawal apabila serangan Algojo tidak mengenai lawannya, tapi mengenai bangunan-bangunan, kedai makan, gerai jualan dan juga sebuah panggung wayang sehingga mengakibatkan kehancuran yang teruk.

Lelaki berjambul bingkas melarikan diri setelah sedar yang keadaan semakin riuh-rendah dengan jeritan manusia. Pertarungan yang sepatutnya menjadi sesi pemanas badan bertukar sebaliknya.

Algojo mendarat sambil tertoleh-toleh mencari lawannya, namun tiada. Dia bingkas mendekati Tyara dan terus memacu Fierce. Andrew di belakang turut mengekori sambil menoleh. Dia melihat premis bangunan yang jatuh menyembah bumi serta kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa penduduk di sebalik runtuhan bangunan. Itu semua disebabkan oleh seorang lelaki sahaja.

Andrew menoleh semula ke hadapan. "Sungguh mudah melepaskan tangan dari membantu," getus Andrew di dalam hati.

Mereka terus memacu Fierce dengan laju menuju kawasan perbukitan.

..

Lelaki berjambul tinggi berlari di laluan belakang bangunan meredah lopak air dan longgokan sampah. Sesekali dia melompat melepasi pagar yang menjadi sempadan premis bangunan. Lariannya semakin perlahan tatkala menghampiri sebuah simpang sebelum berhenti dek seseorang di tengah jalan.

"Saga? Kau buat apa kat sini?" soalnya.

Namun Saga tidak berkata apa malah mendekatinya.

"Kau nak apa dari aku? Lord hantar kau?" soal lelaki itu lagi. Saga masih kekal mendiamkan diri namun langkahnya tetap dihayun tanpa ragu.

"Mana Saga yang aku kenal? Sejak bila kau jadi dingin ni?" lelaki berjambul tinggi berundur beberapa tapak.

"Serius ah, ini bukan Saga. Ini raksasa," ujarnya serentak menghasilkan pedang.

Saga ghaib dan muncul betul di hadapan lelaki tersebut dan menyentuh dahinya dengan pantas. Sekelip mata, lelaki berjambul tinggi terjelepuk pengsan dan mereka berdua lesap dari situ bersama hembusan angin yang terhasil dari impak kuasa Saga.

Continue Reading

You'll Also Like

144K 6.4K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
2.6K 4 1
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...
106K 588 11
SUMBANG MAHRAM